41- Unexpected Supermarket Truth

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HAURA berjalan di samping Ghibran di dalam pasaraya besar itu. Dia teragak-agak ingin memeluk lengan Ghibran yang sedang nenolak troli itu tapi Haura malu. Iyala, haritu baru sahaja dia cakap yang dia akan benci kan Ghibran sampai mati. Tak akan sekarang dia pula yang mengada-ngada nak manja-manja, kan? Malu lah dia.

"Haura nak makan apa? Abang boleh masak untuk aw--". Kata-kata Ghibran terhenti tatkala dia berpaling ke arah Haura dan wanita itu seperti sedang berperasaan serba salah. Ghibran juga ternampak cubaan tangan mulus itu ingin memegang bicep nya namun empunya tangan itu mematikan niatnya. Tersenyum kecil Ghibran di situ.

Lelaki itu lalu memberhentikan troli yang ditolak. Maka berhenti lah juga langkahnya dan langkah si isteri membuatkan Haura yang kepelikan itu terus mendongak memandang Ghibran semula. Mesti lah kena dongak, Ghibran itu tinggi melangit!

"Kenapa kau berhenti?". Tanya Haura.

"Sebab ada orang tu nak pegang tangan abang tapi dia malu".

Terus Haura menayangkan wajah cemberut.

"Aku tak nak pun pegang tangan kau". Bidas wanita itu mencuba untuk menutupi kebenaran yang baginya memalukan itu. Matanya dialihkan ke arah lain, pipinya merah bak udang yang dibakar. Kenapa Ghibran ni boleh peka sangat?!

"Abang tak sebut nama awak pun. Boleh jadi akak pasaraya tu yang nak pegang tangan abang, kan?". Ghibran tergelak kecil di hujung gurauannya. Tapi dia aje la yang gelak. Haura di sisi lainnya makin cemberut muka.

"Kau nak ke dia pegang tangan kau?".

"Nak la takkan tak nak--aduh!". Mengaduh kesakitan Ghibran tatkala bicep kirinya itu ditepuk kuat oleh Haura. Nanti silap-silap bukan tangan je yang besi, dengan lengan sekali dia harus tukar ganti pakai yang besi. Iyala, tercabut dek ditepuk isteri sendiri.

"Pergi lah sana. Pergi suruh akak pasaraya tu pegang".

"Abang gurau je la, sayang". Ghibran menggosok-gosok lengannya sambil tersenyum. Aih, sakit pun senyum ke? Orang kalau dah dengan isteri tercinta, macam gini lah kan? Hm... Suka hati kau lah mat... #akujealoussebabakubelumkahwin.

Haura enggan melihat wajah Ghibran dan Ghibran perasan akan hal itu. Jadi, dia mengambil inisiatif untuk mencapai tangan Haura lalu dililit di sekitar bicep kirinya. Persis seperti apa yang wanita itu ingin lakukan sebentar tadi. Haura pula tidak menghalang, cuma dia terkejut sikit.

"Pegang lah puas-puas, sayang. Abang tak marah pun. Lengan abang ni untuk awak seorang je".

"Kenapa kau tak marah?". Mood Haura sudah bertukar. Tadi hujung-hujung nak merajuk dah tu, sekarang serius pula.

"Nak marah buat apa? Abang ni suami Haura".

"Kan aku cakap haritu aku nak benci kau sampai mati lepastu aku tiba-tiba mengada dengan kau lepastu aku moody balik. Kau masih tak nak marah?". Haura tak puas hati sebenarnya. Kenapa Ghibran ni baik sangat? Dulu pun dia macam ni ke? Dulu pun Ghibran tak pernah marah dia?

" Dulu abang pernah marah awak. Sekali. Masa awal-awal kita kahwin dulu. Lepastu awak merajuk dengan abang sampai ke sudah tak makan dipujuk. Semenjak daripada tu, abang dah serik nak marah awak. Susah wo nak pujuk. Tapi, jangan anggap sifat tegas abang tak ada. Abang kena bimbing awak sebagai isteri abang. Di waktu abang perlu jadi tegas dengan awak, abang akan jadi tegas. Tapi abang tak marah. Awak faham tak ni, Haura? Awak nak abang bimbing awak kan?". Terang Ghibran dengan penuh ketenangan. Cakap dengan Haura kena lembut-lembut macam Harris ajar dulu-dulu sebelum Ghibran kahwin dengan Haura. Kalau tidak, hm...

" Nak. I waited for five years for that... Tapi kau cakap kau pernah marah aku sekali dulu? Kenapa? Aku buat apa?". Sungguh Haura ingin tahu. Apa yang dia telah buat sampai Ghibran yang tampak sungguh tenang ini boleh marah padanya? Teruk sangatkah hal itu?

" Kita beli barang dapur dulu lepastu balik nanti abang cerita dekat awak, okay?".

Tak banyak melawan, Haura hanya sekadar mengangguk. Langkah mereka kemudiannya dimulai semula.

GHIBRAN tengok sahaja Haura yang sedang sibuk menilik-nilik segala jenis kotak bijirin yang ada di rak pasaraya itu. Tapi dia tengok daripada jauh la. Itupun sebab Haura yang suruh. Katanya, dia nak cuba ingat sendiri bijirin kegemaran Ghibran. Katanya tak perlukan bantuan lelaki itu. Jadi, disuruhnya lelaki itu berdiri dengan sedikit menjauh agar dia tak malu jika tersilap ambil bijirin nanti.

"Yang mana ni...?". Penat Haura memerah otak untuk cuba mengingati jenama bijirin mana yang Ghibran suka. Dia cuma ingat yang Ghibran memang suka makan bijirin bersama susu strawberi. Ya, susu strawberi. Anda tak silap baca. Ghibran memang pelik. Itu pun Ghibran yang bagitahu Haura. Sungguh, dia tak ingat apa-apa tentang lelaki itu.

Ting!

Bunyi notifikasi yang datangnya daripada telefon Haura. Terus dia capai telefon yang ada di dalam poket gaunnya itu. Butang untuk menghidupkan skrin telefon pintar itu ditekan dan skrinnya disapu apabila Haura ternampak nama Ghibran di salah satu notifikasi iMessage di skrin kekunci telefonnya itu.

Berkerut dahi Haura tatkala melihat notifikasi itu. Duduk tak sampai beberapa meter pun nak bermesej juga ke?

Ghib Suami Saya (Macam Tak Percaya Pulak)

-Abang suka bijirin yang kotak
dia warna biru.
-Yang ada gambar tiger, sayang.

-Mana satu?
-Tak jumpa pun...

Haura membalas pesanan Ghibran itu. Dalam mesej pun Ghibran seakan boleh mendengar nada rajuk si isteri. Merajuk sebab dah nak putus asa mencari.

-Ada, sayang.
-Row paling atas sekali.

Haura memerhatikan rak di hadapannya itu daripada atas ke bawah untuk mencari kotak bijirin berwarna biru yang ada maskot harimau di hadapannya. Cari punya cari, akhirnya dia jumpa juga. Yeay!

-Okay, dah jumpa.

-Nak abang ambilkan?

-Tak payah.
-Aku boleh ambil sendiri.

-Sampai ke, sayang?

-Kau nak cakap yang aku ni pendek ke? - _-

Dah satu hal pula bergaduh dalam mesej. Haura berpaling ke arah Ghibran lalu menjeling lelaki itu tajam. Ghibran lalu mengangkat kedua tangannya ke atas seumpama menyerah kalah.

Haura lalu menyimpan semula telefonnya ke dalam poket sebelum mencuba untuk mencapai kotak bijirin yang berwarna biru itu. Terjinjit juga lah dia dibuatnya. Ish, tinggi betul bijirin ni duduk! Tak kesiankan warga pendek ke?

Ghibran yang sibuk memerhati tu nak tergelak pun ada. Rasa kelakar tengok Haura mencuba keras untuk mengambil kotak bijirin itu meskipun wanita itu sendiri tahu bahawa ianya usaha yang sia-sia. Ghibran nak tolong, dia tak nak kasi. Comel pula tu! Rambut merahnya yang terikat separa ponytail dan gaun hijau bermaterial cotton yang dipakai sangat membuatkan Haura kelihatan comel.

Sedang Ghibran menikmati pandangannya terhadap ciptaan Allah itu...

"Nah". Ada seorang lelaki yang mencapai kotak bijirin itu lalu dihulurkan kepada Haura. Haura berpaling ke arah lelaki itu dan tidak dia sambut pemberiannya kerana dia ingat siapa lelaki itu. Lelaki itu ialah Badrisham.

"Kenapa tak nak ambil? Saya dah tolong ambilkan untuk awak ni". Ujar si Sham itu.

Haura enggan berkata-kata dengan lelaki itu dan terus dia berpusing untuk pergi ke arah Ghibran namun ditahan oleh tangan Sham yang memegang lengannya.

Automatik Haura merentap kasar pegangan itu.

"Apa ni?!". Marah Haura.

"Awak marahkan saya ke, Haura?".

"Kau merepek apa ni?".

"Cakap la, Haura. Saya ada-".

Terhenti kata-kata Sham tatkala dia perasan akan sebuah figura tinggi yang muncul di sebelah Haura. Figura tinggi yang berparut di mata kirinya. Figura tinggi yang tangan kirinya merupakan sebuah tangan besi.

Zayd Ghibran.

Former known to him as Lieutenant Zayd Al Ghibran.

"Sham. Lama tak jumpa". Tegur Ghibran dengan tenang. Tangan besi tadi menyelit ke pinggang Haura.

"Ghibran".

"Kau sihat?". Soal Ghibran lagi. Saja nak bermanis mulut meskipun dia tahu Sham ada niat yang tidak baik ke atas Haura dan dirinya.

"Sihat, allhamdulillah. Kau?".

"Sama lah kita. Ni, lupa aku nak kenalkan. Ini Haura Dayana. Isteri aku. Atau aku dah kenalkan dekat kau lima tahun yang lepas?". Entah kenapa tetapi di telinga Sham, soalan Ghibran itu berbaur sindiran.

"Mungkin ya, mungkin tak. Aku pun dah lupa, Ghibran". Sham tertawa kelat di hujung katanya.

"Tadi aku nampak rancak kau bercakap dengan dia. Borak apa?". Ha, ini niat utama Ghibran menegur Sham. Dia nak tahu kenapa lelaki itu sibuk nak menegur isterinya itu.

"T-tak. Tak ada apa. Eh, ni aku nak kena gerak dah ni. Aku balik dulu lah ya, Ghibran?". Sham meminta izin. Dia mahu lari daripada terus disoal oleh Ghibran.

"Ha iya la".

"Assalamualaikum".

"Waalaikumussalam".

Terus Sham terkocoh-kocoh menjauh daripada mereka berdua.

"Kau kenal dia?".

Ghibran angguk.

"Dia yang datang rumah haritu kan?".

Kali ini, Haura pula mengangguk.

"Dia bekas anggota pasukan abang dulu. Sekarang dia dah ada pasukan sendiri".

"Kau rapat ke dengan dia dulu?".

"Nak kata rapat, tak la juga. Nak kata renggang, tak juga. Abang dengan dia dulu macam pesaing. Dua-dua bersungguh-sungguh nak yakinkan pihak atasan untuk dapatkan pangkat yang abang pernah galas dulu. Leftenan. Sampai abang rasa macam, 'takpela, bagi dia ajela' tapi Allah yang tentukan segalanya and turned out, I got that title. Sham bermasam muka dengan abang. We weren't in a good term until we met again today. Abang dengar, dia dah dapat apa yang dia nak. Pangkat leftenan tu. Selepas abang letak jawatan, dia yang ambil alih pangkat tu pula".

Terangguk-angguk Haura mencuba untuk memahami segala apa yang telah diceritakan oleh Ghibran itu. Mencuba untuk menyambungkan fakta ini dengan sebab mengapa Sham itu menyebarkan cerita yang bukan-bukan kepadanya beberapa hari yang lepas.

"Itu aje?". Haura menyoal.

"Ada lagi".

"What is it? Tell me. Kau kan dah janji nak bagitahu semua benda dekat aku".

"Jangan terkejut pula bila abang bagitahu ni". Pesan Ghibran. Takut juga Haura pengsan nanti. Haura pula hanya mengangguk laju. Tak kisah dia kalau dia pengsan terkejut ke apa ke nanti. Yang penting, she loves tea! Dia suka dengar cerita!

"Dia pernah suka awak dulu. Abang berebut awak dengan dia lah lima tahun lepas".

Update awal sikit harini!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro