Prologue: Amnesia [EDITED]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

NOTE FOR DHSM READERS:

Sudah saya edit SEMUA scene yang bermula dari scene belakang surau ini. Maka siapa pembaca dari DHSM itu, buat-buatlah lupa, ya? Mohon sedar saya di tika itu sangatlah bocah. Sakit jantung, rohani, hati, jiwa baca apa yang ditulis. **murung**

 

 

••• ═════ ☆﷽☆ ═════ •••

 

 

DENGUSAN kasar dilepaskan.

Sakit.

Itu saja apa yang dia rasa sebaik lenanya menyusut pergi. Tangan ternaik secara spontan memegang kepala yang terasa mencucuk. Biarpun matanya masih terpejam rapat, dapat dia rasakan permukaan kain kasar yang membaluti kepalanya.

Dia cuba untuk bangun sambil membuka mata. Namun lantas terbaring dan mengatup mata itu semula. Dahi berkerut dan sekali lagi, dia mendengus kasar. Silauan cahaya lampu yang menerobos masuk ke dalam korneanya benar-benar memedihkan.

Dia mengambil masa untuk bertenang. Nafas ditarik perlahan sebelum dia cuba lagi membuka matanya.

"Rudy."

Dia menghiraukan orang yang memanggil itu. Dengar dari suara macam perempuan.

"Awak dah sedar."

Suara itu berbunyi lagi. Rudy gagahkan juga diri untuk bangun biarpun sakit itu tidak berhenti mencucuk.

"Awak nak duduk ke? Sini, saya tolong aw..."

Kekata gadis itu terhenti sebaik tangannya ditepis kasar.

"Kau siapa?" Soalan pertamanya sejurus dia sedar. Sedikit pun tak rasa bersalah setelah menolak lengan gadis itu tadi.

Senyap.

Dahi Rudy terkerut sendiri. Langsung matanya tercelik, melihat gadis yang sedang memandangnya dengan pandangan terkilan. Seperti terkejut pun ada.

Rudy hairan.

"Kau siapa?" Rudy mengajukan soalan yang sama. Setiap patah ditekan agar jelas.

Bisu. Tetap tiada apa. Hening saja yang kekal menjadi jawapan setia. Rudy menarik nafas, cuba bersabar.

"Aku kenal kau ke?" Ditukar pula bentuk soalan dengan maksud yang tidak diubah.

Sesaat.

Dua saat.

Tiga saat.

Tetap sama. Rudy menghelakan nafas berat sambil bersandar pada kepala katil. Kepalanya tertunduk lalu batang hidung diurut. Mata juga terkatup rapat. Banyak kerutan yang terbentuk di dahinya menandakan dia amat pening.

Sudahlah dia tak tahu punca kepalanya berbalut dan kenapa dia di sini. Di hospital entah apa ini. Soalan senang yang ditanya pun tidak berjawab.

"Rudy..."

Rudy mengangkat wajahnya. Gadis itu akhirnya sudi bersuara. Rudy melihat ke dalam anak mata gadis itu dan dia terus terpempan.

Melihat air mata yang mula bergenang, membuatkan dia semakin hairan. Terbias dengan jelas rasa sedih dan terkilan bercampur sayu dari iris bundar itu.

"Awak tak ingat saya?"

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

SUIS lampu dibuka. Sesaat, bilik itu disimbahi dengan cahaya lampu kalimantang. Pintu bilik ditutup rapat.

Dia melangkah ke tingkap lalu tirai diselak. Dapat dia lihat dengan jelas susuk tubuh seorang lelaki di bawah yang telah menghantarnya pulang ke rumah.

Kening tercantum spontan. Ali tak nak balik ke? Soal hati hawanya.

Seakan terasa diri dipandang, Ali yang di bawah lantas menoleh dan mendongak ke atas. Terkedu dia yang di atas tatkala diri terkantoi melihat teruna di bawah. Ali tersenyum, lalu mengangkat sebelah tangannya dan melambai.

Dia dengan senang hatinya membalas senyuman dan lambaian Ali. Tirai ditutup sepenuhnya. Tudung hitam yang agak singkat itu dilucutkan kemudian disangkut pada tombol almari. Getah rambut dibuka lalu diletak di atas meja belajar.

Katil dituju lalu punggung dihenyak di birai. Dia mengelus lembut rambut yang jatuh mengurai ke bahu dengan jejari runcingnya. Matanya terjatuh tudung hitam yang dia sangkut pada tombol almari tadi.

"Impak dari hentakan yang kuat itu nampaknya telah berikan kawan kamu retrograde amnesia."

Keluhan besar dihela tanpa sedar.

Sekilas tubuhnya menegak sendiri. Biji matanya membulat. Sedar akan khilafnya pada Tuhan, lantas dia beristighfar. Dahi dan pelipisnya diusap lembut.

"Allah, Iman... tak baik mengeluh," ujarnya pada diri sendiri.

Iman menarik nafas sedalam-dalamnya. Ditahan lama lalu dilepaskan perlahan-lahan. Setelah dadanya terasa sedikit lapang, dia bingkas bangun lalu tuala di penyangkut dicapai.

Dia melangkah keluar dari kamar lalu bilik air dituju. Iman ingin membersihkan diri sebelum mendirikan solat maghrib. Selepas ini dia ada kelas malam kemudian latihan bersama ayahnya pula.

Tuala disangkut di belakang pintu bilik air. Iman berdiri di hadapan cermin dan terus mencapai water cleanser di sinki. Cermin ditatap tanpa sedar. Dapat Iman lihat matanya sedikit merah. Mungkin akibat terlalu banyak menangis.

Teringat Iman pada apa yang terjadi hari ini. Banyak sangat. Sehinggakan kantung kepala Iman terasa amat penuh. Hari ini saja sudah bermacam yang terjadi.

 

 

 

 

5 hours before...[2:30 pm]

"ARGH!" Erangan Rudy bergema di seluruh kawasan di belakang surau tersebut.

Iman tersungkur di atas tanah. Dia mengerang sakit akibat tangannya yang terkehel ketika dia hendak membuka langkah wushu tadi.

Dengan pakaiannya yang agak labuh, agak sukar dia hendak bersiaga. Kalau dia melompat sekali lagi, pasti akan hanya lebih mencederakan diri. Paling tidak pun merosakkan pakaian.

Tercungap Iman mengumpul nafas. Dilihatnya Rudy tanpa noktah berlawan secara kombat dengan lelaki berbadan gempal itu. Entah dari mana muncul mereka ini.

Tanpa sedar, pandangan Iman terjatuh pada Ali dan Alicia pula. Semerta biji matanya terbuntang bagai nak tersembul keluar. Hampir tangannya ternaik ingin menekup mulut sendiri.

Alicia... Alicia tengah gunting baju Ali ke tu?

"Argh!"

Fokus Iman kembali terarah pada Rudy tatkala erangan lelaki itu sekali lagi membingit.

Rudy mendengus sebaik badannya ditolak kasar ke tanah. Dia memegang dadanya yang senak sambil memandang dengan tajam lelaki gemuk di hadapannya.

Berapi mata Rudy menyerap rasa amarah bercampur dendam. Betul punya hawau bagidul ini.

Sesekali Rudy ada juga menjeling Ali dan Alicia yang berada tidak jauh darinya. Bukannya dia tak perasan tadi Ali sudah pengsan ditikam di perut.

Kelihatan Alicia sedang menggunting baju Ali. Mungkin ingin melancarkan pengaliran udara buat lelaki itu.

Memandangkan mereka sedang berjemur di terik mentari kini, jadi tak mustahil Ali pengsan akibat kekurangan hidrogen dan oksigen.

Mono tersenyum puas dengan apa yang telah dia lakukan pada Rudy. Potong steam lagi, memang mendapatlah. Baru saja dia hendak mengangkat kaki ingin menendang, buku lalinya tiba-tiba saja ditendang kuat. Membuatkan dia hampir terjatuh dan mendengus pedih.

Rudy terkedu. Lantas kepalanya berpusing. Iman yang telah menendang lelaki tersebut.

Mono tersirap. Dengan wajah bengisnya, dia langsung menyerang Iman. Rudy cuba bangun namun tersungkur semula. Dadanya terlampau perit untuk dia bangkit. Rudy mendengus kasar.

"Mono! Cepatlah!" gesa Aleo, rakan subahat Mono.

"Kau sabar kejap!" jawab Mono tanpa mengelih sedikit pun pada Aleo. Dia menyerang Iman tanpa henti. Namun gadis itu hanya mengelak dan terus mengelak. Dan itu sangat menyakitkan hati Mono.

"Kau sabar apa, bos dah panggil!" pekik Aleo lagi, sudah berdiri di hadapan pintu van mereka.

Sekali nafas, Mono menggenggam lengan Iman lalu melilitnya ke belakang tubuh gadis itu. Merentang sakit Iman tika dengan paksaan tersebut.

Mono mengulum senyum sinis. Akhirnya. Herdikan Aleo tadi ibarat bayu yang menyinggah di telinga. Masuk kanan keluar kiri.

Dia menendang belakang lutut Iman sehingga gadis itu tersungkur dan terjerit sakit. Baru saja dia ingin menetak leher Iman, rusuk kirinya ditendang ganas.

"Argh!" erang Mono. Lantas memegang pinggangnya.

"Apa barang kau pukul perempuan, der?" soal Rudy sedikit tercungap. Sebelah tangannya masih memegang dadanya yang perih.

Mono merengus. Ah, tak habis lagi budak ni?

Aleo yang sudah berdiri di van putih itu, mendengus geram. Sebelah tangannya bercekak pinggang manakala sebelah lagi meraup wajahnya kasar.

"Eh la Pak Badak ni, dengan budak pun tak boleh nak settle," bebel Aleo membuka pintu van lalu membawa separuh tubuh masuk ke dalam.

Tertunduk-tunduk dia mencari apa saja objek yang boleh membantu Mono. Digagau tangannya ke bawah kerusi. Sebaik dia menjumpai objek yang agak boleh dipakai, lekas tubuhnya dibawa keluar semula.

"Manson!" jeritnya, menggamit perhatian Mono dengan nama sebenar lelaki itu. Pantas, Aleo mencampakkan objek yang di tangannya.

Dengan kemas, Mono menangkap balingan itu. Dalam satu saat saja, terus botol kaca berwarna hijau tersebut dihentak ke kepala Rudy.

Tak pecah. Tapi cukup untuk membuat mata Rudy berpinar. Di atas peluang itu, Mono menendang Rudy dengan kuat di bahagian pektoral. Melepaskan segala amarah.

Iman terjerit kuat. Terkatup mulutnya.
Terbuntang biji mata. Melihat tubuh Rudy yang melayang membuatkan matanya berlinang.

Kepala Rudy terhentak pada bucu dinding surau yang sedikit hancur. Mencipta satu erangan yang kuat daripada Rudy.

Iman pantas berlari mendapatkan lelaki itu sebaik dia jatuh ke tanah.

"Kau bertuah kepala tu aku tak takik je dengan parang!" pekiknya, membaling botol kaca itu ke atas tanah. Dia memandang mereka buat kali terakhir sebelum berlari ke arah van.

"Leo, kau drive," arah Mono, mencampak kunci van pada Aleo.

"Weyh, aku pancitlah sial," tukas Aleo, namun tetap menyambut kunci itu.

"Cepatlah, bega!"

Sempat Iman mendengar pertelingkahan mereka sebelum van itu memecut laju. Menghilang di balik semak serta pepohon di belakang surau ini.

Iman menekup mulutnya. Jantungnya berombak kencang sebaik melihat tanah yang mula dikotori darah daripada kepala Rudy. Dapat dia melihat juga secalit darah pada bucu dinding yang terhentak pada Rudy tadi. Iman beristighfar panjang.

Dia memegang kedua-dua belah bahu Rudy sebelum meletakkan kepala lelaki itu di atas ribanya.

"Wey..." Rudy terpempan. Dia kuatkan diri untuk bangun walau dalam sakit.

"Kau pegang-pegang aku ni takpa ke?" soalnya, menolak tangan Iman dan mengesot sedikit ke tepi.

"Awak cedera, Rudy. Saya kena tolong." Iman menjawab kembali merehatkan kepala Rudy di ribanya. Tangan kanannya tak lepas dari menekup darah dari belakang kepala Rudy.

Rudy tak melawan. Atau lebih tepatnya, tidak betah hendak melawan. Ulu hatinya pedih mengakibatkan diafragmanya sukar mengatur pernafasan dengan baik. Setiap nafas yang diambil... amat menyakitkan.

"Sini."

Rudy terkejut tika Iman mengalihkan tangannya dari dahi sendiri. Namun dia biarkan saja. Kepalanya yang kuat berdenyut membuatkan dia malas hendak berfikir.

Rudy hanya merengus sakit. Pandangannya juga berbalam.

"Iman..." panggil Rudy dalam payah.

Iman membawa matanya memandang Rudy. Tersentak sedikit dia tatkala mata mereka bersabung.

"Tangan kau..."

Iman semakin tak senang duduk. Kenapa dengan tangan dia? Kuat sangat ke dia tekan? Ke Rudy makin sakit?

"... kecik," kata Rudy sudah mula merepek.

Terbuntang langsung biji mata Iman. Nafasnya ditarik dalam seraya menggigit bibir sendiri.

"Rudy, tolong jangan..." Kekata Iman terhenti. Wajahnya semerta berubah drastik.

"Rudy?" Gadis itu memanggil namun Rudy tidak memberi apa-apa balasan. Setelah 30 saat meniti, Iman perasan lelaki itu sudah tidak sedarkan diri.

Iman mati akal. Walaupun telah ditekup, tetap darah Rudy mengalir tanpa henti. Jika berterusan begini, Rudy akan kehilangan lebih banyak darah dan itu akan lebih memburukkan keadaan. Lama lagi dia hendak tunggu sehingga bantuan tiba.

Iman mengesat wajahnya pada kain tudung. Membuang sisa keringat yang membentuk bintik kecil pada wajahnya. Seketika, Iman terhenti.

Shawl dia!

 


═ ∘◦❦◦∘ ═

 


SETIAP manusia pasti punya cerita tersendiri. Tatkala dialah protagonis di dalam fiktifnya yang asli. Nukilan hidup yang ditinta halus tanpa pincang. Tiada yang ditinggal. Dan tiada juga yang dilupakan.

Perjalanan hidup mereka telah dikalam sempurna sejak di Lauhul Mahfudz. Maka apa betul kejatuhan adalah rentetan yang melemahkan?

Tidak.

Jatuhnya sang arjuna di sehelai lembaran, tidak bermakna dia seorang yang lemah. Namun cuma suatu tanda bahawa dia juga seorang hamba yang tidak lepas dari segala mehnah.

Justeru, di sinilah dia berdiri. Di sini, di hadapan cermin ini, dia terpacak. Ditatapnya dengan dalam wajah yang terbias dari cermin jernih itu.

Dia kenal siapa dirinya. Bijak menyembunyikan emosi. Pandai juga mengawal ekspresi. Tiada apa yang berubah.

Namun sejak dia keluar dari pusat rawatan M.A.T.A., dia rasa seperti ada sesuatu yang tidak kena. Seolah dirinya kosong akibat lubang yang tercipta.

Dia menggeleng beberapa kali, malas mahu melayan perasaan. Tombol pintu bilik air dicapai lalu pintu dikuak.

Dia melangkah keluar dari bilik air sambil mengelap rambutnya yang masih lembap. Kemudian tuala itu dibiar saja tergantung pada leher. Jam pada dinding dikerling. Sudah tepat pukul 8:30 malam.

Dia menghelakan nafas berat tatkala melabuhkan punggung di atas katil. Katil yang bukan miliknya. Tubuhnya diregang sambil menghelakan dengusan kasar.

Tanpa sedar, tangannya mendarat pada fabrik yang lembut. Spontan, kepalanya berkalih.

Kain kuning itu ditatap. Lama. Masih segar kesan tompok darah yang memberi corak kotor pada kain itu. Jika nama pun darah, cucilah banyak manapun kesannya kekal.

Bunyi ketukan di pintu menyentakkannya. Pantas kain itu disumbat masuk ke dalam beg. Tak sempat dia nak simpan setelah ia diberikan kepadanya tadi.

"Rudy," sapa Jet di muka pintu.

"Apa?"

"Makanan dah siap. Jomlah turun," ajak Jet.

"Nanti aku turun," balas Rudy setelah mengangguk perlahan.

Redup pandangan Jet pada Rudy yang sedang menyangkut tuala itu. Secara zahir memanglah nampak seperti tiada apa. Namun hakikatnya, Rudy sakit.

Apa yang disampaikan Ejen Geetha petang tadi masih memberi kejutan yang besar buat dirinya. Macam tak percaya. Sukar sebenarnya bagi dia hendak percaya. Apatah lagi terima.

Terutama sekali pada Iman.

 

 

 

 

3 hours before... [5:30 pm]

"Seriuslah..." Jet memandang visual skrin monitor yang memaparkan sembilan bahagian otak Rudy yang berbeza-beza.

Bukan skrin itu yang membuatkan dia terpempan sebenarnya. Tetapi ayat yang keluar daripada mulut Ejen Geetha tadi.

"Ya..." keluh Ejen Geetha, mengangguk lemah.

Memang sudah dia jangka reaksi ini yang akan dia terima. Andai tadi pun jeneral dan barisan ketua teras juga terkedu, inikan pula mereka.

"Impak dari hentakan yang kuat itu nampaknya telah berikan kawan kamu retrograde amnesia," terang Ejen Geetha setelah menjalankan ujian x-ray dan beberapa ujian lain ke atas Rudy.

"Apa yang berlaku sebelum kemalangan tadi..." Ayat Ejen Geetha tergantung sendiri tika pandangannya jatuh pada Rudy.

"Rudy tak dapat nak ingat." Sambungnya. Kembali melihat pancaran pada monitor.

"Tapi tak mengapa," kata Ejen Geetha setelah tiga saat membisu. Secalit senyuman kecil diulum menandakan ada berita baik.

"Memori prosedural dan memori kerja Rudy nampaknya masih berfungsi macam biasa. Dia tak ada masalah untuk mengingati sesuatu dalam jangka masa yang pendek. Begitu juga dengan memori jangka masa panjang," jelas Ejen Geetha panjang lebar. Berharap maklumat ini dapat melegakan hati.

"Rudy boleh sembuh ke?" soal Iman di celah mereka. Jujurnya, dia tak berapa berminat ingin mengetahui apa-apa mengenai memori kerja atau memori prosedural.

"Selalunya amnesia boleh sembuh dengan sendiri tanpa adakan apa-apa rawatan. Melainkan jika amnesianya berpunca daripada gangguan mental," jawab Ejen Geetha menyelit sedikit pengetahuan am.

"Jadi Rudy boleh sembuh?"

Tanpa sedar kepala Rudy terpusing memandang gadis itu. Sedari tadi lagi dia perasan gadis bertudung hitam ini kelihatan sungguh risau terhadapnya. Malah gadis inilah orang pertama yang berada di sisinya sebaik saja dia sedar.

Siapa dia sebenarnya?

"Saya harap begitulah," jawab Ejen Geetha setelah dia mengangguk dan tersenyum kecil.

"Berapa lama?" Lagi Iman menyoal. Masih menanti jawapan yang spesifik.

Ejen Geetha menarik nafas panjang.

"Kemungkinan dalam..."

 

═ ∘◦❦◦∘ ═

 

"LIMA hingga enam bulan."

"Aahh!"

"Kak Iman!" Pantas Cahaya, salah seorang atlet wushu berlari mendekati Iman yang sudah rebah.

Iman merengus halus. Berkerut dahinya memegang kaki yang terseliuh akibat tersalah teknik pendaratan.

"Iman."

Iman mengangkat wajahnya yang berpeluh dan sedikit pucat. Dia melihat Tok Guru sedang mendekati sebelum duduk melutut di hadapannya.

"Macam mana boleh terjatuh?" soal lelaki lewat 30an itu. Dia memeriksa keadaan kaki Iman.

"Saya... arh!" Terpotong ayat Iman tika Tok Guru memegang bahagian tumit dan buku lalinya.

"Tak tahu, ayah." Dengus Iman setelah ayahnya, Tok Guru Wushu melepaskan kakinya.

"Dah tak boleh dah ni. Kamu baliklah," suruh Tok Wushu, mengarah semua pelajarnya kembali menyambung latihan.

Iman menurut tanpa banyak soal. Memang itu apa yang dia mahu pun. Semasa di kelas tambahan tadi pun dia tak dapat nak beri fokus yang baik. Banyak tutorial Sir Aidin yang dia kena lihat semula.

Pulang saja ke rumah, Iman terus masuk ke bilik untuk membuka tudungnya. Kemudian dia bergerak ke bilik air pula. Keluar saja, Iman hanya berdiri sambil memandang lantai.

Lima hingga enam bulan? Jadi dia perlu tunggu setengah tahun untuk Rudy sembuh? Takkan takda cara yang lebih mudah.

"Iman."

Tersedar Iman dari lamunannya. Kelihatan seorang wanita sedang berjalan mendekatinya.

"Ayah kata kaki kamu terseliuh. Mari umi tengok."

"Takda apalah, umi. Sikit je ni." Iman menolak lembut.

"Sikit tak sikit, cepat masuk bilik kamu. Duduk atas katil," suruh uminya sudah memasuki bilik.

Iman mengeluh akur. Dengan umi mana pernah menang. Dia membuntuti uminya ke dalam bilik sebelum melabuhkan punggung di atas tilam. Iman bersandar pada kepala katil.

"Aaa, umi! Slow-slow," pekik Iman, cuba melarikan kakinya tetapi pantas tangan bonda itu menariknya semula.

"Ini kamu kata sikit? Kamu nak kaki kamu patah baru nak bagitau umi ke?" soal uminya retorikal. Buku lali anak dara sulung itu kembali dipicit setelah disapu minyak.

"Adeh... umi..." Iman mendesis sakit. Berkerut seribu wajahnya.

Tak kira berapa banyak Iman mengadu, sikit pun umi tak berlembut. Tetap dipicit juga kaki Iman tanpa rasa kasihan. Nak sihat kenalah tahan sikit.

Setelah 20 minit berlalu, botol minyak ditutup sebelum punggung wanita lewat 30an itu diangkat.

"Tidurlah. Rehatkan badan tu. Kalau ada sakit lagi, bagitahu umi," pesan umi sebelum keluar.

Iman mengangguk tanpa bersuara. Sebaik lampu ditutup dan pintu dikatup rapat, dia meletakkan kepalanya di atas bantal. Dia mengiring ke kanan, hendak tidur.

Jujurnya, Iman lega. Meskipun dalam waktu dia sedih begini, tetap Allah hantarkan keluarga dia untuk menenangkan urusatnya. Iman tersenyum nipis, bersyukur masih dikurnia rezeki kasih sayang.

Tapi Rudy?

Langsung senyuman Iman memudar. Jika hendak dibandingkan dengannya, lelaki itu lebih perlukan sokongan dalam waktu begini. Tapi dia tiada sesiapa.

Terfikirkan hal itu, dada Iman mula terasa dihimpit. Dia merasakan seolah dirinya tak layak hendak berasa sebegini selesa jika Rudy di luar sana pun tidak tahu bagaimana keadaannya.

Aku kejam ke?

Iman tergenggam selimut sendiri. Dia mengetap bibirnya yang sedikit menggeletar. Matanya mula memanas. Tekak pula memerih.

Jiwa Iman ditenggelami rasa bersalah. Hati hawanya meronta ingin mengetahui bagaimana keadaan Rudy. Baik ke? Dah makan ke?

Ke masih marah?

Tak sempat Iman hendak bercakap dengan Rudy sebelum dia pulang tadi. Sementelah pula Rudy ada menepis dengan kasar tangannya ketika dia hendak membantu, lagilah Iman tak berani hendak bercakap apa-apa dengan lelaki itu.

Mereka bukannya rapat.

Iman memejamkan matanya. Dan lantas setitik lakrimasi tumpah membasahi bantal. Meluahkan rasa yang tidak bisa diungkap dari kata.

Tak sampai beberapa minit, Iman terlena dengan air mata. Mungkin banyak sangat perkara yang berlaku hari ini. Membuatkan tubuhnya berasa sungguh penat.

Sementara dia di bahagian sana, masih sama. Setelah beberapa jam berguling di kasur, dia masih belum dapat tidur. Dia menilik jam dinding yang bercahaya di waktu gelap. Sudah lepas 11.

Selesai saja makan tadi, dia terus naik ke atas. Mahu tidur. Tapi dari pukul 9 dia masuk bilik sehinggalah sekarang, tetap tak dapat nak lelapkan mata.

Sebab dia baru sedar dari pengsan ke? Atau mungkin kerana dia bukan di tempat tinggal asalnya.

Penat berbaring, Rudy akhirnya memilih untuk bangun. Dia bergerak ke beranda.

"Iman..." gumamnya perlahan seraya membuka sliding door.

"Kenapa aku asyik fikir pasal kau?" Dia bermonolog seorang diri sambil kakinya melangkah ke luar.

"Ah... serabutlah!" Rudy mengusap kasar rambutnya yang sudah tersedia serabai.

Dia menghelakan nafas berat. Seberat masalah yang dia pendam tika ini. Bawah kedua-dua lengannya direhatkan di atas pagar kaca di beranda itu. Udara nyaman malam dihirup bersama mata yang terkatup untuk beberapa saat.

Tanpa sedar, Rudy mendongak ke atas memandang langit malam. Dia menatap bebintang cerlang yang menghiasi cakerawala alam.

Ada yang kecil, ada yang besar. Ada yang cerah, ada juga yang malap.

Kening Rudy bertaut tiba-tiba. Dia tertanya.

Kenapa semua bintang itu berbeza sifatnya sedangkan semua dicipta daripada Nebula yang sama?

Malah jika bintang itu mati pun, hanya super raksasa saja yang akan mengalami supernova. Dan dari letupan supernova itu juga akan terwujud pula dua jasad yang berlainan. Bintang neutron dan lohong hitam.

Kenapa? Mesti ada sebab kenapa bintang jadi begitu. Kan? Permulaan setiap bintang serupa namun pengakhirannya berbeza belaka.

Rudy merasakan dirinya tak ubah seperti bintang. Dicipta dari benda yang sama tetapi keluar menjadi manusia yang berbeza dari orang lain.

Tiada keluarga. Tiada saudara.

Di malam gelap sunyi itu, Rudy bersendiri di karung sepi. Dia merenung jauh ke lubuk diri. Ingin mencari kisah silamnya yang seakan...

Hilang.

Dia mahu tahu siapa dirinya. Rudy tahu jika dia mahukan jawapan, dia perlu tanya pada pencipta. Dan yang menciptanya sudah tentulah...


"Tuhan."

Tak semena jantung Rudy berdegup kencang. Bulu romanya menegak tanpa sebab. Dia berkerut hairan. Namun juga sedikit tertanya.

Rudy menggenggam bajunya di paras dada. Cuba untuk meredakan ombakan jantung sendiri. Jantungnya seakan ingin menyampaikan sesuatu. Sesuatu yang benar.

Tapi apa?

 

 

 

Di batu jemala, berdesingnya sakan.

Kerana kemalangan, terciptanya kepincangan.

Dari kepincangan, terhapusnya kepercayaan.

Dan tanpa kepercayaan, memberinya rasa kehilangan.

 

INGATKAN DIA
Did He not found you an orphan and looked after you?❜ - 93:6

 

°••• ┄ ───────────────╮

 

❝Al-Maliq, Al-Qudus, As-Salam, Al-Mukmin.❞

Syifaa kecewa pelupus stigma yang masih di samsara.
Kerana tetap kehadiranNya ada walau tidak kau merasa.

 

Andai tidak meletak Allah di lubuk hati,
Jangan ditanya mengapa tidak dikurnia ketenangan hakiki.

 

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

In the name of Allah The Most Gracious and Most Merciful...

 
Inilah cereka dari sang peminat.
Ditokok tambah untuk dijadikan hikayat.
Walau diri tak mampu beri yang terhebat, doaku tetap moga karya dapat diterima umat.

InshaAllah.

 

 

╰─────────────── ┄ •••°

Edited:- 2021

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro