40- She's Healing?

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HUH! Abang! Abang!!! Abang jangan tinggalkan Haura!". Bangun-bangun sahaja daripada tidur, terus Haura menggagau mencari Ghibran yang tadinya ada di sampingnya. Menjerit dan memekik kerana takut kehilangan si suami. Tangisannya turut kedegaran serta-merta selepas dia bangun daripada tidurnya itu.

Ya, selepas sahaja selesai mendengar penceritaan Ghibran di ruang tamu bersama yang lain tadi, Haura menangis terus. Dia sangat penat. Penat emosinya menerima semua kenyataan yang dituturkan oleh Ghibran di hadapan Anika, ibu mertuanya, Puan Sri Khalida, Tan Sri Amin dan Harris siang tadi. Harris juga ada menunjukkan beberapa bukti untuk menyatakan bahawa semua yang dituturkan Ghibran itu benar belaka termasuk lah parut bekas luka tembakan yang ada di bahunya sendiri.

Malam menjelma lalu Haura yang penat itu berniat untuk tidur awal untuk menenangkan dirinya namun lain pula jadinya. Segala yang diceritakan oleh Ghibran itu kembali ke dalam mimpinya. Apakah makna di sebalik petanda ini?

"Abang!". Seru Haura lagi dengan suaranya yang tersekat-sekat.

Maka terkocoh-kocoh lah Ghibran bangun daripada duduknya di atas sejadah di dalam bilik yang agak gelap itu lalu menghampiri si isteri. Dia duduk di birai katil lalu terus membawa badan Haura ke dalam dakapannya membatalkan wudhuknya yang diambil tadi.

"Ya, sayang. Abang ada dekat sini". Ghibran menggosok-gosok bahagian belakang badan Haura dengan lembut sambil cuba untuk menenangkan isterinya yang sedang menangis teresak-esak itu.

"J-jangan tinggalkan aku... Ghibran... Ghib--ran... Aku takut...". Begitu kuat Haura memeluk badan Ghibran sehinggakan wajahnya betul-betul menempel pada dada lelaki itu. Habis basah kurta hijau yang dipakai, dibanjiri air mata Haura. Dia tidak kisah. Jika ini harga yang perlu dia bayar untuk menenangkan isterinya, dia sanggup mendakap Haura selama mana yang wanita itu mahu.

"Abang tak tinggal. Abang ada dekat sini, Haura. Abang ada dengan awak".

"Aku takut... A-aku takut sangat...".

"Shh... Nothing to be scared of anymore. Suami awak dekat sini, sayang". Jika rasa takut itu boleh berpindah tuan, Ghibran sanggup mengambil rasa takut Haura dan melaluinya buat kali kedua.

Ghibran terus dan terus menggosok-gosok bahagian belakang badan Haura seraya sesekali mencium bahagian tepi kepala wanita itu serta mengalunkan beberapa rangkap selawat ke atas Allah dan Rasulullah untuk menenangkan isterinya yang sedang menangis ketakutan itu.

Beberapa minit kemudian, pelukan Haura terasa semakin longgar. Ghibran pun berusaha untuk melihat wajah si isteri. Comot. Comot lepas menangis. Comel sangat! Tapi Ghibran tahu ini bukan masa yang sesuai untuk menegur. Tak apa.

"K-kau takkan tinggalkan aku lagi kan?". Tanya Haura dengan nada yang penuh kesedihan.

"Separuh hati abang remuk bila abang tahu yang Haura tak boleh nak ingat abang lima tahun lepas. Separuh hati abang remuk bila abang tahu Haura tak nak jumpa sesiapa pun few days after you lost your memory about me. Hati abang sangat remuk kerana terpaksa tinggalkan isteri abang ni buat lima tahun lamanya dulu. So no, I won't ever leave you again. Abang tak sanggup". Ghibran mengusap kedua belah pipi comel yang kebasahan itu.

"Tapi... A-aku punca kau jadi macam ni...". Mata Haura jatuh pada tangan kiri besi Ghibran. Tangannya pula naik menyentuh parut terbakar berbentuk separuh belahan hati yang ada pada mata Ghibran itu. Ya, dia punca segala kekurangan ini ada pada suaminya. Kalau lah Ghibran dengar cakap kaptennya--astagfirullah Haura! Jangan salahkan takdir!

"No, not you. Not anyone's fault. Ini ujian Allah buat abang. Mungkin ada sesuatu yang abang lalaikan di waktu lampau. Ini cara Dia menguji abang. Abang tak salahkan sesiapa pun. Jauh lagi nak menyalahkan Dia. Jadi, awak tak perlu rasa bersalah, okay? Lagipun abang tak rasa terbeban pun dengan semua ni. Lagi gembira ada la sebab haritu dekat kampung, isteri abang panggil abang special sebab ada tangan ni". Ghibran tersenyum manis seraya menilik-nilik tangan besinya.

"Aku tak ingat kau sepenuhnya lagi...".

"Itu juga tak boleh jadi alasan untuk abang tinggalkan awak buat kali kedua, Haura. Cukup Haura ingat abang ni sebagai suami awak aje. Untuk yang lain, serahkan pada abang. Abang akan bantu awak untuk ingat semuanya kembali. Don't worry. Haura ingat abang sebagai suami awak kan sekarang?".

Haura melihat cincin kahwin yang ada pada jari manis tangan kanan lelaki itu. Jari halus Haura mulai menggosok cincin itu perlahan. Dia lalu mengangguk perlahan seraya sisa air matanya dilap perlahan.

" Then, I'm more than happy". Dia mencuit hidung Haura sambil tersenyum lagi dan lagi. Lelaki ini tak pernah lekang dengan senyuman setiap kali dia bersama isterinya.

"Haura dah okay? Kalau dah okay, abang nak pergi lipat sejadah abang sekejap. Nanti abang bawa Haura ke dapur, abang panaskan lauk, abang teman awak makan".

Haura diam.

"Sekejap ya?". Baru sahaja Ghibran mahu bangun daripada birai katil itu, tangannya ditarik lembut oleh Haura.

"Anak kita... Anak kita dah tak ada... Kau kecewa kan?". Tangis yang tadinya sudah kering kembali mengalir semula. Yang lain mungkin Ghibran boleh bertahan, namun tentang anak... bolehkah lelaki itu merelakan semuanya?

"Far from it. Kita tak boleh jumpa anak kita sekarang tapi Haura tahu kan yang dia tengah tunggu kita dengan syurga sana? Jadi, abang tak pernah kecewa sebab abang tahu, nanti kita akan jumpa juga dia dekat sana. Insyaallah. Haura jangan lah sedih-sedih nanti baby pun sedih kalau dia tahu ibu dia selalu menangis macam ni teringatkan dia".

"Kau redha?".

"Dah lama, sayang. Dah lama abang redha". Ghibran mengusap kepala Haura buat kali terakhir sebelum bergerak ke lantai untuk melipat sejadahnya yang masih terbentang itu.

"LAMA abang menghilang. Dirawat di perkampungan orang Sulu tu. Haura ingat kan abang pernah cakap yang lepas abang balik je semula ke Malaysia, terus abang lapor diri. Haura ingat?".

Haura mengangguk.

Tatkala ini, di jam 3 pagi ini, Haura sedang tekun mendengar suaminya bercerita tentang masa lalu mereka sambil duduk berdua di atas sofa di ruang tamu rumah itu bersama album gambar mereka di tangan. Ya, selepas sahaja menemani Haura makan sebentar tadi, Ghibran terus mengambil keputusan untuk bercerita.

"Lepas je abang lapor diri, terus abang balik jumpa mommy. Abang tanya pasal Haura. Berbulan abang tanggung rasa risau dekat Haura. Jadi, dalam fikiran abang masatu hanya lah Haura". Sungguh. Ini kebenarannya.

"Mommy cakap apa?".

"Mommy cakap sesuatu yang betul-betul buat abang sedih. Tentang Haura. Mommy cakap Haura lama duduk dekat wad hospital. Abang risau sangat masatu tapi mommy larang abang pergi jenguk Haura sebenarnya sebab dia takut keadaan Haura makin teruk. Tapi abang pergi juga jenguk awak. I missed you so much. Bila abang sampai aje rumah bonda, Harris pula yang halang. Mereka macam nak sorok sesuatu daripada abang". Ghibran cuba untuk bercerita tanpa menggunakan nada sedih. Dia ingin mencuba mengembalikan memori Haura tentang mereka, bukan mahu membuat drama air mata di sini.

"Kenapa Abang Harris halang?".

"Sebab masatu, dah tiada sikit pun tentang diri abang dekat memori awak, Haura. Harris takut abang kecewa dengan kenyataan tu". Ghibran membelek album itu dan menunjukkan gambar akad nikah mereka. Gambar yang sama seperti di dalam bingkai gambar di bilik tidur Ghibran.

"Aku dah mula lupakan kau?".

"Completely".

"How--? Aku bukan kemalangan pun. Aku tak hentak kepala aku dekat mana-mana pun. Macam mana aku boleh hilang ingatan?". Soal Haura dengan penuh keliru.

"PTSD. Post Traumatic Stress Disorder. Selepas je kejadian tu, tepat selepas Haura sedarkan diri, doktor cakap awak ada PTSD. Haura trauma dengan semua yang berlaku dekat depan mata Haura jadi Haura mula melupakan segala memori bermula daripada enam bulan sebelum kejadian itu berlaku sampai lah memori di hari kejadian. Enam bulan itu termasuk semua memori yang kita pernah bina bersama. Semua. Enam bulan tu juga termasuk abang. Abang sebagai suami awak. Haura langsung tak ingat apa-apa yang berlaku dalam tempoh enam bulan tu. Yang Haura ingat, Haura masih lagi seorang gadis bujang berumur 22 tahun and it continues for five years until I met you again for the first time in a while". Jelas Ghibran panjang lebar membuatkan Haura terpaku. Dia sendiri tak pernah tahu yang dia pernah menghidap PTSD.

"Kenapa sampai lima tahun? Kenapa kau tak datang jumpa aku lebih awal daripada tu?". Soal Haura. Nada suaranya berbunyi seperti dia sedang berjauh hati.

"I was always there for you. Cuma... Abang hanya mampu tengok daripada jauh. For five years. Mesti Harris ada cerita yang abang hari-hari datang rumah bonda nak jumpa Haura tapi dia tak kasi kan?".

Haura mengangguk.

"Jangan salahkan dia. Harris buat semua tu untuk kebaikan Haura. Dia takut keadaan Haura semakin teruk. But I swear, I never abandoned you. You were never alone. Haura tak pernah sendiri macam yang Haura sangka kan sebelum ni. I might sound like a stalker tapi... Abang selalu tengok awak daripada jauh. Abang tahu awak kerja sebagai model produk kecantikan jauh sebelum abang jadi bodyguard awak lagi. Abang tahu awak selalu tengok-tengok tudung tapi tak pernah beli sebab awak tak pandai pakai kan?".

" But whatever it is, you should be there for me. Kau yang patut ajar aku semua tu. Kenapa kau tak berani nak approach aku selama lima tahun tu?". Haura memalingkan kepalanya ke arah Ghibran. Dia ingin melihat keikhlasan jawapan lelaki itu daripada irisnya.

" Abang takut, Haura. Abang sangat takut. Abang takut bila abang datang jumpa awak, awak tak boleh terima kenyataan. Awak akan benci abang. Awak akan benci diri awak sendiri. Dan yang macam Harris cakap juga lah, abang takut keadaan Haura makin teruk. So I gave you five years to heal yourself and you seemed like you did. Abang tengok Haura happy".

"And lonely...". Sambung Haura; melengkapkan ayat Ghibran.

"Not anymore". Ghibran memeluk bahu Haura lalu mencium sisi kepala isterinya itu.

"Apa yang buat kau akhirnya nak jumpa aku selepas lima tahun? Dan kenapa sebagai bodyguard? Kenapa tak sebagai suami je terus?".

Ghibran mendiamkan diri sebentar. Dia mencuba untuk mencari kata-kata yang sesuai untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh Haura itu.

" It's the club incident. That night when Anika brought you home without knowing that you are my wife. Abang ingat dia bawa balik girlfriend dia but no. He brought you to me sebab dia cakap dia dah tak tahu nak bawa Haura ke mana. Nak ditinggalkan dalam kelab malam tu, bahaya. Jadi, dia bawa ke rumah abang. Saat tu lah, abang rasa tak kira apa pun halangannya, abang perlu lindungi Haura. Abang tak nak awak kena serang macam dekat kelab haritu tu lagi. So I went to Harris. Told him that I wanna be by your side in any way I could and he assigned me as your bodyguard".

Haura mengalihkan pandangannya ke arah tangan sendiri tatkala terasa tangan itu diusap perlahan oleh tangan besi milik si suami.

"Kenapa bodyguard dan bukan sebagai seorang suami terus? Hm... Mungkin macam abang dah banyak kali cakap dekat awak... Abang nak awak ingat abang dulu. I want you to fall in love with me for the second time. Abang tak nak paksa awak untuk ingat abang tapi abang nak awak ingat abang dengan sendirinya. Dan abang mengaku, masatu abang pengecut sikit". Ghibran mengusap belakang lehernya sendiri sambil tersenyum-senyum. Malu pula rasanya mengakui diri sendiri ini pengecut.

"I did".

"Hm?".

"I did fall for you for the second time masa kau jadi pengawal peribadi aku tu". Haura mengakui fakta-fakta itu secara malu-malu. Jari-jemarinya dibuat-buat sibuk dengan bermain cincin kahwin yang tersangkut di jari manis tangan kanannya itu.

"Really?". Soal Ghibran dengan penuh keterujaan.

Haura mengangguk.

"How about now? Haura masih cintakan abang?".

Haura tidak terus menjawab sebaliknya dia meletakkan album gambar itu ke atas meja kopi di ruang tamu itu lalu menyelesakan kepalanya ke atas riba Ghibran membuatkan Ghibran tertawa kecil.

"A lot".

Dan entah Haura sudah gila atau apa, dia ternampak kedua pipi dan telinga Ghibran dengan serta-merta memerah.

Ghibran blushing terok!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro