Bab 27: Silap

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

[AKAN DIEDIT]
Total words: 3.2k

*****

"LEON, arahkan pasukan kamu untuk ke lokasi tersebut. Sila maklumkan kepada pelajar, kelas seterusnya dibatalkan," arah Jeneral Rama tegas dan jelas.

Cerita hangat Rudy yang tiba-tiba saja keluar dari akademi tanpa kebenaran telah sampai ke telinga Jeneral Rama.

Pada awalnya lelaki itu amat terkejut dan marah. Namun setelah mendapat intel yang Rudy hanya sedang menjejak Martin, dia mengarahkan pula ejen-ejennya yang lain untuk mengikuti Rudy.

Mujur setiap suit ejen M.A.T.A. dilengkapi dengan homing divice yang memudahkan kerja pihak atas untuk sentiasa memerhati dan mengesan lokasi semua ejen serta memastikan keadaan mereka selamat.

"Baik, jeneral." Kepala Ejen Leon dianggukkan sekilas.

"Nanti."

Langkah Ejen Leon terhenti. Semua mata di brief room tersebut tertumpu pada seorang gadis kecil yang hanya diam saja sejak tadi.

"Saya nak tolong," ujar Iman, perlahan.

Jeneral Rama menghelakan nafas berat. "Tidak, Iman. Buat masa sekarang, kami tiada pilihan lain selain memastikan kamu kekal di sini."

Iman mengeluh kasar. Dah agak dah. Nalurinya kuat mengatakan jeneral dan para mentor lain ada sembunyikan sesuatu daripadanya dan jujur kata, Iman tak sukakannya.

"Jeneral... Rudy tu kawan saya. Saya nak tahu ke mana dia pergi. Kenapa cara jeneral bercakap sama macam dia? Kenapa saya kena kekal di akademi?"

Jeneral terdiam.

Melihat jeneral yang hanya membisu, Iman mengetap bibirnya. Memang benarlah ada sesuatu yang mereka sorok dari dirinya.

Dalam hampir sepuluh saat mereka membisu, Iman akhirnya bersuara.

"Ini semua ada kaitan dengan saya diekori ke?" soal Iman tiba-tiba.

Tersentak Jeneral Rama seketika. "Kamu perasan?"

Iman melepaskan nafas kasar. "Mestilah saya perasan. Setiap kali saya pulang ke rumah, saya selalu rasa diri saya diperhatikan. Saya tahu ada orang berniat jahat dekat saya."

Iman berhenti seketika sebelum menyambung lagi.

"Dua orang lelaki serang saya di surau secara mengejut dan salah seorang daripada mereka tahu di mana saya tinggal. Saya jadi takut dan saya nak buat laporan kepada M.A.T.A. tapi sejak..."

Kata-kata Iman terhenti di situ. Dia membawa matanya ke bawah.

"Sejak Rudy sentiasa dengan kamu, kamu tidak lagi rasa kehadiran mereka." Jeneral Rama menyambung kata Iman yang terhenti itu.

Mata Iman dipejam rapat. Hakikatnya, benar. Rudy buat dia rasa dilindungi. Patutlah mana-mana dia pergi Rudy ada. 

Iman menghelakan nafas kasar. Jadi betullah telahannya selama.ini. Memang sejak awal lagi dialah puncanya. Dialah penyebab Rudy amnesia pada awal cerita lagi.

Lelaki yang langsung tidak dikenali Iman telah menyimpan dendam terhadapnya. Dan malangnya kerana dia, kawannya, Rudy pula yang telah menjadi mangsa sedangkan dia sedikit pun tidak terluka apa.

Iman menarik nafas dalam sambil memejamkan matanya. Seketika, dia teringat pula nama yang digumam Rudy di kafe tadi. Martin.

Kain Rudy yang diikat pada pergelangan tangannya diusik dan dipandang sayu. Dia kepalanya kian ligat bermain pelbagai persoalan tapi cuma satu saja yang menarik perhatian Iman. Rudy... awak dah sembuh ke?

Selang beberapa saat, Iman menarik nafas dalam lalu menghelakannya berat.

"Saya faham niat baik jeneral..." Dia melangkah ke hadapan. Setapak demi setapak.

"Dan saya juga tahu jeneral benar-benar ambil berat tentang semua ejen jeneral." Kepala Iman diangkat memandang skrin besar di hadapannya.

"Tapi mengharapkan orang lain untuk lindungi saya bukan apa yang ayah saya ajar dan bukan apa yang M.A.T.A. latih saya selama ni." Nada Iman kedengaran tegas dan yakin. Dia merenung ke dalam anak mata jeneral pada skrin besar itu.

Iman mengaku semua ini salah dia. Dialah punca Rudy amnesia.

Dan sebab dia tahulah, dia tak mahu mengulangi kesilapannya yang sama. Dia sebagai sasaran mereka, akan bertanggungjawab ke atas kecederaan kawannya.

Jeneral kelihatan terpempan. Dapat dia lihat dengan jelas balik iris kecil Iman itu, terletak satu kesungguhan. Kesungguhan untuk menebus kembali salahnya. Walau kebenarannya bukanlah dia yang harus dipersalahkan.

"Please... let me help." Iman bersuara lagi namun kalini tidak setegang tadi. "Saya nak tahu siapa yang berdendam dengan saya."

Jeneral Rama mengeluh perlahan. Mata berkalih memandang ejen neuro yang berdiri bersebelahan dengan Iman.

"Leon."

Faham Ejen Leon dengan lirikan mata Jeneral Rama, dia lantas menggangguk.

"Iman," panggil Ejen Leon, mengarahkan gadis itu untuk mengikutnya.

Iman mengurkirkan senyuman nipis di bibir.

"Terima kasih, jeneral," ucap gadis itu, menundukkan sedikit kepalanya.

"Tolong berhati-hati," nasihat Jeneral Rama.

Iman mengangguk perlahan sambil menghadiahkan senyuman buat Jeneral Rama sebelum dia turut sama keluar dari briefing room tersebut.

*****

Semakin lama, semakin kuat tangan Dato' Mikael menggeletar. Melihat seorang pemuda berdiri tidak jauh darinya, benar-benar membuatkan darahnya kembali berderau panas.

"Ss... siapa ni, Maria?" Jelas kedengaran getaran pada nada suaranya.

Marla meneguk air liurnya takut. Nafasnya sudah mula tak teratur. Pisau yang berada dikakinya, diseret jauh dari ayahnya.

"Da... daddy dengar cakap Maria dulu..." Marla cuba menenangkan Dato' Mikael. Namun tangannya laju ditepis dengan kasar oleh dato'.

"Kau tipu aku lagi, Maria? Kau tipu aku!" Dato Mikael meraup wajahnya kasar.

"Kau cakap kau sayangkan aku. Tapi kenapa kau buat aku macam ni?" tempelak Dato' Mikael, sudah menampakkan urat-urat halus pada dahi dan lehernya. Dari leher, telinga dan wajah, semuanya merah menyala.

"Tak, Maria tak..." Ayat Marla terpotong dengan laju.

"Kau siapa?" soal dato' meluru laju ke arah Rudy sambil mengepal penumbuknya.

Namun, belum sempat penumbuk sulung dato' dilayang ke wajah lelaki itu, tangannya pantas dikunci menggunakan alat berupa gari tanpa wayar.

Terus terhenti langkah Dato' Mikael tika melihat pergelangan tangannya. Namun hanya sekejap, setelah dia mengangkat semula wajahnya dan memandang Rudy dengan mata yang lebih panas dengan api kemarahan.

"Kurang ajar!" Dato' Mikael berlari mendekati Rudy lagi.

Tanpa dia sangka, dengan sekelip mata saja kedua belah tangannya yang digari tersebut terangkat ke atas dan tubuhnya sudah melayang ke dinding dapur.

"Argh!" Dato' Mikael mengerang sakit tatkala belakang tubuhnya menghentak permukaan yang keras.

"Daddy!" Marla berlari mendapatkan wajahnya.

Rudy mengambil langkah mendekati dua beranak tersebut.

"You, tolong jangan buat macam ni. Kita boleh bincang elok-elok," rayu Marla.

Ikutkan hati, ingin saja Marla menyoal pakaian apa yang lelaki ni pakai sejak tadi. Langsung tak pernah dilihatnya di mana-mana. Dari atas sampai bawah nampak habis segala otot sasa Rudy. Apahal seksi sangat?

Tapi niatnya lantas terbantut setelah mendengar ayahnya yang tak habis-habis meronta ingin dilepaskan.

Rudy sekadar menayang wajah dingin. Dia sudah malas nak berdalih lagi. Lebih cepat semua ni selesai, lebih bagus.

"Kau nak apa dari aku?" soal Dato' Mikael semakin berang. Dia cuba meloloskan diri berkali-kali namun sedikit pun tidak membuahkan hasil.

"Mikael Harrith Muhammad."

Mendengar namanya disebut panjang, Dato' Mikael berhenti bergelut. Matanya bertaut dengan iris Rudy buat seketika.

*****

"Rudy lari ke mana tadi?" soal Ali, sebaik saja dia menapak masuk ke dalam rumah agam itu. Laju betul landak tu berdesup. Macam pelesit!

"Ergh..." Ali sudah membawa belakang tangannya menekup hidungnya.

"Bau apa ni?" Ternaik sedikit lantunan nada Ali.

Alicia turut sama membuat muka tak enak seperti Ali. Dahinya sudah berkerut seribu hendak menahan diri dari termuntah di sini.

Tak semena-semena, mata Alicia terus terbuntang luas tatkala dia ternampak dua kujur tubuh lelaki terbaring di atas lantai bersama lumuran darah yang banyak.

"Ali."

Ali memusingkan kepalanya saat namanya dipanggil. Dan sama seperti Alicia, mata Ali juga turut sama membulat besar.

Ali dan Alicia berjalan mendekati dua lelaki yang terbaring bermandikan darah tersebut. Makin lama, makin kuat baunya. Memang sahlah baunya datang dari sini.

Tanpa mempedulikan bau yang kurang enak itu, Alicia memeriksa keadaan kedua lelaki itu. Melihat darah yang semakin terpancut keluar, Alicia menjadi cemas. Laju jarinya berlari ke pergelangan tangan mereka ingin mencari nadi.

Sedang dia mencari nadi, dia berpaling memandang Ali yang berdiri di belakangnya.

"Ali! Call Medical Team M.A.T.A. sek..."

Kata-kata Alicia terputus di situ. Dia berkalih semula memandang lelaki yang terbaring berlumuran darah. Kening Alicia bertaut rapat.

Nadi... Oh, shoot. Nadi dia berentak normal!

Tanpa Alicia sedar, tangannya pantas digenggam kuat secara mengejut. Hampir terjerit Alicia tika itu.

Dia tertawa sinis. "Oops."

Jantung Alicia berdegup laju tiba-tiba.

Bibirnya ternaik senget. "You got me."

*****

Kening Dato' Mikael tercantum mendengar bait kata yang keluar dari dua ulas bibir milik Rudy tadi.

"Kau cakap apa tadi? Cubaan membunuh?" Jelas sekali wajah terseringai Dato' Mikael menunjukkan yang dia benar-benar bingung.

Rudy sekadar membisu. Wajahnya dikekalkan beku seperti biasa. Kalau dah buat jahat siapa aje nak mengaku?

"Hey..." Dato' Mikael mengacip giginya, menghalang diri dari terus mencarut. Matanya dipejam lalu nafasnya yang ditarik, dihembus kasar.

"Kau dah la datang rumah aku, gari tangan aku, lepas tu kau tuduh pulak aku nak bunuh Zal? Kau ni gila ke apa?" tempelak Dato' Mikael yang awalnya bernada perlahan kemudian meninggi dengan mendadak.

Dato' Mikael menahan rasa dia hati. Kalau bukan disebabkan tangan aku digari dengan natang sial ni, bawah dagu aje tu. Berterabur gigi kau.

Rudy tidak memberi apa-apa balasan.

"Dato' kena ikut saya," arah Rudy.

"Kalau aku tak nak, kau nak buat apa?"

"Daddy, please bagi kerjasama. Maria janji, benda ni akan settle cepat." Marla datang memujuk. Dia sendiri berlawan dengan dirinya sendiri, sama ada mahu membela ayahnya atau menerima kenyataan saja.

"Masalahnya aku tak buat! Kau ingat aku ni gila ke sampai nak bunuh orang?"

Dato' semakin hilang sabar. Pergelangan tangannya yang tergari itu sudah sedikit terluka. Panas betul rasa bila tiada siapa hendak percaya cakapnya.

Ya, dia mengaku, dia jahat! Dia banyak buat silap tapi jahatnya tak ke tahap hendak membunuh. Dia memang jahat tapi masih lagi tak berani meragut nyawa makhlukNya.

Dia sedar dan dia masih punya agama. Punya tuhan. Cukuplah satu nyawa saja dia pernah tarik dulu. Nyawa wanita yang paling dia sayang. Rasa menyesal itu masih terpahat dan pasti akan kekal di dadanya sehingga dia mati.

"Habis, dua orang lelaki dekat luar tu siapa?" bentak Marla. Matanya sudah kembali berkaca. Teringat pembunuh upahan yang diupah ayahnya untuk membunuh Hanzalah benar-benar meretakkan hati Marla.

Marla sangka tujuan ayahnya mengupah pembunuh adalah untuk menjatuhkan setiap musuhnya VH. Memang tak dinafikan sejak nama syarikat Vetta Holdings berkembang sehingga ke Hong Kong, ramai syaitan bertopengkan manusia iri hati dengan ayahnya sehingga mengancam nyawa.

"Dua orang lelaki? Maksud kau Mono dan Aleo?" Kening Dato' Mikael tercantum mendengar soalan anaknya. Seketika dia menggenggam tangannya dan mendengus kasar.

"Kau lupa ke, Maria? Aku upah diorang... untuk kaulah!" tempik dato' menekan dua perkataan terakhirnya.

Marla tergamam. Wajahnya yang tadinya tegang sudah mula kendur. Untuk dia?

"Kau lupa? Sebab kau lari dari rumahlah, kau hampir kena rogol dengan pemabuk!" Tercungap-cungap nafas Dato' Mikael tika ini. Jelas kelihatan dadanya yang turun naik.

Rudy tersentak. Matanya agak terbuntang mendengar ayat yang dihambur oleh lelaki tersebut.

Flashback starts~

(Recap:- Bab 14: Bersalah)

"Sampah! Tak berguna! Tak boleh harap!"

Setelah puas menumbuk Coda dan Aleo, Dato' Mikael menghentak meja kerjanya pula. Kertas-kertas fail di atas meja ditolak dengan kasar ke atas lantai. Semak!

Menggelegak rasa darahnya bila dapat tahu Marla lari dari rumah lagi. Macam mana budak Coda ambil ni buat kerja? Semua benda tak jalan! Suruh jaga anak aku pun susah ke? Aku bayar beribu tiap bulan untuk apa?

"Coda... teruskan dengan backup plan kau."

Dato' Mikael tiada pilihan lain. Apa saja rancangan Coda selepas ini, dia akan ikut. Dia dah cukup letih dengan perangai anak gadisnya. Baru pukul sikit, terus lari. Mak dengan anak, sama aje!

Penumbuknya semakin dikepal. Aku ikut cakap kau, Maria. Kau kata, kau dah tak nak homeschool, aku dengar. Aku turut kemahuan kau yang hendak ke sekolah. Tapi kau dah langgar janji kau. Kau langgar janji kau dengan aku!

Flashback ends~

"Dua orang budak tu aku upah untuk jaga kau! Kau ingat aku ni gila ke nak upah pembunuh? Aku mengamuk tadi tu pun sebab aku ingat kau dah lari lagi!" lantang Dato' Mikael menggegarkan seluruh ruang dapurnya. Mujurlah semua orang gajinya disuruh cuti sebulan. Kalau tidak dengan mereka sekali, dato' kerjakan.

Lutut Marla terasa lemah. Jatuh terus cecair jernih dari tubir matanya. Sejak bila matanya bertakung, Marla sendiri tak sedar. Sukar hendak dinafikan kerana semuanya benar. Dia pernah larikan diri dari Dato' Mikael dek kerana tak tahan dengan sikap baran lelaki itu. Dan kerana silapnya itulah, Marla dibalas dengan kehadiran dua orang lelaki mabuk yang hendak merampas makhkotanya.

Allah... apa yang dia telah fikir selama ni? Jadi mereka berdua hanyalah bodyguard yang diupah. Bukan pembunuh?

Rudy mula bingung. Masa dekat semak Marla cakap Mono ialah pembunuh upahan. Dan masa M.A.T.A. membuat semakan latar belakang pun, mereka cakap benda yang sama. Assassins. Sudah tiga tahun Mono bekerja sebagai assassins tapi kenapa Dato' Mikael bercakap macam dia tak tahu apa-apa?

Tangan Rudy dibawa berlari ke rambutnya lalu digenggam lembut. Dia cuba membuat imbasan.

Satu. Semasa Mono berada di rumah Iman, dia cakap 'bos' bukan 'dato''. Tapi kenapa dekat semak melalui telefon dia panggil 'dato''?

Dua. Dato' Mikael gelar Hanzalah dengan gelaran 'Zal', sama macam Marla. Tapi seingat Rudy, dalam pita rakaman itu dia sebut 'Hanz'.

Rudy melepaskan nafas berat. Di mana silapnya?

Belakang tubuh Rudy disandarkan pada dinding di dapur. Sebelah tangannya dilekap pada dinding manakala sebelah lagi masih setia menggenggam rambut.

Ada orang lain ke dalam permainan ni? Jadi selama ini Dato' Mikael dikambing hitamkan?

"Maria."

Marla berkalih memandang Rudy.

"Siapa yang cakap diorang pembunuh upahan dato'?" soal Rudy tanpa sedikit pun memandang perempuan itu.

Marla terdiam. Seketika, matanya dibawa merenung lantai. Bila ditanya, barulah Marla tersedar sesuatu.

"Coda."

Kening Rudy bercantum. "Siapa?"

Tak semena-mena, wristband Rudy yang menggari Dato' Mikael jatuh ke lantai. Serentak dengan itu, satu suara lain muncul.

"Aku."

*****

Alicia sudah cuak. Dia meneguk air liurnya takut. Dengan kasar, di merentap tangannya  semula sebelum dia bangun dan berlari menjauhi lelaki tersebut.

Lelaki itu bangun dari baringnya. Darah yang tercalit pada pakaiannya diabaikan saja. Dia menekan interkom kecil di telinga.

"Boss, the perimeter has been secured. It's all yours."

"Well done, Mono."

Mono tersenyum bangga dengan dirinya. Susah juga nak berlakon mati ni. Bau hanyir darah haiwan yang menyinggah ke rongga hidungnya tadi benar-benar membuatkan dia rasa nak muntah. Kembang tekak!

Seketika, Mono berkalih pula melihat rakan subahatnya di sebelah. Dia berdecit kecil, geram.

"Give it a break, Leo. Wake up!" Mono menendang punggung Aleo. Tak geli ke baring dengan darah lama-lama?

Aleo menggeliat seketika sebelum dia juga turut sama bangun dan berdiri di sebelah Mono.

"Well played, dude. That Marla girl really thought Mikael has got us killed?" soal Aleo dalam nada sindir.

Mono menggerakkan rahangnya sambil tertawa sinis. "Entah. Orang tua tu dah la pondan. Pegang pisau pun gigil."

Sedap mereka berdua mengutuk Dato' Mikael sebelum masing-masing memandang dua orang budak yang berdiri di hadapannya dengan senyuman sinis dibibir.

Melihat dua orang lekaki yang sudah mula mengecilkan jarak di antara mereka, Ali dan Alicia pantas berundur ke belakang setapak demi setapak.

"So... you take the big guy and I get the skinny one?" bisik Ali perlahan memberi cadangan.

Alicia merengus halus sambil menjuling ke atas. "Whatever."

"Alright." Ali menggumam kecil.

Alicia tanpa berlengah lagi, terlebih dahulu berlari ke arah Mono. Kakinya yang sudah diangkat ingin menendang, ditepis kasar oleh Mono. Lelaki itu nampaknya tak mahu mengalah juga, apabila penumbuknya cuba dilayang ke muka Alicia. Mujur tika itu, refleks Alicia laju mengelak.

Ali kekal berdiri di tempatnya. Dia melihat Alicia yang semakin lama, semakin jauh ke dalam rumah. Matanya kemudian kembali terarah pada Aleo. Ali mendengus kecil. Dia ni lagi.

Sumpah Ali langsung tak sangka yang dia akan bertemu muka lagi dengan lelaki yang pernah menikamnya dulu. Walaupun kesan tikaman di belakang perutnya sudah sepenuhnya sembuh tapi rasa pedih dia masih melekat di kepala.

"We meet again," ujar Aleo, melangkah mendekati Ali. Tangannya diseluk ke dalam poket lalu sebilah pisau lipat dikeluarkan.

"Indeed." Ali sekadar tersenyum paksa sebelum merengus geram.

Aduhlah, sikit-sikit pisau lipat. Dia ni penggemar pisau lipat ke apa? Kalau aku lipat jadi kerusi karang tahu la dia. Dengus Ali dalam hati.

*****

Terseringai muka Rudy tatkala melihat seorang serupa Dato' Mikael itu, muncul entah dari mana.

Rudy akhirnya teringat.

'Dia boleh berubah mengikut kepada beberapa figura yang berbeza-beza. Lelaki dewasa, wanita, remaja, warga emas dan lain-lain.'

"Martin!"

Coda memandang Rudy sambil mengangkat kedua belah keningnya ke atas, terkejut.

"Oh? Lu cakap apa tadi? Martin, ah?" Coda sudah berdialek cina.

"Wah... wa manyak tada sangka leh lu tahu itu nama langsial wa." Coda tertawa kecil sebelum dia mengukir satu senyum sinis.

Sudah lama dia tak dengar orang panggilnya dengan nama lamanya itu sejak dia tukar nama dan berhenti seketika dari berkhidmat dengan kumpulan kongsi gelap, Shenlong.

Rudy tergamam. Apa sial? Dia mencarut ke tadi? Kenapa cara dia bercakap macam orang cina... gangster?

Rudy melihat Martin yang berwajah 'Dato' Mikael' mengambil langkah setapak demi setapak mendekati mereka.

Selang beberapa saat, lelaki tersebut menekan sesuatu di lehernya yang membuatkan wajah dan saiz tubuhnya berubah kepada yang asal. Seorang lelaki kacukan cina berumur 30-an.

Rudy terkedu. Dia agak terpegun seketika. Belum pernah dia melihat sesuatu seperti itu di hadapan matanya sendiri. 

Marla dan Dato' Mikael terkejut.

"Co... Coda... apa... macam mana..." Marla seolah hilang kata-kata. Apa yang terjadi di hadapan matanya tadi, bukan suatu yang dia selalu nampak selain di kaca televisyen.

"Simple. Semua ni saya buat untuk arwah Carmila." Coda menjawab dengan tenang.

Terasa hendak gugur saja jantung Marla tika ini tatkala mendengar nama arwah ibunya. Mommy...

"Coda, apa semua ni?" soal Dato' Mikael pula turut sama terpempan. Melihat lelaki tersebut muncul dalam bentuk rupanya, lidahnya terkelu.

Coda menggerakkan rahangnya sambil tertawa sinis. Matanya dipejam seketika, lalu tangannya digenggam erat.

"Dato'... sebelum arwah Carmila kahwin dengan dato', dia sebenarnya bekas anak ayam saya." Coda berbicara tanpa menjawab soalan sesiapa.

Wajah Dato' Mikael terseringai. Dia terpempan. Bekas anak ayam? Apa yang Coda cuba nak sampaikan ni? Coda ada apa-apa kaitan ke tentang masa silam arwah isterinya itu.

Marla yang kurang faham dengan maksud Coda sekadar mengerutkan keningnya. Anak ayam?

Melihat reaksi dua beranak di hadapannya, sengihan Coda semakin lebar.

Kepala terangguk perlahan-lahan. "Ya... dalam erti kata lain... dia dulu pelacur."

"Apa!" Marla menekup mulutnya. Matanya terbelaik besar. Kini sudah banyak persoalan yang bermain di belakang kepalanya. Mommy dulu pelacur?

Mata Dato' Mikael mula dikatup rapat. Tangannya yang sudah terkepal, menimbulkan urat-urat halus di sepanjang lengannya. Perlahan-lahan darah dato' mula naik sehingga ke kepala. Pelacur... dia benci akan perkataan itu. 

"Perempuan sundal tak sedar diri..."

Kata-kata Coda teputus tatkala tubuhnya tiba-tiba saja ditolak kasar ke dinding sehingga detakan kuat terhasil.

"Jangan kau hina isteri aku!" tengking Dato' Mikael betul-betul di wajah Coda.

Terhinjut tiba-tiba bahu Marla ke atas akibat terkejut dengan tindakan agresif ayahnya.

Mata Dato' Mikael menikam ke dalam anak mata Coda tajam. Lengannya kuat menolak tubuh Coda walaupun belakang lelaki itu hanyalah dinding.

"Tak payah kau cerita, aku dah tahu semua," sambung dato' merendahkan suara hanya untuk pendengaran Coda saja.

"Kalau dia bekas pelacur sekalipun kenapa? Itu semua khilaf dia. Kalau Allah boleh maafkan dosa dia, kenapa aku tak boleh? Siapa aku nak hukum dia sedangkan aku pun manusia juga?" tutur Dato' Mikael kasar.

Jauh di sudut hati lelaki itu, dia rasa amat tertipu. Tak pernah dia sangka orang yang dia percayai selama ini mempunyai rahsia gelap yang kotor. Jadi sebelum dia mengambil Coda bekerja, Coda sebenarnya ialah bapak ayam. Patutlah semasa dia melihat profil Coda, tertulis usahawan berjaya dalam usia muda. Dia jalankan business casino rupanya!

Coda menayang muka sebal. Dia benci bila orang islam mula gunakan nama tuhan mereka untuk menutup aib sendiri. Lemah! Kalau dah salah tu, salah jelah. Taubat konon.

"Aku sayang Carmila. Aku cintakan dia." Dato' Mikael berkata lagi sepatah-sepatah.

Rudy hanya diam saja menjadi pemerhati. Melihat ketegangan di antara suasana mereka, dia memilih untuk membisukan diri. Tambah pula bila emosi Dato' Mikael sudah mula tak stabil. Lagilah dia tak mahu membuka mulut buat masa sekarang.

Coda melepaskan tawa sinis. Kepalanya tergeleng perlahan.

"Sayang, aa? Kalau betul lu sayang sama Camy, aa apa pasal lu pukul dia sampai mati?" soal Coda menggunakan nama anak ayam Carmila dulu.

Dato' Mikael tersentak. Lengannya yang menolak dada Coda, terlemah sendiri.

*****

Mohon beritahu andai ada kekurangan.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro