38 ; our meeting

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Michan pov

Saat pandangan mataku berlaga dengan miliknya serta merta diriku bagai terpaku . Jejaka yang amat dirinduinya sejak sekian lama tidak ketemu .

Tanpa berfikir panjang lantas dia mematikan panggilan telefonnya bersama Jimin dan bergegas ke arah jejaka tersebut yang berada di seberang jalan .

Tubuhnya didakap erat bersama senyuman yang melebar . Jejaka tinggi lampai itu turut tersenyum seraya membalas pelukan tersebut .

" oppa, bila oppa balik sini ?! "

Ya, jejaka itu Seojoon iaitu sepupunya yang menetap di Amerika atas urusan kerja . Kali terakhir mereka berjumpa sewaktu perkahwinannya bersama Jimin dan ianya sudah makan tahun .

Kalau ramai tak ingat boleh rujuk chapter 05 ; first night ヾ(〃^∇^)ノ

" baru je sampai tengah hari tadi "

Ralit mereka berdua berbual-bual hingga memasuki sebuah cafe bagi memanjangkan lagi perbualan . Maklum lah, sudah bertahun-tahun mereka tidak bersemuka . Membuat panggilan juga jauh sekali kerana kesibukkan yang melanda .

" Chanie macam mana dengan Jimin sekarang ? "

Michan bagai tersentak dengan sesuatu apabila nama Jimin menjadi topik perbualan . Dia terlupa tentang Jimin ! Haishh

" em oppa tunggu jap eh ! "

Lekas dia mengeluarkan telefon bimbitnya yang jelas menunjukkan panggilan tak berjawab daripada Jimin . Semakin memberat rasa bersalahnya apabila memutuskan panggilan secara mengejut begitu sahaja .

Risau pula jikalau Jimin terasa hayi dengannya . Nombor telefon Jimin didailnya pula untuk menyambung membuat panggilan . Tak tunggu masa yang lama panggilan tersebut diangkat olehnya tanpa mengeluarkan sebarang suara .

" chim ! M-mian "

Bibir aku ketap rapat . Mendengarkan Jimin yang hanya berdehem di hujung panggilan menambahkan lagi rasa bersalahnya . Sudah lah dia yang beria ingin membuat panggilan bersama Jimin namun dia pula yang menamatkannya begitu sahaja .

" chim ? Saya minta maaf sangat sangat em tadi Seojoon oppa saya datang "

Terus menegak postur tubuh Jimin apabila mendengarkan perkataan 'oppa' itu . Setahunya Michan memang tidak ada abang jadi mana datangnya pula Seojoon oppa tu ?

Seojoon ? Macam pernah dengar tapi dia tak berapa ingat .

" lepastu ? Chanie sanggup lah tinggal Chim macam tu je ? "

Ujar Jimin dalam nada rajuknya . Dia agak terkilan juga dengan perbuatan Michan itu .  Sudah lah jarang jarang sekali mereka dapat membuat panggilan . Lagi pula, buat masa ini dia mempunyai masa terluang jadi dia berharap sangat dapat menghabiskan masa bersama gadis itu .

" aniya ! Bukan macam tu .. "

Michan sudah mati kata . Alasan apa dia nak bagi tanpa melukakan hati Jimin ? Sememangnya dia rindu akan Jimin namun jika ingin dibandingkan dengan Seojoon oppa, dia juga tidak ketinggalan .

Hubungannya bersama Seojoon sudah akrab sejak kecil lagi . Jejaka itu sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri . Sentiasa menjadi peneman dan rakan untuk bermain setelah perpisahannya dengan Jimin suatu ketika dahulu .

Lantas Michan bangkit dari dudukannya dan beralih ke tandas yang disediakan di ruangan cafe tersebut bagi lebih privasi . Dia juga tidak mahu mengaitkan hubungan rumah tangganya dengan sepupunya itu .

" Chim .. Awak jangan terasa hati ya ? Sebenarnya Seojoon oppa baru je– "

" awak dekat mana sekarang ? "

Terkebil-kebil Michan ingin menjawab apabila Jimin terlebih dahulu mencantas percakapannya . Nada suaranya juga kedengaran tegas berbanding tadi .

" em dekat cafe Ciyrit Besh– "

Terkedu aku jadinya apabila Jimin secara mengejutnya mematikan panggilan tersebut tanpa memberi walau sepatah kata pun . Balas dendam gamaknya ?

_____

" lepas ni oppa nak pergi mana ? "

Rancak kami berdua berbual . Pelbagai jenis topik dibuka almaklum lah lama tak berjumpa . Sosok tubuh seorang namja yang sedang berjalan memasuki cafe ini menarik perhatianku .

Dari segi pemakaiannya berjaya mencuri perhatianku . Dari atas hingga bawah semuanya bewarna hitam bersama jacket, seluar, baju t-shirt, kasut , mask, kaca mata hitam dan cap juga turut hitam .

Terlintas satu nama di fikiranku . Jimin ?

" Lee michan, sebab dia awak sanggup lupakan saya hm ? "

Jelas sekali ianya Jimin . Jejaka itu berpeluk tubuh dan suaranya juga kedengaran nada rajuknya . Sekejap sekejap .. Dia cemburu ke ?

" eoh c-chim ! "

Tak dihiraukan Seojoon yang memerhati lantas aku merangkul lehernya . Gembira yang teramat sangat apabila dapat bersemuka dengan jejaka yang amat dirinduinya . Tempoh seminggu itu merupakan waktu yang sangat lama baginya .

" y-yah .. "

Terbatal niatnya ingin merajuk apabila diperlakukan begitu . Serta merta hatinya menjadi cair  dan bertukar dengan rasa cinta yang kian menguasai dirinya .

" bogo sipeo "

" nado– eo chakkaman ! "

" apa awak buat dekat sini eoh ? "

Michan mengerutkan dahinya hairan . Bukankah patutnya dia  yang ajukan soalan tersebut ?

" saya datang dengan Seojoon oppa, awak buat apa kat sini ? "

Mata mereka beralih pula pada jejaka yang sejak tadi hanya memerhatikan mereka berdua tanpa sebarang kata . Jimin menatapnya bagai sesuatu .

" macam pernah nampak tapi tak ingat "

" Siapa ni ? "

Jelas sekali bahawa Jimin terlupa tentang jejaka bergelar Seojoon oppa itu . Mana tidaknya, mereka hanya pernah berjumpa sekali dan langsung tidak pernah berbual panjang bersama . Hanya sekadar mengetahui sebaris nama .

"  chim, awak tak ingat ? "

Jimin tayang riak wajah keliru . Ingatannya tentang lelaki itu samar-samar sahaja, antara ingat tak ingat . Nama tersebut bagai pernah didengarinya pula apabila diingatkan semula.

" Seojoon oppa ni sepupu saya yang bekerja di Amerika . Korang pernah berjumpa sekejap waktu kita baru saja kahwin dulu "

Terang Michan dan sedikit sebanyak ingatan Jimin tentang jejaka bernama Seojoon itu mulai jelas . Dia masih ingat pertemuan mereka dahulu .

" ah .. Annyeong haseyo "

Sapa Jimin sopan seraya menunduk hormat . Seojoon cuma tersenyum kecil, dalam hatinya memuji kecomelan pasangan ini . Nampaknya mereka tidak lagi menjadi pasangan yang ganas seperti dulu .

Dia turut berasa gembira dengan kebahagiaan gadis yang dianggap adik perempuannya itu .

" chanie-ah , oppa gerak dulu tau nanti kita jumpa lagi "

Pamit Seojoon lalu mengorak langkah keluar daripada cafe tersebut dan meninggalkan mereka berdua . Dia tahu, pasangan itu saling merindui dan disebabkan itulah dia ingin memberikan ruang untuk mereka berdua .

" macam mana awak boleh sampai sini ? "

" em molla, tengah buat live pasal album terbaru tadi pastu saya cakap nak pergi tandas "

Kami tergelak bersama . Telapak tangannya diraih dan disatukan denganku . Senyuman bahagia terukir di bibir .

" saya hampir masuk hospital tadi tau tak ?"

" wae ?! Awak sakit ke ? "

Melihatkan Jimin yang sudah gelabah teruk menggelikan hatinya . Risau juga suaminya itu huehue

" sakit tahan rindu ~ "

Bahuku dirangkulnya erat olehnya sebelum menjatuhkan sebuah kucupan di pipiku . Makin gedik pula dia eheks

" chanie-ah "

" eung ? "

" saya pernah janji nak bawa awak pergi jeju lagi kan ? Esok kita pergi  "

Aku mengangguk laju bagi mengiyakan cadangannya itu . Teruja ingin menghabiskan masa bersamanya di tempat kegemarannya itu .

" tapi .. Awak tak sibuk ke ? "

Jimin tayang riak wajah nakal seraya tangannya merayap pada pinggang ramping milik Michan . Kepalanya disandarkan pada bahu gadis itu seraya tangan memeluk erat tubuhnya .

" kita honeymoon kali kedua ehehe "

**🌙️**

Sowwy kesayangan emie semua atas kelewatan update  hiks .. Kalau korang bosan tunggu lama lama boleh try jenguk ff emie yang lain huehue . Buat masa sekarang emie lebih focuskan dekat ff Awkward  love (*´∇`*)

How about season 2 ? Ikutkan stowy asal memang akan ada s2 tapi kalau korang dah jemu nak baca emie boleh je tamatkan terus dalam ni eheks

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro