13 ; it's you

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Bersama senyuman yang melebar michan berjalan menuruni anak tangga seraya membawa pasu pokok rumput di tangannya

" ada berita gembira yang nak dikongsikan dengan appa ke ? "

tuan Lee membuka bicara . Melihatkan anak gadisnya yang tidak berhenti tersenyum membuatkan dia tertanya-tanya

" chanie bahagiaaa sangat . Tak pernah chanie rasa setenang ni " michan tersenyum lebar . Sejak malam terakhir mereka di jeju dua hari lepas hatinya sentiasa berbunga

" kalau kamu bahagia appa lagi lah bahagia sayang "

Bapanya dipeluk erat . Tuan lee turut membalas pelukan tersebut sambil mengusap rambutnya pelan

" gumawo .. Appa "

" uhm ? "

" appa .. Kenapa appa jodohkan chanie dengan jimin ? Kenapa jimin dan bukan lelaki lain ? " persoalan yang sering menjadi tanda tanya dalam fikirannya akhirnya diajukan juga

" appa cuma kotakan janji kamu saja " jawab tuan lee tenang . Fikiran dan wajahnya menayangkan reaksi yang sama iaitu keliru

" apa maksud appa ? "

" jimin lah budak lelaki yang selalu main dengan kamu waktu kecil dulu "

Matanya terbeliak luas begitu juga dengan mulutnya yang melopong . Jadi maksudnya jimin adalah cinta pertama buat sekian lamanya ?!

16 years ago

"  malam nanti appa datang balik ya sayang ? Appa ada kerja sikit yang perlu diuruskan . Jangan nakal-nakal dan dengar cakap doctor nae "

Pesan Tuan Lee sebelum menguncup lembut ubun-ubun milik anaknya yang masih berumur 6 tahun . Gadis kecil itu mengangguk laju

" appa balik cepat nae ! " laung michan dengan suara nyaringnya

Michan melambai tangan ke arah ayahnya hingga susuk tubuh lelaki itu hilang di balik pintu . Wadnya kini bertukar sunyi

" hey , kau seorang je ke ? " tegur seorang budak lelaki yang berada di dalam lingkungan 7-8 tahun

Budak lelaki tersebut muncul entah dari mana dan masuk melalui tingkap bilik wadnya selamba

" awak ni siapa hah ?! Macam mana awak boleh masuk .. ini kan tingkat 3 "

matanya yang sudah sedia bulat bertambah bulat akibat terkejut . Dia ni hantu ke ?!

" aku panjat pokok "

Michan menoleh ke belah kirinya . Memang adanya sebatang pokok besar berdekatan tingkap biliknya

" aku selalu nampak kau cuma baring dekat situ . Kau tak bosan ke ? "

Michan mengeluh pelan

" mestilah bosan "

" kau suka batu ? "

" batu ? " kepalanya disengetkan sedikit . Tidak faham dengan apa yang cuba disampaikan oleh budak lelaki tersebut

Seketul batu bewarna biru laut diletakkan di atas telapak tangannya

" wahh cantiknya ! " michan tersenyum suka . Sememangnya dia jarang keluar menikmati dunia luar disebabkan penyakitnya

"  nama aku chim " beritahunya . Michan mengangguk polos .

" kau ? "

" appa kita kata tak boleh bagitahu nama dekat orang yang tak kenal " balas michan tanpa menjawab soalan yang diajukan oleh budak lelaki itu

" tapi aku dah bagitahu nama aku ! "

chim memeluk tubuhnya tanda protes . Michan tertawa mengekek . Terhibur sedikit hatinya melihat budak lelaki yang kelihatan tembam ini

"  habis tu aku nak panggil apa ?  Budak noob ? "

Jarinya diletakkan pada dagu . Tampak sedang memikirkan sesuatu

"  panggil saya chocobun lah ! "

" makanan ? "

" ish biar lah " bentak michan pula

" umur kau berapa ? "

" 6 tahun "

" ohh aku 8 tahun . Aku tua 2 tahun dari kau arra ? " chim tayang muka poyo . Michan berdecit pelan

" tak nampak macam 8 tahun pun " balas michan jujur . Tingginya memang tidak jauh beza namun umurnya berbeza 2 tahun

" kau nak cakap aku pendek ?! "

" tak cakap pun "

"  betul lah kau nak cakap aku pendek kan ?! "

" ani "

"  kita bagitahu eomma kita ! " chim bercekak pinggang .

" halah kita boleh bagitahu eo-- appa kita juga .. "

hujung ayatnya bertukar sayu . Hatinya terasa kosong pula . Walaupun dia tidak pernah menerima kasih sayang daripada seorang ibu tetapi dia juga menginginkannya

" kau kenapa ? "

" kita takdek hiks eomma " air matanya mula mengalir . Chim mendekatinya

" jangan lah nangis ! Kita boleh share eomma . Eomma aku baik dengan semua orang "

ujar chim cuba memujuk . Michan mengangkat wajah bagi menatapnya . Michan kembali tersenyum ceria

" tapi kau mesti kahwin dengan aku dulu lah kalau nak eomma aku jadi eomma kau " ujar budak berumur 8 tahun itu yakin . Pintar betul akalnya

_____

" hey bun ! "

Michan menoleh ke arah empunya suara . Senyumannya mula terbit

"  kau nak keluar jalan-jalan tak ? "

" boleh ke ?  "

"  aku dah minta kebenaran nurse .. Dia bagi aku bawa kau jalan-jalan naik kerusi rodar "

Mereka berseronok bersama . Hampir satu hospital dibawanya

" bawa laju lagi !! " laung michan teruja . Tak pernah dia rasa segembira ini

Selama 6 tahun dia langsung tiada kawan untuk ajak bermain . Satu-satunya kawan yang dia ada ialah appanya

Wenggg

" vromm vromm yeayyy "

" ahahahah "

_____

" appa dengar kamu ada kawan baru" tuan lee menyeka lembut rambut anaknya sebelum diikat menggunakan getah rambut bewarna ungu

" haah ! Dia baik sangat selalu bawa chanie jalan-jalan " bersungguh michan bercerita

" appa ada berita gembira nak bagitahu chanie .. "

" chanie dah boleh keluar hospital . Kita pindah seoul nae ? Chanie boleh dapat lebih ramai kawan "

Senyuman memudar . Dia menggeleng laju

" chanie taknak pindah ! Chanie nak duduk sini dengan chim "

bangkang michan sekerasnya . Walaupun dia masih muda namun dia tidak senang mendengar perkataan pindah

" dengar cakap appa nae ? Kalau appa ada masa nanti kita singgah busan lagi ya "

" betul ? "

Tuan lee mengangguk . Hanya itu yang boleh dikatakannya apabila michan tampak seperti ingin menangis

_____

" appa kenapa kita pergi sini ? " chim menyoal ayahnya . Mereka kini berada di sebuah taman

" ada seseorang yang nak berjumpa dengan kamu " maklum bapanya

" chimm ! " laung seseorang . Suara yang tidak asing baginya

" bun ..Kau dah boleh keluar hospital ?" soalnya . Michan mengangguk laju

" tapi kita dah tak boleh main sama-sama lagi hiks " air matanya mula berjujuran . Dia mula cemas . Tidak tahu apa yang patut dilakukannya

" u-uljima .. Percaya pada takdir dan kita akan berjumpa lagi nae ? " chim cuba memujuk . Walaupun sebenarnya dia tidak faham namun ia menghentikan tangisannya

" kita nak kahwin dengan chim "

Dia terkedu . Gadis berumur 6 tahun ini cuba melamar dia ke ?

" tak boleh "

" wae ?! " teriak michan

" kau mesti berkahwin dengan orang yang kau cinta arra ? "

" faham ! "

" appa chanie nak kahwin dengan chim besar nanti nae ! Sebab chanie cintakan chim " ujar michan bersungguh pada appanya . Appanya berlaga pandangan dengan tuan park iaitu appa kepada chim

" kamu nak kahwin dengan chim ? " tuan lee merendahkan badannya bagi menyamakan ketinggiannya dengan gadis kecil itu

" nae ! "

" arraseo .. "

End flashback

Michan termenung sendiri . Apabila memikirkan situasi 16 tahun yang lepas ia memang ada kaitan . Macam mana aku boleh tak sedar semua tu ?

Kreak

Bunyi pintu dikuak daripada luar menyentakkan dirinya . Wajah kacak jimin menyapa pandangannya

Rindunya sangat mendalam . Lantas michan mendakap erat tubuh suaminya . Air matanya jatuh mencurah-curah

" saya rindukan awak chim . Rindu sangat " rintihnya . Pelukannya dieratkan lagi

" baru 2 hari tak jumpa dah rindu macam nak gila ke ? " jimin tersenyum siring . Pelukan tersebut turut dibalasnya

Beberapa minit selepas itu michan meleraikan pelukan tersebut . Wajahnya lencun dek air mata

" chimm .. "

Keningnya dijungkitkan bagi menjawab panggilan dari michan

" ia memang awak " kedua belah tangannya ditekupkan pada pipi jimin . Mutiara jernihnya sekali lagi mengalir

" ya .. Awak fikir hantu ke ? " gurau jimin .

" kenapa awak tak beritahu saya hah ? Awak tipu saya selama ni . Awak tahu siapa saya tapi awak tak bagitahu langsung siapa awak selama ni . Awak chim yang saya sangat rindukan "

Jimin tersentak . Patutlah michan  beremosi dengan tiba-tiba

" saya bukan tipu awak sayang , tapi saya taknak burukkan lagi hubungan kita "

" apa maksud awak, Awak fikir saya akan bencikan awak ke ? "

Jimin menggeleng pelan . Kedua belah tangan milik michan diraihnya

" saya nak awak kenal dan cintakan saya sebagai Park Jimin . Bukan sebab saya 'chim' yang awak sedia sayang "

Michan terpempan . Lelaki ini benar-benar membuatkan dia jatuh cinta, sayang dan suka pada masa yang sama walau apa identiti sekali pun

" takdir .. "

" .. Sekarang barulah saya percayakan takdir "

**🌙️**

Heyy ii gais nak spoil sikit ni . Kalau korang perasan fanfic ni dah berubah 40% dari yang asal . Maybe akan mempengaruhi ending juga . So yeah emie bagi korang pilih nak sad ending or happy ending ahahahah comment cepat !

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro