50- Luluh & Penyesalan (END)

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

KEESOKANNYA, baru lah Haura keluar daripada biliknya untuk turun makan tengahari bersama keluarganya. Sampai sahaja di meja makan, Haura mendengus kasar. Tak betah dengan perangai abangnya yang asyik tertawa jengkel itu. Nak membahan Haura lah tu.

"Puteri katak dah habis merajuk? Seharian tak keluar bilik. Ingatkan nak bertapa je terus dalam bilik tu". Harris mulai menyakat adiknya itu. Tak sempat Haura nak duduk pun, dah kena sakat. Penat lah ada abang macam Harris ni.

"Harris...". Puan Sri Khalida mulai bersuara. Menegur tindakan Harris yang suka menyakiti hati adiknya itu. Orang itu dah la tengah emo, dia boleh pergi usik-usik pula. Karang nangis perempuan tu kat situ.

"Nak kena papa pujuk dulu baru lepas". Harris menyambung tawanya. Eh eh jantan ni. Sejak bila dia jadi terlebih menjengkelkan ni? Abang siapa ni? Tolong kutip. Yang penting, Haura tak nak. Rasa macam nak lelong aje Harris dekat orang pada saat ini. Siapa nak Harris, boleh angkat tangan.

"Papa... Tengok abang tu...". Haura mengadu manja kepada Tan Sri Amin yang sedang elok meneguk air masak itu.

Gelas diletak ke tepi lalu lantas Tan Sri Amin mengalihkan pandangannya terhadap Harris. Kaca matanya diturunkan sedikit sebelum dia membuka mulut, menyeru nama panjang anak sulongnya itu.

"Harris Khaizuran".

Terus kecut perut Harris apabila sebaris namamya itu diseru oleh Tan Sri Amin. Kalau Puan Sri Khalida yang panggil, dia okay lagi. Tapi kalau papa yang panggil, dia tak berani nak lawan. Papa garang! Kalau Haura yang keras kepala tu pun takut, Harris apatah lagi.

"Okay, okay. Harris stop".

"Meh, duduk makan, Haura. Bonda masakkan Haura udang masak lemak kuning hari ni. Haura suka kan?". Haura tersenyum nipis mendengar ajakan bondanya itu. Dia lalu menarik kerusi bersebelahan dengan Harris lalu duduk di situ.

Sebagai abang yang baik, Harris lalu menyendukkan nasi ke dalam pinggan Haura lalu beberapa ekor udang diambil dan diletakkan ke dalam pinggan lelaki itu untuk dikopeknya sebelum diberikan kepada Haura. Ya, Harris memang se- gentleman itu.

"I boleh buat sendiri lah". Haura berkata kepada abangnya itu.

"Papa dah bagitahu I suruh layan you baik-baik".

"Eh papa pula yang kena?". Tan Sri Amin membela dirinya. Setahu dia, dia tak pernah memberi arahan sebegitu rupa kepada Harris walaupun memang sepatutnya Harris layan Haura baik sepanjang masa pun.

"Papa ke Ghibran ni?". Puan Sri Khalida bertanya sambil tersenyum-senyum.

"Okay lah, okay lah. Ghibran yang suruh". Harris menyerah kalah. Dua ekor udang yang sudah siap dikopek diletakkan ke atas pinggan Haura. Gadis itu kelihatan mengambil salah seekor daripadanya lalu dibawa ke dalam mulut.

"Haura, makan nasi sekali, sayang. Nanti Haura makin kurus, susah bonda nak jawab dekat Ghibran".

"Alah, bonda... Nanti Haura makan nasi. Ini Haura nak rasa je dulu". Haura menayang senyum tidak bersalah. Padahal dia memang tengah tiada selera tatkala ini. Tiada selera kerana merindui si suami. Padahal Ghibran baru sahaja pergi sehari dan dia dah telefon lelaki itu semalam.

"Tak payah rasa. Bonda memang masak sedap". Puji Tan Sri Amin menbuatkan Puan Sri Khalida tersenyum malu. Ada saja lah suaminya ini.

Tiga ekor lagi udang yang sudah siap dikopek diletakkan oleh Harris ke dalam pinggan Haura.

"Makan lah. Kalau tak cukup, nanti I kopekkan lagi". Kata Harris seraya dia meletakkan sesudu sayur goreng ke dalam pinggan Haura.

"Thank you my lovely brother muah muah".

Author's note: For better experience, sayang-sayangku boleh pasang lagu Purnama by Naim Daniel sambil baca part ni sampai habis.

"BANGKAI kapal yang karam di pertengahan laut itu sudah ditemui namun tiga lagi anggota tentera pasukan Angkatan Tentera Laut Diraja Malaysia yang menyertai misi itu yang dipercayai menjadi mangsa lemas dalam kejadian itu masih juga belum ditemui. Mangsa-mangsa yang terlibat ialah kapten kepada pasukan keselamatan laut negara itu; Kapten Yusof Alimi, 38 tahun, Leftenan Muda Aflan Ruzaimi, 34 tahun dan Bintara Muda Zayd Al Ghibran, 32 tahun".

Terduduk Haura di atas lantai di hadapan televisyen di ruang tamu rumahnya itu apabila turun-turun sahaja ke bawah, berita itu yang pertama kali dia dengar keluar daripada mulut pembaca berita di kaca itu.

"Haura...". Puan Sri Khalida cuba untuk menyeru nama anak perempuannya itu. Namun...

"Bonda, Ghibran... Ghibran...". Tak dapat tertahan lagi, air matanya mengalir. Entah buat kali ke berapa semenjak Ghibran meninggalkannya untuk pergi ke misi itu sejak dua minggu yang lalu.

"Haura... Haura dengar cakap papa. Haura kena bersabar. Mereka masih lagi buat pencarian tu". Tan Sri Amin cuba untuk mengawal emosi anaknya.

Telinga Haura pula sudah tidak dapat mendengar segala apa kata yang keluar daripada mulut kedua orang tuanya itu. Jauh sekali ingin mendengar kata si abang yang turut juga sedang memujuk.

Fikirannya pusing.

Dia takut. Haura sangat takut. Seolah semua yang dia fikirkan akan terjadi kepadan Ghibran sebelum ini, betul-betul terjadi. Seolah ini petanda yang dia bakal kehilangan Ghibran buat kali kedua dan mungkin selamanya.

"Ghibran... Ghibran tinggal Haura...". Teresak-esak Haura menangis di situ. Puan Sri Khalida ingin pergi memujuk namun dihalang oleh Tan Sri Amin. Fikir Tan Sri Amin, kalau dipujuk pun, belum tentu Haura akan mendengar. Fikiran wanita itu tatkala ini hanya penuh dengan kerisauannya terhadap Ghibran. Hanya Ghibran.

TIGA minggu berlalu. Bayang Ghibran masih belum tiba. Berita tentangnya juga tiada. Yang ada hanya lah berita tentang si kapten dan si leftenan muda yang sudah ditemui meninggal dunia. Ghibran? Masih belum ditemui. Sudah tiga minggu berlalu... Tiga minggu berlalu semenjak Ghibran pergi meninggalkan Haura untuk misinya. Bermakna, seminggu berlalu semenjak berita tentang kehilangan lelaki itu tersebar.

Hidup Haura sudah seperti mayat hidup. Yang dia tahu hanya lah meluangkan masa di luar berjam-jam lamanya. Menunggu Ghibran walaupun dia tahu itu ialah perkara yang paling mustahil di saat ini.

Tapi, dia percayakan lelaki itu. Lelaki itu pernah berpesan agar Haura menunggunya untuk pulang. Bermakna dia akan pulang. Ya, Haura percaya akan kata-kata suaminya itu.

Dia juga percaya akan keajaiban Yang Maha Esa. Sejak berita kehilangan Ghibran itu tersebar, Haura tak putus-putus berdoa pada Yang Maha Kuasa agar Ghibran ditemukan. Samaada dalam keadaan yang sudah tidak bernyawa ataupun yang masih hidup. Haura mahu melihat Ghibran.

Dia menyesal.

Dia menyesal kerana tidak menghiraukan pujuk rayu lelaki itu tiga minggu lepas.

Haura juga langsung tidak menyentuh makanan berat selama seminggu ini. Makan tengahari, tak. Makan malam, tak. Sarapan pun tak. Yang dia tahu, kalau dia lapar, dia akan makan makanan ringan seperti bijirin ataupun roti. Itupun sekali sekala.

Dia terlalu merindui Ghibran.

"Haura rindu abang...".

"Haura minta maaf...".

"Haura minta maaf, abang...".

"Abang tolong lah balik...".

"Abang janji abang tak akan tinggalkan Haura lagi...".

Itu lah kata-kata yang sering diulang-ulang oleh Haura dalam setiap harinya. Itu sahaja yang dia mampu tuturkan. Tiada yang lain.

Haura tahu...

Haura tahu permintaannya itu mustahil. Sangat mustahil. Masakan ada manusia yang akan survive daripada kejadian kapal karam itu? Lagipun, sudah seminggu berlalu semenjak kejadian itu.

Namun seperti yang dinyatakan tadi, Haura percaya terhadap Ghibran dan takdir Allah.

"Balik lah, Zayd Ghibran. Aku rindu".

TAMAT
2.JUN.2024

Surprise!

Epilogue is coming...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro