LFDW - Chapter 17

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Hazel meregangkan ototnya dengan melakukan senaman ringkas. Dia sempat melihat keadaan sekeliling taman yang dikelilingi dengan tumbuhan hijau. Sungguh menyenangkannya!

Headphone dipakai sebelum mula berjoging sebanyak enam kali pusingan.

Peluh yang mula merintik di dahi dikesatnya perlahan. Tiba- tiba mata Hazel tertancap pada seekor kucing yang berhenti ditengah-tengah jalan raya. Dalam hati sudah mulai resah dengan keselamatan kucing tersebut. Apalah kucing ni buat kat tengah jalan raya tu.


Tanpa berfikir panjang, Hazel terus berlari anak mendapatkan kucing itu sebelum ada kereta yang melalui jalan raya tersebut.

Bibirnya mengukir senyuman sebaik sahaja dia berjaya mendapatkan kucing berwarna putih itu. Sempat lagi dia membelai lembut badan kucing itu. Nasib kucing ni tak penakut dahlah comel kenapalah tuan dia biarkan je kucing ni.

Xavier melihat jam tangannya sekilas yang sudah menginjak ke angka 5. Matanya kembali fokus ke hadapan tetapi malang apabila ada seorang perempuan berdiri di tengah jalan raya yang membuatkan dia hilang kawalan.

"Arghh!" jerit Hazel sambil mengangkat kedua-dua tangannya.

Disebabkan hilang kawalan Xavier terbabas di tepi jalan kerana ingin mengelak dari melanggar perempuan itu. Dia menahan sakit apabila terjatuh bersama motorsikal berkuasa tingginya disebabkan brek yang mengejut.

Hazel pantas berlari ke arah lelaki itu. Perasaan risau sudah mulai bertandang lebih-lebih lagi melihat keadaan lelaki itu yang sedang menahan sakit di bahagian tangan dan kaki.

"Saya minta maaf sangat. Saya-"

"Apa bangang sangat kau berdiri di tengah jalan tadi haa!kau boleh buat nyawa aku terbang tau tak!masa sekolah dulu kau tak belajar keselamatan semasa berada di jalan raya ke atau kau ni tak sekolah!" kata-kata Xavier itu kedengaran begitu sinis di telinga Hazel.

"Saya minta maaf. Saya cuma nak ambil kucing di tengah jalan raya tadi lepas tu saya tak sangka pula-" Hazel mengetap bibirnya dengan geram apabila Xavier memotong ayatnya dengan laju.

"Dah buat salah lepas tu cari alasan pula. Aku akan ingat muka kau sampai bila-bila, muka yang hampir buat nyawa aku melayang!kau ingat tu," jari telunjuk ditunjuk tepat di hadapan wajah Hazel.

Aku dah minta maaf elokkan tapi dia layan dengan cara kasar. Ini drama jenis apa sebenarnya.

"Kau bawa motor berapa lama?lesen kau lesen terbang ke?dahlah bawa motor laju tadi atau kau yang sendiri nak nyawa kau melayang?" Hazel memandang motor berkuasa tinggi jenama Ducati Panigale v4r berwarna hitam milik lelaki dihadapannya.

"Apahal kau kurang ajar sangat?tak pernah lagi aku jumpa perempuan seteruk macam kau ni. Aku bawa motor bukan untuk main-main kau tak belajar ke apa tu biker oh lupa kau kan tak sekolah!" bentak Xavier seraya membuka topi keledarnya.

Bila dia kuak rambutnya ke belakang aduh!hati aku terpanah sekejap. Lidah pula menjadi kelu sebentar. Sungguh kacak!

"Okey fine!kalau kau nak aku ganti apa-apa kerosakkan dekat motor kau ni aku boleh bayar," Hazel terpaksa mengalah walau hakikatnya dia masih mahu bertikam lidah dengan lelaki di hadapannya.

"Aku tak perlukan apa-apa. Entah-entah duit yang kau bagi tu duit haram sebab kau kan tak sekolah," Xavier tersenyum sinis lagi.

Alahai mulut dia ni mulut puaka betul. Dahlah suka main tuduh sembarangan je. Aku cilikan juga mulut lelaki ni!

"Aku pun tak pernah lagi jumpa lelaki mulut puaka seteruk macam kau ni. Muka je hensem tapi perangai mengalahkan iblis!" Hazel menyebut perlahan ayat terakhirnya.

"Apa kau kata tadi!" suara Xavier semakin meninggi.

"Huh!buang masa aku je layan kau ni!aku dah minta maaf tadi tapi nak marah-marah lagi!payahlah nak layan orang macam kau ni buang masa je!" ujar Hazel lalu berlalu meninggalkan Xavier begitu sahaja.

"Hoi!ee...perempuan ni kurang ajarlah!muka je lawa tapi perangai mengalahkan ahli sihir!" bentak Xavier yang masih belum berpuas hati.

Hazel membuka telefonnya dan membuka aplikasi Grab. Hari ini adalah hari yang paling malang aku pernah lalui. Pagi tadi di sekolah lepas pulang dari sekolah Kris dan sekarang pula lelaki mulut puaka tu.

Hazel mengeluh beberapa kali. Aku hanya mampu untuk bertabah buat kali yang entah keberapa. Mungkin aku dah ditakdirkan untuk lalui semua ini.

Enjoy🍀

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro