04 ; wedding day

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Sejak tadi lagi jantung aku masih tidak berhenti dari berdegup laju . Perasaan gugup dan gementar membuatkan tanganku menggigil

Aku memandang dress yang melekap ditubuhku melalui pantulan cermin . Dress yang cukup simple dan selesa

Ini adalah dress mendiang eomma . Walaupun ianya dress 22 tahun yang lepas namun ia tetap tampak elegen

" fuhh " aku menghela nafas panjang . Cuba menstabilkan diri

Aku mengambil tempat di sofa yang berada di dalam bilik hotel ini . Sementara menunggu . dia membelek telefon bimbitnya

Terbeliak sedikit matanya saat membaca suatu artikel mengenai Park Jimin BTS

" heol ! "

Artikel tersebut tertulis bahawa Park Jimin daripada kumpulan BTS akan bertunang dalam masa terdekat ini . Dikhabarkan bersama Lee Michan daripada syarikat Emy's nation

Nasiblah ianya hanya khabar angin yang dianggap tidak sahih bagi ARMY . Selepas ini dia haruslah lebih berhati-hati jika tidak mahu menimbulkan masalah

Aku mematikan telefon bimbit milikku . Aku pandang segenap ruang di dalam bilik tersebut

Sunyi . Aku memang takdek kawan . Aku pernah ada seorang kawan tapi itu kisah lama dan sekarang kami sudah pun putus kawan

Aku langsung tiada kawan terdekat kerana semuanya belajar di luar negara dan menetap disana . Semasa aku sekolah tinggi aku belajar di international school

Tok tok

Pintu dikuak dari luar maka tersembullah wajah Tiffany unnie . Setidaknya aku masih ada seorang rakan sekerja yang tak ubah seperti seorang kakak

" unnie ! " aku tersenyum lebar ke arahnya

" berseri-seri bakal pengantin ni ya ? " usik unnie . Tiffany tersenyum tipis melihat keanggunan semula jadi gadis ini

" hehe " michan tersenyum kekok . Tak biasa dengan rupa sebegini

" kenapa buat muka macam tu ? " tiffany mengerutkan keningnya . Perasan dengan perubahan air muka michan

" nervous ? " soalnya

Michan menganggukkan kepalanya

" semua orang dah berkumpul dekat dewan . Tinggal pengantin perempuan je "

Aku mengangguk seraya mempamerkan senyuman tipis supaya menghilangkan rasa gugup di dada . Siapa je tak gementar nak kahwin ? Habaq mai


" unnie tunggu dekat sana dulu ye .. Goodluck " ucapnya seraya menepuk lembut bahu milikku

Ketukan pintu kedengaran kembali dan kini wajah appa yang menyapa muka pintu

" dah sedia ? "

Aku mengangguk pelan . Perlahan-lahan aku berjalan ke arahnya . Lengan kanannya aku rangkul erat

Kini kami berjalan di atas karpet merah . Para tetamu semuanya memberikan tepukan yang gemuruh . Ada juga yang bersorak dan memuji kecantikan pengantin

Michan tersenyum manis . Aku memandang terus ke hadapan dan saat itu mata kami bertembung . Dia tampak sangat kacak dengan suit putih dan rambut berwarna grey

Jimin menghulurkan tangannya . Beberapa saat kemudian aku sahut tangannya, dia tersenyum manis ke arahku

Aku masih tak tahu perasaan yang aku rasakan ni .. Aku tak pernah rasa perasaan ni dekat orang lain

Lama aku menatap wajah nya . Jimin mengenyitkan matanya bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya

Selama paderi ni membebel aku langsung tidak dapat menumpukan perhatian . Hati aku rasa nak pandang orang sebelah je

Agaknya dia perasan tak ?

" hey .. Berapa lama lagi nak pandang saya macam tu ? " bisik jimin pada telinga kiriku

Aku toleh ke arahnya . Jimin cuma tersenyum tanpa memandang ke arahku

" I do " jawabnya

Kini giliran aku disoalnya . Jantung aku berdetak pantas entah kali keberapa . Bibirku seakan terkunci

Dengan wajah yang jelas gemuruh aku menoleh ke arah jimin . Jimin memandang ke arahku lembut seraya mengangguk kecil

" I do " jawabku yakin

Dia percaya aku takdirnya dan aku juga akan percaya bahawa dia adalah takdir untukku

Kini tiba masa paling aku lemah . Eh bodo ke paksa orang kiss kiss emm tapi memang semua perkahwinan kena buat

Aku pejam mata rapat . Sejujurnya aku takut . Apa yang aku takut ? Aku tak tahu tapi jantung aku dari tadi tak berhenti berdetak laju

Pipi aku terasa hangat . Aku membuka mata perlahan-lahan . Jarak antara kami sangat lah dekat hingga dapat aku rasakan deruan nafasnya

Aku pandangnya kosong . Dia tak kiss aku tapi sebaliknya dia menguncup lembut pipi kananku

Kesemua tetamu berdiri dan memberikan tepukan yang sangat gemuruh

" takdek siapa nampak " bisik jimin seraya tersenyum halus

Jimin buat macam tu demi aku ? Hati aku terasa sebak . Jimin faham perasaan aku sekarang ni

Tanganku diraihnya lembut dan digenggam erat

" just smile "

Senyuman yang cukup ikhlas aku ukirkan . Terasa tenang sedikit hati aku

" tahniah sayang eomma doakan kamu kekal bahagia "

" appa gembira kalau chanie gembira tau .. Appa harap appa tak salah pilih menantu "

" nae appa .. Jimin takkan sia-sia kan chanie , isteri jimin " ucap jimin terpancar keikhlasan semasa dia berkata-kata

Mata aku terasa memanas . Pandanganku mulai kabur dengan air mata . Terharu dengan ucapan ikhlasnya . Tiada lelaki lain yang begitu menyayangi aku selain appa

" heyy sweety kenapa nangis ni hm ? " jimin mengusap lembut pipi mulus michan yang sudah dicemari dengan juraian air mata

" entah lah aku pun tak tau kenapa aku menangis . Air mata tiba-tiba je keluar " ujar michan tidak jujur

Jimin tersenyum tipis . Bukannya dia tidak tahu bahawa gadis ini menipunya

" jom pergi makan "

Kini tiba masa untuk bergambar . Gambar beramai-ramai dan akhir sekali gambar kami berdua

Agak kekok sedikit . Macam tak percaya sekarang ni Park Jimin suami aku . Lama aku simpan rahsia ini daripada pengetahuannya dan aku langsung tidak pernah menunjukkan padanya

Bahawa aku seorang ARMY . Berkahwin dengannya bukanlah impian aku kerana aku tidak pernah membayangkannya

Tetapi sekarang adalah realitinya

•••

Setelah seharian melayan tetamu dan sesi bergambar yang panjang akhirnya baru sekarang aku dapat duduk malah baring

Aku merebahkan tubuhku ke atas tilam empuk yang berada di dalam bilikku . Rasa nak tidur je sekarang ni

Tok tok

Mata yang baru sahaja ingin dilelapkan terbuka luas . Aku pandang sekeliling bilik .

" chanie .. Kau tidur ke ? "

Kedengaran suara jimin dari luar bilik . Aku tak kemas bilik lagi habislah nak . Bukan bermaksud bilik aku bersepah tetapi bilik aku dipenuhi dengan album album BTS

" kejap ! A-aku em nak pakai baju "

hanya itu sahaja alasan yang terlintas di fikiran aku saat ni . Dengan pantas aku membaling kesemua album tersebut ke dalam almari bawah katil

Lantas aku melompat ke atas katil dengan muka dibuat-buat innocent . Pintu dikuak olehnya

" kau nak goda aku ke ? "

Michan tersentak . Dirinya dipandang dengan tanda tanya . Perasaan malu menghempap ke seluruh dirinya

" m-mana ada ! " pantas aku bangkit dari baringan aku . Kalau tau aku pura-pura baca buku dari pura-pura tidur hish !

" kenapa tak mandi lagi ? Tunggu aku eh "

Pantas aku menoleh ke arahnya . Dia tersenyum nakal

" kau pergi lah mandi dulu . Rasa tak selamat kalau mandi sekarang " michan menjelingnya tajam

Jimin tergelak besar . Apa yang lawaknya aku takdek buat lawak pulak .

" tonight is our first night honey .. "

Walaupun ia hanyalah satu gurauan namun cukup membuat bulu romaku menegak . Nafasku seakan tersekat-sekat . Liur ditelan payah seperti menelan pasir

Jimin berlalu ke dalam bilik air dengan gelak tawa yang masih bersisa

**🌙️**

Hallu chingu yah ! Ramai complained jimin byuntae ahahah . Maaplah .. Btw kalau nak emie update cepat ii gi vote fanfic emie yang lain wahahahahh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro