38- Flashback Part. Two

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Author's notes: Chapter ni secara kesuluruhannya akan jadi chapter flashback. Jadi tulisan dia akan jadi senget macam ni hehe. Jemput membaca, sayang-sayangku!

"SUKA lah tu". Harris menegur adiknya yang kelihatan tenang dan tersenyum manis sambil menghirup udara segar itu. Tadi nampak macam sedih sangat. Ini dah okay pula. Sungguh susah untuk Harris faham perangai perempuan. Lagi-lagi perempuan mengandung seperti Haura ini.

"Suka lah! I tak pernah naik bot tau". Haura bercakap dengan nada suara yang sedikit kuat. Risau bunyi enjin bot itu membatasi nada suaranya biarpun suaranya sudah sedia ada kuat.

"Suka tu suka juga... You tu mengandung, princess. Bawa gums tak? Nanti takut you termuntah aje. I tak nak bersihkan".

"Asal pula tak nak?". Haura menyoal tidak puas hati. Iyala tadi Harris cakap dia sanggup buat apa sahaja untuk adik kesayangannya ini, part muntah tak nak pula bersihkan. Huh!

"Ingat I ni bibik you ke?".

"Muka dah macam bibik. Sesuai lah tu". Haura tergelak kuat tatkala menuturkan ayat itu seolah bangga dengan kutukan yang dilontarkan buat abangnya itu.

"I panggil you 'princess', you panggil I 'bibik' ya, Haura?". Harris memincingkan matanya namun seketika kemudian dia turut ketawa apabila melihat wajah Haura yang tidak pernah serius itu. Haura Dayana kalau duduk satu ruangan dengan Harris Khaizuran, tak pernah tak ketawa. Bukan Harris aje suka usik dia, dia pun suka mengusik abangnya itu. Yang tak lawak pun akan jadi lawak kalau dengan wanita itu.

"Memang sesuai--eh?". Kata-kata Haura terpotong sendiri tatkala dia melihat ada sebuah kapal asing yang berhenti di hadapan bot mereka. Kapal asing itu kelihatan sangat usang dan menyeramkan. Beberapa orang di atas kapal itu juga kelihatan sangat bengis wajahnya.

Perbuatan kapal yang berhenti di hadapan bot mereka itu membuatkan kapten bot turut terpaksa memberhentikan bot untuk mengelak daripada melanggar kapal tersebut. Kalau sekali langgar, memang mereka akan karam.

"Abang, tu kapal apa? Kenapa dia berhenti dekat depan bot kita?". Haura bertanya dengana nada yang tidak tahu apa-apa sedangkan Harris di situ sudah kelihatan panik namun dia cuba untuk bertenang untuk tidak menakutkan adiknya itu. Dia bergerak duduk berhadapan dengan Haura untuk melindungi wanita itu.

" Haura. You duduk diam-diam belakang I".

"Kenapa ni, abang?". Haura sudah mulai ketakutan. Dia tak pernah tengok atau lalui kejadian seperti ini. Ini adalah kali pertama buatnya. Dia takut...

'Ghibran...'.

"Kita tunggu arahan kapten-".

"TUNDUK! SEMUA TUNDUK!". Suara tempikan itu tiba-tiba kedengaran daripada arah depan bot membuatkan semua penumpang bot menjerit ketakutan. Haura yang sedang berlindung di belakang Harris itu sudah menggigil teruk.

"Haura, kita duduk dan tunduk dulu". Harris berbisik ke telinga Haura.

"DUDUK, TUNDUK DAN TUTUP MULUT KAU TU! KALAU KAU TAK BUAT, MEMANG AKU TEMBAK KAU SEMUA!". Marah salah seorang daripada anak kapal seram yang sudah mulai naik ke atas bot kecil yang dinaiki Haura itu membuatkan para penumpang semakin ketakutan dan menjerit dengan semakin kuat. Terutama sekali seorang penumpang asing perempuan berambut blonde itu.

"Ahh!!! Help!!!!". Perempuan itu menjerit meminta tolong.

"AKU CAKAP, DIAM!". Salah seorang daripada anak kapal seram yang asyik menengking sedari tadi itu memukul kepala si perempuan blonde menggunakan hujung senjata api yang dipegang sehingga membuatkan kepala perempuan itu berdarah dan dia pengsan ke atas lantai bot. Semua penumpang lainnya menyaksikan hal itu dengan bulu roma yang menegak termasuk Haura dan Harris yang duduk di ruangan paling hujung bot itu.

"ITU AKIBATNYA KALAU KAU TAK RETI NAK TUTUP MULUT!". Bicara manusia kejam itu lagi.

"Iya! Sekarang... Aku mahu kamu semua serahkan segalanya! Uang, emas. Semua! AYO, SERAHKAN SEMUANYA!". Kali ini, seorang lelaki tegap yang dipercayai berasal daripada Indonesia itu pula yang mengarah. Lelaki itu kelihatan sama seram sahaja dengan kaptennya. Dia berdiri tepat di sebelah si kapten sambil membawa selaras senapang.

" Abang... Haura takut...". Haura memegang kemas baju abangnya.

"Shh... Jangan takut, princess. Give them what they want, okay? Jangan takut, I ada dekat sini". Pujuk Harris. Meskipun dia sendiri cemas sekarang ini, dia tetap perlu memberikan semangat kepada adiknya itu. Haura Dayana ialah amanah sementara yang telah diberikan oleh Ghibran untuknya. Haruslah dia jaga dengan sebaik mungkin.

"CEPETAN! KELUARIN SEMUANYA!". Lelaki tegap menyeramkan itu secara terus-terusan mengetuk-ngetuk hujung senapangnya ke dinding bot untuk menggesa para penumpang dan pengemudi bot untuk menyerahkan segala barangan berharga mereka.

Dia berjalan dan terus berjalan sehinggalah...

" Oh... Bos! Liat ini!".

"Apa?". Kapten kapal seram itu maju melangkah ke arah tempat berdirinya si lelaki tegap manakala anak-anak buahnya yang lain sedang menguruskan sesi perampasan harta penumpang kapal yang lainnya.

Kapten kapal seram itu melirik ke arah Haura yang sedang berdiri memeluk Harris daripada belakang itu dengan pandangan yang sukar ditafsir. Seketika kemudian, dia tersenyum jahat.

"Cantik...". Dengar sahaja kata itu terkeluar daripada mulut si kapten seram, Harris terus berpaling. Tangannya memegang erat tangan Haura yang sedang memeluknya itu. Matanya merenung bengis ke dalam anak mata si kapten seram. Dia tahu, kapten seram itu ada niat yang tidak baik ke atas adiknya ini.

"Abang...".

"Shh, Haura".

"Haura? Cantik kali namanya, bos!". Ucap si lelaki tegap dengan penuh keterujaan dan kelihatan kapten seram itu mengangguk-angguk dengan senyuman senget yang masih tertampal di wajahnya.

Dia lalu berjalan semakin mendekati Harris dan Harris pula semakin melangkah ke belakang.

" Aku nak perempuan tu". Kapten seram itu seakan memberi sebuah arahan untuk Harris menyerahkan Haura kepadanya.

"Tak! Kau boleh ambil semua duit dan barang kami tapi bukan dia!". Tegas Harris. Pegangannya pada tangan Haura semakin kemas.

"Bagi je la. Apa yang susah sangat kau ni? Bukan aku nak bunuh kau pun, aku cuma nak...". Kapten seram itu mencuba untuk menyentuh tangan Haura namun ditepis kasar oleh Harris.

"Jangan sentuh dia". Harris memberi amaran.

Kapten seram itu tersenyum dengan lebih menyeramkan sebelum dia bertindak mengangkat senjata apinya ke arah bahu Harris, picu senjata api itu ditarik dan...

Dor!

Bahu Harris ditembak daripada jarak yang agak dekat membuatkan Harris jatuh terbaring ke lantai bot. Namun kasih seorang abang itu kuat, meskipun sudah ditembak dan terjatuh ke lantai, pegangannya pada Haura masih bertaut.

"Abang!!!". Haura menjerit histeris lalu cuba untuk melepaskan tangannya daripada pegangan Harris untuk melihat luka abangnya itu. Namun, Harris menghalang.

"J-jangan Haura...".

"Abang! Ya Allah!". Haura menangis dan berteriak. Cemas dan panik setelah menyaksikan kejadian itu di hadapan matanya sendiri.

Bunyi tembakan dan teriakan Haura itu semakin membuatkan penumpang bot yang lainnya ketakutan namun tidak berani bersuara. Ada juga yang menangis ketakutan.

"Sudahin semuanya! Masukin ke atas kapal! Cepetan!". Arah lelaki tegap itu kepada anak kapal yang lainnya. Yang lain kemudiannya mengangguk lalu mengambil semua wang dan barang kemas yang sudah dikumpul lalu bergerak naik semula ke atas kapal mereka.

"Bagi dia dekat aku". Kapten seram itu memberikan arahan buat Harris lagi.

"Jangan har--AHHH!!!". Kata-kata Harris terpotong apabila kapten seram itu bertindak memijak kesan luka tembakan lelaki itu.

"Abang!!!". Haura semakin panik. Dia tak tahu nak buat apa. Dia takut makin dia melawan, makin kapten seram itu marah lalu menyakiti Harris.

"Bagi dia dekat aku". Arah kapten seram itu lagi.

"Tak--".

Dor!

"--AHH!!!".

Kali ini, kapten seram itu sekali lagi menembak Harris pada bahu yang sama berdekatan dengan luka tembakan tadi.

" ABANG!!!BERHENTI! BERHENTI!!". Haura seumpama merayu kapten seram itu untuk berhenti menyakiti abangnya.

"I sayang you, princess. Maafkan I...". Harris berkata dengan nada lemah sebelum menutup matanya.

"Abang! Abang, bangun! ABANG! BANGUN!!!". Haura menggoncang-goncang tubuh Harris namun tiada respon. Dia menangis semahu-mahunya. Tangannya cuba untuk menyeka darah yang keluar daripada kedua luka tembakan itu namun belum sempat dia berbuat sedemikian, tangannya terlebih dahulu ditarik oleh si kapten seram.

"LEPAS LAH!".

"Ikut aku, perempuan!". Marah kapten seram itu.

"LEPAS!!!".

"Kau diam sekarang!". Kapten seram itu semakin berang.

"LEPASKAN AK--".

Belum sempat Haura nak habiskan katanya, bahagian tepi kepalanya terlebih dahulu dipukul oleh si kapten seram menggunakan hujung senjata apinya membuatkan dia berasa ingin pengsan. Sebelum menutup matanya, Haura sempat menatap tubuh Harris yang terbaring kaku itu...

"Haura--min... ta... ma--af...".

Lalu pandangannya mulai menggelap.

Second!

Okay, next part is the last one and sedih sikit...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro