LFDW - Chapter 18

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Huis...sampai aje terus muka masam mencuka ni apasal bro?" kata Hayden.

"Aku tak fahamlah perempuan tu,"

"Siapa?girlfriend kau eh?setahu aku kau dah tak nak bercinta,"

"Aku tak cakap girlfriend pun. Kau nak tahu tak aku masih tak puas hati dengan perempuan tu!" kalau teringat kembali kejadian tadi, wajah si gadis yang dia tidak kenali itu sentiasa membuatkan hatinya berasa semakin membara.

"Sebenarnya apa yang kau tak puas hati sekarang ni. Cuba kau luahkan dekat aku sebab aku ni pendengar setia," Hayden menjongketkan keningnya.

"Ceh!pendengar setia konon entah entah bila aku ceritakan kau dah lena tertidur biasalah kalau aku meluah ni tak akan selesai sehari,"

"Sedar pun kau kan. By the way macam mana cerita dia?perempuan tu siapa?" tanya Hayden.

"Aku ceritakan bila aku ada mood nanti. Aku nak rehat cukup sebab banyak sakit aku hari ni," Xavier pun mula menghidupkan enjin motorsikal berkuasa tingginya begitu juga dengan Hayden.

"Baiklah. Jom bla!"

***

"Abang!esok hantar dan ambil Kyra di sekolah. Mumy dan daddy tu lah asyik fikirkan kerja tapi tak pandai nak fikirkan anak sendiri!bencilah!" Kyra mendengus geram.

"Alright. Make sure esok pagi jangan lambat sebab abang pun nak datang awal di U juga,"

"Takkanlah abang nak suruh aku bangun pukul 5?6?no way!Kyra nak bangun jam 7 juga!" Kyra sudah mula berpeluk tubuh sambil memasamkan mukanya.

"No!bangun jam 6!kau fikir apa sampai nak bangun jam 7?tak apalah kalau kau bersiap sekejap je tapi ini nak bersiap pun hampir satu jam," Shawn menggelengkan kepalanya. Sudah masak dengan perangai adiknya yang tidak pernah berubah.

"So why?kalau saya nak bersiap lama pun ada masalah ke?abang tau nak membebel je,"

"Memang pun ada masalah. Kyra ingat tu tak buang masa untuk abang menunggu ke?" Shawn menjeling tajam ke arah adiknya.

"Okey fine!" mahu tidak mahu terpaksa juga dia mengalah untuk pertama kalinya. Mungkin ada baiknya juga kalau dia datang sekolah awal sedikit.

"Abang nak tanya ni. Kyra pernah bercinta dengan Xavier ke?" soalan Hayden itu membuatkan Kyra berasa tidak selesa.

"Kenapa abang tanya?itu tak penting pun untuk abang nak tahu!"

"Kyra...abang bagi soalan untuk dijawab bukan balas dengan cara macam tu!"

"Sebelum tu Kyra nak tanya.Kenapa abang nak tanya pasal ni?"

"Jawab soalan abang dulu!"

"Yes, Kyra memang pernah bercinta dengan Xavier tapi kami dah putus dan dialah penyebab Kyra masuk hospital hari tu!Kyra sayang dia tapi Kyra yang bodoh!"

Air mukanya melukis kepedihan yang maha dalam dan untuk beberapa saat, hatinya hanyut dalam kebisuan.

Shawn semakin bingung. Jadi ini bermaksud aku dah salah orang?

"Kyra cuma tak nak Xavier bencikan Kyra dan Kyra masih cintakan dia,"

"Kenapa selama ini Kyra tak beritahu abang yang Kyra pernah bercinta dengan Xavier?"

"Kyra cuma tak mahu dia wujud di depan Kyra sebab Kyra tak sayangkan dia pun,"

"Apa yang Kyra maksudkan ni?bukan Kyra sayangkan Xavier ke kenapa cakap macam tu pula?"

"Tak!Kyra maksudkan bukan Xavier tapi..."

"Tapi siapa?"

"Abang pun dah tahu buat apa Kyra nak cakap nama dia lagi!Kyra dah mengantuk ni!" kata Kyra sebelum menuju ke bilik tidurnya. Niat sebenar dia adalah untuk mengelak dari soalan maut abangnya.

Aku memang benci kau dan hubungan kita masa tu sebenarnya aku tak anggap apa- apa pun. Bisik dalam hati Kyra.

Kris memandang Hazel dari jauh yang sedang duduk termenung. Seperti ada banyak masalah yang gadis itu tengah fikirkan.

Sesekali gadis itu memandang kearahnya dengan pantas Kris menoleh ke arah lain. Hatinya tiba-tiba berdegup dengan kencang.
Menyedari Hazel yang mula bingkas bangun dari tempat duduk cepat-cepat dia memanggil nama gadis itu.

"Hazel,"

"Em...yes?" balas Hazel dengan malas. Plan dia cuma tidak mahu bertembung dan bercakap dengan Kris tapi nampaknya plan dia itu tidak berjaya.

"I just want to tell you that we are friend. I mean I'm already accepting you as my friend from the first day we meet each other. If you still mad at me I'm so sorry but I didn't mean to hurt your feeling," ujar Kris dengan penuh lembut menuturkan ayat itu.

"Hmm..."

"Hazel please say something and don't reply me just like that,"

"Thanks!" balas Hazel dengan geram dan mahu sahaja dia mencekik lelaki yang berdiri beberapa jarak dari tempatnya sekarang ini.

Kris tersenyum. "Good...that's my girl," satu kenyitan diberikan kepada Hazel.

Hazel membalas senyuman yang seperti tak ikhlas tetapi dalam hati memuji dengan senyuman Kris yang jarang sahaja dia lihat.



Enjoy🍀
So as usual please vote/comment.
Sorry for the late update guys😕

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro