🧸 32| Mengada

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Aara menyandarkan diri di kepala katil. Dia melihat kaki kirinya yang terseliuh lalu disentuh.

"Macam dah baik." Aara menggerakkan kaki kirinya perlahan-lahan. Tak sakit dah? Yeay!

Krek~

Doktor Alana masuk untuk memeriksa suhu badannya.

"Alhamdulillah. Best tak duduk hospital 3 hari?" sindir Doktor Alana sebagai maksunya.

"Best ! Layanan tiptop !" jawab Aara tersenyum suka memandang wajah menyampah Doktor Alana.

"Banyaklah kau. Lepas ni dah boleh berambus ya adik manis. Jangan sakit-sakit lagi," pesan Doktor Alana lalu mengatur langkah keluar dari wad Aara.

Aara melepaskan tawa kecil mendengar itu.

Ting !

Aara mengambil telefon dan membuka mesej itu. Yes ! Telefon dia yang haritu cuma retak sahaja, jadi tukar skrin protector sahaja.

Headprefect Ayeツ
Kejap lagi aku dengan yang lain datang lawat kau, nak kirim apa-apa tak?

Coolblog , Cadbury dan samyang carbonara. Beli tau ! Terima kasih , sayang awak !

Banyaknya , tengoklah kalau ada duit aku beli

Aara mematikan telefon pintarnya. Geram ! Dia sakit-sakit ni pun ada je nak mengusik haih....


Bam!

Aara yang hampir terlelap kembali segar mendengar orang membuka pintu wadnya bagai mahu bergaduh.

"Ish menyusahkan," gumam Izzan perlahan . Iya! Dia marah pada pintu wad Aara yang tidak tahu apa-apa itu.

"Lain kali cabut terus. Senang nak datang melawat saya tanpa pintu," perli Aara lembut sambil memandang Izzan yang masih membebel pada pintu itu.

Izzan tersengih lalu menuju ke birai katil Aara memberikan makanan dan minuman yang dipesan oleh Aara kepada Anaqi 15 minit yang lalu.

Mata Aara bersinar memandang coolblog dan samyang carbonara yang sudah siap rebus hanya tinggal mengisi sos dan serbuk carbonaran sahaja. Dia kembali muram memandang Izzan.

"Mana coklat saya?" kata Aara perlahan. Air mata sudah bertakung dan menunggu masa untuk jatuh. Nak nak harini dia datang bulan memang emosi sikit lah.

Izzan mula menggelabah melihat Aara mahu menangis.

"Coklat? Izzat tak ada cakap apa-apa pula. Hadei," bisik Izzan perlahan tetapi Aara dapat mendengarnya.

Tangisan Aara semakin kuat. Matanya mula sembab kerana banyak mengeluarkan air mata.

Krek~

"Eh Rara kenapa ni?"

Zafran pantas memeluk Aara erat. Terkejut mendengar tangisan adik kesayangannya. Nasib baik wad Aara tiada pesakit lain.

Aara meletakkan dagu di dada alongnya lalu mendongak. Manja time !

"Nak coklat," pintanya dengan air mata mengalir laju. Sedihlah yang lain semua ada tapi coklat tak ada... Huwaa

Tergelak kecil Zafran melihat Aara mula bermanja dengannya walaupun dia tahu adiknya masih sakit hati pada orang sekelilingnya dengan perkara tiga hari yang lalu.

"Kenapa ni?" sapa satu suara membuatkan Aara merungkaikan pelukan along dan memandang tajam Anaqi yang baru sahaja sampai.

"Mana?" tanya Aara sengaja tidak menyebut apa yang dia maksudkan.

"Mana apa?" soal Anaqi kembali pura-pura tidak tahu.

"Eeee... coklat saya mana? Awak ni saya dah cakap saya sayang awak pun awak tak belikan apa yang saya nak. Eeee benci ah camni," kata Aara sambil tersedu-sedu.

"Kalau macam tu baik tak payah tanya!" sambung Aara lalu menyambung aktiviti mengeluarkan air mata.

Tercengang mereka bertiga termasuk Zemir yang baru masuk melihat perangai manja dicampurkan dengan mengada itu.

Penampar karang haih.

"Eh janganlah sambung nangis. Aku ada belilah."

Aara terus terdiam memandang teliti depan, belakang, kiri dan kanan tubuh Anaqi mencari coklat tapi tiada.

"Tak ada pun," tutur Aara dengan suara serak.

"Aku letak kat tepi meja katil kau tadi masa kau sebok melalak tak tentu pasal tu, kau je tak perasan," bidas Anaqi selamba.

Aara mengambil coklat dan dikumpul sekali samyang carbonara dan air coolblog. Dia makan samyang carbonara terlebih dahulu dengan penuh selera.

Empat jejaka itu memandang Aara tidak berkelip tanda tidak percaya. Aik ? Macam tu je terus gembira?

Nasib baik Airil tak ada, kalau tak mesti disakat si Aara ni habis-habisan .



Zafran dan Zemir sudah kembali ke pejabat untuk menguruskan beberapa kerja mereka yang belum selesai. Dia mengemas barang bersedia untuk pulang dan ditemani Izzan dan Anaqi.

Riz masih tidak muncul kerana Zafran memberitahu Aara bahawa Riz menjaga ibu susuannya yang dianggap sebagai ibu kandung sendiri. Aara hanya mengangguk faham.

"Dah siap?" tegur Anaqi sambil tangan dimasukkan ke kocek seluar.

"Dah."

Anaqi pantas mengambil beg pakaian Aara.

"Aku bawa. Dah jom."

Mereka bertiga keluar dari wad itu menuju ke lif berdekatan. Butang turun ditekan.

Ting!

Mereka masuk ke dalam lif. Suasana menjadi sunyi tanpa perbualan membuatkan Aara berasa janggal.

"Airil mana eh?" tanya Aara memecah kesunyian itu.

"Kenapa rindu?" balas Anaqi pantas membuatkan Aara berasa hairan. Dah kenapa nada macam marah je ni?

"Haah," jawab Aara selamba tanpa memikirkan perasaan Anaqi.

"Kalau macam tu tunang dengan dia jelah."

Aara dan Izzan mengerut kening memandang Anaqi yang tiba-tiba marah itu.

Ting!

Anaqi terus melangkah keluar dari lif . Aara dan Izzan pantas melajukan langkah mengejar Anaqi.

"Eh tak nak!" jerit Aara membuatkan Anaqi menghentikan langkah. Aara tercungap-cungap mencari nafas.

Izzan memeluk tubuh memerhati merpati dua sejoli sedang bergaduh di hadapannya. Oh gini drama cinta zaman sekarang?

"Awak suruhlah saya tunang dengan kembar awak sekali pun, saya nak Izzat Anaqi sahaja yang jadi husband saya, full stop!" tegas Aara kemudian menyandarkan tubuh pada kereta Anaqi. Penat !

Tersenyum puas Anaqi mendengar kata-kata Aara. Izzan memandang abang kembarnya lalu mengetuk kepala Anaqi perlahan.

Pap!

"Kau jangan nak ikut perangai mereng aku eh, tak sesuai kau tahu tak?!" marah Izzan pelik sungguh melihat abang kembarnya.

Anaqi beriak biasa lalu membuka pintu kereta sebelum menghidupkan enjin.

"Ish awak ni mengalahlah dengan perempuan," rungut Aara sedikit pasrah. Dia kena tolak dengan badan sasa Izzan sudah pasti akan kalah.

"Aara duduk belakang, duduk belakang lagi selamat," arah Anaqi dingin selepas menurunkan tingkap kereta di bahagian kirinya.

Wajah Aara dicemberutkan namun tetap akur dengan arahan bakal tunangnya itu.

Izzan siap bersiul-siul gembira cukup menyakitkan hati Aara.

"Anaqi," panggil Aara manja.

Anaqi menoleh ke belakang mengangkat kening memandang muka tidak puas hati Aara.

Mulut Aara dimuncungkan ke arah Izzan yang masih lagi bersiul. Anaqi mengangguk tanda faham lalu memulakan perjalanan pulang tapi sempat mengugut Izzan.

"Baik kau diam sebelum aku gunting boxer doraemon kau tu."

Terdiam Izzan apabila Anaqi menyebut tentang boxer kesayangannya. Aara di belakang menekup mulut menahan ketawa.

Happy je dulu sebelum Dirah dan Alisya muncul okay ')

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro