🗝️ 15| Rancang

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Keesokan harinya, Izzan kembali ke pejabat setelah habis cuti seharian sempena cuti kahwin. Izzan mengetuk meja menggunakan pen mahalnya sebelum diganggu oleh Riz dan Hairul Haris.

"Hello hello biskut oreo!"
"Assalamualaikum ahli neraka!"

Izzan menggulingkan mata ke atas apabila suara Riz namun dia pantas mengangkat kepala memandang ke arah pintu setelah mendengar suara rakan sekolahnya menyapa telinganya.

"Hairul?"

"How are you, bro?" tanya Hairul melangkah masuk ke dalam pejabat Izzan.

"Baik, alhamdulillah." Mereka bersalam dengan cara lelaki kemudian memberikan pelukan sesama sendiri. Kawan baik ni!

"Lah lama lagi ke nak main peluk peluk ni? Berbulu mata aku tengok," tegur Riz tidak puas hati. Kau orang tak nak peluk aku tak apa, nanti aku suruh Insha peluk aku huh, rungut Riz dalam hati.

"Bila kau balik dari Beijing ni? Tak bagitahu aku pun." soal Izzan sedikit kecewa. Hairul menghamburkan tawa kecilnya. Mereka merungkaikan pelukan.

"Dirah tu nak balik awal." Izzan mengangguk tanda faham.

"Jom lunch kat cafe kau orang. Jangan risau kau orang yang akan belanja aku sekejap lagi." Hairul melangkah keluar semula meninggalkan Izzan dan Riz yang tercengang itu.

"Suka suka dia je," kata Riz memandang pintu yang sudah tertutup. Izzan laju mengangguk kepala.

"Siapa dia? Aku tak undi dia pun. Haih jomlah kang mengamuk buaya pencen tu tak dapat makan," balas Izzan lalu mengambil dompetnya dan kunci kereta kemudian melangkah keluar bersama Riz.

El sedang menonton televisyen sambil menjaga anak-anak Aara kerana mama mahu memasak di dapur.

"Hai babies!" tegur ceria El mendekati tiga kembar yang seronok bermain di atas karpet.

"Jom umi El ajar ABC lagi." Kini Anggun, Mawar dan Mia menumpukan perhatian ke arah El.

"A untuk ayam."

"A-ayam!" balas tiga kembar serentak.

"B untuk Bola."

"Bol- Lah!" balas Anggun semangat sehingga pekat menyebut huruf H itu. Mawar dan Mia terkekeh-kekeh tawa sambil menepuk tangan berkali-kali melihat Anggun mendahului mereka.

"C untuk--" kata-kata El dipintas oleh suara lantang tiga kembar itu.

"Cantik!" Mama di dapur tersenyum mendengar perkataan cucunya itu. Dia tahu Aara yang selalu memuji mereka menggunakan perkataan itu. Mama memadamkan api dapur lalu melangkah keluar sebelum bersuara.

"El tolong amik Rayyan kat sekolah boleh?" El memberikan senyuman kepada mama kemudian pantas mengangguk. Dia melabuhkan ciuman pada pipi anak-anak Aara itu sebelum bangun mengambil kunci kereta Myvi Izzan dan keluar dari rumah itu.

×××

Izzan, Riz dan Hairul mengambil tempat duduk di luar cafe. Izzan mengangkat tangan apabila pekerjanya memandang ke arahnya.

"Ye boss." Izzan menoleh ke arah Izzan dan Riz sambil mengangkatkan kening.

"Aku nak fresh oren."
"Aku nak kopi ais."

Pekerja itu menundukkan badan sedikit sebelum melangkah pergi. Anak mata Izzan tajam menikam wajah mereka berdua.

"Kalau kau nak order tu je, baik kita lunch kat osman je," kata Izzan lalu menjeling mereka berdua. Mereka berdua menayangkan wajah selamba.

"Osman lain," balas Riz.

"Cafe Z'Family lain," sambung Hairul kemudian menyatukan tapak tangannya dengan tapak tangan Riz tanda gembira dapat melihat wajah bengang Izzan.

Izzan mengalihkan pandangan memandang ke arah pintu butik kakak iparnya. Dia mengerut kening apabila susuk tubuh wanita dan tubuh kecil seorang lelaki menyapa anak matanya.

"Aku macam pernah kenallah perempuan tu." Riz laju menoleh ke arah jari yang ditunjuk oleh Izzan.

"Itu sudah pasti. Izzan Aysarkan playboy sejati gitu. Mesti banyak perempuan yang kau kenal," ujar Hairul selamba. Riz masih lagi memandang ke arah dua susuk tubuh itu. Betul kata Izzan, macam kenal.

"Eh mana ada. Aku dah insaflah." Hairul mencebik tidak percaya. Terbuntang mata Riz apabila susuk wanita itu ialah El. Isteri kepada Izzan sendiri.

"Sembang buayalah kau," bidas Hairul. Riz menepuk dahi dua kali secara tiba-tiba membuatkan Izzan dan Hairul memandangnya aneh.

"Kau dah kenapa? Kalau nak main tepuk-tepuk dahi jangan kat sini. Nanti orang takut nak datang cafe ni." Riz pantas menampar kuat pipi Izzan.

PANG!

"Adoi! Kau dah kenapa? Bengkak pipi gebu aku nanti aku nak jawab apa dengan El?" marah Izzan sambil mengusap pipinya. Sakit woo! Hairul menggaru kepala melihat mereka masih bergurau senda itu.

"Itu bini kau lah, stupid! Buaya darat sekarang pun lagi bijak daripada kau. Nampak perempuan je dah acah acah tahu nama. Kau buaya low class ni pun tak tahu itu bini kau," bidas Riz pula. Izzan memegang dada sebelum kembali bersuara.

"Serius? Tak tipu?" soal Izzan masih lagi mood bergurau. Riz bangun pantas Izzan melarikan diri ke arah El yang sedang menghampiri cafenya itu.

Hairul tak berkelip memandang Riz setelah mendengar kata-kata Riz sebentar tadi.

"Sejak bila Izzan dah kahwin? Kenapa aku tak tahu apa-apa? Bukan dia tunggu Aisyah Elmaira je ke? Siapa nama bini dia tu?" soal Hairul bertalu-talu. Riz menggaru kening seketika.

"Nama bini dia Aisyah Elmaira. Tulah kau, orang nak duduk Malaysia, kau sibuk nak duduk China last last kau macam orang ketinggalan zaman kat sini."

×××

"Aisyah Elmaira!" Terhinjut baru El mendengar suara garau betul-betul di sebelah telinga kirinya itu. El menoleh ke kiri.

Cup!

"Lembut macam bantal kat bilik kita," kata Izzan tanpa menghiraukan pandangan jijik Rayyan ke arahnya. Pipi El yang putih itu bertukar kepada kemerahan. Izzan tersengih melihat pipi merah El itu. Wajah Izzan kembali serius memandang El.

"Kenapa dear tak bagitahu aku pun kau nak keluar?" tanya Izzan lalu sebelah tangannya dimasukkan ke kocek manakala tangan lagi sebelah membetulkan posisi rambutnya. Depan isteri kena encem kit walaupun saya tahu saya sudah terlalu encem!

"Err mama--" Rayyan menjawab apabila muka El kelihatan cuak sedikit.

"Mama yang suruh akak El amik Ayyan. Ada masalah ke abang buaya?" Izzan menjeling Rayyan sebelum mencium pipi El sekali lagi.

"Aku tak marah pun. Lepas ni terus balik okay. Nanti malam kita spend tima sama-sama okay," kata Izzan seakan memujuk El yang mahu menjauhkan dirinya. Takut ke?

El laju mengangguk dan memberikan senyuman teruja kemudian membisikkan sesuatu kepada Izzan tentang rancangannya untuk aktiviti malam ini.

Rayyan memicingkan mata melihat dua sejoli ni. Amende ni main bisik bisik?

"Betullah cinta itu buta. Ayyan dah tinggi paras pinggang akak El walaupun darjah 1 ni pun dia orang tak nampak," gumamnya perlahan apabila El dan Izzan menghiraukannya.

"Okay dear. Siap comey comey tau malam ni. Muah tata." Izzan mengatur langkah ke arah Riz dan Hairul semula selepas mendapat idea yang bernas daripada sang isteri tercinta.















Korang rasa apa aktiviti yang El cadangkan tu?😂
Keep vote and comment ! 🌈

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro