41 | π‘Ίπ’Šπ’Žπ’‘π’‚π’•π’Š...

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

"DHIAA, bukak lah pintu," suruh Hannaf tersenyum nipis. Mardhiaa perlahan-lahan mengatur langkah memulas tombol pintu. Wajahnya tidak beriak apa-apa. Terpacul wajah Hannaf seraya tersenyum manis menghadap nya. Kening diangkat Mardhiaa sebagai tanda, 'apa?'

"Alah, buat buat tak tahu pulak... Jom lah, aku belanja kau shopping," Mardhiaa sempat berdengus perlahan

"Aku. Aku takde mood ah nak keluar tengahari macam ni," sengaja dia mereka alasan. Kau Hannaf, buat buat tak tahu pula last mereka berjumpa bila. Semasa Far menumbuk mukanya. Itu kali terakhir mereka berjumpa. Yang si Hannaf ini, beriak macam tiada apa-apa ni dah kenapa! Takde rasa serba salah ke dalam hati tu. Ceh, sama aje dengan si Far. Dua kali lima!

Sirna sedikit wajah ceria Hannaf mendengar jawapan ringkas Mardhiaa itu tadi

"T-tapi Dhiaa, aku dah lama kut nak keluar dengan kau. Ha, kalau macam tu. Esok?" cadang dia Mardhiaa menggeleng laju

"Dah lah Hannaf. Dalam muka bumi ni, dah takde orang lain ke kau nak lepak? Kenapa asyik-asyik dengan aku je?"

"Takde. Kau lah yang pertama dan yang terakhir aku..." sambung Hannaf senada

"Dhiaa tolonglah, kita ni bukan selalu date pun. Aku baru je ajak kau, setelah hampir sebulan aku biarkan kau sendiri. Apa salahnya harini kau teman aku kejap. Bukanya lama pun, petang ni kau balik lah," sambung Hannaf lagi. Kenapalah susah sangat si Mardhiaa ini

"Kau tu, cakap je petang ni kita balik. Tapi tahu tahu pagi esok baru balik. Eh, Hannaf. Tolonglah, jangan ganggu aku. Bahkan hari hari yang lain pun. Semak faham tak semak?"

"Aku dah lah serabut dengan Far, lepastu dengan kau lagi. Aku cakap aku tak nak, tak nak lah!" bentak si gadis laju. Tergamam jejaka itu. Apa yang keras sangat hati kau ni Dhiaa! Asal aku je mesti seribu alasan yang kau bagi kan!

"Dhiaa tolonglah, please lah. Kalini je. Please..." rayu dia lagi seraya kesepuluh jari disusun menghadap si gadis

Mardhiaa mengeluh kecil

"Aku, petang ni aku nak date dengan Zaf. Dari semalam lagi aku janji dengan dia. So sorry," pinta gadis itu tenang. Jiwa jejaka itu mula tidak tenang. Balik balik mamat tu! Kenapa!?

"Balik balik Zafry, balik balik Zafry! Kenapa Dhiaa, kau dari dulu lagi tak habis-habis luang masa dengan dia. Tolonglah bagi aku ruang untuk dengan kau pulak!" gertak dia dingin. Sebenarnya nak maki aje Mardhiaa ini, tapi dia Hannaf. Bukan Zafry

Kepala digeleng beberapa kali. Mulut berdengus perlahan. "Whatever!"

Gumam dia seraya menolak pintu mengunci rapat. Tak faham dia. Manusia begini kenapa eak? Bila orang dah cakap tak nak tu so go ajelah. Kenapa perlu stay dengan orang yang terang-terang tak sukakan kau!

"Dhiaa! Dhiaa, Dhiaa!" panggil lelaki itu laju. Pintu diketuk-ketuk. Gigi diketap kuat

"Dhiaa!" kalini agak kuat. Geram betul. Susah sangat kaki Mardhiaa ini mahu ikut nya. Amarah kian terbuku didada. Tak puas hati, semua ada didalam.
.
.
KASUT sport didalam cermin lutsinar itu direnung Zafry. Bibir tersenyum tipis. Kalau lah dia mempunyai wang yang cukup. Dah lama dia membelinya. Salah satu barang yang dari dahulu lagi dia mahu memilikinya tetapi tidak kesampaian. Mardhiaa yang sedang berdiri tidak jauh dari situ tidak sengaja terpandang Zafry

Dia terkilan. Perasaan kasihan kian terasa apabila melihat Zafry disitu hanya mampu melihat sahaja, namun tidak mampu membeli nya

"Ye, ada yang boleh saya bantu?" tanya seorang wanita kepala jejaka itu. Zafry memanggung kepala melihat. Lantas dia menggeleng seraya tersenyum tipis

"Er, takde. Saya tengok je," ujar dia perempuan itu mengangguk faham. "Ouh, ok."

Zafry beredar dari situ. Jauh dilubuk hatinya memang dia mahu beli. Namun, apalah sangat kasut semahal berharga rm3000 lebih itu. Baik dia simpan duit untuk kawin

"Dah, jomlah. Kau cakap nak pergi mana tadi?" soal Zafry apabila bertembung dengan Mardhiaa. Mardhiaa masih menatap kasut dicermin lutsinar. Dia terkedu seketika

"Jom," tengkuk Mardhiaa dipeluk Zafry pergi. Mardhiaa sekadar diam mengikut

Dikedai burger...

Dia berjalan mendekati pondok kecil tidak jauh dari gerai burger Jefri itu. Wajah Zafry dipandang Mardhiaa simpati. Aduh.. parah ni, penat sangat sampai tidur pun ternganga. Hati tergelak kecil. Tangan mencapai phone yang dibelinya kepada Zafry tika hari lahir dia dahulu. Buka saja screen gelap, terpamer beberapa gambar kasut diaplikasi shoppe. Tersentak Mardhiaa membaca 'carian' didalam aplikasi shoppe itu

"Kasut sport murah"

Raut wajahnya berubah. Simpati dia terhadap kawan baiknya satu ini. Zafry yang terlentang dipondok dipandang Mardhiaa lama...

*********************

KOTAK bersaiz sederhana diletak bawah rak kasut depan rumah si Zafry. Dia berjalan masuk kedalam rumah itu. Sebelum itu, dia sempat mengetuk dahulu menyedarkan Zafry yang menikmati makanan ringan diruang tamu rumah itu. Dia tersenyum nipis

"Masuk ah," suruh Zafry. Tak suruh pun Mardhiaa akan masuk jugak. Chill lah, rumah member aje pun

Punggung dilabuhkan disebelah kanan Zafry. Dahi ditepuk perlahan. "Adu, Zaf. Aku lupa lah. Ada barang aku tertinggal dekat depan rumah kau. Tolong aku ambik kejap," sengaja Mardhiaa. Zafry tarik muka. Cebik bibir. Malas sebenarnya nak gerak

"Tolonglah Zaf."

Zafry dengan tidak rela mengangkat punggung berat. Dia keluar. Kepala tak gatal digaru. "Mana Mar?" jerit nya agak sedikit kuat

"Bawah rak kasut! Ada kotak!" beritahu Mardhiaa selamba. Mata merenung televisyen dihadapan

Kening berkerut. Bawah rak kasut? Ada kotak. Dia sedikit menunduk. Satu kotak berwarna kuning dicapainya. "Ni ke Dhiaa?" jeritan Zafry diendahkan Mardhiaa. Tidak henti merenung kotak itu. Dia membelek-belek. Ada tulisan!

'Specialy for you Zaf!'

Terkedu setelah membaca tulisan itu. Memang sah lah ini dari Mardhiaa untuknya. Dia tersenyum hambar. "Mar... Ouh Mar... Apa ni?" suara kedengaran geram. Apa lagi Mardhiaa ini! Suka sangat habiskan duit deminya. Mardhiaa didalam tersenyum nipis. Mata tidak henti memandang televisyen

Kotak itu dibuka perlahan. Tersentak si dia memandang kasut yang dia idamkan dahulu berada dihadapan matanya sekarang

"Mar..." meleret Zafry agak gelisah seraya masuk kedalam rumah. Mukanya tahan nangis. Mardhiaa tersenyum memandang muka polos rakannya itu

"Ambik lah. Aku bagi..." ujar dia, ikhlas

"Aku nak kumpul duit sendiri lah Dhiaa, kenapa kau beli..." marahnya dengan suara senada. Mardhiaa sekadar tersenyum tenang. Dia mengetap bibir lantas kotak kasut itu dicampak kearah gadis itu

"Apa ni!" dingin nya. Kenapa Mardhiaa suka buat dia rasa serba-salah. Dia malu, sepanjang dia berkawan tak pernah pun dia berikan apa apa untuk gadis itu. Asyik-asyik si dia sahaja yang berikan padanya. Mardhiaa ambil kotak kasut itu selamba

Wajah Zafry dipandang Mardhiaa

"K... Kau tahu kan, disebabkan kasut ni lah... Ak..." suara jejaka itu tersekat. Air mata yang ditahan tadi tidak mampu dikawal lagi. Mukanya ditekupkan kedinding. Lengan menutup mata. Dia menangis sepuasnya disitu

Mardhiaa diam. Walhal dia juga ikut sebak, namun bibir masih tersenyum tipis. "Takde apa lah Zaf..."

"K.. kau tahu kan.. disebabkan kasut ni lah aku khianat kau. Kenapa kau beli..." bicaranya dalam tangisan. Suara bergetar. Semasa bercakap, dia menunding jari kearah kasut. Wajahnya merah habis. Hidung, mata semua merah. Dia geram tambah malu. Disebabkan kasut itu jugalah dia putus kawan dengan Mardhiaa dahulu.

"Alah, rilek lah. Aku ikhlas je bagi ni dekat kau. Lagipun, duit aku, duit kau jugak kan?" Zafry menggeleng perlahan mendengar jawapan ringkas dan tenang Mardhiaa itu. Sekali lagi mata disembam kan kedinding menggunakan lengan. Bahu terhinjut-hinjut dengan tangisan. Kenapa Mardhiaa baik sangat dengannya?..

Kaki mengatur pergi kearah Zafry. Bahu lelaki itu dipegang si gadis biasa. Sebenarnya Mardhiaa turut sebak. Tapi dikawal

"Dah lah tu. Aku ikhlas lah Zaf bagi dekat kau. Aku kesian, tengok kau tak habis-habis usha je kan kasut ni. So, aku belikan lah. Ah, kau kan kawan aku," bahu ditumbuk perlahan Mardhiaa. Zafry mendiam

"Ni nafsu aku je Mar... Bukan keperluan aku pun. Membazir tahu tak duit kau. Lebih baik kau kumpul beli barang kau daripada beli bende ni," sambung Zafry bersungguh. Tidak mahu Mardhiaa menyesal kerana belikan kasut semahal ini untuk nya

"Takpe lah. Aku ok je. Tengok kau bahagia, ibarat aku jugak tau. Dah, dah jom try pakai," tangan ditarik suruh duduk disofa Zafry diam berkeras

"Tak nak..."

"Jom..." gertak Mardhiaa selamba. Zafry sudah duduk manakala Mardhiaa duduk anak dihadapan. Kasut sport itu dikeluarkan dalam kotak dan disarungkan kekaki jejaka itu. Zafry dari tadi tidak henti henti mengelap air mata yang jatuh tidak henti henti itu.

Tika itu Zafry mengenakan seluar pendek bawah lutut. Terserlah kaki robot. Biasanya diselindung oleh seluar panjangnya. Mardhiaa menghembus nafas perlahan lantas perlahan lahan menyarungkan kasut itu dikaki robot si jejaka. Dia kemudian memandang anak mata Zafry tersenyum hambar

Perit tekaknya asbab menahan tangisan. Ikutkan dia mahu saja menangis. Tengok kaki robot Zafry. Semakin berdosa dia. Yela, kaki member sendiri kut dia buat sampai tiada

"Hiks... Hiks..." tangisan lelaki itu semakin kuat. Mardhiaa menepuk nepuk bahunya. "Rileks lah Zaf, tak gentle lah. Dapat kasut aje pun," sengaja dia mahu memujuk si jejaka

"Memang kasut, tapi aku tak boleh terima Dhiaa..." bicaranya dalam tangisan. Mata ditutup menggunakan tangan. Mardhiaa tersenyum hambar lantas menarik Zafry dalam dakapannya. Erat

"Dah, dah... Tak yah lah nangis.. kau kan kuat," suara nya perlahan senada. Tidak sedar pula semasa bercakap air mata Mardhiaa mengalir lesu lantas cepat cepat dikesat olehnya. Dia melepaskan pelukan

Wajah sendu Zafry ditatap Mardhiaa dengan sengihan lucu. Comel je. Macam bebudak. Dengan rambut yang terjuntai dimata. Lelaki itu menekur lantai.

"Dah, cuba kau try jalan," topik lain sengaja direka Mardhiaa. Tidak mahu Zafry terus bersedih lagi. Zafry bangun dan berjalan perlahan.

Dia pusing belakang melihat kasutnya. Tetiba rasa gembira. Kasut yang dia idamkan selama ini akhirnya dapat juga dia memiliki nya

Mardhiaa ketap bibir menahan tangisan. Ikutkan air mata yang ditahan lama tadi nak aje dia menangis ikut Zafry. Tapi Zafry dah lemah, takkan dia pula ikut sekali pula kan. Dia perlu jadi kuat.

"Ha... Kan lawa tu. Smart je dengan kau," meleret Mardhiaa berura-ura gembira. Zafry tersenyum nipis

"Susah kau jelah Dhiaa... Nanti aku bayar balik ea?" sayu suaranya kedengaran. Malu, sumpah malu. Rasa tebal dek muka. Walhal kawan sendiri pun, tetap dia malu. Dah lah kasut ini punca mereka bergaduh besar

"Chill dah lah Zaf. Kan aku dah cakap. Duit aku duit kau jugak." air mata Zafry diseka Mardhiaa tenang

Kerongkong si jejaka bergerak-gerak. Dia sekali lagi tahan air mata. Mata si gadis ditatap lama. Ingin dia ucapkan kata 'terima kasih' padanya. Namun, mulut bagai dikunci. Dia hilang kata saat itu. Yang dia tahu, dia mahu menangis...

https://www.youtube.com/watch?v=jb-i_ARlumQ

.
.
.

Keesokan harinya....

GAME snake didalam phone nokia tersebut dimainkan tekun dia. Dia berdengus kecil. "Adu, kalah lagi!" keluh Zafry geram. Mardhiaa mendekati jejaka itu yang sedang bersandar di motorsikalnya

"Ui! Kau buat apa tu?"

Tegur Mardhiaa Zafry memusingkan kepalanya. "Main game ular ni. Ish, jangan kacau Dhiaa. Aku tengah fokus ni!" omelnya dengan tangan masih memegang phone kecil itu

Mardhiaa tergelak kecil. "Cis, game lagend punya senang ni kau tak reti nak main? Meh sini, aku main," phone itu selamba dirampas Mardhiaa. Zafry berdengus kecil. Baru nak menang

"Kau tengok aku main," lagak Mardhiaa. Kedua duanya fokus memandang screen phone kecil itu.

"Game over!"

"Ha! Kalah, kalah!" ejek Zafry tertawa kecil. Itulah berlagak lagi

"Ish, aku test je tadi. Tengok ea," Zafry tersengih sengih. Berlagak betul! Dah kalah itu kalau ajelah

Dalam beberapa saat kemudian Zafry terlupa akan sesuatu. Kunci motor dia pula lupa nak ambik dekat flat. Adu, terpaksa dia patah balik

"Mar... Aku nak ambik kunci motor jap au. Kau main ah dulu."

Usai berkata begitu terus dia berlari menaiki tangga. Mardhiaa keluh kecil. Bosan pulak dia main game ni. Terus butang end ditekan. Dia ke galeri pula. Tersenyum Mardhiaa melihat gambar gambarnya bersama dengan Zafry tika dahulu. Tidak sangka, Zafry masih lagi simpan gambar gambar lama mereka. Walaupun mereka waktu itu bermusuhan, tetap juga si jejaka menyimpan gambar Mardhiaa. Mardhiaa terharu, saat mereka bermusuhan dahulu. Semua memori dia dan Zafry, dia bakar dan delete. Tapi Zafry tak. Dia bukan jenis orang yang suka buat keputusan melulu seperti Mardhiaa yang suka buat keputusan tika sedang marah

Perlahan-lahan kepala mengintai Mardhiaa dari belakang. Gigi diketap geram. Wajah penuh bengang. Sakit hati dia lihat Mardhiaa yang tersenyum seorang melihat gambar Zafry dengan gadis itu. Phone ditangan Mardhiaa dicapai cantas laju dicampak kuat ke tanah. Kelakuan drastik Hannaf menyentak kan Mardhiaa yang sudah kaget itu

"Weh!" kuat suaranya menjerit. Dah apahal mamat ni main campak campak phone orang! Dah takde adab ke? Pandangan laju dialihkan ke Hannaf yang berwajah bengis memandang nya.. Geram, cemburu dek kerana Mardhiaa yang dari dahulu memuja muja lelaki itu...

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

To be continue...

Vote and komen lah 😩

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro