28 ; don't break my heart

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Jiyeon pov

First time aku dapat pov sendiri kalau tak selama ni aku menumpang pov watak utama je lah ya .. AHAHAHA

Hampir seminggu aku duduk terperap dalam bilik ni . Erghhh ! Rimas yang teramat sangat walaupun bilik tidur aku ni seluas ruang tamu apartment yang mewah .

Bukan sahaja dikurung bahkan aku dipaksa makan ubat yang langsung tidak ada kena mengena denganku . Ayah kejam !

" zenchen . Kamu dah makan ubat ke belum ? "

Soal lelaki tua berwarga Chinese itu . Kini jiyeon kembali semula ke tanah airnya iaitu shanghai bersama ayahnya yang lebih banyak menghabiskan masa dengan kerja dan  harta duniawi .

Anak gadisnya ini pula hampir dilupakan ..

" zenchen tak nak makan ubat merepek tu ! "

Bentak zenchen kasar atau lebih dikenali sebagai jiyeon .

" kalau kamu tak makan macam mana nak sihat uhm ? Ayah tak nak kamu ganggu lelaki korea tu lagi "

Nasihat ayahnya lembut . Dia faham dengan tindakan anak gadisnya itu kerana jiyeon mempunyai penyakit yang berkaitan dengan pemikirannya . Dalam bahasa mudah iaitu sakit mental .

" lepaskan zenchen lah . Zenchen tak sakit Zenchen cuma nak jumpa Jimin ! Zenchen cintakan Jimin !! "

Semakin menggila jiyeon jadinya . Dia bertindak dengan menghempas tilam gebunya lalu dicarik carikkan hingga kapas yang terdapat di dalam tilam tersebut terkeluar dari tempatnya

Bantal-bantal dan comforter yang berada berdekatan dengannnya juga dicampak hingga berselerak di atas lantai . Jeritan nyaring bergema disegenap ruang  .

" pengawal panggilkan doktor cepat  !"

Lantas ayahnya memegang kedua belah lengan anak gadisnya bagi menenangkannya . Begini lah hampir setiap hari terjadi

Jiyeon akan mengamuk menginginkan jejaka bernama Jimin itu . Jika tidak diturutkan dia akan merosakkan segala harta benda yang berada berdekatan dengannya .

Naik runsing Tuan Xi dibuatnya . Apa yang harus dilakukan supaya kedua-dua belah pihak tidak akan tersakiti ?

Doktor peribadi yang ditugaskan untuk keluarga bangsawan tersebut pantas memberikan suntikan bagi menenangkan gadis itu . Baru lah jiyeon terdiam dalam tidurnya

Jika tidak berbuat sebegitu pasti gadis itu akan mencederakan dirinya sendiri .

____

Michan pov

Lama juga kami berkenalan . Namun begitu, baru sekarang aku sedar betapa kebudak-budakkannya idola dunia ini .

" okey sekarang kita nak buat apa ? "

Wajah mereka dipandang silih berganti . Untuk keselamatan semua mereka terpaksa berkurung di dalam apartment ini supaya keberadaan mereka tidak diketahui oleh orang ramai .

" macam mana dengan kerajaan haiwan ?! "

Ralit aku memerhati mereka bermain . Tanpa sedar aku tersenyum sendiri memerhati gelagat mereka terutamanya Jimin

Comel betul suaminya itu dimatanya !

" yah chan chan jom lah main sekali "
Ajakkan nomiy aku balas dengan gelengan pelan .

" aku nak pergi bersiap pukul 9:00 am nak kena masuk studio dah "

Jam dinding aku toleh sekilas . Tinggal lagi 30 minit untuk masuk kerja . Selepas ini tinggallah mereka bertujuh bersama nomiy .

Nasiblah nomiy nak menjaga tujuh orang manusia yang serupa alien ni .

Nasiblah hari ini shift aku hanya sampai pukul 12 tengah hari . Kakitangan yang berada di dalam studio disapa mesra .

" noona ~ good morning  "

" morning ! "

Ceria sahaja jaemin menyapanya . Sememangnya perwatakan jejaka ini seperti happy virus yang sentiasa menceriakan hari-hari setiap orang .

" happy je noona hari ni ? Jom pergi minum dekat cafe "

Ajakkan jaemin aku balas dengan anggukan kecil seraya tersenyum lebar

" noona kalau jaemin nak tanya sesuatu boleh tak ? "

Riak wajahnya kelihatan sedikit serius berbanding sebentar tadi . Michan hanya tersenyum tipis bagi membenarkan jaemin untuk menanyakan soalan padanya .

" em takpa lah hehe .. em noona start photoshot pukul 9 kan ni tak siap lagi nanti terlewat pula "

Tanpa sempat aku membalas cepat sahaja dia meninggalkan aku yang masih terpinga-pinga . Larian kecil diambil bagi menyamakan langkah kakinya .

" jaemin nak tanya apa , kenapa teragak-agak ? "

Serta-merta langkahnya terhenti dan dia berpaling menhadapku bersama riak wajah yang serius . Aku menjungkitkan kening tanda membenarkan dia untuk bersuara

" B-betul noona dah kahwin ? "

Aku tersentak . Jelas tertayang pada wajahnya bahawa dia berasa kecewa . Tapi macam mana dia tahu ?! Sepanjang aku berada di sini takda siapa pun tahu status aku selain daripada nomiy .

" m-macam mana jaemin tahu ? "

" oh jadi betul lah . Dengan namja haritu ? "

Soalanku dibiarkan tergantung lalu topik lain dibukanya . Aku sudah mati kata . Tapi apa salahnya juga kalau aku jujur ? Bukannya akan menjejaskan apa-apa pun .

" eo .. "

Jaemin ketap gigi rapat seperti menahan amarah . Lantas dia berlari meninggalkan michan keseorangan

Aku agak terkilan . Jaemin marahkan aku sebab menipu dia selama ni ke ? Tapi aku bukan menipu cuma aku tak beritahu dia perkara yang sebenar sahaja

Lagi pun selama ni bukannya dia pernah tanya tentang status aku ke apa jadi aku tak pernah pula berbohong melainkan tidak memberitahu perkara yang sebenar . Kan ?

" Ms.Lee, are you ready for the upcoming shoot ? "

Teguran pembantu pengarah menyentakkan diriku dari terus asyik dalam lamunan . Pantas aku mengangguk dan bergerak ke ruang pengambaran  .

____

Dari jarak yang jauh lagi dapat dilihat dengan jelas sosok tubuhnya yang sedang berbual dengan pembantu pengarah . Mungkin tentang urusan kerja yang sedang diusahakan

" jaemin ! "

Lantas aku mendekatinya apabila perbualannya bersama pembantu pengarah tersebut telah pun selesai . Dia bagaikan melayaniku bagai acuh tak acuh sahaja

" jaemin marah ke ? "

soalku risau . Takkan lah disebabkan benda kecil macam ni pun dia nak besarkan . Ada baiknya aku meminta maaf dan selesaikan salah faham ni secepat yang mungkin huehue . Michan dah semakin matang hekhek ~

Jaemin cuma menjelingku malas dan berura-ura untuk pergi namun cepat sahaja aku menghalangnya .

" kenapa dengan jaemin ni hah ? "

Kening aku kerutkan menandakan aku marah dengannya . Apa ingat aku takda perasaan ke dia palau aku macam tu ?

" noona tu kenapa ? Jaemin dah usaha untuk jauhkan diri dari noona sebab noona hak milik orang tapi sekarang noona pula yang cari jaemin huh "

Semakin berkerut kening aku jadinya . Ada masalah ke kalau nak kawan kalau aku hak milik orang sekali pun ?

" kita boleh je kawan kan ? "

" tak boleh . Aku taknak anggap macam tu "

Terus berubah riak muka aku dibuatnya . Jaemin semakin mendekatkan dirinya denganku . Apa maksud dia taknak anggap macam tu ?

Saat anak matanya terpandangkan sosok tubuh seseorang yang memerhatikan mereka dari suatu sudut, satu idea jahat mula muncul di benak fikirannya .

Tak tunggu masa yang lama jaemin mencantumkan bibir mereka tanpa meminta keizinan daripada michan

Tanpa gadis itu sedar , terdapat seorang lelaki yang memandang mereka bersama perasaan yang hampa dan kecewa . Tak dapat dibendung lagi rasa sakit di hatinya .

Jaemin tersenyum puas atas tindakannya . Tidak dihiraukan michan yang sedaya upaya menjarakkan diri mereka .

Di pandangan mata jimin . Mereka tampak mesra dan bergembira tanpa sedar kehadirannya .

**🌙️**

Kepada semua readers yang amat disayangi cehh ahaha jemput support ff terbaru emie yg di collab bersama akak nomiy huehue . Blh jenguk dekat acc jeonmiyy  Mannequins ~ mintk jasa comel korang tuk vomment nae sayanghae eheks ♡

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro