44- Rindu 1/2 Mati

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

⚠️ VIOLENT ACTS

DUSH!!!

Badan Haura ditolak kuat ke arah pintu pagar besi rumahnya itu. Sakitnya bukan kepalang sehingga terkeluar air mata si wanita. Kedua-dua tangannya sedaya upaya sedang mencuba untuk meleraikan tangan yang sedang mencekik lehernya itu. Ruang pernafasannya sudah mulai menyempit. Seluruh wajahnya sudah mulai memerah.

"L-lepas!". Haura menjerit sekuat hati walaupun suaranya tak mungkin boleh didengari oleh sesiapa pun. Kawasan itu sunyi. Jeritan itu pula seolah disekat untuk menjadi lebih kuat oleh tangan yang sedang mencekiknya itu.

"Tolong!".

PAM!

Sudah lah dicekik, Haura ditampar pula oleh sang figura bertopeng Ghostface di hadapannya itu.

"Diam la, perempuan! Betina tak sedar diri!".

PAM!

Sekali lagi pipi Haura ditampar di posisi yang sama menyebabkan hujung bibirnya terkoyak. Luka daripada koyakan itu mulai mengeluarkan darah merah pekat yang mengalir.

Baru sahaja badan Haura ingin jatuh menggelongsor ke tanah, si Ghostface menahan badannya agar dia terus-terus tersandar secara paksa pada pagar besi itu.

Haura tidak lagi melawan. Kepalanya seperti sedang berpusing. Dia dipukul, ditampar dan dicekik sedari tadi di hadapan rumahnya sendiri. Dia sudah tidak larat. Dia hanya berharap agar saat ini, Allah menghadirkan si suami buat dirinya.

"Ghibran...". Haura menyeru lemah nama Ghibran membuatkan figura di hadapannya itu semakin marah dan mengambil tindakan drastik dengan mengeluarkan pisau daripada dalam poketnya dan mengacukan pisau itu ke arah parut luka lama Haura. Parut luka yang juga dimunculkan oleh si pelaku tak berperikemanusiaan di hadapan Haura ini.

"Sekali lagi kau sebut nama jantan keparat tu, aku toreh luka kau ni lagi dalam". Ugut si Ghostface.

"Ghibran...".

"Betina sial!".

Baru sahaja si Ghostface mengangkat tinggi pisaunya untuk menikam tempat parut yang terdahulu itu...

DOR!

... dia terlebih dahulu jatuh tersungkur ke lantai setelah terkena tembakan yang dilepaskan oleh Anika yang baru sahaja muncul itu di bahagian bahunya. Dan baru lah terlepas cekikannya daripada leher Haura membuatkan Haura jatuh terduduk ke tanah. Air matanya mengalir lebat. Dia...

...trauma.

Si Ghostface di hadapannya itu pula sedang mengerang kesakitan sebelum dia kembali bangun dan mengacukan pisaunya ke arah Anika yang sedang memegang pistol itu.

"SIAL!!! KAU MEMANG SIAL!". Si Ghostface kedengaran amat marah. Barangkali sangat marah apabila mengecam wajah Anika. Lelaki yang asyik menjadi knight in the shining armour untuk Haura. Sejak daripada dulu lagi!

"Buang senjata kau". Anika memberi arahan tegas kepada si Ghostface.

"Kau patut mati la, sial!". Tetapi sudah semestinya lah arahan itu tidak diendahkan oleh si Ghostface. Dia berlari ke arah Anika sambil masih lagi mengacukan pisau yang dipegang tetapi Anika sedikitpun tidak berganjak. Tindakan refleksnya membuatkan penjahat itu sekali lagi ditembak di tangan yang sedang memegang pisau itu olehnya.

DOR!

Penjahat itu jatuh tersungkur dan pisau itu tergeletak jauh daripadanya. Cepat-cepat Anika menyimpan semula senjata apinya dan berlari laju ke arah Haura. Badan perempuan itu tanpa aba-aba didukung dan dibawa masuk ke dalam keretanya.

Sebelum bergerak ke hospital untuk menghantar Haura bagi wanita itu mendapatkan rawatan, sempat lagi Anika menggari si Ghostface ke pagar rumah itu sebelum menelefon polis untuk datang mencengkupnya.

Setelah sebuah kereta polis kelihatan tiba di hadapan rumah itu, baru lah Anika memandu ke hospital dengan Haura yang kelihatannya sudah pengsan di bahagian tempat duduk penumpang di belakang.

Flashback...

"Iskandar... Awak nak makan aiskrim ni tak?". Cempaka menundingkan jarinya ke arah aiskrim berperisa mint chocolate yang ada di dalam peti sejuk beku di pasaraya itu. Anika tengok aiskrim yang ditunjuk buat seketika sebelum dia membuat muka toya.

"Tak nak".

"Kenapa pula? Aiskrim ni sedap tau. Jom la kita makan sama-sama". Pujuk Cempaka lagi. Susah betul nak yakinkan bakal suaminya ini. Dah la jumpa sekali-sekala je, nak ajak makan aiskrim sama-sama pun tak nak! Syukur la Cempaka ini bukan jenis yang senang merajuk.

"Awak nak ke? Kalau awak nak, awak ambil la. Saya bayarkan nanti". Anika pula pelik dengan bakal isterinya ini. Kalau nak aiskrim tu, ambil aje la. Itu pun susah ke? (Kau lambat pickup sebenarnya Anika...)

"Awak nak?". Tanya Cempaka lagi.

Anika ketawa kecil.

"Saya tak nak, bunga. Awak lupa ke bakal suami awak ni tak suka perisa tu?". Anika tersenyum manis ke arah Cempaka. Gadisnya ini memang seorang perempuan yang cepat lupa! Macam nenek-nenek!

Terus monyok muka Cempaka apabila mendengarkan kata-kata Anika itu.

"Bunga, kalau awak nak...ambil je. Saya tak marah pun". Risau pula Anika tengok tunangnya ini. Takut merajuk je sebenarnya walaupun Cempaka ini gadis yang jarang merajuk.

"Takpe la, Iskandar. Jom cari barang dapur umi? Nanti lambat balik". Cempaka tersenyum namun wajahnya mendung. Dia mungkin betul-betul mahukan aiskrim itu namun menolak apabila Anika turut juga menolak. Dan Anika baru perasan akan hal itu.

Tanpa kata, terus lelaki itu membuka pintu peti sejuk beku lalu mencapai satu tub aiskrim berperisa mint chocolate yang ditunjuk oleh cik tunang sebentar tadi dan meletakkannya ke dalam cart mereka. Melihatkan hal itu, mata Cempaka yang layu tadi terus bersinar kembali.

"Suka lah tu". Anika menegur Cempaka yang kini tersenyum manis itu.

"Suka! Terima kasih, Iskandar!".

"Sama-sama, bunga".

"Nanti kalau majlis kahwin kita, kita letak aiskrim perisa ni sebagai dessert tau...". Cempaka memberi cadangan.

"Boleh, bunga. Untuk bunga saya, semua boleh".

"Janji?".

"Janji".

End flashback...

"Kenapa menangis?". Haura yang sudah tersedar daripada pengsannya itu bertanya.

Dia pelik. Buka sahaja matanya tadi, dia nampak yang dia sudah berada di hospital. Okay, itu tak pelik banyak. Yang dia pelik banyak sekarang ni, kenapa Anika menangis?

Dan Anika pula...

Dia tahu yang Haura sudah tersedar. Namun, dia tidak berkata apa-apa. Dia terus-terusan menangis sahaja.

"Muka kau... Muka kau, Haura. Muka kau sama sangat dengan dia...". Anika akhirnya berbicara. Kepalanya langsung tidak diangkat. Dia tidak sanggup mahu menatap wajah Haura yang sudah sekian lama dia perasan mirip dengan wajah arwah tunangnya itu.

"Siapa...?".

"Kau tahu tak kenapa aku selamatkan kau dekat kelab haritu? Kau tahu tak kenapa aku selamatkan kau harini?". Hujung tangisnya masih tersisa sampaikan kata-katanya ada yang tersekat-sekat.

Haura terdiam.

"Cempaka Maisara. Muka kau sama sangat dengan dia, Haura. Sejak daripada hari pertama aku nampak kau, aku nampak bayang Cempaka dekat kau. Sumpah, aku redha. Aku redha dengan pemergian dia, Haura. Tapi aku tak boleh... Adanya kau buat aku rasa dia masih ada. Bahayanya kau buatkan aku rasa dia yang dalam bahaya. I can't bear seeing you in pain because I see her in you. Maafkan aku, Haura".

Tanpa berkata apa-apa lagi, terus Anika bangun dan keluar daripada wad yang menempatkan Haura itu. Dia berdiri sebentar di hadapan pintu wad itu sehingga dia disedarkan oleh suara Ghibran yang baru sahaja tiba setelah habis menyelesaikan urusan bil hospital tadi.

"Anika? Kau okay tak ni?". Soal Ghibran. Kopi ditangannya dihulurkan kepada Anika. Sengaja dia beli dua cawan. Satu untuk dirinya dan satu untuk Anika.

Tanpa sepatah kata pun, Anika mencabut rantai yang sering dipakainya itu lalu diletakkan ke atas telapak tangan Ghibran.

"Kau buat apa ni, Nik?".

"Aku nak redha sepenuhnya, Ghib".

Ghibran melirik ke arah rantai yang ada di atas telapak tangannya itu. Di hadapan matanya jelas terpapar dua loket rantai itu yang merupakan dua bentuk cincin. Cincin pertunangan Anika dan arwah Cempaka.

"Kenapa-".

Dan Anika pun berlalu daripada situ.

Anika punya backstory sedih wey :(

Kita yang tulis, kita yang menangis huhu...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro