8- 12 A.M. Talk

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

BUKA-BUKA je pintu bilik, terus terpacak figura tinggi Harris di hadapannya. Figura itu jelas sedang memakai baju T berwarna hitam dan berkain pelikat hijau daun. Terkejut Haura dibuatnya. Dah la berdiri macam tunggul, ketuk pintu pun tidak.

"Abang nak apa?". Haura menyoal dengan nada biasa.

Harris berdehem beberapa kali sebelum tersenyum sumbing. Eh eh Harris ni, ada apa-apa yang Haura tak tahu ke? Adakah hal yang baik? Atau hal yang akan memalukan gadis itu buat tujuh keturunan?

"Senyum-senyum macam kambing ni kenapa? I stapler mulut you karang baru tahu". Haura yang tadinya beriak biasa kini menjadi sebal dengan perangai abangnya tika ini. Ada lah tu Harris punya akal nak mengusik Haura. Kalau tidak, lambat lagi dia nak tunggu Haura depan bilik ni.

"I dengar ada orang tu makan bersuap tadi. Tak pelik pun makan bersuap, yang peliknya bukan I yang suap orang tu. Biasanya--". Belum sempat Harris menghabiskan kata-katanya, Haura terlebih dahulu menekup mulut abangnya itu. Risau jika bonda dan papa dengar gosip ini.

" Abang ni! Diam lah sikit!". Panik terus Haura apabila hal siang tadi cepat betul sampai ke telinga Harris. Ini mesti Ghibran bagitahu! Dia punya laporan kerja tu, sampai part suap Haura pun nak dilaporkan juga. Hish!

"Jhadi bfetul lash ye?". Hampir sahaja kata-kata Harris itu tidak difahami kerana dia berbicara dengan mulutnya yang masih ditutup oleh tangan Haura.

"Shh!!". Marah Haura lagi seraya tangannya makin rapat menekup mulut si abang. Lengan sasa Harris ditepuk-tepuk kuat. Menandakan yang dia betul-betul mahu Harris memperlahankan suaranya. Sampai terjinjit-jinjit Haura dibuatnya. Yela, Harris ni terlajak tinggi. Haura tak sampai.

"Thurun khan thangan thu, phrinshess. Sakit khaki youf nantif". Sudah seperti bahasa bayi sahaja kata-kata yang dituturkan oleh Harris HAHAHAHA.

Dan akhirnya Haura akur lalu menurunkan tangannya dan berdiri secara normal. Sakit mat kaki nak jinjit lama-lama! Harris ni tinggi melangit. Entah Puan Sri Khalida makan apa masa mengandungkan dia pun, Haura tak tahu.

Terlepas sahaja tangan Haura daripada mulut Harris, terus jejaka itu ketawa sekuat hati. Ketawa dia tu sampai jiran sebelah pun boleh dengar. Kuat nak mampus! Haura di hadapannya sudah mulai menayangkan muka cemberut dan memeluk tubuh.

"Harris Khaizuran bin Amin". Haura seru nama panjang Harris membuatkan tawa lelaki itu berhenti dengan serta-merta. Dia tahu, apabila nama panjangnya diseru oleh Haura, itu bermakna gadis itu betul-betul serius dan jikalau Harris tidak berhenti ketawa, Haura akan merajuk.

"Okay, okay. Shh". Jejaka itu buat-buat seperti mengzip mulutnya.

"Dah, pergi balik bilik sendiri". Haura menghalau.

"Come on, princess. Tell me everything. I nak tahu juga macam mana pengawal peribadi you yang dah macam hidup tanpa emosi tu boleh suap puteri mengada macam you ni". Harris betul-betul nak tahu cerita penuh. Sebentar tadi, Ghibran sempat bercerita tentang bahagian 'atas-atas' sahaja. Selebihnya bila ditanya, Ghibran hanya membisukan diri. Suka berahsia! Padahal...

"Eee pak cik bawang!".

"Alah... Cepat la cerita". Pujuk Harris lagi.

"Tak nak. You tanya aje la Ghibran. Dia yang offered nak suap I tadi".

"Kedekut lah you ni, princess. I suruh cerita pun tak nak". Harris mencebik bibir. Jarang betul ya nak nampak Harris berkelakuan seperti ini. Dasar pak cik bawang! Orang tak mahu bergosip sikit, merajuk!

"Kedekut tak kedekut. Sekarang ni, you tepi boleh tak? I nak turun dapur, nak lepak dengan Mak Kiah". Biasanya Mak Kiah memang akan selalu ada pada waktu-waktu begini di dapur sedang mengemas dan kadang-kadang, Haura selalu juga menemani wanita tua itu sambil bersembang.

"I korek cerita dengan Ghibran esok".

"Kalau you boleh lah...". Haura ketawa sinis sebelum akhirnya menuruni tangga rumah banglo itu untuk ke dapur yang berada di tingkat bawah.

TEPAT sahaja pukul 12 pagi, telefon Haura berbunyi dan nama kenalan 'GhibGhib' naik di skrin telefonnya.

Info menarik: Nombor Ghibran disimpan oleh Haura dengan nama kenalan itu kerana gadis itu fikir bahawa nickname itu sangat comel dan 'friendly'. Tapi setelah mendengar jawapan buat soalan pertama yang diajukan olehnya kepada Ghibran siang tadi, dia rasa terus nak tukar nama kenalan itu jadi 'Bodyguard' sahaja tapi dia biarkan dulu. Malas!

"Menepati janji. Bagus". Bicara Haura seorang diri sebelum gagang diangkat.

"Assalamualaikum Haura Dayana". Suara garau di hujung talian menyapa. Amboi! Lainnya suara. Lainnya gaya berbicara.

Haura kerling jam dindingnya buat kali kedua...

Oh, dah lepas waktu bekerja. Patut lah serius semacam. Yela, Ghibran kan dah cakap yang dia akan mesra-mesra a.k.a friendly dengan Haura dalam waktu dia bekerja sahaja. Ugh, menyampah!

"Waalaikumussalam, Zayd Ghibran".

"Dah sedia ke nak dengar jawapan saya?". Tanya Ghibran dengan suaranya yang biasa. Tenang tapi cukup mendatar. Tidak semesra siang tadi. Dan ini membuatkan Haura tidak suka akan Ghibran. Perlu ke sampai macam tu sekali lelaki itu mengubah personalitinya? Dia pun tak sudi ke nak betul-betul berkawan dengan Haura walaupun di luar waktu kerjanya?

Ghibran...

... sama aje ke dengan orang lain?

"Hm".

"Sebelum saya sambung pasal Anika, saya akan jawab soalan ketiga awak dulu...".

"Okay".

"Saya kenal keluarga awak dah lama. Jangan risau, perkenalan kami dimulakan dengan baik-baik aje. Tuan Harris tolong saya dengan sesuatu dan sejak daripada itu saya rapat dengan keluarga awak. Adakah awak tahu? Tidak atau mungkin... ya. Kenapa? Saya tiada jawapan untuk soalan itu buat masa sekarang. Kalau awak nak tahu juga, awak kena tunggu". Ringkas dan padat Ghibran menjelaskan awal mula perkenalannya dengan keluarga Tan Sri Amin ini. Ringkas dan padat sangat sampai tak cukup bagi Haura untuk memahami setiap daripada bait bicara Ghibran itu.

Haura di hujung talian mendiamkan diri. Tak tahu nak cakap apa. Soalan yang sama masih berulang di kepalanya sehinggakan dia tidak dapat fokus terhadap bicara Ghibran pada saat ini.

Ghibran sama aje ke dengan orang lain?
Ghibran sama aje ke dengan orang lain?
Ghibran sama aje ke dengan orang lain?

"Tentang Anika pula... Dia bekerja sebagai ahli Pasukan Keselamatan Khas. Special force. Sebab tu dia boleh ada pistol. Don't worry, dia tiada niat pun nak tembak penyerang awak malam tu. Dia cuma nak takutkan lelaki itu aje. Awak jangan salah sangka pula dengan Anika. Dia lelaki yang baik walaupun dia ada marah awak sebab sentuh rantai dia malam tu. Saya minta maaf bagi pihak dia".

Haura masih diam.

'Ish! Apa yang kau nak peningkan sangat ni Haura! Suka hati dia la nak ikhlas ke, tak nak ikhlas ke berkawan dengan kau. Yang kau pening sangat ni kenapa?'.

"Haura?". Ghibran pelik. Dua minit dia bercerita, Haura diam. Dia dah berhenti satu minit pun, Haura masih diam. Sudah tidurkah gadis itu?

Diam lagi. Tiada sahutan.

"Haura Dayana? Dah tidur ke?".

"K--".

Baru sahaja Haura mahu menyahut, Ghibran sudah memotong terlebih dahulu. Mungkin tidak terdengar suara Haura yang ingin menyahut itu dek kerana terlalu perlahan.

"Kalau dah tidur, selamat malam Haura. Jumpa esok. Assalamualaikum". Dan gagang diletak. Tercengang Haura dibuatnya. Dia letak macam tu je?! Cis! Dia lupa ke yang Haura juga ada berhutang jawapan kepada soalannya?

Haura mengeluh kecil seraya meletakkan telefon pintar yang sudah gelap skrinnya itu di atas meja lampu. Jam berantai milik Ghibran dicapai.

"Sampainya hati you, Ghibran. I ingat you berbeza dengan yang lain".

Dan akhirnya Haura tertidur dengan jam berantai itu masih berada di dalam genggaman tangannya. Genggaman tangan itu pula diletakkan di atas dadanya.

I feel really really bad for Haura wey istg :(



Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro