02 ; confess

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Matahari yang menyinari kini sudah terbenam dan bulan mula menyinari . Tepat pukul 7 adalah waktu untuk makan malam

Takdek mood nak turun bawah dan hadap wajah kacak jimin tu . Ehh dah kenapa aku puji dia pulak

Walaupun begitu, ia tidak dapat membataskan kelaparan aku . Aku bukan macam heroin dalam drama . Takdek selera makan dan hanya berkurung di dalam bilik selama 2 hari

Nah ! Perut ohh perut jomm kita pergi makan . Dengan langkah yang senang hati aku melangkah turun ke tingkat bawah untuk menjamu selera

Dapat aku dengar suara appa sedang berbual dengan seseorang . Jangan kata jimin byuntae tu tak blah lagi

" kenapa dia tak balik lagi ni appa ? " jerkah michan . Jari telunjuk dihalakan ke arah jimin

" jimin akan tidur di sini . Duduk sini makan sekali " ujar appa senada

Aku tidak membantah lalu mengambil tempat di kerusi berhadapan dengan jimin byuntae

Dari petang tadi lagi perut aku dah buat concert . Aku memang kuat makan kira-kira 3 jam sekali aku akan makan


Dan aku tak gemuk .

Dengan berselera michan menyuapkan makanan ke dalam mulutnya . Suapan besar diambil

" ehh appa nak pergi mana, cepatnya appa makan ? " michan menyoal

Sudah tentu appa mahu memberikan masa untuk kami berbual . Dari riak wajahnya aku dah dapat baca

" appa dah kenyang . Appa masuk bilik dulu ya " pamitnya

Michan menyambung menyuapkan nasi ke dalam mulutnya . Sepasang mata yang merenungnya membuatkan suapannya terbantut

" kau tengok apa, nak makan sudu aku ke ? " tegur michan kasar . Jimin yang tersenyum simpul dijelingnya tajam

Muka byuntae . Perangai byuntae . Otak lagi byuntae !

" aku dah kenyang tengok kau makan . Macam tak makan setahun " perli jimin

" biar ah " balas michan cemberut . Sedap dia je nak mengutuk cara aku makan . Tau lah aku makan macam nak telan sudu

Bulu romanya menegak apabila terasa sesuatu yang bergesel pada kakinya . Sudah tentu itu adalah si jimin byuntae + mintak kaki

" kau nak makan kaki aku ke ? " michan mencerlung tajam ke arah jimin yang sudah ketawa mengekek

" makan kau pun boleh " balas jimin

Michan menjegilkan matanya . Sepatutnya cerita ni ditukarkan jadi park jimin byuntae ! Nasib lah dapat suami byuntae macam ni haih

" eyy takdek selera aku nak makan ! " bentak michan

" dah habis baru takdek selera " sindir jimin pula

" eyy biar lah sibuk je ! " dengan kaki yang dihentak-hentak michan melangkah ke belakang rumahnya yang ditempatkan kolam renang

Dah menjadi kebiasaannya untuk melepak disitu

" wargh ! " sergah jimin seraya mencuit kedua belah bahu milik michan

" fuck up-- "

" apa main fuck fuck ni hah siapa ajar ?" gurau jimin dengan suara yang dibuat-buat garang

" hish kau yang buat terkejut aku " omel michan . Kakinya dimasukkan ke dalam kolam bagi menyejukkan dirinya yang semakin memanas

" chanie-ah " panggil jimin lembut

" uhm ? "

" jangan kahwin dengan aku kalau kau takdek perasaan dengan aku .. Aku taknak jadikan cerita kita ni cliche . Macam cerita kahwin paksa "

Ujar jimin tenang . Michan merenung lama wajah tenang jejaka di sebelahnya itu . Percakapannya menunjukkan bahawa dia begitu serius

" aku tetap kena kahwin dengan kau juga .. Aku taknak kecewakan appa " balas michan tersenyum tipis

Tapak tangannya diraih lembut . Michan hanya memandang gerak geri nya tanpa memberikan sebarang reaksi

" aku takkan sia sia kan kau . Aku akan selalu buatkan kau tersenyum macam selalu " jelas terbaca pada matanya bahawa lelaki ini ikhlas mengatakan hasratnya

" perkahwinan bukan sahaja melibatkan satu lafaz tapi ia melibatkan dua hati . Aku sayangkan kau lee michan " sambung jimin lagi

Michan terpempan . Hatinya mula tidak keruan dengan luahan hati ikhlas dari jimin . Hatinya berombak laju

" t-tapi " aku kehilangan kata-kata . Semuanya serba tak kena

" aku takkan paksa kau terima cinta aku tapi aku tetap akan cuba buat kau sayangkan aku . "

Jimin melepaskan genggaman hangat pada tanganku . Dengan tiba-tiba wajahku terasa sejuk seperti disimbah air

" janganlah pandang aku lama macam tu . Kau buat aku tak terkawal " jimin tertawa halus . Air muka aku serta merta berubah

" sejuk lah ! " aku membalas percikan air tersebut

Berdekah aku tergelak melihat hampir seluruh muka dan badannya basah . Bukan setakat percikan air aku bagi nemun aku menendang air ke muka nya

" main kasar nampak " baru sahaja jimin ingin membalas cepat sahaja aku menolak tubuhnya hingga terjerumus ke dalam kolam renang tersebut

" sampai hati tolak bakal suami dalam kolam eh ? " jimin tersenyum siring . Aku menghulurkan tanganku untuk membantunya

" alolo siannya bakal suami saya ni " gurau michan tawanya masih berisa

Pantas jimin menarik lenganku ke arahnya

BUSH

" yahh " teriak michan

Tersedar yang lengannya berpaut pada leher milik jimin lantas michan menjauhkan dirinya

" you look so sexy when you get wet " usik jimin . Matanya galak memandang setiap anggota badan gadis itu

" jangan jadi byuntae lahhh ! " michan menampar-nampar dada jimin kuat . geram dia hendak melayan perangai jimin yang sentiasa byuntae

" aduh sakit lah . Jangan sampai aku gigit kau tau " jimin tersenyum penuh makna

" yahhh ! " suara michan dinaikkan dua oktaf . Wajahnya sudah merona kemerahan

" okey okey . Jom masuk bilik nanti demam pula main air malam malam " kata jimin dengan sisa tawanya

Semakin membesar mata michan yang sudah sedia bulat itu . Dasar byuntae !

Appa yang memandang ke arah mereka mengukirkan senyuman bahagia . Nampaknya dia tidak salah memilih menantu yang dapat membahagiakan anaknya

" kau tidur dekat luar ! " michan menjeling tajam ke arahnya

" sampai hati dahla dia yang tolak kita masuk dalam air . Kalau tidak takdek lah kita basah macam ni "

jimin memuncungkan bibirnya seraya memeluk tubuh tanda protes . Tampak sangat comel di mata michan

" gedik " michan cuma mengendahkan jimin yang tidak ubah seperti budak kecil . Cuma bezanya jimin tersangat lah byuntae !

"

ehek chanie sayang jom kita mandi sama ! " jimin merangkul lehernya

" eyy memang tak lah " michan menolak kasar dada jimin supaya menjauhkan diri darinya

" jangan kunci pintu tau " pesan jimin . Michan memandangnya dengan wajah yang tidak percaya dan dibalas dengan kenyitan mata darinya

Tidak tertahan dengan degupan jantung yang kian menggila pantas michan mendaki anak tangga untuk ke biliknya

Mengekek jimin ketawa . Gadis itu mempunyai daya tarikan yang membuatkan hatinya turut berdetak pantas

Jimin pula melangkah ke dalan bilik air yang berlainan

**🌙️**

Jimin byuntae bukan ?
Banyak perubahan setelah new version ni . Semoga author diberi kerajinan dan masa hingga lah ff ini tamatt !

without your support .. this story would not have been possible ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro