Epilog

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"HAURA, mari masuk sayang. Bonda risau tengok Haura macam ni. Haura belum makan kan? Masuk dulu sayang. Makan. Lepastu kalau Haura nak tunggu Ghib-".

"Ghibran memang tak kan balik semula kan, bonda?". Haura berpaling ke arah Puan Sri Khalida. Wajahnya jelas kelihatan tidak bermaya. Kedua-dua matanya sembab dan memerah. Rambutnya agak berserabai.

Puan Sri Khalida terdiam. Jujur, dia tidak tahu apa yang dia harus katakan bagi menjawab persoalan Haura ini. Jujur, dia juga seolah sudah hilang harapan. Memang, misi pencarian masih diteruskan namun... hanya Ghibran sahaja yang masih belum dijumpai dan dua lagi anggota yang dijumpai telah meninggal dunia. Apa yang anda rasa Puan Sri Khalida dan ahli keluarga yang lain akan rasa dan fikir?

"Haura rindu Ghibran. Haura rindu sangat, bonda. Ini ke balasan untuk Haura lepas lima tahun Haura buat Ghibran tunggu Haura?". Suaranya bagaikan tersekat di kerongkong tatkala dia berbicara.

"Haura bukan isteri yang baik kan, bonda? Sebab tu Allah ambil balik Ghibran daripada Haura". Apabila keluar sahaja ayat terakhir itu daripada mulut Haura, terus Puan Sri Khalida membawa wanita itu ke dalam pelukannya.

"Haura, sayang... Jangan fikir macam tu. Haura isteri yang baik. Bonda yakin. Dan Ghibran... Ghibran tu pinjaman Allah. Allah hadirkan Ghibran dalam hidup Haura. Allah juga berhak nak ambil semula Ghibran. Kalau betul Ghibran dah tak ada, Haura kena redha, sayang. Haura tak boleh salahkan diri Haura". Puan Sri Khalida yang turut sebak itu menggosok perlahan bahagian belakang badan anaknya itu. Tangisnya sedaya upaya cuba ditahan.

"Haura tak sempat pun, bonda... Haura tak sempat nak bagitahu Ghibran yang Haura cintakan dia. Haura tak sempat nak minta maaf dengan dia, bonda. Haura tak tengok pun dia untuk kali terakhir. Bonda... Haura-...Haura tak sempat pun nak cium tangan dia haritu bonda". Tangisnya yang sudah reda tadi mulai lebat kembali. Dia menangis sambil mukanya disembam pada dada si ibu. Esakannya kedengaran sangat menyakitkan.

"Haura sayang dia, bonda. Haura tak boleh hidup tanpa dia. Dia satu-satunya kawan baik Haura. Dia satu-satunya orang yang boleh buat Haura jatuh cinta. Dia satu-satunya suami Haura, bonda". Cengkaman tangannya pada tangan si ibu semakin kuat. Hatinya terasa pecah.

Puan Sri Khalida hanya terdiam membiarkan Haura meluahkan segala-galanya.

"Haura sayang Ghibran, bonda. Haura tak sanggup nak hilang dia lagi, bonda. Hidup Haura perlukan dia".

Zayd Al Ghibran ialah anugerah terindah yang dihadirkan oleh Allah untuk Haura Dayana. Zayd Al Ghibran ialah pembantu yang dianugerahkan oleh Allah untuk membuatkan hidup Haura Dayana lebih bahagia dengan izin-Nya.

MALAM Haura yang selama ini penuh dengan usikan Ghibran, kini sunyi sepi. Tiada lagi usikan lelaki itu. Tiada lagi topik random yang boleh dibawa berbincang dengan lelaki itu di kala malam hari.

Haura mencapai sehelai baju kemeja Ghibran yang ada di dalam almari mereka sebelum mulai berbaring di atas katil. Baju kemeja itu dipeluk rapat ke dadanya. Bau-bauan badan Ghibran yang seolah masih melekat di baju kemeja itu menusuk masuk ke dalam rongga hidung Haura membuatkan rasa rindunya semakin memberat.

Air matanya mengalir lagi.

"Haura rindu abang".

Itu kata-kata terakhir yang dituturkan oleh Haura sebelum akhirnya dia terlena di situ tanpa berselimut dan figuranya masih setia memeluk baju kemeja suaminya itu.

3.00 PAGI

ADA sepasang tangan yang menarik selimut itu agar menutupi badan Haura yang sedang tertidur kaku itu. Badan itu kelihatannya seperti sedang menggigil. Mungkin sedang berada dalam kesejukan.

Rambut Haura yang terjurai ke bahagian hadapan muka wanita itu diselitkan ke belakang telinga oleh tangan itu. Sapu tangan yang ada di dalam poketnya dikeluarkan lalu kesan air mata Haura yang sudah kering itu dilap secara perlahan.

Baju kemeja yang ada di dalam pelukan Haura itu dilihat olehnya sambil 'dia' tersenyum segaris. 'Dia' lalu perlahan-lahan mengangkat kedua tangan Haura lalu baju kemeja itu diambil lalu diletakkan begitu sahaja ke atas lantai.

Dia gantikan tempat baju kemeja itu dengan dirinya sendiri di dalam pelukan Haura. Sepasang tangan itu juga mulai memeluk pinggang Haura. Wajah Haura ditarik rapat agar dapat diselesakan di atas dadanya. Terlihat Haura bergerak-gerak sedikit untuk menyelesakan kedudukannya. Pelukannnya semakin kemas ke atas figura yang dianggap sebagai kemeja suaminya itu membuatkan pemilik sepasang tangan itu tersenyum lagi.

'Comel'.

Namun, seketika kemudian, dia ternampak bahawa dahi Haura berkerut-kerut. Dah kenapa budak ni? Tak selesa ke? Rasanya ini posisi tidur kegemaran semua wanita. Kan?

Haura di sisi lainnya pelik. Kenapa bau badan Ghibran yang ada pada kemeja yang dipeluknya tadi semakin kuat? Bau badan yang bukan lah tidak menyenangkan namun sangat menenangkan. Lepastu Haura pelik... kenapa seolah-olah ada sepasang tangan yang sedang memeluk pinggangnya?

Apakah?

Hantu ke?

Terus Haura perlahan-lahan membuka kedua matanya dan dia terus melihat figura yang ada di hadapannya itu. Matanya digosok-gosok perlahan untuk memperjelaskan lagi pandangannya dan bagi memastikan yang dia tidak bermimpi.

Gosok punya gosok, betul lah apa yang dia lihat.


Terus sahaja air matanya kembali mengalir membuatkan figura di hadapannya itu tertawa kecil.

"Bangun-bangun tidur, menangis. Manja betul isteri abang ni". Makin kuat tangisan Haura apabila figura itu mula menuturkan kata.

"Abang...".

"Iya, sayang. Abang lah ni. Tak tipu. Awak tak mimpi". Haura kemudiannya menangis dengan lebih kuat daripada tadi di dalam dakapan figura itu. Tangisan dia tu, kalau boleh sampai nak pecah kedua gegendang telinga Ghibran dibuatnya.

Tiba-tiba...

"Abang pergi mana?! Kenapa tinggal Haura?!". Haura menangis sambil marah. Kuat Haura bertanya sampai nak bergegar satu rumah itu.

"Panjang cerita dia sebenarnya. Kalau abang cerita esok, boleh? Abang rindu awak, Haura. Abang nak tidur peluk awak, boleh?".

Haura melepaskan pelukannya lalu melihat wajah Ghibran.

"Haura sayang abang. Haura cintakan abang. Tolong jangan tinggalkan Haura lagi... Haura takut... Haura takut hidup tanpa abang".

"Shh, abang ada, sayang. Abang ada". Ghibran mencium lembut dahi Haura.

"Haura sayang abang...". Bicaranya dengan suara yang masih mamai. Mata separuh tertutup. Masih mengantuk. Separuh daripada si Haura tu barangkali masih ada di alam mimpi.

"Abang sayang Haura juga".

Mereka berdua kemudiannya sambung tidur macam tak ada apa yang baru sahaja terjadi. Esok lah bincang. Ngantuk.

SERIUS TAMAT.

Sayang-sayangku rasa sayang-sayangku kena scam ke tak?
Hehehehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro