37 ; the day
Michan pov
Pandangan aku dikaburi dengan cecair jernih yang mula memenuhi tubir mata . Aku terkedu dengan apa yang dia katakan . Hati aku terasa seperti dihunus dengan sesuatu yang tajam malah ia lebih menyakitkan .
" a-awak nak kita b-bercerai ke tsk "
Tak dapat nak dituturkan bait-bait kata yang begitu menyakitkan itu . Tersedu sedan aku menghamburkan tangisan yang seperti tiada pengakhirannya .
" tak chagiya, kita takkan bercerai eo ? "
Cecair jernih yang membasahi wajahku diulus lembut oleh Jimin . Badan dan bibirku bergetar menahan tangis . Sesungguhnya aku takut kehilangannya .
" a-apa maksud awak ? "
" chanie-ah .. "
Pergelangan tanganku diraihnya lembut sebelum disatukan dengan miliknya . Pandangan redupnya dibalas dengan pandangan sendu dariku .
" saya takkan sesekali lepaskan awak . Itu janji saya .. "
Hati aku begitu tersentuh dengan luahannya . Aku kenal erti cinta setelah mengenalinya . Aku percayakan takdir selepas berjumpa dengannya .
Hati aku hanya untuknya, hanya Park Jimin .
" kita cuma berpisah sekejap je eo ? Cuma dua tahun "
Mata aku mula bergetar membalas pandangannya . Kenapa mesti dua tahun ?!
" shireo ! Tsk "
Aku mula memberontak . Tangannya aku tepis kasar supaya jauh dariku . Kenapa mesti pilih jalan yang menyakitkan kalau boleh pilih jalan yang membahagiakan ?
" saya cuma taknak perkara yang sama terjadi lagi . Dalam masa dua tahun semuanya akan reda semula dan kita pun boleh bersama semula . Anggap sajalah perpisahan ni bagi menguji cinta kita "
Tak Jimin . Saya takkan boleh bertahan untuk dua tahun ! Hati saya terlalu lemah untuk hadapi semua tu
" saya harap awak faham yang saya buat semua ni untuk kita . ARMY pun penting dalam hidup saya "
Sejurus itu Jimin melangkah keluar meninggalkan aku berseorangan di dalam bilik kami . Bibir aku ketap rapat bagi menahan tangisan yang hampir pecah .
Mungkin aku lupa bahawa Jimin adalah idola dunia dan selamanya akan digilai dengan peminat yang ramai dari serata dunia . Salah ke kalau aku rasa cemburu dengan kasih sayang yang diberi oleh Jimin tu ?
_____
Sepucuk surat yang berada di atas meja kecil di hadapan ku direnung dalam . Ianya kontrak menjadi model di sebuah syarikat . Sejujurnya aku agak berminat dengan kontrak yang ditawarkan . Menjadi model bagi jenama Samsung bukan calang calang orang yang diterimanya .
Bangtan juga turut menjadi duta samsung . Lagi pula , aku memang penggemar Samsung disebabkan reka bentuknya yang sangat menarik minatku .
Satu lagi kontrak yang diterima olehku dibelek pula . Ianya kontrak bagi sebuah kosmetik kecantikan . Tawarannya tertulis akan mendapat satu set lengkap make up terhad keluarannya .
Uwu aku suka !
Dan alkisahnya, aku memilih untuk menerima tawaran tersebut . Disebabkan tarikh pelancarannya di dalam masa yang sama dan disebabkan itu lah aku hanya berpeluang untuk memilih salah satu daripadanya sahaja .
" Michan sshi, dah buat keputusan ? "
Soal pengurus peribadiku iaitu Ha Sungwoon . Aku hanya mengangguk laju seraya mengukirkan senyuman tipis . Dengan hanya menyibukkan diri aku dapat merehatkan minda dari terfikirkan Jimin .
Tentang perpisahan tu, aku setuju memandangkan aku juga pernah terfikirkan sesuatu yang sama . Aku faham niat murninya dan aku juga faham kenapa dia lebih memilih ARMY berbanding aku .
Sejujurnya aku juga seorang ARMY . Jadi aku tidaklah begitu ambil hati dengan layanan yang diberikan olehnya . Malah, cinta aku padanya menjadi lebih kuat apabila berjauhan serta perasaan rindu yang hadir kadang kala membuatkan aku bahagia .
Bahagia apabila mengenangkan detik gembira bersamanya .
Tepat pukul 5 pm satu panggilan telefon akan masuk dan itu semestinya Jimin . Dia tidak akan terlewat walau satu minit pun apabila aku membuat perjanjian dengannya untuk menelefon aku pada setiap hari .
Dua minggu sudah berlalu dan seperti itulah jadual dan rutin harianku bersamanya . Cinta jarak jauh ? Takda lah jauh sangat .
" eoh chim kesayangan chanie ehe ! "
Sapaku terlebih dahulu apabila mengangkat panggilan tersebut . Di hujung panggilan Jimin tertawa kecil dengan riangnya . Suara dia, buatkan rindu aku sedikit terubat .
" chanie dah makan ke ? "
" em belum ehe baru nak pergi "
Jawabku jujur . Ikutkannya sekarang memang waktu untuk makan namun begitu aku sengaja hendak menunggu hingga panggilan daripadanya masuk . Perasaan rindu lebih kuat dari rasa lapar aku saat ini .
" eoh pergi lah makan dulu nanti perut masuk angin pula "
Tutur Jimin berbaur nasihat yang ikhlas . Setiap kali on call dengan Jimin, jejaka itu pasti akan menanyakan tentang dirinya dan sering mengambil berat tentangnya .
" em takda selera lah nak makan, tak nak makan lah hari ni ! "
Langkah kaki aku aturkan menuju ke lobi sementara menunggu kedatangan pemandu peribadi sempat aku berbual mesra bersama Jimin .
" kenapa ? Nak chim hantar makanan ke eo ? Jangan buat chim risau sayang .. "
Michan ketawa terkekeh-kekeh di corong telefon . Suka betul hatinya apabila Jimin mengambil berat dan risaukannya begitu .
" saja je ehe nak spend time dengan chim "
Suasana berubah hening apabila Michan tiba tiba hilang dari tumpuannya . Dibiarkan sahaja jejaka tersebut yang seperti berbual sendirian manakala gadis itu terpana pada suatu arah .
Seorang jejaka kacak tinggi lampai yang sedang mengukirkan senyuman sambil menatap dirinya . Lelaki itu ..
Lelaki yang dia rindukan dan langsung tidak menjangka kehadirannya .
" chim .. Kita sambung nanti nae main ! "
Dia sanggup ke tepikan suaminya itu lalu berlari laju ke arah jejaka tersebut sebelum didakap erat tubuhnya . Rindu betul dia pada jejaka ini hingga sanggup mengetepikan Jimin Si suami .
**🌙️**
Tinggal lagi 2 chapter untuk sampai ke finale . Dan ada lagi 2 chapter untuk epilog n special chpter ♡
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro