Bab 26: Kerana Kasih [EDITED]

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"MARTIN."

Wajah Iman terangkat spontan. Berkerut dahinya kehairanan tika mendengar nama itu daripada Rudy.

Martin? Martin tu bukan ke lelaki yang Rudy perlu bongkarkan identitinya? Seingat Iman, misi itu telah pun dibatalkan atas faktor kesihatan Rudy.

Buat apa Rudy nak ingat dia lagi? Cara dia gumam tadi pun macam marah je. Ada benda tak puas hati ke? Bertubi-tubi soalan itu menghentam fikiran Iman.

Seketika, matanya mendarat pula pada tangan Rudy yang sekejap terkepal sekejap tidak. Nak bertumbuk ke dia? Tengok dari muka memang dah ada rupa nak baham orang.

Namun tak lama, setelah Iman perasan raut wajah tegang Rudy mula mengendur perlahan-lahan. Wajahnya tidak lagi segarang tadi tapi kerutan itu masih berbaki.

Iman mula meniti segenap wajah lelaki itu, cuba membaca maksudnya. Namun tak dapat. Macam sedih ada, gembira ada. Kecewa? Pun macam ya.

Rudy sedang fikir apa?

Baru saja Iman ingin menegur, telefon Rudy berbunyi tiba-tiba. Terketap bibir Iman kerana itu. Tak mahu menganggu, dia bermain saja dengan kain yang terikat pada pergelangannya. 

Iman menyimpan senyum. Takda la beku sangat.

"Helo?"

Iman dengar Rudy bersuara perlahan. Masih diam dia tak mahu mengganggunya.

"Maria?"

Terus terangkat wajah Iman dengan air muka yang berubah drastik. Mendengar nama gadis itu terpacul daripada bibir, membuatkan jantungnya berdegup tak senang.

Marla? Marla telefon Rudy?

"Kau kat mana?" Jelas kedengaran kerisauan pada nada Rudy.

"Rumah I. Is Iman with you?"

Mata Rudy automatik mendarat pada gadis kecil di hadapannya.

"Yeah, she's with me."

"Good. Keep her safe, please. I tak tahu apa akan jadi kalau daddy I..." 

BANG! BANG!

Rudy lantas berdiri dari kerusinya, terkejut. Jantungnya yang tadi berdetak normal sudah mula berdegup laju tatkala mendengar bunyi dua das tembakan dilepaskan.

Tutt tutt.

Panggilan terputus. Rudy melarikan telefon daripada telinganya dan pada waktu itu juga dia menerima sekeping mesej daripada nombor yang sama.

+60XXXXXX2315 has send you a location.

Faham akan maksudnya, Rudy pantas berdiri dan membuka tapaknya.

"Awak nak pergi mana?" soal Iman, sudah berdiri.

Langkah Rudy terhenti, seketika. Tubuhnya dipusingkan sedikit.

"Aku nak kau duduk sini. Buat masa sekarang, aku tak nak kau balik rumah dulu." Rudy berkata dengan tegas.

"Kenapa?" Kening Iman bertaut, tak mengerti.

"Ikut je. Aku takda masa nak jelaskan." Rudy kembali membuka langkahnya.

"Tapi awak kena bagitahu saya." Iman mengekori Rudy dari belakang.

"Iman, tolong dengar cakap aku," kata lelaki itu tanpa memandang wajah Iman. 

"Tak, saya tak faham. Kalau nanti umi tany..."

"Dengar jelah!" tempik Rudy satu oktaf.

Bahu Iman terhinjut ke atas akibat terkejut. Kafe yang tadinya riuh kini sudah membisu dek kerana kelantangan suara Rudy.

Tersentak Iman melihat mata merah Rudy yang sudah dijegil tajam. Telinga dan wajahnya juga sudah berubah merah padam.

"Duduk sini," arah Rudy, tidak lagi setinggi tadi. Dia memandang Iman buat kali terakhir sebelum berlari meninggalkannya seorang diri di situ.


Few hours before...

"Betul ke apa yang you cakap ni?" soal Marla. Dia masih lagi berbelah bahagi. Benarkah apa yang dia dengar daripada Rudy?

"Aku tak pasti tapi daripada maklumat yang aku dapat, tak mustahil." Tenang sekali Rudy menjawab.

Marla terdiam. Matanya dibawa menala tanah yang dipijak. Dia seolah tidak percaya dengan apa yang dia dengar. Tak mungkin.

"Sini fon kau."

Wajah Marla diangkat, memandang Rudy. "Nak buat apa?"

"Bagi je." Rudy bertegas dan Marla akur.

Telefon yang dihulur, pantas diambil lelaki itu. Dia mengetik sesuatu pada skrin telefon Marla sebelum mengembalikan semula telefon tersebut.

"Ni nombor aku. Kalau ada apa-apa, call je. Aku gerak dulu," pamit Rudy setelah memberitahu.

Marla mengangguk lemah. Dia memandang nombor-nombor pada skrinnya bersama fikiran yang jauh memikirkan tentang orang tuanya.

Jadi betullah apa yang dia fikir selama ni? Daddy... apa yang daddy dah buat?


═ ∘◦❦◦∘ ═


RUDY mengesat peluh yang kuat membasahi dahinya. Dia memeriksa telefonnya buat kali terakhir. Melihat daripada lokasi yang dihantar Marla, nampaknya betullah ini rumahnya.

Nafas Rudy dihela kasar. Keningnya bertaut. Rudy rasa tak sedap hati. Kenapa rasa macam sunyi betul keadaannya di sini?

Di dalam rumah agam milik Dato' Mikael Harrith. Marla meneguk liurnya takut. Mulutnya ditekup agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Air mata yang kian mengalir tidak dapat dihentikan. Marla buntu. Dia tak tak tahu nak buat apa. Dia kini menyorok di almari pakaian arwah ibunya.

"Maria... aku tau kau ada kat sini."

Mata Marla dikatup rapat. Panjang dia mengucap di dalam hati dan berdoa. Ya Wali, lindungilah aku.

Di luar rumah besar itu, Rudy masih lagi melilau ke sekeliling, cuba mencari jalan masuk. Dia mendengus kasar bila tak jumpa satu pun.

Nampaknya hanya dengan memanjat pagar ini sahaja dia dapat memecah masuk.

Rudy mengambil masa. Baru sahaja dia hendak melompat panjat, bahunya ditepuk pula oleh seseorang dari belakang.

Rudy dengan refleksnya yang pantas, laju menggenggam tangan tersebut lalu di bawa membelit ke belakang tubuh.

"Aduh! Aduh! Aduh! Aduh! Aduh! Weyh, sakitlah!" pekiknya.

Rudy terkejut. Dia lantas melepaskan lengan lelaki yang sudah lama tidak kedengaran suaranya.

"Ali..." gumam Rudy perlahan.

"Aduh... apahal kau ni!" Ali menggosok lengan yang sakit direntap. Ketat sudah mukanya memandang Rudy. Bisa, woi!

"Kau buat apa kat sini?" Soalan dijawab soalan.

Ali menayang muka toya. "Aku baru nak tanya kau benda yang sam... eh!"

Terangkat sebelah kening Rudy melihat mata Ali yang tiba-tiba terbuntang luas. Apahal?

"Kau... ingat aku?" soal Ali lambat-lambat.

Kalau dia tak silap dengar, Rudy ada menggumam namanya tadi. Seingat Ali ejen bersut hitam putih ini merupakan mangsa amnesia. Dah sembuh ke?

Mereka juga sudah hampir dua minggu tidak bersua sejak Jeneral Rama 'merehatkan' dia dan Alicia dari akademi buat masa ni.

"Rudy?"

Rudy mengalihkan pula pandangannya ke arah gadis yang muncul dari belakang tubuh Ali.

"Alicia."

"Kau dah sembuh?" soal Alicia juga memberi reaksi yang sama seperti Ali.

Rudy menundukkan wajahnya, lalu mengangguk perlahan. Ali dan Alicia memandang antara satu sama lain sebelum memandang ejen inviso itu semula.

Atmosfera di antara mereka terasa janggal buat seketika sehingga Rudy orang pertama yang bersuara.

"Kau tak jawab lagi soalan aku. Kau buat apa kat sini?" soal Rudy, memandang Ali.

Ali menjuling ke atas.

"Hmm. Ni la perempuan ni, haa." Ali mengherotkan bibirnya sambil menjeling Alicia di sebelahnya.

Terseringai langsung wajah Alicia. Dia menjegilkan matanya menikam Ali.

"Sedap kau bercakap. Perempuan ni ada namalah!" tempik gadis itu.

"Nama kau tak sedap pun. Panggilan 'perempuan' aku rasa lagi sesuai," hambur Ali sedas.

Makin bergelora darah Alicia mendidih di dalam badan.

"Kau..." Alicia sudah mengecilkan bebola matanya, merenung Ali. Jari telunjuknya ditunding ke wajah lelaki itu.

Rudy memandang sebal dua 'mempelai bahagia' yang sudah bergaduh bagai tiada noktah. Dia bersilang lengan sambil mendengus kasar. Menyesal aku tanya.

Prang!

Terlompat kecil Rudy akibat terkejut dengan bunyi kaca pecah dari dalam rumah. Ali dan Alicia juga secara automatik sudah berhenti bergaduh.

Ketiga-tiga pasang mata tersebut kini sudah mendarat pada rumah agam di hadapan mata. Masing-masing membisu buat sementara waktu sehinggalah kedengaran suara garau yang sangat lantang datang dari rumah tersebut.

"Sini kau rupanya!"

Jantung Rudy berdetak kuat tiba-tiba tatkala jeritan kesakitan Marla memukul gegendang telinganya.

"Weh, apahal tu?" soal Ali kepada Rudy. Mukanya sudah berubah cuak. Ini ke sebab Rudy ada kat sini?

"Kau nak lari mana?" Suara garau tersebut bergema lagi.

"Awh! Sakit, daddy! Lepaskan Maria."

Rudy tanpa menunggu lama lagi terus melompat ke atas pagar rumah itu. Dia berlari masuk ke dalam. 

Ali dan Alicia tanpa menyoal lebih, turut sama mengekori Rudy dari belakang. Walaupun mereka berdua sedar mereka tiada kaitan, tapi tak akan mereka hendak tengok dari luar aje, kan?

Marla berlari ke serata rumahnya. Walaupun sudah dua tahun dia diperlakukan begini, dia tetap juga takut. Muka merah bengis ayahnya benar-benar buatkan jantungnya berhenti berdegup buat seketika.

"Kau nak pergi mana, haa!" Dato' Mikael sudah merentap lengan anak gadisnya kasar.

"Arghh!" Marla meronta ingin dilepaskan. Namun seperti biasa, hampa. Ayahnya lebih kuat.

"Kau tipu aku." Dato' Mikael bersuara perlahan tapi kasar.

"Aku percayakan kau." Matanya dikatup rapat. Kedengaran jelas pada nada suaranya rasa dikhianati.

"Tapi kau buat aku macam ni!" tempik dato'di telinga anaknya.

Marla mencapai bingkai gambar yang berdekatan.

"Lepaskan, Marialah... lepaskan Maria!" Maria menghentaknya pada tangan Dato' Mikael sehingga lelaki itu mengerang sakit. Lengan Marla segara dilepaskan.

Marla kembali berlari menjauhi ayahnya. Ada sekali itu dia terjatuh tersembam lantai akibat lantai yang basah dengan darah-darah Mono dan Aleo.

Mono dan Aleo ditembak oleh Dato' Mikael di hadapan mata Marla tadi. Amat mengerikan. Marla masih menggigil teringat semua itu. Ayahnya sudah gila. Dia sudah berada di luar kawalan.

"Maria!" pekik Dato' Mikael.

Dato' Mikael mengerang sakit melihat tangannya yang sudah merah dipukul bingkai. Serpihan kaca yang menyebabkan lengannya terluka dipandang kabur.

Mukanya semakin merah terbakar. Darahnya semakin panas menggelegak. Dia berang.

Marla yang tidak tahu hendak berlari ke mana, membawa dirinya ke dapur.

Tanpa dia sempat berfikir apa-apa. Laju Marla bergerak ke kabinet tempat tersimpannya semua alatan memasak yang tajam.

Fikirannya yang bercelaru kini, membuatkan dia susah untuk berfikir dengan normal. Dengan tangannya yang menggeletar hebat, Marla mengeluarkan mencari sesuatu.

Dato' Mikael yang baru sahaja tiba di belakang Marla, terhenti tiba-tiba. Mukanya terseringai melihat sebilah pisau yang dipegang anak gadisnya.

"Kau nak buat apa, Maria?" soal dato' mula takut.

Marla tidak pedulikan soalan Dato' Mikael. Esakannya masih jelas kedengaran. Macam makin kuat pun ada.

Dengan perlahan, kaki Marla melangkah mendekati satu-satunya insan yang banyak menyeksanya.

Dato' Mikael berundur ke belakang. Jantungnya berdetak takut melihat tindakan drastik Marla. Selama ni, Marla tak pernah berlaku sedemikian.

"Kau nak bunuh aku? Disebabkan mereka yang sampah tu kau nak bunuh bapak kau sendiri!" Keras sekali nada Dato' Mikael. Lutut semakin hebat menggeletar. Rasa seperti nak jatuh pun ada.

Air mata Marla semakin kuat mengalir. Terhinjut-hinjut bahu gadis itu ke atas, menangis. Sampai sahaja dia di hadapan Dato' Mikael, tangan ayahnya itu dicapai lalu pisau itu bertukar tangan.

Dato' Mikael tergamam. Terseringai mukanya memandang pisau yang sudah berpindah ke tangannya.

"Daddy bunuhlah Maria." Marla merayu dalam sedu. Mukanya basah dengan air mata.

Lantas kepala lelaki tua itu terangkat. Muka bengisnya tadi mula berubah pucat.

"Ta... tak!" Pantas kepalanya menggeleng laju.

"Malam ni, malam jumaat... isk... dan sekarang hampir waktu asar... isk! Kalau dah takdir Maria mati hari ini, Maria redha!"

Semakin lebat air mata Marla mengalir membentuk sungai kecil yang deras di wajahnya. Esakannya juga kedengaran seperti tiada penghujung.

Bibir Dato' Mikael menggeletar kuat. "M... Ma... Maria."

Marla menundukkan wajahnya sambil mengatup mata. Kepalanya perlahan-lahan digelengkan.

"Maria dah tak tahan. Kalau daddy terus dengan penyakit baran daddy, tak mustahil... Maria akan mati juga di tangan daddy!" tempelak Marla sehingga kelihatan juga urat-urat halus pada dahinya.

Akhirnya setelah dua tahun. Dua tahun Marla hidup sebegini, hari ini baru dia dapat melepaskan segala yang karam di hati.

Kadang Marla tertanya. Ke mana hilangnya daddynya yang dahulu? Yang penyayang, lemah lembut, baik hati. Yang sentiasa menyeka air matanya setiap kali dia beratap. Sentiasa memberi api semangat yang baharu tatkala dia berasa murung hidupnya.

Sungguh, Marla berani bersumpah demi membuktikan ayahnya yang dulu dan sekarang amat jauh berbeza. Daddy yang dulu, tak pernah melenting. Tak pernah menjentik apatah lagi menampar. Apa yang lelaki itu beri hanyalah kasih sayang. Perhatian dan belaian seorang bapa kepada sang anak.

Tapi itu semua hanya sementara. Di sini, betapa Allah mahu buktikan manusia itu mampu berubah dalam sekelip mata.

Tanpa Marla menyangka, manusia umpama malaikat seperti ayahnya, mampu berubah sekejam iblis tatkala emosi marah mula menguasai dada. Tika ini, tiada lagi sifat lembutnya. Tiada lagi pandangan redupnya.

Semuanya hilang. Semuanya terhakis. Semua itu tenggelam di balik mata api kemarahan yang marak.

Benarlah apa yang disabdakan oleh Rasulullah dalam Hadis Riwayat Bukhari, 'Sesungguhnya syaitan menyusup masuk ke dalam diri manusia melalui aliran darah.'

Dan ketahuilah, tatkala syaitan itu sudah memasuki ke dalam salur darah individu yang sedang marah, kebolehan seseorang itu untuk berfikir secara waras langsung terjejas. Manusia akan bertindak di luar kawalan sehingga ada yang mengancam nyawa orang sekeliling hatta diri sendiri.

Kerana itu, telah Rasulullah mengajar umatnya untuk sentiasa mengucap, 'Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.'

Manusia yang lemah seperti kita, akan sentiasa memerlukan perlindungan daripadaNya dari segala bentuk kejahatan.

Syaitan tak akan pernah berputus asa untuk menghancurkan umat manusia. Mereka hanya mahu melihat kita sengsara. Membawa manusia masuk ke dalam neraka bersamanya adalah satu-satunya matlamat mereka.

Bunyi dentingan mula kedengaran di segenap ruang dapur tersebut tatkala pisau yang berada di tangan dato' tadi terlepas.

Dato' Mikael rebah, jatuh ke lantai. Matanya mula pedih. Mula berkaca.

"Daddy... daddy..." Matanya dibawa memandang tangan sendiri.

Marla terkedu. Air matanya berhenti mengalir melihat ayahnya yang sudah menyembah ke lantai.

"Daddy minta maaf. Daddy tahu daddy banyak sakitkan anak daddy. Daddy banyak seksa anak daddy." Dato' Mikael menyembamkan wajahnya pada jubin dapur yang dingin itu.

Dia sedar dia seorang bapa. Tangan yang telah Allah pinjamkan buatnya, diamanahkan untuk membelai dan menyayangi insan yang tersayang. Bukan untuk mendera dan memukul.

"Daddy cuba berubah. Demi Allah daddy tak tipu. Tapi daddy tak tahu kenapa daddy selalu sangat sakit bila dapat tahu Maria nak tinggalkan daddy. Maria dah tak sayangkan daddy," sambung dato' lagi.

Marla tersentak. Inilah kitaran harian mereka. Dipukul dengan baran sehingga berparut kemudian dipohon maaf sehingga melutut. Walaupun sudah lama berlarutan keadaan sebegini, Marla tetap juga berasa kasihan terhadap ayahnya.

Dia faham apa yang ayahnya rasa selama ini. Dato' Mikael keseorangan. Dia kehilangan segalanya. Ayahnya bermula dengan kosong dan diakhiri dengan angka itu juga.

Dato' Mikael merupakan anak yang tak sah taraf. Dato' sendiri tahu akan perkara itu. Sejak dia kecil, dia dicaci dan dibuli hanya kerana statusnya yang kotor. Hingga hampir semua cikgu juga membencinya.

Dato' dihasilkan bukan atas dasar cinta namun atas dasar nafsu dua manusia yang keji. Semua orang kata, dia tak sepatutnya hidup pun. Kewujudannya di bumi hanyalah satu 'kesilapan'. Satu 'kekhilafan'.

Dia hidup tanpa kasih sayang Walaupun hanya seorang insan. Zaman kanak-kanak dan remajanya dihabiskan di rumah anak yatim saja. Secebis kasih sayang pun dia tak pernah rasa. Tak sehingga Carmila Lania, seorang kristian mualaf muncul di dalam hidupnya.

Hanya wanita itu sahaja yang menerima segala kekurangan Dato' Mikael. Arwah Carmila benar-benar mencintai lelaki itu. Dia sudi menjadi tulang rusuk kepada Mikael dan mahu Mikael menjadi khalifahnya kerana dia yakin, lelaki anugerah tuhan itu mampu membimbingnya yang mualaf, hingga ke syurga.

Pada pandangan wanita itu, Mikael lahir ke muka bumi hanyalah kerana perbuatan dua manusia dan Allah telah mengizinkannya. Di dalam dunia serba sementara ini, tiada apa yang berlaku secara kebetulan apatah lagi secara tak sengaja. Semuanya berlaku kerana Allah telah merancangnya dan Dia juga yang mengizinkannya.

Arwah Carmila banyak membantu Dato' Mikael. Dia jugalah yang membantu lelaki itu sehingga mendapat gelaran 'dato'' dengan mengembangkan bisnesnya.

Sedang Dato' Mikael asyik merasai cinta dan kasih yang dia kemis sejak kecil, arwah Carmila telah dipanggil menghadap Ilahi.

Dugaan Dato' Mikael, bertambah setelah Carmila meninggal. Dia yang tidak boleh menerima qada' mula hilang arah. Dato' rasa seperti dia kembali hidup keseorangan.

Namun sesungguhnya, Allah itu sifatnya Adil. Benar, Dia telah mengambil satu-satunya insan yang dicintai dato', namun Dia juga telah kurniakan pula satu cahaya mata bagi mengubati rasa dukanya.

Maria Lania. Wajah anak gadis itu saling tak tumpah seperti ibunya. Cuma matanya saja yang lain. Light brown. Sama seperti dato'. Kehadiran Marla umpana sinar baharu dalam hidupnya.

Rasa sakit ke atas kematian isterinya, membuatkan dia takut untuk merasai rasa sakit yang sama buat kali kedua dalam hidupnya.

Sejak itu Dato' Mikael telah membuat keputusan untuk menjaga Marla. Menyayangi anak itu. Dia mahukan Marla untuk dia seorang. Tiada siapa boleh ambil anak kesayangannya daripadanya. Dia terlalu sayangkan Marla sehingga tak mahu orang lain mendekatinya.

Namun tanpa dia sedar, kerana sayangnya dia terhadap Marla, anak itu telah diseksa. Didera dan dipukul sehingga tersiat segala isi dari badan. Dan kerana kasihnya itu jugalah sifat kemanusiaan serta nikmat kewarasan akal fikirannya kian terhakis.

Oleh kerana itu, dato' semakin tak mampu mengawal emosinya menyebabkan sifat baran syaitan dibenarkan wujud di dalam diri tanpa kebenaran mahupun keizinan.

Dato' Mikael menekup mukanya dan menangis. "Isk... isk... isk..."

Dia tahu dia salah. Dia berdosa. Dia telah menzalimi anak kandungnya sendiri. Anak yang lahir dari benihnya sendiri. Dia telah menyakiti insan yang satu-satunya dia sayang separuh mati.

Kaki Marla perlahan-lahan melangkah mendekati orang tua itu.

"Daddy..." Belakang tubuh lelaki itu diusap lembut. Perlahan, air matanya menitik lagi.

"Maria minta maaf." Tubuh Dato' Mikael dipeluk.

"Maria tak patut buat daddy macam tu. Maria tak patut minta daddy bunuh Maria. Maafkan Maria." Marla meletakkan kepala di atas belakang badan ayahnya.

"Daddy minta maaf. Daddy tahu Maria banyak terseksa sebab daddy. Walaupun sudah dua tahun, Maria tetap juga tak tinggalkan daddy." Dato' Mikael berbicara dalam sedu.

Marla menggeleng perlahan dan tersenyum pahit. "Mana boleh Maria tinggalkan daddy. Maria kan ada daddy je. Dan daddy pun ada Maria seorang je."

Walaupun Maria ada keluarga susuan Maria, Ibu Hana dan Abah Imran... Maria tak akan pernah tinggalkan daddy.

"Maria!"









════
Total words: 2.7k

Maaf kalau banyak typo. Nanti kalau ada kekuatan saya tengok balik hahah

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro