39- Flashback Part. Three

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Author's notes: Chapter ni secara kesuluruhannya akan jadi chapter flashback. Jadi tulisan dia akan jadi senget macam ni hehe. Jemput membaca, sayang-sayangku!

HAURA terjaga daripada pengsannya apabila kedengaran bunyi-bunyi tembakan yang sangat kuat di luar. Buka sahaja matanya, sekelilingnya teramat lah gelap; itu yang dia tahu. Persekitaran tempat dia diletakkan ini sangat lah gelap dan pengap membuatkan dia agak sukar untuk bernafas. Namun, di hujung ruangan ini ada sebuah tingkap kecil yang mungkin boleh memuatkan seorang manusia dewasa. Ya, itu sahaja yang Haura boleh perhatikan.

Haura cuba untuk bangun berdiri dan pergi melihat apa yang sedang terjadi di luar sana melalui tingkap itu namun dia gagal untuk bahkan menggerakkan badannya. Entah kenapa.

Apabila dia kerling ke bahagian kakinya, riak wajahnya berubah menjadi kaku. Pucat lesi. Kedua matanya menyaksikan banyak aliran darah yang terkeluar daripada celahan kakinya itu. Tak dapat menahan kesedihan, terus Haura teresak-esak menangis di situ. Dia yang sudah sedih dan lemah tadi, semakin lemah apabila mengetahui yang dia sudah...

... keguguran.

Di sisi yang lain...

Leftenan Zayd Al Ghibran sedang sibuk berbalas tembakan dengan beberapa orang lanun yang ada di atas kapal yang cukup seram itu. Anak-anak buahnya yang lain sedang sibuk menyelamatkan tebusan-tebusan yang ada lalu dibawa naik ke kapal Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia itu. Semuanya atas arahan kapten yang mengendalikan misi itu.

"Semua tebusan sudah dibawa ke atas kapal?!". Pekik Ghibran apabila melihat hampir kesemua tebusan sudah diselamatkan dan dibawa naik ke atas kapal mereka. Tanpa dia ketahui...

"Sudah, Tuan!".

Dor!
Dor!
Dor!

"Pasti?!". Soal Ghibran buat kali kedua sambil mereka masih lagi berbalas tembakan dengan dua atau tiga orang lanun yang masih hidup.

"Pasti, Tuan!".

Dor!
Dor!

Dua lagi tembakan dilepaskan maka tamat lah riwayat semua lanun yang menghuni kapal seram itu. Ghibran yang tampak kelelahan itu menarik nafas lega kemudian menekan gajet di bahagian tepi telinganya untuk melaporkan situasi kepada kapten pasukan mereka.

"Semua target KIA".

"Bagus. Bergerak semula ke kapal". Arah kaptennya. Ghibran mengangguk dan baru sahaja dia ingin melangkah pergi daripada kapal lanun itu, entah datangnya daripada mana, keluar lah seorang lagi lanun tersisa yang sudah terluka parah dengan bahan letupan yang diikat di sekitar badannya. Dengannya dibawa seorang lagi tebusan sambil dia berjalan ke arah Ghibran.

"Menyerah kamu semua! Aku punya ini! Apa kamu mau mati?!!". Pekik lanun muda itu.

Dan di saat itu lah, jantung Ghibran seakan terhenti. Dia kaku seketika di tempatnya. Dia ingin mara dan pergi menyelamatkan tebusan yang satu itu namun diberhentikan oleh suara kaptennya yang kedengaran melalui gajet di telinganya itu.

"Berundur, Leftenan Ghibran. Target mempunyai bahan letupan".

"Bagaimana dengan tebusan, Tuan?!".

"Target bersama bahan letupan, Leftenan Ghibran! Berundur segera!". Marah kapten operasi itu. Dia tidak mahu merisikokan mana-mana anak buahnya. Ya, tebusan itu penting untuk diselamatkan namun nyawa anak buahnya juga penting. Keputusan itu bukan lah keputusan yang senang untuk dilakukan.

Ghibran diam seketika sebelum...

"Maafkan saya, Tuan. Tebusan itu merupakan isteri saya sendiri...". Ghibran lalu menutup gajet di telinganya itu lalu dengan perlahan-lahan berjalan ke arah si lanun dan si isteri. Matanya sempat melirik ke arah seluar Haura yang sudah dibasahi darah itu dan tatkala itu juga lah dia terasa ingin rebah melutut. Dia lemah. Dia lemah melihat isterinya berada dalam keadaan sebegitu rupa.

"Lepaskan dia". Arah Ghibran kepada si lanun.

"Kamu mundur!".

"LEPASKAN TEBUSAN!".

"ARGH!". Kerana sudah tiada pilihan dan terus-terusan didesak oleh Ghibran sambil diacukan oleh senjata api milik Leftenan itu, si lanun akhirnya menolak kasar Haura menjauh daripadanya. Wanita itu tersungkur jatuh ke lantai. Sakit menyengat di bahagian ari-arinya datang kembali. Terus Ghibran bergegas ke arah si isteri lalu tanpa banyak bicara membawanya pergi menjauh daripada kawasan itu.

Lanun itu pula kini kelihatan berdiri birai kapal sambil memandang ke sekelilingnya. Semua lanun-lanun yang lain sudah mati termasuk kaptennya.

"Abang...".

"Haura naik kapal dulu". Arah Ghibran dengan penuh ketegasan.

"Tapi abang--".

"Haura naik dulu!".

Haura mengangguk lalu terus dibantu oleh Ghibran dan yang lainnya untuk naik ke kapal TLDM yang lebih selamat itu. Apabila Haura sudah selamat menaiki kapal itu, baru lah Ghibran boleh menarik nafas lega namun hanya buat seketika kerana...

" Mending gue mati aja!". Lanun muda itu tersenyum pasrah sebelum menekan butang merah yang berada bersama bom di badannya itu; mengaktifkan bom pemasa itu.

Pekikkan lanun itu menarik perhatian Ghibran membuatkan dia terus berpaling ke belakang dan belum sempat untuk dia menyelamatkan diri dan naik ke kapal yang sama yang telah dinaiki si isteri, dalam tempoh jangka masa lima saat sahaja...

Bom!

Bom yang sudah diaktifkan tadi meletup. Api yang besar menyambar mengenai mata Ghibran dan sisa letupan melayang ke arahnya lalu menghempap kuat tangan kirinya membuatkan dia menjerit kesakitan serta dengan daya yang kuat, lelaki itu tertolak jatuh dengan serpihan yang sama ke dalam laut biru tersebut.

"ABANG!!!". Haura menjerit histeris tatlaka menyaksikan segalanya menggunakan mata kepalanya sendiri. Dia sedaya upaya ingin keluar daripada pegangan anak kapal yang lain namun tidak berdaya ingin melawan kuatnya tenaga anak-anak buah Ghibran itu.

"ABANG!!!". Berkali-kali Haura memanggil nama Ghibran sambil melihat-lihat ke dalam laut itu dengan mata kaburnya. Dia berteriak, memangis dan sangat terkejut dengan apa yang sudah berlaku. Semuanya berlaku dalam sekelip mata sahaja. Terlalu cepat untuk diproses oleh mindanya.

Jeritan dan tangisan Haura terhenti tatkala dia pengsan di atas kapal itu dan telinganya sempat menangkap kata-kata daripada salah seorang anak buah Ghibran yang ada di sisinya itu.

"One KIA. Leftenan Zayd Al Ghibran".

Third!

Enough update for today hehe :D

Macam mana?
Okay tak?
Nangis tak?

Kalau belum nangis, tunggu sikit lagi...Nanti sampai dekat backstory Anika, mungkin sayang-sayangku akan jadi lebih sedih...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro