45- "Dengarlah Bintang Hatiku..."

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SELEPAS sahaja Anika berlalu pergi, Ghibran yang masih terpinga-pinga dengan tindakannya itu masuk ke dalam wad yang menempatkan Haura. Buka sahaja pintu, kelihatan Haura yang sedari tadi memandang ke arah pintu itu memalingkan wajahnya menghadap ke arah tingkap yang memaparkan keindahan malam di Kuala Lumpur itu.

Ghibran faham yang Haura barangkali sedang berasa kesal dengannya. Iyala, wanita itu diserang tatkala si suami tiada disisinya. Ini dah ada, mesti lah perasan kesal itu juga muncul. Mungkin tidak la sampai membenci tapi marah sikit la.

Ghibran menutup pintu wad itu lalu berjalan terus ke arah katil Haura. Dia menarik kerusi yang ada di sebelah katil itu sebelum melabuhkan punggungnya ke situ. Tangan Haura yang ada di sisi katil itu dicapai lalu diusap perlahan oleh Ghibran. Turut juga dia mencium lembut tangan itu sekali.

"Haura, abang datang ni...". Panggil Ghibran, lembut selembut nya. Dia fikir tindakan itu akan berhasil untuk memujuk si isteri namun... Haura malahan merentap kasar tangannya daripada pegangan Ghibran. Kepalanya masih tidak dipalingkan ke arah Ghibran.

"Haura, abang-".

"Kau tinggalkan aku...". Belum sempat Ghibran ingin meminta maaf, Haura terlebih dahulu mencantas kata-kata lelaki itu dengan suaranya yang perlahan tanpa sedikit pun berpaling ke arah Ghibran.

"Abang minta maaf, Haura".

"Kau tak ada dengan aku. Kau dah janji nak sentiasa ada dengan aku. Kenapa...kenapa kau tinggalkan aku, Ghibran?". Terdengar esakan kecil di hujung kata Haura. Dia menangis. Dia takut.

"Tengok abang sekejap, Haura". Pinta Ghibran dengan penuh kelembutan. Namun, Haura menggeleng lemah. Esakannya semakin kuat. Badannya yang sedang terbaring itu terhenjut-henjut. Hari ini memang hari yang sangat memenatkan dan menyedihkan buat semua orang, termasuk Haura.

"Sayang...". Ghibran menggunakan cara terakhirnya dengan memusingkan perlahan badan isterinya membuatkan Haura kini berada dalam posisi terlentang tidak lagi mengiring ke tepi seperti tadi. Matanya lurus memandang ke arah siling wad hospital itu. Air matanya jatuh mengalir ke kedua belah pipinya.

"I'm here now. Abang dah ada dekat sini dengan Haura. And I promise I will never leave you again. Abang minta maaf. Abang minta maaf sebab abang lambat sampai, sayang. Maafkan abang, ya?". Tangan Haura sekali lagi dicapai dan dicium lembut. Dia benar-benar mahukan kemaafan daripada Haura. Kali ini, Haura tidak menolak. Dia biarkan sahaja.

Sedikit demi sedikit, Haura palingkan wajahnya ke arah Ghibran. Tangannya yang digenggam Ghibran itu terasa menggenggam semula tangan si suami. Esakannya masih kedengaran namun kali ini, sedikit perlahan.

"A-abang tinggal Haura...". Adunya manja.

"Tak, sayang. Abang tak tinggal. Abang ada dekat sini dengan awak".

"Tadi abang tinggal Haura...Haura panggil abang. Abang tak datang pun. Abang tak dengar ke Haura panggil?". Soalan manja Haura itu hampir sahaja membuatkan Ghibran tergelak namun dia tahan. Tak baik gelakkan orang sakit. Sudah la situasi tengah serius ni. Tapi, tetap sahaja Ghibran bersyukur. Amarah Haura kepadanya kali ini tidak berlanjutan meskipun suara wanita itu masih kedengaran menyedihkan.

"Sorry, cheri. Tadi abang tak dengar. Cuba Haura panggil lagi sekarang. Mungkin abang boleh dengar?".

Haura mengelap air matanya sebelum dia menyedut segala hingus-hingusan akibat tangisannya tadi. Perlahan-lahan dia membuka mulut, memanggil nama suaminya.

"Ghibran...".

"Iya...".

"Abang... Abang dengar tak Haura?".

"Ya, sayang. Abang dengar awak". Ghibran tergelak kecil melayan karenah isterinya itu. Sekejap marah, sekejap sedih, sekejap comel, sekejap gembira. Pening Ghibran dibuatnya. Namun, tetap sahaja... Dia bersyukur. Ghibran sangat bersyukur.

"ANIKA buat apa ni, sayang?". Puan Farida bertanya kepada anak terunanya yang sedang mengemas barang-barang lama miliknya itu. Daripada tadi lagi sebenarnya. Sudah lebih kurang dua jam Anika duduk bertapa di bilik tidurnya mengemas semua barang ini.

"Anika sepatutnya buat benda ni daripada dulu lagi, umi".

Puan Farida datang semakin mendekat dengan anak terunanya itu. Apabila sudah berada betul-betul di sebelah Anika, baru lah dia tersedar apa yang dilakukan oleh Anika. Hatinya dihurung rasa sebak.

"Betul ke Anika nak buang semua ni?". Tanya Puan Farida.

Anika memberikan diaman sebagai jawapannya. Perbuatannya terhenti. Tangannya seolah beku di udara. Air matanya jatuh lagi. Menitik setitis demi setitis ke atas plastik sampah hitam di hadapannya itu.

"Anika tak sayang ke semua ni?".

"Orangnya dah takde umi". Suara milik Iskandar Anika Shah itu bergetar.

"Orangnya dah takde tak bermakna Anika perlu buang rasa sayang Anika pada semua barang ni. Barang-barang ni kan satu-satunya memori Anika dengan arwah Cempaka. Anika betul nak buang?". Puan Farida bertanya lagi. Kali ini dengan suara yang lebih lembut. Dia tidak mahu menyakiti hati yang sudah sedia ada sakit itu.

"Anika ni nampak macam orang yang tak redha dengan pemergian dia ke, umi?". Anika menghalakan wajahnya ke arah Puan Farida.

"Kalau dalam hati Anika masih berharap yang arwah Cempaka untuk kembali ke dunia ni, itu ya, Anika tidak redha sepenuhnya dengan pemergian dia. Tapi kalau Anika hanya rindukan dia sekali-sekala...itu tak apa, sayang. Umi tak nak nanti Anika menyesal kalau Anika betul-betul hapuskan semua memori Anika dengan arwah Cempaka. Ya, dia dah pergi tapi memorinya masih ada kan?".

Anika terdiam lagi.

Tangan Puan Farida naik menggosok lembut bahu anak terunanya itu.

"Umi bukan menggalakkan Anika untuk tak move on atas pemergian arwah Cempaka...tapi kalau Anika nak simpan semua ini, bukan bermakna Anika tak redha dengan pemergian dia. Kalau dah tak nak simpan pun, umi faham". Puan Farida kerling ke arah leher Anika yang sudah kosong itu dan mengeluh perlahan. Tiada lagi dua bentuk cincin yang selalu tergantung di situ.

"Umi masuk tidur dulu ya, sayang? Anika fikir-fikirkan lah apa yang umi cakap tu". Puan Farida tersenyum sekilas sebelum berlalu keluar daripada bilik tidur Anika itu.

Keluar sahaja Puan Farida daripada biliknya, album gambar di tangannya itu dibuka. Gambar pertama yang terpapar pada deria penglihatan Anika ialah gambar yang bertarikh 23 Mac 20XX. Gambar first date dia dan arwah Cempaka. Gambar di mana mereka berada di sebuah kafe.

"Nama awak siapa? Maaf, saya tak tahu sebab patutnya ini date kawan saya. Dia suruh saya gantikan dia bila...".

"Bila dia dapat tahu saya bakal jadi polis?".

"Erk...".

"Nama saya Iskandar Anika Shah. Panggil-".

"Iskandar? Saya suka nama tu".

Pertemuan mereka yang bermula daripada Cempaka yang terpaksa menggantikan rakannya di blind date bersama Anika itu.

Titis air mata Anika semakin lebat dalam pada dia mengingati kenangan itu.

Lembaran seterusnya dibuka. Tampak gambar bertarikh 12 April 20XX.

"Awak mesti ingat saya tak akan datang kan?".

"Huh?".

"Kawan saya cakap awak ni akan jadi polis. Dia suruh saya ditch awak. Tapi saya datang juga! Mesti awak tak sangka, kan?".

Gambar itu memaparkan date mereka yang kedua. Anika menemani Cempaka ke kedai buku kerana Cempaka suka membaca.

Lembaran album seterusnya dibuka lagi. Muncul lah gambar yang bertarikh 16 Mei 20XX. Jaraknya sebulan selepas gambar yang kedua itu.

"Awak dah nak pergi ke, Iskandar?".

"Ya...Awak nak tunggu ke?".

"Sebulan awak tak jumpa saya, Iskandar. Tahu-tahu awak dah nak pergi...".

"Kalau awak tak nak tunggu-".

"Nak! Saya nak tunggu! Tapi... Kalau ada cuti, awak akan balik jumpa saya kan?".

"Hm".

Gambar itu menceritakan kisah kali pertama Anika terpaksa meninggalkan Cempaka untuk memasuki kem latihan polis.

Album gambar itu ditutup. Anika tertunduk menangis lagi. Imej-imej Cempaka yang tersenyum tertayang di kepalanya seolah-olah sebuah video. Video memori mereka berdua.

"Ya Allah... Aku rindu dia...".

Entah lah ini update ke berapa untuk harini tapi ha ambil lah...
Kita memang suka update banyak-banyak bila dah siap tulis ending ni hehe :D

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro