🧸 31| Accident

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aara hanya mengikut sahaja mereka berempat dari belakang. Pekerja-pekerja yang melihat kehadiran mereka sekali lagi kecoh.

"Buat kerja, jangan bergosip!" tegur Riz dingin kemudian menarik lembut tangan Aara supaya jalan seiring dengan mereka berempat.

Tiba sahaja di dalam lif, mereka berlima diam seketika.

"Kerlip ah bintang nun-" Mulut Aara ditekup oleh Riz bila mendengar adik kembar bernyanyi perlahan.

Ting!

Mereka keluar dari lif dan Riz masih menekup mulut Aara sambil berjalan masuk ke dalam pejabat Zafran.

Krek~

Zafran dan Zemir memandang mereka berlima tapi matanya terhenti pada Aara dan Riz. Mereka mengerut kening memandang sesama sendiri dan memandang Aara dan Riz semula.

"Kenapa kau tutup mulut Rara?" tanya Zemir hairan. Anaqi dan yang lain sudah melabuhkan punggung di sofa.

"Kau tahu tak Ra-" Aara pantas menekup mulut Riz lalu tersengih memandang angah dan alongnya.

"Tak ada apa." Aara melepaskan tekupan itu setelah menjawab soalan Zemir. Bibir Riz sudah mengukir senyum sinis tanda mengejek. Aara hanya menggulingkan mata sahaja. Menyampah !

"Ada apa nak jumpa adik kesayangan awak semua ni ? Er kecuali Anaqi," tanya Aara selamba memeluk tubuh lagak seperti bos.

"Tolong ki--" Aara menggeleng dan kembali bersuara.

"Tak. Nak. Dengarkan?"

"Okay fine. Taknak tak apa tapi ada orang nak jumpa Rara sekejap lagi."

Krek~

"Assalamualaikum, sorry lambat," ucap gerangan yang baru sahaja muncul.

Aara menoleh ke arah pintu. Nadia? Sofea? Er.. ni ke mak Hana ke? bisik Aara dalam hati.

"Nak buat apa ni? Reunion?" tegur Aara sinis memandang tiga wanita di hadapannya.

"Ummi nak minta maaf dengan apa yang Hana pernah buat sebelum ni pada Rara. Ummi tak sangka pula Hana akan jadi macam ni sekali," ujar Raihana kesal.

"Kita orang pun nak minta maaf. Sebabkan kita orang, 4 starlight dah tak ada." Nadia menggangguk laju dengan kata-kata Sofeya.

"Kau tak layak nak sebut nama kumpulan tu. Dah habiskan? Rara maafkan semua orang." Aara keluar dari pejabat along lif untuk turun ditekan.

Ting!

Dia masuk ke dalam lif. Telefon pinta di tangan dihidupkan. Grab ditempah.

Ting!

Aara keluar mencari kelibat kereta Myvi berwarna biru. Dia membuka pintu kereta di bahagian belakang dan melabuhkan punggung selepas memastikan ciri-ciri kereta sama dengan di skrin telefonnya. Rumah maksu dituju.







Cubalah mengerti perasaanku~
Ku ingin dirimu mengerti aku~

Zafran mengangkat panggilan Irsyad.

"Hana dah keluar dari rumah mama, kawan aku ada nampak Hana dan seorang lelaki ikut kereta yang Aara naik sekarang. Kereta Izzat ke?"

Hati Zafran berdegup kencang mendengar kata-kata Irsyad. Rara naik grab ke? Huh, keluh Zafran di hati. Kesal.

"Aku rasa itu grab," balas Zafran di corong telefon.

"Er Irsyad sekejap lagi aku call kau balik, ada orang call aku ni," sambung Zafran sebelum mematikan panggil dan diangkat panggilan daripada 'Adik Kesayangan'.

"Hello," sapa Zafran.

"Maaf abang ni abang kepada owner telefon ya?" tanya seorang lelaki untuk memastikan apabila melihat nama di contact ialah 'Abangku Saiyang'.

"Ya, saya." balas Zafran ringkas.

"Boleh datang ke sempang kiri berdekatan dengan Syarikat Zz Holding tak?" soal lelaki itu lagi.

"--sebab kereta yang dinaiki adik abang ni kemalangan. Tapi saya jumpa telefon yang sedikit retak ini sahaja, adik abang dan pemandu grab saya tak jumpa lagi," sambung lelaki itu.

Zafran sudah menggenggam tangannya sehingga urat hijau kelihatan di tangan kasarnya.

"Okay saya datang sekarang." Panggilan dimatikan.

"Jom."

Zafran melangkah keluar. Tiada masa untuk memberi penjelasan.







Aara tersandar di dahan pokok. Begitu juga seorang lelaki yang sedikit berusia yang dipanggil Pak Syed. Nasib baik mereka berdua sempat keluar dari kereta itu apabila Pak Syed memberitahunya bahawa brek seperti tidak berfungsi.

"Pak Syed okay ?" tanya Aara prihatin melihat dahi Pak Syed berdarah. Kaki Aara sebelah kiri tidak boleh digerakkan akibat terlalu sakit.

"Okay nak. Pening sikit je lah," balas Pak Syed lemah.

Aara mengeluh pasrah apabila telefon pintarnya hilang.

"Kat sini rupanya Aara Elina berada."

Aara terkedu dengan penampilan Hana yang tidak terurus. Rambut kusut dan muka comot .

"Harini juga kau akan mati!"

Hana memandang tajam wajah lemah Aara sebelum melangkah ke arah Aara perlahan bersama pisau yang penuh dengan darah.

Pak Syed resah melihat gadis tak terurus itu mendekati Aara.

"Hana Zafira!"

Hana menghentikan langkah apabila mendengar suara seseorang yang dia rindui.

"Sini Hana," pujuk Raihana sebak melihat Hana tidak terurus seperti itu.

"Ummi!" Hana melepaskan pisau lalu memeluk tubuh Raihana.

Yang lain pantas membawa Aara dan Pak Syed ke hospital untuk rawatan. Irsyad dan beberapa rakan sekerjanya sahaja masih di situ memerhati Raihana dan Hana.

Tiba-tiba Hana merungkai kasar pelukan Raihana dan mengambil pisau itu semula dan membenamkan pisau tersebut pada perut umminya.

Raihana tidak sempat membuat apa-apa hanya terkilan dengan tindakan anak kandungnya sendiri.

"Ummi tipu. Ummi tak sayang Ana langsung! Ummi sayang si kembar tak guna tu je!" Hana mengamuk membuatkan Irsyad dan rakan sekerjanya tersentak.

Mereka keluar dari persembunyian. Taufiq mendekati Hana lalu mengetuk leher Hana dan Hana rebah tidak sedarkan diri.

Kebetulan ambulans baru tiba dan membawa segera Raihana ke hospital. Hana pula dibawa ke hospital sakit jiwa untuk rawatan sepatutnya.

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro