7- Protective Over Him

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

TANGAN wakil daripada syarikat produk kecantikan berjenama Maybelline cawangan Malaysia itu disalami oleh Haura bersama senyuman manis tertampal di wajahnya. Ghibran pula setia menunggu cik mudanya itu di hadapan pintu studio. Selama satu jam itu, dia berdiri aje dekat situ. Sudah disuruh untuk duduk oleh Haura, namun dia menolak.

"Nice to have you again, Miss Haura". Ucap wakil Maybelline yang berketurunan Sepanyol itu. Spanish accent yang agak pekat masih kedengaran di telinga Haura walaupun perempuan yang dikenali sebagai Mrs. Fernandez itu bercakap menggunakan bahasa inggeris.

" It is nice to work with Maybelline again, too. I am glad to be a part of the Fit Me campaign. I hope it will be a success in Maybelline's history".

Kempen Fit Me yang dimaksudkan oleh Haura ialah kempen produk makeup terbaharu yang dilancarkan oleh Maybelline iaitu lightweight foundation. Salah satu produk yang sesuai digunakan sebagai base makeup.

"I hope so too. Anyway, before you go, I really wanna ask you a question".

"Yeah sure". Bicara Haura dengan bersahaja. Dia sudah tahu sebenarnya soalan apa yang ingin Mrs. Fernandez tanyakan kerana sedari tadi mata wanita itu sibuk merenung Ghibran yang berdiri agak jauh daripada mereka.

"Who is that gentleman over there?". Mata Mrs. Fernandez menjeling ke arah Ghibran yang tampak sedang sibuk memerhatikan keadaan sekeliling itu. Kan aku dah cakap, mesti dia nak tanya soalan tentang jejaka itu punya.

"Oh, that's my bodyguard. Why did you ask, Mrs. Fernandez?".

Mrs. Fernandez diam seketika. Barangkali sedang mereka ayat.

"You know, Maybelline is a makeup brand. A makeup company for both of the genders. And I noticed that your bodyguard has some unique features on his face". Features menarik yang dimaksudkan oleh Mrs. Fernandez sudah semestinya la kulit sawo matang Ghibran dan parut terbakar berbentuk separuh hati yang ada di atas salah satu mata lelaki itu.

"Okay, so what's your point?". Haura sudah semakin tidak gemar untuk membahas topik ini kerana dia sudah tahu ke mana arah tujunya. Dia faham sangat dengan businesswoman seperti Mrs. Fernandez ini.

"So, here me out. What if he joins Maybelline? He can be together with you under the Fit Me campaign". Haura tersenyum sinis. Sudah diagak ini lah niat sebenar Mrs. Fernandez beria ingin mengetahui tentang Ghibran. Ada udang di sebalik cucur rupanya.

"Wait...". Haura menyuruh Mrs. Fernandez untuk menunggu sebentar sebelum tangannya diangkat ke udara sambil dia memandang ke arah Ghibran. Gadis itu lalu memanggil si jejaka.

"Ghibran!".

Terus sahaja Ghibran berpaling dan berjalan menghampiri Haura. Jejaka itu kemudiannya berhenti tepat di sebelah sofa tempat Haura sedang duduk. Sempat dia kerling ke arah Mrs. Fernandez yang sedang tersenyum manis, namun dia abaikan. Dia di sini untuk Haura dan Haura sahaja. Orang lain? Malas dia nak layan.

"Ya, Cik Haura? Nak balik dah ke?".

"Ghibran, this is Mrs. Cassey Fernandez. Mrs. Fernandez, this is Zayd Ghibran". Haura memperkenalkan mereka berdua sambil tersenyum penuh kepalsuan.

"Nice to meet you, Ghibran".

Ghibran hanya membalas dengan senyuman segaris.

"Ghibran, nanti dia akan tanya you satu benda tau. You jawab je 'no' okay? Bila dia tanya kenapa, you diam or you reka la ayat apa-apa pun asalkan you bantah idea dia. Okay?". Haura memberi arahan dalam Bahasa Melayu kepada Ghibran agar percakapan dia tidak difahami oleh Mrs. Fernandez.

Ghibran hanya mengangguk. Mrs. Fernandez pula masih lagi tersenyum. Nasib kau la mat tak faham Bahasa Melayu.

" So, Mrs. Fernandez... Ask him about what you have said to me earlier". Bicara Haura lagi.

Mrs. Fernandez mengangguk lalu matanya beralih kepada Ghibran.

"So, Ghibran... I actually wanna offer you a job with us under the Maybelline Fit Me campaign. Would you like to join us?". Straight to the point wanita itu bertanya. Amboi kak! Ini betul-betul nak grab Ghibran ke ni? Takot!

"No". Jawab Ghibran, persis seperti apa yang disuruh oleh Haura sebentar tadi membuatkan berkedut seribu dahi Mrs. Fernandez. Yela, orang nak bagi job, jantan ni tolak macam tu je. Tak hesitate langsung!

"Why not? The payment will be high and you can work with Miss Haura since she will also be working under this campaign".

"I already have a job to focus on. I am Miss Haura's bodyguard and I can't neglect that job just because I will be getting some new job out of sudden. My responsibility towards Miss Haura is crucial. She is now my responsibility given by someone that trust me and I can't crush that someone's trust by neglecting Miss Haura just like that. I hope you will understand, Mrs. Cassey Fernandez". Aduh! Jawapan Ghibran ni hampir-hampir sahaja membuatkan pipi Haura menjadi tomato masak! Bila dia suruh Ghibran karang alasan sendiri tadi, gadis itu tak sangka pula yang ini alasannya!

"Yes. I do understand you, Ghibran. It's alright".

GHIBRAN tenung saja Haura yang sedang makan tengahari bersamanya itu. Berselera betul gadis itu makan. Lapar barangkali.

"Cik Haura". Panggilnya sekali.

"Hm? Kenapa? Nak makan lagi? Pesan la. Bayar pakai kad I tu". Haura menjawab tanpa langsung memandang Ghibran. Betapa fokusnya dia dengan makanan yang ada di hadapannya itu. Bukan apa, dia melantak bersungguh sangat ni kerana geramnya terharap Mrs. Fernandez tadi masih tersisa.

"Saya nak tanya sikit". Ghibran menyisip sedikit kopi panasnya. Makanannya sudah habis. Tinggal beberapa potongan lobak merah sahaja yang tertinggal di pinggan.

"Shoot".

"Kenapa saya kena jawab 'no' tadi?". Tadi Ghibran ikut sahaja arahan Haura tapi sekarang baru dia terfikir kemungkinan apa yang membawa Haura untuk menyuruhkan berkata 'tidak' kepada tawaran Mrs. Fernandez tadi.

"Why not?". Orang tanya dia, dia tanya orang balik. Matanya masih fokus pada pinggan sendiri. Memotong steak yang masih tersisa separuh itu.

"Miss Haura, can you look at me and talk to me for a while?". Lembut sahaja Ghibran meminta. Jujur, dia lebih suka jika seseorang itu berbicara dengannya sambil memandang wajahnya. Baru dapat tahu keikhlasan dalam berkata-kata.

Haura akhirnya akur dan mengangkat wajahnya untuk melihat wajah Ghibran yang tampak sungguh tenang itu. Patutnya lelaki itu marah lah sikit sebab baru aje tadi ada orang ajak dia buat job modelling tapi dia tolak hanya kerana seorang Haura Dayana.

"What?".

Ghibran menjungkitkan keningnya sendiri. Tak mahu dia ulang soalan dia sendiri. Dia nak Haura ingat sendiri. Dia nak Haura jawab. Dia perlukan jawapan atas setiap arahan yang diberikan. Termasuk yang tadi. Walaupun dia sendiri merupakan orang yang sangat suka berahsia.

"No. I tak nak bagitahu". Haura tersenyum sinis. Sudu dan garfunya diletakkan di kedua sisi pinggannya.

"And why is that?".

"Pick up your phone at 12 tonight and I will tell you". Haura memulangkan paku buah keras kepada Ghibran. Kau ingat kau seorang je suka berahsia? Aku pun boleh lah! Haura mana pernah kalah dengan mana-mana manusia (kecuali Tan Sri Amin).

Terus sahaja Ghibran tertawa kecil mendengar jawapan Haura itu. Aduhai gadis ini, pandai betul berkelakuan nakal dia tu!

"Okay, Cik Haura". Ghibran memberikan kata akurnya seraya menghabiskan sisa tawanya.

"Good. Dengar cakap. I suka". Lagi-lagi kata Haura membuatkan Ghibran tertawa. Dengar saja tawa Ghibran, terus berkerut dahi Haura. Mamat ni, banyak betul ketawa. Harris pernah memberitahunya yang Ghibran ni tipikal lelaki-lelaki dalam novel cinta kahwin paksa, tak suka sangat berinteraksi dan dingin. Ini macam lain aje? Kenapa?

Akan tetapi, Haura usir sahaja tanda tanya itu daripada pemikirannya dan membuka mulut buat sekian kalinya setelah dia menjeling steak yang masih ada di atas pinggannya itu.

"Ghibran. You call Abang Harris sekarang". Pintanya secara tiba-tiba.

"Kenapa Cik Haura?".

"Ish! Telefon aje la. Phone I takde bateri ni".

"Cik Haura... Bagitahu dulu kenapa Cik Haura suruh saya telefon Tuan Harris. Saya takut Tuan Harris tengah sibuk sekarang. Dia ada bagitahu saya yang dia ada photoshoot harini". Masak la Ghibran kalau setiap masa nak kena pujuk puteri katak yang manja ini.

"Ish! I dah malas nak makan ni... Tapi I masih lapar. Biasanya abang yang tolong suapkan I". Haura tolak pinggannya ke arah Ghibran dan jejaka itu perasan aje makanan yang daripada tadi masih belum habis itu. One thing he learned, Haura ni sejenis manusia yang makan lambat-lambat.

"Baik, Cik Haura". Ghibran seluk poket seluarnya, mengambil telefonnya dan terus mendail nombor Harris. Apabila perkataan 'ringing' sudah muncul di skrin, telefon itu dilekapkan ke telinganya.

Tut...
Tut...
Tut...

Beberapa saat kemudian, telefon itu dikembalikan ke hadapan wajahnya sendiri menandakan sang dipanggil tidak mengangkat panggilan itu. Barangkali betul lah, Harris sedang sibuk.

"Tak angkat ke?". Haura bertanya dan Ghibran menggeleng.

"Ish! Malas lah macam ni. I nak merajuk dengan dia nanti". Dia berpeluk tubuh dan melemparkan pandangannya ke luar tingkap restoran. Ha sudah Ghibran, kau nak buat apa ni?

"Cik Haura...".

"Don't talk to me".

Masak sungguh Ghibran kalau macam ni. Harris yang tak angkat telefon, dia yang kena. Hadeh!

Dalam pada Ghibran sudah tak tahu nak buat apa tu, dia tarik pinggan Haura tadi sehingga sampai betul-betul di hadapannya dan mulai memotong kecil-kecil baki daging yang masih ada di dalam pinggan itu. Sempat dia kerling ke arah Haura yang menjeling ke arahnya itu tetapi cepat-cepat Haura mengalihkan pandangannya.

Setelah siap kepingan daging itu dipotong kepada bahagian-bahagian yang lebih kecil, satu daripada bahagian itu dicucuk dengan garfu lalu Ghibran berbicara lagi,

"Saya ganti Tuan Harris boleh?".

"Huh?". Keliru Haura dibuatnya.

"Saya nak ganti Tuan Harris, boleh?".

"You tak malu ke suap I? Nanti kalau girlfriend you nampak ke? Nanti kalau masuk media? I ni dikenali sebagai model yang mengada tau. You sanggup layan perangai mengada I ni?". Bertalu-talu soalan ditanyakan oleh Haura. Kalau Harris, lelaki itu memang sudah terbiasa dengan gosip-gosip media setiap kali dia keluar bersama dengan adiknya ini. Ghibran ni belum.

" As long as you are full, then I'm okay with it".

Haura dengan ragu-ragu mengangguk dan memakan daging yang ada di hujung garfu yang ditujukan ke arah mulutnya. Ghibran suap Haura!

"Sedap!".

"Apa bezanya?". Lagi-lagi Ghibran ketawa kerana perangai comel Haura.

"You suap lagi sedap daripada Abang Harris suap!".

I don't care what anyone gonna say but author suka perangai gedik-gedik Haura ni hehe...

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro