30- Iskandar & Cempaka

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HARI ini Puan Zahara sudah membuat keputusan untuk pulang ke Kuala Lumpur. Katanya, tak mahu tinggal rumah lama sangat. Maka dengan itu, Ghibran lah yang tolong hantar mommy nya itu ke lapangan terbang. Dia sendiri masih belum mahu pulang. Dia nak habiskan tempoh tiga hari yang diberikan oleh Haura di Kelantan ini. Baru romantik!
Haura dan Anika pun masih di sini. Haura ikut suami. Anika katanya nak habiskan masa di kampung sebelum dia sertai ops yang seterusnya. Kampung ini banyak memori buat Anika.

Maka, Anika la yang terpaksa jaga Haura sekarang ni. Perempuan tu malas nak ikut Ghibran sebab dia nak main dengan Pie. Ghibran dan Puan Zahara faham aje dengan permintaan Haura itu. Sudahnya, dibiarkan Haura, Anika dan Tok Zain sahaja di rumah kampung itu sekarang ini.

Tok Zain ada di dalam rumah sedang menjahit jala. Manakala Anika sedang duduk di pangkin di bawah pokok mempelam di halaman hadapan rumah Tok Zain. Daripada jauh Haura tengok Anika, lelaki itu seperti sedang termenung. Bukan termenung biasa, melainkan termenung yang mengingatkan sesuatu yang menyedihkan.

Lantas Haura datang menghampiri Anika dan duduk di pangkin yang sama. Cepat-cepat sahaja lelaki itu menukar riak wajahnya menjadi tegang tatkala melihat sosok tubuh Haura di situ.

"You tak suka I ke, Anika? Sejak daripada hari pertama kita jumpa lagi, you tengok I macam you benci sangat dekat I". Haura meluahkan perasaannya. Lama sudah dia perhati. Anika seakan-akan tidak gemar akan kehadirannya dalam hidup Ghibran semula.

Anika diam, tak menjawab. Pandangannya tadi yang difokuskan ke arah Haura dialihkan ke hadapan. Jari jemarinya mengusap lembut kedua cincin yang menjadi loket rantai yang dipakainya itu. Haura jongket kening. Istimewa sangat ke cincin-cincin itu untuk Anika?

"Tu cincin apa?". Tanya Haura. Sungguh dia berasa ingin tahu. Dia tak expect pun yang Anika akan menjawab pertanyaannya tetapi...

"Cincin tunang aku". Senada Anika membalas. Dia rindu akan pemilik salah sebentuk cincin itu. Dan mungkin baginya, jika diluahkan kepada seseorang maka rasa rindunya akan terubat. Kena pula orang itu ialah Haura.

"Kenapa pakai dekat leher? Kenapa you tak pakai dekat jari? Mana tunang you tu?". Haura yang sesungguhnya tidak mengerti dan tidak tahu apa-apa itu bertanya lagi. Dia perlukan cerita penuh!

"Tunang aku dah meninggal. Beberapa tahun lepas". Terdiam Haura dibuatnya apabila mendengarkan dua baris ayat itu. Jadi, ini lah puncanya lelaki dingin ini selalu kelihatan sedang bersedih jika tidak ada yang memerhati? Anika... Anika sedang teringatkan arwah tunangnya?

"I am so sorry--".

Belum sempat Haura mahu menghabiskan ayatnya, Anika terlebih dahulu menyambung cerita.

"Two or three years ago... Aku masih dalam latihan untuk masuk menjadi anggota Special Force seperti apa yang aku jadi sekarang. So, I left her quite long. I let her do everything alone. Persiapan kahwin, semua dia buat sendiri. Dia cakap dia okay tapi bila aku telefon umi nak tanya khabar, umi selalu cakap yang dia nampak penat sangat sebab semua benda dia kena urus sendiri tapi dia masih boleh tersenyum". Tanpa melihat wajah Haura, Anika bercerita sambil menahan sebaknya.

"Cempaka okay la! Iskandar jangan risau. Iskandar berlatih baik-baik tau. Balik nanti, Cempaka nak Iskandar pakai uniform Iskandar masa kita bersanding".

"Tak la, Cempaka tak penat pun. Cempaka seronok! Tak sabar nak tunggu Iskandar balik".

"Nanti Iskandar tamat latihan, Cempaka bawakan bouquet bunga besar untuk Iskandar okay?".

Itu antara kata-kata terakhir daripada arwah si tunang yang masih berlegar-legar di kepala Anika. Dia... Rindu...

"Dia meninggal sebab kena langgar lagi betul-betul depan kem aku masa dia baru aje nak sambut aku lepas aku tamat latihan. She died in front of me. On the verge of her death, dia buang cincin dia dan dia bagi dekat aku. Aku masatu dah macam orang gila, Haura. If only I could spend more time with her before her death. If only aku boleh teman dia masa dia bersusah payah buat semua persiapan kahwin kami... If only--". Kata-kata Anika terhenti sendiri apabila tangannya yang memegang cincin milik arwah si tunang itu jatuh ke peha. Kepalanya menunduk. Air matanya jatuh.

Tidak pernah terfikir dek akal, Haura akan melihat lelaki dingin ini menangis di hadapannya. Menangis kerana merindui cik tunang yang sudah lama meninggal dunia.

"Cempaka Maisara. She's the only one yang panggil aku 'Iskandar'. Aku rindu, Haura. Aku rindu dia". Tanpa sedar, dia meluahkan isi hatinya kepada Haura membuatkan Haura tidak tahu ingin berkata apa.

Haura masih menyalahkan dirinya kerana sedikitpun dia tidak dapat mengingati Ghibran manakala Anika... Anika menyalahkan dirinya kerana telah membiarkan arwah Cempaka menjalani saat-saat terakhir hidupnya bersendiri. Tanpa cinta hati di sisi.

Dan sekarang Haura tahu mengapa lelaki itu kelihatan begitu dingin dan tidak gemar berbicara dengannya. Rupanya, Anika menyimpan sebuah kisah sedih jauh di sudut hatinya.

GHIBRAN mengambil tempat duduk di anak tangga teratas, di sebelah isterinya. Wanita itu kelihatan seperti merenung langit malam yang sedang menumpahkan hujan renyai-renyai itu. Dia perasan, sejak dia nak pergi surau tadi lagi Haura duduk di sini. Ini Ghibran dah balik pun, masih lagi di sini. Apa yang dia menungkan pun tak tahu.

"Haura termenung apa ni? Daripada tadi abang tengok awak duduk kat tangga ni. Tak sejuk ke?".

Haura geleng perlahan.

"Tadi Haura dengar cerita Anika". Terkejut sikit Ghibran dibuatnya. Sejak bila Haura dan Anika ni boleh sekepala? Bukan Anika memang tidak suka ke akan isteri gedik Ghibran itu?

"Anika cerita apa dekat Haura?".

"Anika cerita pasal arwah Cempaka. Dia cakap dia menyesal sebab tak dapat teman Cempaka pada saat-saat akhir hidup dia. Dia cakap Cempaka aje yang suka panggil dia dengan nama 'Iskandar'. Haura sedih lah dengar cerita dia, abang...". Haura berpaling ke arah Ghibran dan mencebikkan mulutnya. Alahai, lembut betul hati isteri Ghibran ini.

" Haura nak tahu tak? Setiap kali abang sebut nama Cempaka depan dia, setiap kali tu juga lah Anika akan cakap benda yang sama. Dia ada juga cakap yang dia lebih rela mati daripada ganti tempat Cempaka dalam hati dia dengan orang lain".

"Dia... Dia tak redha ke dengan pemergian Cempaka, abang?". Bukan niat Haura ingin berkata buruk, cuma dia berasa ingin tahu.

"Bukan, Haura... Anika dah lama redha dengan kematian Cempaka. Tapi, Cempaka tu cinta pertama Anika. Gadis pertama yang sanggup tunggu Anika untuk capai cita-cita dia. Gadis pertama yang mampu bersabar dengan perangai Anika. Jadi, untuk gantikan Cempaka dengan orang lain tu... Abang rasa mustahil untuk Anika. Kalau ya pun, mungkin makan masa yang sangat lama. Selagi dia tak buang rantai berloketkan cincin tunang mereka daripada leher dia tu, selagi tu dia tak akan cari perempuan lain. Iskandar Anika Shah tu setia orangnya". Ghibran membela sepupunya itu. Sungguh, bukan senang mahu melupakan cinta pertama.

"Abang?".

"Hm? Kenapa dengan abang?". Keliru pula Ghibran dengan Haura. Tadi rasanya tengah bercakap pasal Anika dan arwah Cempaka. Ini masuk topik tentang dirinya pula?

"Abang akan setia ke dengan Haura walau macam mana atau lama mana sekalipun Haura akan bencikan abang?". Ghibran tersenyum manis mendengar soalan Haura itu.

"The day abang ambil alih tanggungjawab untuk jaga Haura masa hari akad nikah tu daripada papa, I swore on myself to be loyal to you, only you walau apa pun halangan yang akan datang nanti. Kalau abang tak setia dengan Haura, abang tak tunggu Haura selama lima tahun ni tau. Kalau abang tak setia, abang dah lama lupakan saja tentang Haura sebab abang dah tahu, lepas semua ni sampai ke pengetahuan Haura, Haura akan bencikan abang. Tapi tak, abang masih dengan Haura. So yes Haura, abang akan setia dengan Haura sampai akhir hayat abang walau Haura ambil masa seribu tahun sekalipun untuk maafkan dan berhenti bencikan abang". Words of affirmation daripada Zayd Ghibran ya anak-anak.

"Abang tunggu Haura? Bukan Haura ke yang tunggu abang?". Soal Haura, keliru. Sebenarnya dia menyoal ini untuk menutup rasa sebaknya atas pengakuan Ghibran itu.

"We both waited for each other. Bezanya, abang masih ingat akan Haura tapi Haura dah tak ingat apa-apa tentang abang".

"Haura minta maaf sebab Haura tak dapat ingat apa-apa tentang abang". Ujar Haura dengan nada sedihnya.

"Not your fault, cheri. Salah abang. Semuanya bermula daripada abang".

Happy reading!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro