🧸 6| Trauma

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keesokan harinya , Aara dan abang-abangnya pergi ke sekolah seperti biasa. Zafran dan Zemir melangkah masuk ke kelas 6 Emerald lalu melabuhkan punggungnya ke kerusi.

"Weh betul ke sekolah Melati gabung dengan kita masa perkhemahan nanti ?" tanya Zafran ke arah Izzat.

"Haah... Aku dah check dah senarai nama sekolah dia orang. Dalam 20 orang macam tu je,"jawab Izzat.

"10 lelaki 10 perempuan,"tambah Izzat lagi.

"Sempat lagi tak kalau nak gugur nama dalam senarai nama sekolah kita yang join perkhemahan ni?" tanya Zemir.

Izzat dapat melihat raut wajah kembar seiras ini seperti ada masalah.

"Asal nak gugurkan pulak? Kau bukan selalunya suka ke kalau ada perkhemahan ni?" haa ye lah memang soalan dijawab dengan soalan ya , mantap..

"Bukan kita orang tapi Aara," sampuk Zafran bagi pihak Zemir.

"Asal pulak... Dia takut eh?" Pandangan sinis ditujukan ke arah Zafran dan Zemir tanda mengejek adik kepada kembar seiras itu.

"Haah," pantas Zafran dengan Zemir menjawab.

"Haa?" kata Izzat mula binggung. Diorang ni betul-betul ke main-main?

Zafran dan Zemir mula berpandangan sesama sendiri lalu mengeluh kasar dan memandang semula ke arah Izzat yang sudah mengangkat kening meminta penjelasan.

"Aara ada trauma disebabkan peristiwa yang berlaku pada hari terakhir perkhemahan tahun lepas," kata Zafran mula bercerita.

"Sekolah lama Aara... Sekolah yang akan gabung dengan sekolah kita masa perkhemahan nanti," kata Zemir pula.

"Peristiwa apa tu? Sampai Aara boleh trauma," kata Izzat dengan perasaan ingin tahu.

Langkah Aara terhenti di hadapan pintu kelas 6 Emerald selepas mendengar perbualan Zafran dan rakan-rakannya. Niatnya ke sini untuk meminta izin alongnya untuk menarik diri dalam senarai nama yang sertai perkhemahan nanti.

"Macam ni...." balas Zafran dan Zemir serentak.

Perkhemahan tahun lepas.

"Hei guys... Nama saya Aina," kata Aina lalu tersenyum manis.

"Nama saya Aqilah," lalu mengeyit mata.

"Nama saya? Ha teka lah?" kata seseorang sambil mengangkat kening berkali-kali.

"Woi jangan buang masa lah... 3 minit dah berlalu ni,"marah Aara. Marah-marah manja je...

"Eish ye lah... My name is angel. My number phone is zero one one-" kata gurau gadis itu lagi.

"Angel kepala hangguk kau" sampuk mereka bertiga.

"Relax la guys... Marah sangat ni kenapa?" ujar gadis itu.

"My name is Alia... You can me Lia but if I'm married and had a baby... You can't call me MamaLia okay i hate it !" tambah Alia lagi dengan bersungguh-sungguh.

Mereka bertiga hanya menayangkan muka menyampah.

"I'm Aara. Aara Elina," kata Aara ringkas lalu memandang kamera telefon Aina.

"We're 4 starlight will sing a song I like you so much, you'll know it form Ysabelle Cuevas. Enjoy !!" kata mereka berempat serentak lalu Aina mula memetikkan gitar.

I like your eyes, you look away when you pretend not to care - Aina

I like the dimples on the corners of the smile that you wear - Aara

I like you more, the world may know but don't be scared, 'Cause I'm falling deeper, baby, be prepared - Aqilah

I like your shirt, I like your fingers, love the way that you smell, to be your favorite jacket, just so I could always be near - Aina dan Aara

I loved you for so long, sometimes it's hard to bear, but after all this time, I hope you wait and see - Aqilah dan Alia

Love you every minute, every second - Aara

Love you everywhere and any moment - Alia

Always and forever I know I can't quit - Aqila

you 'Cause, baby, you're the one, I don't know how - Aina

I love you 'til the last of snow disappears
Love you 'til a rainy day becomes clear
Never knew a love like this, now I can't let go
I'm in love with you, and now you know
-kami berempat

"I like the way you try so -" Aqilah meneruskan nyanyiannya sebelum mulutnya ditekup oleh Alia.

Aina terus mematikan rakaman di kamera telefonya.

"Sikit-sikit dah lah. Orang tak nak dengar pun suara katak kau," kata Alia mengangkat punggung untuk melarikan diri .

"Alia !" jerit Aqilah kuat menyebabkan pelajar - pelajar yang berada di tapak perkhemahan memandang ke arah Aqilah.

Aqilah yang perasan lalu membalas pandangan mereka dengan tajam.

"Apa pandang-pandang?! Tak pernah tengok orang menjerit ke?!" kata Aqilah lalu menjeling mereka terus kaki melangkah pergi . Sambung kejar Alia mungkin ?

Aara dan Aina memandang sesama sendiri lalu melepaskan tawanya apabila melihat gelagat rakan-rakannya seperti budak 3 tahun.

Mereka mula mengemas barang untuk pulang ke sekolah sebentar lagi. Aina menghulurkan telefon pintarnya ke arah Aara.

"Kau pegangkan telefon aku... Nanti sampai sekolah bagi aku, by the way password telefon aku tarikh grup whatsApp 4 starlight ditubuhkan," Aara berasa pelik dengan tindakan rakannya itu, sebab Aina memang tidak suka apabila orang menyentuh barang peribadinya namun Aara menganggukkan kepala sahaja.

Semua pelajar bangun lalu beratur memanjang untuk menaiki bas setelah memastikan bas sekolah mereka sudah tiba.

Setelah 1 jam perjalanan tanpa henti lalu seorang guru meminta pemandu bas untuk berhentikan di masjid berdekatan dan kebetulan ada kedai runcit dalam 10 langkah dari masjid. Tak jauh mana pon.

Aara turun dari bas untuk pergi ke masjid untuk mencari tandas je sebenarnya manakala Aina dan Aqilah mahu pergi ke kedai runcit. Alia ? Dah pergi dulu serang kedai runcit tu.

Tiba-tiba Aara terdengar bunyi dentuman yang kuat dari arah jalan raya yang berada di depan kedai runcit. Dia melajukan langkah lalu melihat dua susuk tubuh yang terbaring dengan dilumuri darah . Kereta yang langgar mereka terbabas di tepi bus stop yang berada di hadapan kedai runci. Tak faham ? Kedai runcit →jalan raya →bas stop ha gitew..

Aara terkedu dan air mata mengalir laju. Matanya terus mencari susuk tubuh Alia pula dan terhenti di tepi jalan iaitu di hadapan kedai runcit apabila mendengar seseorang mengamuk. Aara mendengar Alia memarahi geng girly dengan kuat. Geng girly ni selalu cari pasal dengan 4 Starlight...

"Kau buat apa ni ?!" tengking Alia sambil air mata laju seakan terkilan.

"Kau nak jadi pembunuh ke haa tolak orang ke jalan raya !" Mata merahnya tidak dihiraukan. Wajah Alia semakin pucat lalu rebah tidak menyedarkan diri. Alia tidak boleh terlalu terkejut mahupun stress kerana Alia mempunyai penyakit lemah jantung .

Aara terkejut dengan kata-kata Alia lalu menampar 3 orang gadis yang menayang muka tidak bersalah.

Pang !!
Pang !!
Pang !!

"You deserve it. "kata Aara dingin.

Aara terus memapah Alia dengan bantuan Cikgu Safiyyah dan membawa masuk ke dalam kereta cikgu menuju ke hospital berdekatan.

Kematian Aqilah dengan Aina telah menjadi kes polis . Pemandu kereta yang melanggar mereka berdua juga didapati bersalah kerana memandu dalam keadaan mabuk dan positif dadah. Yup! Aqilah dan Aina telah meninggal dunia di tempat kejadian.

Aara termenung di ruang menunggu dengan mata sembab . Zafran dan Zemir yang berada di sisinya turut memujuknya dengan kata-kata semangat. Ye lah Aara dah berkawan dengan ahli 4 Starlight daripada tingkatan 1 lagi , tiba-tiba hilang dua orang kawan untuk selama-lamanya. Hanya tinggal Alia sahaja dia ada .

Geng girly ? Berada dalam siasatan polis. Sakit hati Aara kepada Geng Girly tidak akan pernah hilang. Tapi apakan daya, dia tidak tahu apa yang berlaku. Hanya Alia dan Geng girly sahaja tahu perkara sebenar .

"Siapa keluarga Alia Natasha?" tanya seorang doktor perempuan sambil memandang Aara dan keluarganya serta ibu Alia. Alia merupakan anak tunggal dan mempunyai ibu sahaja, ayahnya telah meninggal dunia 3 tahun yang lalu akibat sakit jantung.

"Saya ibu kepada Alia Natasya." kata ibu Alia lalu melangkah ke arah doktor.

Doktor perempuan itu tersenyum hambar selepas membuka pelitup mukanya.

"Maaf...Allah lebih sayangkan dia," kata doktor itu, cukup membuat Aara dan ibu Alia mengalirkan air mata laju yang disangka kering tadi.

"Sabar kak... Allah lebih sayangkan dia," kata mummy sambil memeluk ibu Alia yang mahu rebah akibat tidak bersedia dengan kenyataan yang baru didengarinya tadi.

Aara mengalirkan air mata apabila teringat kejadian itu. Hari terakhir perkhemahan yang sepatutnya gembira buatnya setelah puas meluangkan masa bersama mereka akhirnya menjadi hari yang paling duka.

"I miss you, 4 Starlight..."

Aara mengurungkan niatnya dan kembali ke kelasnya memandangkan alongnya masih  tidak menyedari kehadirannya di hadapan kelas 6 Emerald itu.

Tiga minggu dah berlalu di mana Aara kehilangan 3 sahabatnya sekaligus dalam satu hari dan Alhamdulillah Aara dan keluarga-keluarga arwah menerima dengan hati terbuka terhadap pemergian 3 sahabat itu l. Hubungan Aara dengan keluarga arwah masih lagi sama kerana mereka tahu Aara tidak berada bersama anak mereka ketika kejadian itu berlaku yang sudah diceritakan oleh Cikgu Safiyyah dan Cikgu Mirah, rakan kepada Cikgu Safiyyah.

Sejak daripada hal itu, Aara menjadi seorang yang pendiam dan tidak lagi bergurau senda dengan keluarganya kerana balik sekolah Aara akan mengurungkan diri dan munculkan diri ketika waktu sarapan dan makan malam sahaja.

Zafran dan Zemir selalu berborak kosong dengan Aara di bilik tidur Aara untuk memastikan Aara dalam keadaan yang baik. Selepas kejadian Aara tidak sedarkan diri dua hari di hospital akibat mengurungkan diri di dalam bilik tanpa makan dan minum selama seminggu , mummy menyuruh anak-anak terunanya selalu menjenguk bilik Aara dan memastikannya makan dan minum dengan secukupnya untuk mengelakkan perkara itu berulang lagi.

Dan Aara akan menggigil setiap kali mendengar perkataan perkhemahan kerana tragedi dua sahabatnya dilumuri darah dan seorang lagi sahabatnya meninggal dunia akibat penyakit lemah jantung itu mula terbayang di fikiran. Betapa terkilannya Aara tidak dapat membantu 3 sahabatnya itu.

"Aku dapat tahu tiga minah tu masih sekolah situ lagi and perangai diorang lagi teruk daripada sebelum ni," sampuk Zemir sebagai penutup kisah pahit adik kesayangannya, Aara Elina.

"Tak ada apa lah... Nanti aku dengan yang lain tengok-tengokkan dia sekali. Kau orang janganlah risau." Izzat menawarkan diri untuk menjaga Aara.

Izzan terkejut dengan kata-kata abang kembarnya. 'Wah lain macam kau Zat' kata Izzan dalam hati.






Pulang dari sekolah, Aara hanya menempatkan dirinya di dalam bilik tidur sahaja.

"Rara dah kemas barang untuk pergi camp?" tanya Zemir yang tiba-tiba muncul di depan pintu bilik Aara.

"Ish terkejut lah. Belum." jawab Aara pendek.

"Angah nak bagitahu Rara sesuatu tapi janji jangan melenting eh?" tanya angah dengan berhati-hati.

"Sejak bila pandai minta izin ni ? Selalu main reda je...." bidas Aara lalu mengerling wajah angahnya.

"Ish biar lah. Cepat janji," pantas Zemir menghulurkan jari kelingkingnya ke arah Aara.

"Tak nak janji. Tengoklah macam mana..." kata Aara sambil menolak jauh tangan kasar Zemir yang berada betul-betul di hapadan mukanya.

"Okay sebelum tu aku nak kau tarik nafas
dalam-dalam dan hembuskan secara perlahan-lahan," gurau angahnya serentak dengan itu bila angahnya menghembuskan nafasnya tiba-tiba.

Pot~

"Eeeeee serabai lah kau," marahnya lalu menutup hidung. Apa nasibnya dapat abang yang berperangai tidak semenggah itu.

Angah melepaskan tawanya sehingga terbatuk-batuk.

Uhuk !
Uhuk !
Uhuk !

"Eh jangan mati dulu. Nanti siapa nak teman aku pergi kedai lepasni," kata Aara sambil pura-pura cemas. Dramatik sungguh!

Zemir memberikan jelingan ke arah Aara tanda meluat dengan kata-kata seorang gadis bernama Aara Elina.

"Sekolah kita akan bergabung dengan sekolah lama kau and tiga minah yang kau tak suka tu join sekali,"kata Zemir dengan sekali nafas sahaja.

"What !"jerit Aara kuat menyebabkan Zemir yang berada di sebelahnya menutup telinga.

Walaupun Aara dah tahu, dia tetap tidak suka berita itu.

"Jangan jeritlah gila," marah Zemir.

"Macam mana dia boleh sekolah situ lagi? Takkan polis lepaskan diorang macam tu je ?! "Kata Aara sedikit emosional.

"Lek lek. Manalah aku tahu akukan cuma seketul Zemir maa" gurau angahnya.

"Kau keluar sekarang!" Teriak Aara.

Zemir terus lari keluar dari biliknya sempat Aara dengar angahnya berkata.

"Jangan buat benda bukan-bukan ya Rara," pesan Zemir kepadanya.

BANG!

Ternaik bahu Zafran setelah mendengar hempasan pintu bilik Aara dan memandang adik kembarnya berwajah pucat yang baru muncul di ruang tamu lalu terangkat sebelah keningnya.

"Kau buat apa pula dengan Rara kali ni?" soal Zafran dingin.

"Err... aku bagitahu pasal sekolah kita gabung dengan sekolah lama Rara dan tiga minah tu join sekali" jawab Zemir dengan selamba sebaik sahaja melabuhkan punggungnya sebelah Zafran.

"Aduh! Aduh sa-" belum sempat Zemir menghabiskan kata-kata, Zafran memotong kata-katanya.

"Kau bodoh ke?" tutur Zafran lalu memandang tajam ke arah Zemir. Tangan Zafran masih menarik telinga Zemir.

"Woi lepaslah nanti telinga aku tercabut , dah aku tak dapat dengar lagi sebelah," kata Zemir sambil menepuk-nepuk tangan Zafran. Zafran melepaskan telinga Zemir lalu berkata.

"Lain kali bodoh tu simpan sikit untuk anak-anak kau," kata Zafran lalu mengangkat punggung menuju ke dapur .

"Aku pandai lah. Buktinya aku dapat 90 markah dalam ujian pertama subjek addmath masa kita tingkatan 4 dulu. Markah aku lebih tinggi daripada markah kau tau!" jerit Zemir. Tidak lupa juga terselit dengan kebanggaannya.

"Lebih satu pun nak kecoh..." gumam Zafran perlahan.









"If you dare to touch a person that I love again, don't be surprised if I torture your mentally until you get into a mental illness hospital huhu" Aara smirk lalu sambung menyiapkan kerja sekolah di bilik selepas makan malam bersama keluarganya di luar.

Setelah 1 jam berlalu , Aara menutup buku dan membawa diri ke dapur untuk membasahkan tekak.

Aara melangkah ke arah peti ais dan mengangkat keluar botol kaca air sejuk.

"Rara. Are you okay?" tanya mummy lembut yang baru sahaja masuk ke dapur.

"Rara okay je. Why mummy?" tanya Aara berasa hairan.

"Angah ada cerita yang Rara hempas pintu petang tadi. Pucat tau muka angah masa cerita dekat mummy," Tergelak Aara mendengar kata-kata mummy.

Ceh, angah penakut!

"Rara okay je. Mengadalah angah tu," ucap Aara mencebik.

"Rara bukan orang yang suka simpan dendamkan?" tanya mummy tiba-tiba.

"Mestilah tak. Tapi kalau dia cari pasal lagi. Rara takkan duduk diam mummy. Rara akan balas triple daripada apa yang pernah dia buat kat Rara" jawa Aara dan memberikan senyuman manis kepada mummy.

"Kau jangan macam-macam Rara. Aku tak suka, aku tak suka, " sampuk Zemir selepas terdengar perbualan adiknya bersama mummy.

"Sibuk je," Aara menjeling angahnya sambil mengambil garfu yang berada berdekatan dengannya lalu mengacukan ke arah angahnya.

"Mummy tengok Rara..." adu Zemir kepada mummy dan menyembunyikan diri di belakang mummy.

"Gedik. Tak payah jadi lelakilah kau," kata Aara selamba lalu mencubit kuat lengan angahnya.

"Aw! Sakitlah Rara!" jerit Zemir.

Mummy hanya menggelengkan kepalanya terus melangkah keluar dari dapur untuk masuk tidur .

"Angahku sayang~" usik Aara dengan melembutkan suara .

"Aaaa... Zafran help me"jerit Zemir memanggil alongnya.

"Rara stop it... You looks so creppy..."sampuk Zafran dingin yang baru muncul di ruang dapur.

"Fine!"balas Aara ringkas lalu menghamburkan tawa apabila angahnya kelihatan pucat seperti kekurangan darah.

Aara terus berlalu melangkah naik ke atas untuk tidur.

Zafran tergelak kecil apabila melihat adik kembarnya menghembuskan nafas lega dengan pemergian Aara.

"Kau gelak apa?!" marah Zemir menutup malu.

"Okay okay. Aku tak gelakkan kau," pujuk Zafran lalu meletakkan kepala Zemir di celah ketiaknya.

"Meh aku hantar kau ke bilik ya." Zemir kelihatan pasrah apabila diheret oleh abang kembarnya sendiri dengan kepalanya masih berada dicelah ketiak Zafran .

Setelah sampai di bilik Zemir baru Zafran melepaskan kepalanya. Zafran menolak kasar Zemir supaya masuk ke dalam bilik itu.

"Dah pergi tidur. Esok lambat aku tinggal," kata Zafran mendatar sambil tangan dimasukkan di kocek seluar.

"Okay baby... Goodnight muah muah. I love you, my twin," ucap Zemir lalu memberi flying kiss kepada Zafran sebelum menutup pintu.

Zafran malas mahu melayan perangai adik kembarnya yang senget tu hanya beriak biasa dan masuk ke bilik tidurnya.

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro