🗝️ 14| IzzEl

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Selepas sahaja sesi memujuk isteri, mereka terlelap sehingga waktu zohor tiba.

Tok!
Tok!
Tok!

El menepuk badan Izzan perlahan. Pelukan dirungkaikan. El menukar posisi baring secara terlentang.

"Izzan bukalah pintu tu tengok siapa yang ketuk daripada tadi lagi." Izzan menolak tubuh El sehingga El jatuh ke bawah.

"Kaulah pergi tengok. Aku ngantuk ni." El di bawah mengetap bibir lalu bangun dan menghempap kasar perut Izzan.

"Argh! Woi senak gila!" El menghiraukan sahaja jeritan Izzan. Mata El dipejam kembali. Kini kedudukan mereka ialah Izzan baring secara menegak manakala El secara melintang.

Izzan berasa geram apabila El mengabaikannya pantas menarik rambut panjang El.

El tersentak. Dia bangun daripada menghempap badan Izzan lalu menolak kuat badan Izzan ke bawah. Izzan yang tidak mahu mengalah pantas menarik tangan El. Akhirnya jatuh bersama.

El tergamam apabila tubuhnya yang menindih badan Izzan. Izzan sudah memberikan senyuman senget ke arah isterinya. Tangan Izzan naik memeluk tubuh isteri.

Krek~

"Oh my god! Mata Ayyan dah tak suci! Mama, tolong Ayyan!"

El dan Izzan menukar posisi duduk dengan segera. Wajah El sudah membahang. Izzan hanya beriak biasa. Kacau je budak kecik ni, rungut Izzan dalam diam.

"Abang Izzan dan akak El sila solat zohor sekarang sebab sekejap lagi kita semua akan pulang ke rumah mama. Sekian."

Rayyan menutup pintu kembali. Langkah diatur ke bilik Aara kerana mahu bergosip tentang kejadian tadi. Topiknya akak El gatal dengan abang buaya sampai lupa untuk solat. Masuk neraka baru tahu. Ha begitu.

El dan Izzan memandang sesama sendiri. Izzan bangun terlebih dahulu. Izzan mendukung El selepas El menghulurkan kedua tangannya. Mereka mengambil wuduk dan menunaikan solat bersama.

     Rayyan melangkah masuk ke dalam bilik Aara setelah mendapat kebenaran. Dia berjalan ke arah anak buahnya.

"Anggun!"
"Mawar!
"Mia!"

Tersengih tiga kembar seiras itu apabila Rayyan mengagahnya. Aara memberikan senyuman kepada anak-anaknya yang seronok bermain dengan Rayyan di atas katil. Aara kembali melipat bajunya dan dimasukkan ke dalam beg sehingga selesai.

Selepas 15 minit Rayyan puas bermain dengan anak buahnya itu kini kembali bersuara.

"Akak Aara nak tahu tak tadikan Rayyan nampak akak El hempap badan abang Izzan lepastu--" Kata-kata Rayyan terputus selepas Anaqi masuk ke dalam bilik.

"Ayyan datang sini nak have fun dengan akak Aara ke dengan babies?" soal Anaqi dingin. Aara mengerut kening memandang Anaqi. Begitu juga Rayyan.

"Abang Izzat cemburu eh?" usik Rayyan. Anaqi menjelingnya sebagai balasan. Aara dan Rayyan melepaskan tawa melihat tindakan Anaqi sebentar tadi.

Mawar berjalan laju ke arah Anaqi. Kaki ayahnya dipegang lantas Anaqi mendukung anak kesayangannya itu.

"Mawar lapar tak?" Mawar mengangguk laju lalu memeluk erat leher ayahnya.

"Jom makan batang besi kat luar. Biar Mawar jadi kuat macam paklang awak." Terbuntang Aara mendengarnya. Rayyan memandang aneh ke arah Anaqi.

"Abang Izzat dah tak cukup otak macam abang Izzan ke?" Izzan melepaskan gelak melihat Aara masih mengecamnya lagi. Begitu juga Mawar dan Rayyan.

Krek~

"Izzan lama lagi?" Kepala El sahaja yang masuk ke dalam bilik Aara. Aara dan Rayyan menekup mulut tidak percaya.

"Sayang-- Lah kenapa ramai ramai kat sini ni?" soal Anaqi baru sahaja tiba.

"Ha kau Izzan, kenapa pakai baju sama dengan aku?" Mawar seperti faham sudah tersebek-sebek mahu menangis.

"A-ayah." Anaqi pantas mengambil anaknya kemudian mengetuk kepala Izzan menggunakan botol susu kosong di tangannya.

"Stupid. Kau bawa laki kau ni keluar sekarang." arah Anaqi kepada El.

El menarik tangan Izzan keluar walaupun bingung apa yang jadi sebenarnya.

"Macam mana aku tak perasan yang tu Izzan eh," gumam Aara tidak puas hati.

×××

Kini mereka tiba di hadapan rumah mama Izzan. El yang terlelap di cermin kereta itu dikerling. Tangan Izzan mengusap lembut pipi El. Dia masih tidak menyangka bahawa El sah menjadi miliknya.

El mula sedar dengan usapan Izzan lantas mencelikkan mata. Tak berkelip mata El apabila wajah Izzan sungguh rapat dengan wajahnya.

Izzan pantas mencengkam lembut pipi El. Comel dia melihat keadaan wajah El ketika itu. Dia membuka tali pinggang keledar di tubuh El.

"Eeee Izzan! Sakitlah pipi saya!"

"Okay sorry El," ucap Izzan. Dia mencium kedua pipi El itu.

Terkejut El menerima ciuman itu.

"Awak asyik cium pipi saya je. Suka hati je. Ini pipi saya tau." El menjeling Izzan. Bibir dicebik perlahan.

"Biarlah aku cium. Kau nak simpan untuk siapa pipi kau tu?" soal Izzan sambil mengangkat kening ke arah El.

"Untuk suami akulah!" marah El geram.

"Aku ni siapa? Abang kau? Ke adik kau?" soal Izzan mendatar. El terdiam seketika. El membalas pandangan Izzan dengan wajah tersengih.

"Awak suami sayalah hehe," balas El rasa serba salah. Izzan menjeling tajam El.

"Awak...." panggil El meleret. Izzan beriak biasa sahaja. Adalah benda mengarut nak minta tu.

"Kiss saya balik, meh." Izzan memandang El tidak percaya. El mengelipkan kelopak matanya berkali-kali. Izzan pantas mencium pipi El seperti  bayi. Geram!

Izzan keluar dari kereta menuju ke bonet untuk mengambil beg pakaian El. Dia memang tidak membawa pakaian selain pakaian dalamannya sahaja kerana dia merancang untuk mengambil senyap-senyap baju dan seluar Anaqi. Sebab itulah sekarang dia memakai pakaian milik abang kembarnya itu.

El menjerit kuat selepas Izzan menutup kereta.

"Aaaa! Aku dapat banyak kiss harini!"

El menampar mulut sendiri apabila sedar dengan perangai gediknya yang tiba-tiba keluar. El terkumat-kamit mulutnya beristighfar supaya syaitan gedik keluar dari tubuhnya.

"Ingatkan masih nak berasmara kat dalam kereta tu. Nasib baik aku je yang nampak. Kalau Ayyan? Habislah kau kena tazkirah malam Jumaat dengan Ayyan. Bukannya kau tak tahu Zan, Ayyan tu kalau tak ada drama best dia pergi singgah astro oasis. Ha jadilah ustaz muda dalam rumah ni," omel Anaqi panjang dari jauh memandang adik kembarnya sedang membawa keluar beg pakaian El.

×××

Malam menjelang tiba. Izzan merebahkan kepalanya di peha isterinya yang sedang mengemas pakaiannya untuk diletakkan ke dalam almari.

"Izzan sanalah. Lagi satu baju lagi ni," halau El lembut lalu menolak kepala Izzan perlahan. Izzan mengeraskan kepalanya supaya tidak berganjak daripada peha El.

"Aku bosanlah. El jom kita main cat warna kat bilik lukisan Ayyan tu," pinta Izzan manja. El mengangguk pantas dengan mempamerkan wajah teruja.

"Jom." Mereka bangun keluar dari bilik melangkah ke bawah menuju bilik lukisan Rayyan. Baju yang disiap penyangkut dibiarkan di atas katil sahaja.

Tiga jam mereka di bilik lukisan itu. El menghasilkan lukisan seekor burung yang dilukis oleh Izzan, El hanya mewarnakan dengan cat warna sahaja. Lukisan Izzan pula seekor burung dan ditambahkan bunga supaya menambah seri pada lukisannya.

Apa, ingat Izzan nak bagi El lagi lawa daripada dia ke? A big NO okay.

Tiba-tiba Izzan tidak sengaja tercolet berus yang mempunyai warna air berwarna merah di hujung hidung comel kepunyaan El.

El tidak berpuas hati pantas membalasnya. Dan bermulalah peperangan water colour sehingga water colour  yang masih ada di dalam bekas tumpah ke tangan masing-masing.

Krek~

"Ya Allah. Izzan! El! Apa kau orang buat ni?!" Peperangan mereka terhenti lalu memandang ke arah pintu.

Mama mencekak pinggang dan memberikan pandangan tajam ke arah pasangan pengantin baru ini.

"Kita orang tengah honeymoon ni mama." El mencubit perlahan lengan Izzan. Orang tengah marah, dia boleh main-main pula.

"Sorry mama. Nanti El dan Izzan kemas tempat ni. Mama jangan risau," balas El tenang. Mama mula mengurut dahi. Pening dengan perangai Izzan dan menantunya itu.

"Sekarang dah jam 12 tengah malam tau. Masa untuk orang tidur. Kau orang masih kat sini berseronok main water colour ni?" Tersengih El dan Izzan melihat wajah tidak percaya mama ke arah mereka berdua itu.

"Suka hati kamu berdualah. Mama masuk tidur dulu. Lantai bilik ni jangan lupa mop." Laju El dan Izzan mengangguk.

Izzan mengunci pintu selepas mama keluar dari bilik. Dia membuka bilik stor di situ lalu mengeluarkan dua batang mop dan satu baldi besar yang sudah di isi air. Mereka mula mengemop lantai. Suasana sunyi kembali.

"Izzan. Aku bosanlah. Tak nak borak apa-apa ke?" Izzan memandang pipi El yang dipenuhi water colour itu tergelak kecil.

"Aku buka lagu eh?" El mengangguk sahaja sambil meneruskan kerjanya. Izzan membuka lagu Sha Na Na -Amy Mastura.

El mengangkat kepala memandang Izzan. Izzan turut melakukan hal yang sama.

"Itu lagu kegemaran aku!"

"Ha baguslah. Kau nyanyi dulu pastu aku sambung. Ayuh!" Izzan kembali mengambil batang mop dan menyambung tugasnya yang terhenti.

"Kenapa? Mengapa? Usah ditanya." Nyanyi El dengan riang.

"Kemana? Di mana? Oh tiada bezanya," sambung Izzan turut ceria.

"Hatiku ceria bagai sang suria." El menyuakan batang mop ke arah mulutnya menganggap seperti mikrofon.

"Hari minggu hari bergembira," sambung Izzan dengan senang hati.

"Hilangkan rasa-rasa curiga, Duka dan nestapa, Mari kita menyanyi lagu sha-na-na-na-na."

"Esok kerja jadi hari ini, Kita berjumpa dengan... Si IzzEl yang tercinta."

El dan Izzan menyanyi bersama-sama sambil menggerakkan badan ke kanan dan ke kiri. Siap menyebut gabungan nama mereka serentak. IzzEl.

Mereka meneruskan kerjanya dengan menyanyikan lagu itu sehingga habis.











Keep vote and comment ! 🌈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro