Bab 1: Mana

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"RUDY tak hadir lagi harini?" soal Cikgu Lina, menggalas jawatan guru kelas untuk kelas tersebut.

Mereka yang lain di dalam kelas tersebut perlahan-lahan menggelengkan kepala. Tiada siapa tahu apa yang terjadi pada Rudy. Baru saja masuk sekolah, terus tak datang.

"Sudah masuk seminggu dia tak hadir," kata Cikgu Lina lagi, mengurut kedua belah dahinya.

"Penjaga dia pun tak cakap apa-apa," sambungnya pula berserta keluhan yang berat.

Satu kelas sunyi. Murid semua diam membisu umpama mayat hidup. Tiada siapa berani bersuara apabila guru kelas mereka sedang berbicara.

Cikgu Lina bukanlah guru yang garang, malah cikgu ini sangat lembut dan toleransi. Namun melihat keadaan guru mereka yang selalunya tenang ini menjadi serabut memikirkan seorang pelajar yang membuatkan masalah, mereka jadi terdiam dan tergamam.

"Weyh!" bisik Suria, menyiku lengan Iman yang duduk di sebelahnya.

Mata Iman automatik ditala memandang Suria.

"Asal kawan kau tak datang?" tanya Suria berbisik.

Iman sekadar menjongketkan bahunya sahaja, tanda tidak tahu. Dia bukan menipu tapi memang betul, dia tak tahu ke mana hilangnya kawan yang seorang itu.

Kali terakhir dia berjumpa dengan Rudy pun minggu lepas semasa di pusat rawatan M.A.T.A. Lepas saja daripada itu, bayang lelaki tersebut pun Iman sudah tidak nampak.

"Takda siapa di dalam kelas ni yang rapat dengan Rudy ke?"

Pantas jantung Iman berdegup laju. Tangannya menjadi basah tiba-tiba. 

Jika rapat yang dimaksudkan guru itu adalah kenalan, jawapan Iman adalah ya. Tapi kalau rapat yang dimaksudkan adalah kawan, Iman hanya mampu menggelengkan kepala.

"Takda rasanya cikgu," jawab salah seorang murid perempuan di dalam kelas itu.

"Falah?" soal Cikgu Lina pada ketua kelas.

"Dia memang langsung tak bercakap dengan kitorang cikgu," jawab Falah sambil menggeleng kecil.

"Dia macam sombong pun ada."

Iman pantas mengalihkan pandangannya memandang lelaki di suatu sudut di dalam kelas tersebut. Tercantum keningnya.

"Haah, cikgu. Saya tak rasa dia ada kawan."

"Ya?" soal Cikgu Lina ingin kepastian.

"Ya, cikgu. Macam anti sosial pun ada. Kuat jeling orang pulak tu."

"Kalau ikutkan, dia dah kena gantung kan, cikgu? Kena buang sekolah."

Tangan Iman tergenggam sendiri tanpa sedar. Mendengar rakan-rakan sekelasnya mengutuk dan mengumpat Rudy, Iman pula yang rasa... 

Sakit hati.

Iman menundukkan kepala ingin menyembunyikan kerutan dahinya yang tebal. Kalaulah Iman punya hak dan dibenarkan untuk bersuara bagi pihak Rudy, sudah lama dia melontarkan hakikat yang sebenar.

Rudy tak sihat. Dia sakit. Rudy sakit kerana menolong dirinya. Dan sebagai ganti, ingatan lelaki itu ditarik dan tidak tahu bila akan dikembalikan semula.

Memang mudah sungguh untuk manusia menyalah anggap dan memikirkan yang bukan-bukan daripada mengambil masa dan cuba memahami. Tak semua perkara di dunia ini boleh dijelaskan dengan mudah.

Tak semena, Suria menempatkan tangannya pada tangan Iman. Gadis itu tersentak dan lantas memandang kawannya yang di sebelah. Tak lama tangan itu ditarik semula.

"Cikgu tak payah la fikir pasal dia, cikgu." Lantang Suria bersuara, berjaya mendiamkan semua pelajar di dalam kelas itu.

"Lagi cikgu fikir, lagi pening. Baik cikgu fokus kat kitorang yang datang sekolah ni nak belajar. Bukan setakat tahu mengumpat aje." katanya lagi, menjeling sorang-sorang daripada mereka di dalam itu yang rancak mencanang tadi.

"Mana ada kitorang mengumpat. Benda betul," kata salah seorang murid perempuan di dalam kelas itu.

"Tak kisahlah betul ke tak betul, bercakap belakang orang tu dosa. Dosa dengan Tuhan kau boleh taubat. Dosa dengan manusia? Kau nak cari Rudy tu kat mana? Padang mahsyar?" Pedas sekali soalan yang ditubi Suria.

"Rudy tak datang baru lima hari pun nak kecoh gantung sekolah. Kau yang couple nak dekat setahun tu pula apa? Bukan setakat peraturan sekolah, peratuhan Tuhan pun kau langgar. Takda pula Allah panah kau dengan petir terus." Selamba sahaja Suria menyambung membuatkan masing-masing tersentap.

Terteguk masing-masing ludah sendiri. Kerana memang tak dinafikan, ramai saja pelajar di dalam kelas itu baik lelaki mahupun perempuan yang menjalinkan hubungan secara haram.

Alasannya kerana ingin mengikut trend. Mahu membuktikan yang diri mereka laku dan tak mahu kesunyian.

Barang kalau dah murah, mestilah laku.

"Dah, sudah. Jangan gaduh. Suria..." Cikgu Lina cuba menenangkan Suria yang sudah naik angin.

Suria yang menggalas jawatan sebagai penolong kelas itu mengeluh perlahan tatkala cikgu memanggil namanya sebegitu rupa.

"Macam saya cakap, kita fokus belajar je cikgu. Kalau Rudy nak datang, dia akan datang. Yang saya tahu, saya datang sekolah nak belajar, bukan bazirkan masa fikir pasal orang yang tak datang."

Cikgu Lina menghelakan nafas panjang mendengar leteran Suria. Tak lama dia tersenyum di dalam hati. Betul juga kata-kata Suria itu. Takkanlah kerana seorang murid yang tidak hadir, dia perlu sia-siakan lagi 20 murid yang ada ini?

"Hm, yalah. Kita sambung tema kita yang lepas. Keluarkan karangan yang saya bagi minggu lepas dan letakkan di atas meja masing-masing. Yang tak siap, berdiri."

Sejurus arahan Cikgu Lina, selaku Cikgu Bahasa Melayu mereka dikeluarkan, lantas semua berpusing ke belakang mengeluarkan kerja yang diamanahkan untuk mereka selesaikan.

"Cakap dengan Rudy, lebih baik dia datang sekolah minggu depan," bisik Suria membuatkan Iman sekali lagi memandangnya.

"Aku back-up kawan kau tu sekali ni je. Lepas ni aku tak buat dah. Malas."

Iman tersenyum kecil. Lega rasa hatinya kerana sekurang-kurangnya ada yang memahami. 

"Terima kasih."

"Dah takyah sedih. Aku tahulah kau kisah sangat pasal dia."

Iman tersentak kecil. Mati langsung senyumannya. Dia tersentak bukan kerana Suria dapat membaca air mukanya, kerana Suria memang handal membaca gerak tubuh orang.

Namun yang membuatkan Iman tergamam adalah apabila Suria kata dia sedih. Iman terkebil-kebil seorang diri. Dia sedih?

Pasal Rudy?


═ ∘◦❦◦∘ ═


HABIS sahaja kelas masing-masing di Akademi, mata Iman melilau mencari Jet. Jumpa sahaja gadis itu dengan orang yang dicari, dia terus memanggil lelaki tersebut dan berlari ke arahnya.

Jet menoleh tatkala mendengar namanya dipanggil. Dia menyuruh kawan-kawannya pergi dahulu.

"Ada apa, Iman?" soal Jet.

"Rudy... tak datang lagi?" soal Iman, untuk kesekian kali.

Untuk kesekian kalinya Jet menghela nafas kecil. Dia menggeleng perlahan sebagai jawapan kepada soalan Iman.

"Awak memang tak tahu dia di mana?"

"Sorry, Iman. Aku memang tak tahu apa-apa."

Iman mengeluh berat. Dia sepatutnya sudah agak yang dia akan mendapat jawapan yang sama. Naifnya dia kerana terlalu berharap. Rasa bersalah di dadanya semakin menebal.

Hati hawa itu risau dengan keadaan lelaki tersebut. Mereka jarang berkomunikasi dan tidak rapat. Dan itu menambahkan lagi kegalauan atma Iman bersalah.

"Takpalah kalau macam tu. Saya balik dulu," pinta Iman, menghadiahkan Jet senyuman kelat.

Sejak Rudy disahkan amnesia seminggu yang lepas, Iman dah tak jumpa dia di mana-mana. Tatkala bertanya kepada mentor, mereka cuma kata Rudy perlukan masa.

Masa apa? Dan yang paling Iman nak tahu, di mana? Di mana Rudy sekarang ini?

Jet perhatikan sahaja Iman dari belakang. Dia melepaskan nafas berat. Kasihan dia sebenarnya dengan gadis itu, kerana dari minggu lepas lagi dia mencari Rudy.

Hish! Menyusahkan betullah Rudy ni. Kau tengok, sebab kaulah aku terpaksa menipu. Gumam hati kecil Jet.

"Bila kau nak bagitau dia?"

"Oi, mak!" latah Jet, terlompat sedikit ke tepi sambil menutup telinga yang muncul semerta.

Roza rupanya. Ingatkan hantu mana tadi. Eh, dia ni main sergah-sergah tak bagi salam. Sudah la sini pulau.

"Bagitau apa?"

Soalan dijawab dengan soalan. Jet menggosok-gosok telinganya dengan perlahan.

Roza merenung ke dalam anak mata Jet. Dia mengecilkan jaraknya dengan lelaki itu. Semakin lama, semakin dekat.

Jet meneguk air liurnya, seram. Dia mengundur, semakin lama semakin jauh. Apa kena dia ni? Nak show off ketinggian ke?

Perasan dengan perubahan ketara pada wajah Jet, Roza menegakkan semula badannya dan menjuling ke atas.

"Sampai bila kau nak buat macam ni kat Iman?" tanya Roza, bersilang lengan.

Jet menghelakan nafas perlahan faham dengan maksud Roza. Jelas sekali dia memang tak dapat menipu gadis Sarawak ini.

"Bukan aku tak nak, tapi aku tak boleh. Kau sendiri pun tahu kan Rudy tu macam mana?" jawab Jet sambil mengusap belakang tengkuknya.

Roza tidak memberikan apa-apa reaksi. Ya, dia tahu bagaimana sikap kawannya yang dingin itu. Tapi itu tak bermakna dia boleh buat Iman sebegitu rupa sesuka hati macam Iman orang yang tiada kaitan. Iman pun berhak tahu juga bagaimana keadaan Rudy.

"Aku ada cara nak buat Rudy jumpa Iman." Roza bersuara setelah beberapa saat membisu.

Biji mata Jet lantas terbuntang.

"Kau gila? Jangan buat hal, weyh... yang kena marah tu nanti aku, bukan kau," tolaknya mentah-mentah.

Jet memang tidak setuju dengan idea Roza. Ingat dia tak pernah ajak Rudy jumpa Iman? Dah berbuih mulut ni bercakap benda yang sama tapi Rudy tetap juga berkeras. Apa yang payah sangat tak tahulah.

Roza mengeluh seraya menjuling ke atas.

"Relaks la. Kau bagitahu dia buat apa? Diam-diam sudahlah."

"Haa? Maksud kau?" soal Jet kurang faham.

Roza menaikkan keningnya ke atas sambil tersenyum senget.












═════════
[AKAN DIEDIT]
Total words: 1.3k

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro