🧸 7| Perkhemahan

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Pelajar SMK Damansara yang terpilih untuk mengikuti perkhemahan sedang berkumpul di dewan terbuka. Mereka dibekalkan roti dan air mineral sebagai sarapan sementara menunggu bas tiba.

"Weh... Kau okay tak ni ?"kata El apabila melihat tubuh kecil Aara bergetar perlahan sambil mengetap bibir dan kedua matanya juga ditutup rapat.

Aara tersentak pantas mencuba tenangkan diri untuk lupakan tragedi yang berlaku tahun lepas namun tidak berjaya.

"Panggil abang aku," kata Aara perlahan masih cuba mengawal gigilan di tubuhnya. El terus berlalu ke arah bahagian lelaki berkumpul.

Aara cuba lagi untuk menghilangkan gigilan tubuhnya tetapi gagal malah itu membuatkan getaran tu semakin kuat seperti orang kesejukkan walaupun suhu ketika itu biasa sahaja.

"Err... Siapa nama abang Aara eh?" El mula menghentikan langkah apabila menyedari yang dia tidak tahu nama abang-abang Aara.

Aara bila bercerita tentang mereka akan bahasakan mereka sebagai along dan angah je. Bisik El dalam hati.

Mata El memandang sekelilingnya setelah berada di tempat bahagian lelaki berkumpul. Mata El terhenti di sekumpulan lelaki yang sedang berbual rancak dan kakinya mula melangkah ke arah mereka.

"Err... Assalamualaikum,"ucap El pendek.

Zafran,Zemir,Izzat,Izzan dan Airil terus memandang ke arah gerangan yang memberikan salam sebentar tadi. Mereka menjawab salam serentak dengan nada perlahan.

"Aara sakit," kata El sedikit cemas lalu memandang ke arah kedua-dua abang Aara.

Zafran dan Zemir terus mengikuti langkah El. Yang lain turut mengikut mereka dari belakang setelah dapat isyarat daripada Zafran .

Zafran terus berlari ke arah adiknya yang sudah menangis teresak-esak sambil menggigil teruk terus dicempung membawa ke kantin yang tiada seorang pun pelajar .Yang ada hanya pekerja kantin sahaja.

Pelajar lain hanya memerhati sahaja Aara dicempung oleh Zafran. Tanpa Aara sedari , sekumpulan pelajar perempuan memandang Aara dengan penuh amarah kerana berjaya menarik perhatian Zafran and the geng . Status Zafran dan Zemir sebagai abang kandung Aara masih dirahsiakan.

Zemir pula telah memaklumkan kepada Cikgu Atiqah bahawa mereka bertujuh berada di kantin. Cikgu Atiqah mengangguk faham. Cikgu Atikah salah satu guru yang terlibat sepanjang tempoh perkhemahan itu dijalankan iaitu 3 hari 2 malam.

Yang lain sudah berada di kantin termasuk El. Zemir melajukan langkah ke kantin dengan berwajah risau kerana termasuk ini sudah kali ketiga adiknya menggigil seperti ini selepas peristiwa hitam itu berlaku.

Yang pertama , apabila Mummynya terlepas kata tentang peristiwa hitam ketika dia sekeluarga bersarapan di dapur terus Aara melangkah naik ke bilik hingga ke petang Aara masih lagi tidak kelihatan. Zafran dan Zemir sudah tidak sedap hati lalu membuka pintu Aara yang tidak berkunci dan terkejut melihat keadaan Aara yang sedang memeluk lutut di atas katil sambil mengetap bibir menahan diri daripada menangis dan menggigil kuat. Zemir melontarkan kata-kata semangat untuk Aara supaya bertenang . Zafran memeluk Aara sambil mengusap belakang adik perempuannya lalu memberikan selawat di tepi telinga adiknya sehingga Aara tertidur di dalam pelukannya.

Yang kedua, Aara hanya menangis apabila teringat kejadian itu dan akhirnya menyebabkan Aara demam panas.

"Rara okay?" tanya Zemir sebaik sahaja melabuhkan punggung di sisi Aara.

"Rara tak dapat tolong kawan-kawan Rara." kata Aara perlahan sambil mata ditutup rapat.  Ayat inilah setiap kali keluar dari mulut Aara ketika Aara menggigil mahupun menangis.Terkilan.

Zafran mengeratkan lagi pelukannya apabila tubuh adiknya kembali menggigil. Zemir membiarkan Aara dalam pelukan Zafran dan berharap bahawa adiknya dapat tenang semula.

Yang lain hanya diam dan memerhatikan 3 beradik itu.





Zafran dan yang lain memilih tempat duduk di belakang manakala Aara dan El memilih tempat duduk di bahagian tengah. Semua pelajar di dalam bas hanya membuat kerja masing-masing. Ada yang sudah diulit mimpi, ada juga sedang makan makanan ringan dan banyak lagi.

El mengerling ke arah Aara yang sedang menikmati pandangan di luar tingkap. El mahu bertanya tentang tadi tetapi masa tidak sesuai apabila melihat rakanya itu seolah-olah termenung jauh memikirkan sesuatu. El membuat keputusan untuk tidur.

Mereka berkumpul di dalam surau sementara menunggu kehadiran pelajar SMK Melati .

Tiba-tiba lima orang gadis muncul di hadapan Aara dan El. Aara dan El memandang sesama sendiri kemudian memandang semula ke arah lima gadis itu.

"Err... Kenapa ya?"kata El dengan berani . Aara hanya mendiamkan diri.

"Seronok dapat tarik perhatian orang?" tanya Alisya sambil memandang sinis ke arah Aara.

Aara memandang Alisya lama lalu teringat sesuatu . Dan...

"Haa ! Kau yang duk usya-usya halkum Zafran dan Zemir haritu kan?! Kenapa teringin nak ada halkum eh? Sorrylah orang yang ada halkum ni tak pakai bedak tebal-tebal macam korang pakai ni," kata Aara lalu memberikan senyuman sinis. Soalan Alisya abaikan sahaja.

El hanya mampu menahan tawanya daripada terlepas. Kenapa banyak-banyak benda yang ada dalam dunia ni , topik halkum juga kau nak keluarkan Aara. Kata El dalam hati.

Zafran dan Zemir pergi ke arah Aara dan El apabila perasan dengan kehadiran rakan kelasnya seperti hendak bergaduh.

"Eh Alisya , you buat apa kat sini dengan Rara?" Aara hanya mendiamkan diri apabila kemunculan along dan angah secara tiba-tiba.

"Budak ni kurang ajar lah you , I ajak dia berborak je... Terus dia hina I tau tadi... Tak hormat I langsung," adu Alisya sambil berpeluk tubuh.

"Ajak borak ke ajak gaduh?" balas Aara tenang.

"Shut up Rara." Zafran memandang tajam ke arahnya. Aara membuat muka selamba . Aku tak salah kot buat apa nak takut.

"Kau orang tahukan perangai I macam mana. Tapi tak perlulah hina I. I pun ada hati dan perasaan juga," sampuk Alisya dengan berwajah sedih.

"Sejak bila Rara yang kita orang kenal pandai hina orang pula ni?"ucap Zemir sambil mengangkat sebelah kening ke arah Aara . Wah nak ajak berperang ke angah ni ?

"Ohh really ? Kau orang berdua nak cakap yang kau orang lagi kenal Alisya bimbo ni daripada kenal Rara sepenuhnya lah ni? Emm maybe the answer is yes right? Faham faham."

Zafran dan Zemir tersentak dengan kata-kata adiknya. Mereka hanya memandang Aara dan El yang melangkah keluar untuk memakai kasut setelah mendengar arahan daripada Abang Aiman iaitu orang yang bertugas sepanjang perkhemahan ini berlangsung . Nak gurau kasar sangatkan , haa mari !




"Assalamualaikum semua !" ucap Abang Aiman kepada pelajar SMK Damansara dan SMK Melati yang baru sahaja tiba.

Semua pelajar di situ menjawab salam lalu memberikan tumpuan kepada Abang Aiman.

"Okay... Harini abang akan kenalkan beberapa kawan abang bermula dari kiri," sambil jarinya menunjuk ke arah seorang wanita yang bertudung bawal berwarna hijau muda.

"Selamat pagi semua ! Nama saya Syahirah... Boleh panggil Kak Ira ya,"ucap Kak Ira sopan.

"Kak Ira dah ada boyfriend?" tanya seorang pelajar lelaki dari SMK Melati.

"Saya dah ada suami. Tu Abang Aiman awak tu suami saya lah," mengaku Kak Ira.

Merah muka Abang Aiman apabila isterinya berani mengaku di hadapan semua pelajar.

"Ceh~" usik semua pelajar serentak.

"Okay sudah sudah. Mari kita teruskan," kata Abang Aiman yang sedang mengelap peluh.

Kus semangat...

"Hai. Nama saya Asyraf boleh panggil Abang Asy," kata Abang Asy.

"Nama saya Yana... Panggil Kak Yana." Yana senyum manis selepas perkenalkan nama.

"Okay. Sekarang ni saya nak kau orang tentukan sendiri siapa yang akan satu khemah dengan kau orang dalam masa 5 minit. Satu khemah perlu ada lima orang. Lelaki dengan lelaki dan perempuan dengan perempuan lah ya," arah Abang Aiman mula tegas.

Selepas 5 minit berlalu , Kak Ira dan Kak Yana menunjukkan tapak perkhemahan bahagian perempuan manakala Abang Aiman dan Abang Asy tunjuk bahagian lelaki .

Pelajar diberi masa 1 jam untuk misi mengemas bahagian dalam khemah dan menyusun barang-barang keperluan di dalam khemah sebelum makan tengah hari tiba.

Aara, El ,Sya, Ainin dan Eliza keluar sebaik sahaja selesai menyusun barang peribadi kami . Tiga orang itu ialah pelajar tingkatan 4 dari SMK Melati.

Semua pelajar melangkah ke arah Kantin Kasturi untuk makan tengah hari sebelum melakukan aktiviti seterusnya.

Mereka mula menyuap mihun goreng ke dalam mulut selepas membaca doa makan yang diketuai oleh Izzat Anaqi.

"Weh. Lepasni aktiviti apa eh?" tanya Izzan . Matanya memandang ke arah Izzat yang sedang mengunyah makanan.

"Aktiviti kebudayaan tu lah. Bincang kejap lagi. Malam dah kene siap-siap untuk persembahan. Kau dah ready?" jawab Izzat lalu tersenyum sinis memandang kembar seirasnya itu.

"Ehh. Ini Izzan Aysar lah. Sentiasa bersiap sedia," ucap Izzan dengan angkuh.

"Iyelah tu...." kata Airil lalu air di hadapannya diminum.

"You tak percaya I ke Airil? Sampai hati..." Wajah sedih Izzan dipamerkan ke arah Airil.

"Jangan buat muka macam tu.. sebab aku tak boleh bezakan mana satu ikan yang aku tunjuk kat kau haritu mana satu Izzan member aku." Muka serius Airil memandang Izzan .

Izzan menjeling menyampah kepada Airil. Zemir ketawa terbahak-bahak mendengar kata-kata Airil. Zafran dan Izzat hanya beriak biasa.

Hey, tinggalkan vote boleh?💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro