42 | π‘·π’†π’π’…π’‚π’Ž!

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

"APEHAL kau ni? Phone orang tu!" nada suara kedengaran meninggi. Dahlah itu phone Zafry salah satunya tersimpan kenangan mereka bersama dahulu. Habis semua pecah. Bateri semua dah terkeluar. Kurang ajar kau Hannaf!

Hannaf mendiam menayangkan wajah dingin dan gerunnya itu. Cemburu berbuak-buak

"Pergi mampus ah dengan phone buruk dia tu!" getus lelaki itu hilang sabar.

"Apahal kau busuk sangat hati ni? Aku tahu lah kau kaya arn, harini rosak, esok terus beli lain!" suara si gadis kedengaran menyindir lelaki itu. Menang betul pun apa yang dikatakannya, Hannaf kaya.

"Siapa yang busuk hati sekarang ni, dia ke aku? Dia yang banyak busuk hati dengan aku sekarang ni!" lawan Hannaf lagi. Zafry yang banyak busuk hati dengan dia selama ini! Apepasal pulak Mardhiaa tuduh dia begini ini

"Eh kau lah! Siapa suruh kau baling phone tu? Dah lah banyak gambar memori aku dengan dia! Dia simpan lagi tau, gambar aku time dia musuh dengan aku... Time kita orang berkawan dulu. Itulah salah satu memori yang kita orang ada, kau faham tak!" katanya, berang

Mencabar betul Mardhiaa kalini. Tapi lelaki itu memilih untuk tenang. Wajah bengis Mardhiaa itu diendahkannya

"Buat apa dia nak simpan gambar kau, bukan waktu tu, dia benci kau ke?" terus dia bertanya hairan. Dah kenapa si Zafry itu. Dahulu beria ludah bagai, kata benci nya amat terhadap si gadis. Padahal, simpan lagi memori dalam phone. Cis, poyo betul mamat tu...

Memang sewaktu itu mulut kata benci... Tapi hati, masih sayang. Dan sebab itulah mereka bisa berbaik semula. Perasaan kasih saling terlekat didada

"Sebab tanpa aku, dia tak boleh hidup..." ujar Mardhiaa confident. Bukan nak berlagak, tetapi itu memang kenyataan. Dia tahu je Zafry sayangkan dia dahulu, cuma lelaki itu diselimuti dengan ego

Hannaf tergelak hambar. "Hruh, perasan betul kau ni..." sinis suara lelaki itu. Wajah dia secara automatik berubah serius. Kata kata tersebut membangkitkan kemarahan si Mardhiaa. Kedua tangan menolak kuat bidang sasa lelaki itu.

"KAU NAK GADUH DENGAN AKU KE SEKARANG NI!" tinggi suara itu memetir si jejaka . Hannaf mengetap bibir. Bukan ini yang dia mahukan! Dia tidak mahu bergusti dengan seorang 'perempuan'.

Suara maut itu tadi terdengar kuat di flat itu. Zafry yang barusan melangkah dek tangga mengintai sedikit dari bawah. Langkahnya semakin laju setelah wajah Hannaf dan Mardhiaa kian terpampang dihadapan.

"Aku tak nak gaduh dengan kau pun Dhiaa..." resah lelaki itu lembut

"Tak sekarang ni, kau yang memaksa aku untuk bergaduh dengan kau!" cantas nya bengang

"Dhiaa, Dhiaa please..." rayu lelaki itu seraya menggapai-gapai dek tengan si Mardhiaa. Dia menepis nya kasar

"Apahal ni?" satu suara muncul dari belakang mematikan adegan itu. Hannaf mengeluarkan dengusan kecil. Meluat. Sibuk kacau daun betul si Zafry ini! Keadaan yang tiba-tiba sunyi setelah hadirnya si Zafry. Tajam mata mencerlung melihat Hannaf yang tak beriak apa-apa itu. Dengan tidak sengaja dia terpandang phone nokia yang sudah terkeluar habis bateri. Phone itu sudah berkecai. Menggelegak berapi hati memandang phone yang sudah berkecai itu

"SI*L! KAU BUAT APA DENGAN PHONE AKU HAH! APA MASALAH KAU NI!" jerkah lelaki itu kuat. Sempat dada lelaki itu ditahan kuat Mardhiaa sebelum kakinya mara mahu memukul wajah tenang Hannaf itu. Matanya menjeling sekilas lantas kedua belah tangannya dimasukkan kedalam poket seluar. Dia pergi meninggalkan Zafry yang sudah mahu bertukar singa itu

"Dah, dah, dahlah Zaf! Sabar, sabar..." ujar Mardhiaa kalut. Lelaki itu masih mahu menampak memukul si lelaki yang selamba badak dia aje pergi. Orang tengah panas dengan dia, dia lari-lari. Dah lah buat phone orang macam phone sendiri! Takde adab betul!

"BODOH! NAIK LEMAK KAU! FACE TO FACE LAH HAN*T! TAKUT KE GAMPANG!" tengking dia lagi. Dah macam orang gila sudah dia dengan Mardhiaa waktu ini. Mardhiaa sibuk kalut menahan nya dari bertukar singa, dia pulak sibuk mahu bergusti dengan si jejaka yang selamba itu. Bayang Hannaf mula hilang. Tangan Mardhiaa yang cuba menghalang nya tadi ditepis dia geram

"Dia buat apa dengan phone aku tadi?" terus dia bertanya, mendatar. Riak wajahnya kelihatan masih tidak puas hati. Tangan dia ni ringan aje nak melekat dekat pipi si dia

"Haih... Biasalah dia tu, tak puas hati tengok aku dengan kau." beritahu Mardhiaa, meluat. Semakin sakit hatinya mendengar. Apahal kau nak panas tengok Mardhiaa dengan aku! Mardhiaa tu aku punya!

"Lepastu? Dia cakap apa lagi!" serius Zafry dingin

"Dia tak puas hati, tengok aku tengok gambar kau dengan aku, dalam phone tu!" sambung Mardhiaa lagi. Zafry mencengkam kuat rambut. Motor disepak-sepak geram. Tangan yang tak henti-henti menumbuk motor tidak sengaja terkena sedikit lengan Mardhiaa. Dia diam. Sabar. Ikutkan nak aje maki Zafry ini. Rileks lah. Kau marah kat dia. Aku pulak yang sakit sekarang ni

"ARGH! BAB*! Dia ni memang memintak ke apa ni?"

"Sabar lah Zaf..." pinta Mardhiaa perlahan. Dia pun sebenarnya tengah menahan kesabaran yang menggunung dengan si Hannaf itu

"Kau suruh aku sabar Dhiaa? Eh, aku dah lama tau sabar dengan dia tu. Kau tengok sekarang! Bodoh betul lah jantan ni!" phone kecil itu dipegang geram. Walhal dia sudah ada phone baru, tetapi masih juga dia sayang phone kecil itu. Ini lah salah satunya harta benda yang arwah mak berikan padanya. Yang lain semua mana ada, semua diserahkan pada abang dan kakaknya. Dia langsung tiada! Sebab itu dia tetap sayang phone kecil itu. Walau kecil tiada apa-apa. Tapi bagi dia, penuh berharga

Zafry duduk meratapi phone yang berkecai itu. Mardhiaa tiba-tiba pandang sayu. Bahu jejaka itu dipegang. "Kite hantar kedai lah. Confirm elok lagi ni. Dah lah, jangan lah sedih Zaf..."

Pujuk si gadis lembut. Mata Zafry berkaca. Gigi diketap geram. Terlihat urat saraf dipipi jejaka itu.

********

SUNYI saja rumah flat tersebut. Dahi berkerut memandang rumah Zafry. Kenapa sunyi sangat ni? Sunyi sepi hingga pili air yang menitis pun boleh dengar. Takde orang ke? Kipas pun tak dipasang. Desisnya dalam hati. Kaki dia selamba melangkah masuk kedalam. Kaget Mardhiaa memandang Zafry yang sedang baring termenung meratapi bumbung rumah itu.

"Oi... Apahal kau ni? Duduk dengan sunyi sepi tak bukak kipas. Aku ingat takde orang tadi..." bebel Mardhiaa pelik dengan perangai si lelaki. Dah tak reti nak bukak kipas ke mamat ni. Boleh dia duduk dengan krik-krik begini

"Ni, aku ada bawak nasi ayam dekat kau ni..." sambung Mardhiaa lantas plastik diletakkan diatas meja jepun dihadapan. Zafry tersengih nipis

"Bukak lah kipas. Apahal kau ni, boleh hidup ke dengan panas-panas macam ni?"

Zafry tersengih kecil. "Aku lupa nak bayar elektrik..." ujar dia menggaru-garu kepala tak gatal

"Yelatu lupa. Kau malas arn sebenarnya nak kerja?" tekaan Mardhiaa membuatkan Zafry mengangguk perlahan. Memang betul pun dia malas nak bayar. Lagipun, dia boleh aje hidup tanpa elektrik. Rilek lah..

"Ish, kau ni Mar. Main masuk aje kan. Risau aku..." ngomel dia mengada memegang dada. Mula lah perangai bergatal dia ni. Mardhiaa menjeling. Mata tertumpu pada kaki bulat separuh Zafry. Tersentak Mardhiaa melihatnya. Kekadang, dia terlupa si Zafry ini tiada satu kaki kerananya. Siang hari memang dia pakai kaki robot, sebab itu ada masa Mardhiaa bisa boleh lupa.

Hati tetiba berasa simpati memandang kaki bulat Zafry itu. Wajahnya sayu. Besar betul dosa dia terhadap Zafry. Ya Allah... Ampunilah hambamu ini...

"Aduh kau ni Mar.. susah susah aje kan bawak makanan. Lain kali, bawak lah chicken chop ke, KFC ke, ini? Nasi ayam? Nasi ayam pun boleh lah.. kau tak nak makan sekali ke Mar?" bebel lelaki itu. Mardhiaa masih terpaku melihat kaki Zafry itu. Suara tadi di biar bagai angin

"Mar?"

"Zaf... Bila tengah malam, macam mana kau berjalan eh? Kau guna apa?" tanya Mardhiaa ingin tahu

"Tu. Aku guna tongkat lah," kayu tongkat didinding bilik ditunjuk nya

Mardhiaa mendiamkan diri. Dia sebak

"Weh Zaf... Aku mintak maaf tau.. serba salah dho aku.." pinta Mardhiaa sayu. Zafry tersenyum nipis.

"Takde apa lah Mar. Aku dah maafkan kau kut.. aku dah redha ni takdir aku," dia tersenyum manis memandang wajah sayu Mardhiaa itu

"Tapi... Tak patut pun aku buat kau sampai macam ni sekali," meleret Mardhiaa. Sedar akan dosanya itu. Zafry terkilan akan sesuatu. Kakinya itu digosok lembut

"Memang patut pun kau buat aku macam ni. Sebab ini balasan untuk aku lah.. Tapi, bila fikir-fikir balik, memang padan Tuhan tarik kaki aku ni. Yela, masa ada dengan sempurna, aku tak nak gunakan kaki ni untuk pergi masjid. Pergi tolong orang. Pergi tegakkan usaha dakwah. Asyik-asyik pergi melepak aje. Sebab tu tuhan balas macam ni dekat aku. Walhal sekarang pun, dah takde kaki macam ni. Aku still tak buat lagi apa yang dia suruh..."

Meleret suaranya bergetar. Air mata berkaca. Semasa bercakap, dia masih membiarkan bibir nya tersenyum tipis. Pilu hati Mardhiaa mendengar suara si Zafry itu. Air matanya bergenang. Dia terus memeluk tubuh lelaki itu. Tersentak Zafry dengan pelukan terkejut Mardhiaa itu.


Zafry tersenyum tawar. Perlahan-lahan dia membalas pelukan si gadis namun sudah dia melepaskan pelukan itu. Zafry dengan muka polos nya itu memandang Mardhiaa yang sedang menyeka air mata selamba

"Dah lah arn, geli pulak aku!" laju suara itu meluat

"Ish, kau ni. Spoil mood betul lah. Baru nak mengdramatik tadi..." ujar dia sengaja bergurau. Dia tersengih

"Kau ni, kadang-kadang bukan boleh percaya pun. Kene dengan tempat-tempat sunyi macam ni arn... " bukan apa, risau kekadang. Zafry tergelak kecil

"Ehek! Astaghfirullah, apa ni merepek kau ni..."

Mardhiaa mengangkat punggung mahu beredar dari situ

"Eh, kau nak pergi mana tu Mar? Rilek ah dulu. Tak nak makan sekali ke?" Mardhiaa menjeling

"Hm, takpelah. Duduk lama-lama kang tak pasal-pasal kena tangkap basah dengan kau!" selamba Mardhiaa berbicara. Zafry menggeleng kepala perlahan. Dhiaa, Dhiaa. Otak kuning betul. Tupperware dibuka Zafry. Dia mencium haruman nasi ayam itu

.
.

KASUT sport disarungkan dikaki. Dia mengatur langkah pergi dari rumah Zafry itu. Masa itu pula ada yang memerhati gerak-geri nya. Tatapan itu penuh geram. Dia cuba mengekori langkah si Mardhiaa. Bunyi telapak kasut semakin dekat dengannya... Dan-

"Hai Dhiaa!" sergah Hannaf seraya meletakkan tangan dibahu si dia. Terhinjut kedua bahunya dengan kehadiran tiba-tiba si Hannaf ini. Kau ni, nasib tak terkeluar jantung aku tadi.

"Ehe... Terkejut eh? Sorry..." pinta nya selamba. Mardhiaa ketap gigi. Mamat ni boleh lagi tayang muka depan aku? Dah lah tadi blah macam tu aje.

Mata Mardhiaa memandang geram Hannaf disebelah. Tangan yang melekat di bahu nya cuba dia lepaskan. Namun, semakin dia cuba untuk melepaskan, semakin kuat Hannaf mencengkam bahunya. Mardhiaa mula rasa tidak senang. Hannaf mengetap bibir. Wajahnya serius. Kau takkan terlepas Mardhiaa untuk kalini...

"Sakit lah!" hamburnya geram. Hannaf melonggarkan pegangan nya. Dia tersenyum tipis menayangkan wajah yang kononnya tiada apa-apa itu. Mardhiaa berlalu pergi cantas lengan dia ditarik Hannaf kuat

"This time boleh tak kau bagi masa untuk aku luangkan dengan kau. Kenapa susah sangat nak luangkan masa dengan aku? Apa, cuba. Cuba kau bagi tahu, apa salah aku dengan kau? Hah? Yang si Zafry tu buat salah kat kau, beribu-ribu kali khianat kau, dua tiga kali. Kau boleh pulak bagi masa kat dia!" meleret dia panjang lebar. Geram aje si Mardhiaa ini. Asyik-asyik bertembung lari. Penat lah hidup begini

"Sebab aku kesian kan dia..." tutur Mardhiaa biasa. Hannaf tergamam

"Tu je? Atas dasar simpati kau pada dia, kau abaikan kan aku? Dhiaa, Dhiaa tolonglah Dhiaa-" ayat Hannaf kian terhenti setelah Mardhiaa berdengus kasar

"Kau ni tak habis-habis je kan. Samaaaa je kau ni dengan Far. Mengserabut kan kepala otak aku mengbiul kan kepala otak aku je. Kau tak faham bahasa ke ha? Dari mula, aku anggap, kau ni setakat kawan lepak aku ajelah. Dan dari mula aku dah bagitau kau, aku kawan dengan kau ni sebab aku nak baik dengan adik kau, tu je. Boleh tak kau jangan jadi bodoh sebab perempuan! Eh, kau tahu tak ramai lagi perempuan yang nak dekat kau. Kau cuba bukak biji mata kau, bukak minda kau. Kau cuba tengok, ramai perempuan ni yang berbondong-bondong nak dekar kau kau tau. Eh ni, dengan style style kau ni. Kau ingat ramai yang tak nak dekat kau ke ha!"

Panjang lebar Mardhiaa bersuara. Geramnya amat. Sama aje dia ni dengan abang tirinya. Orang dah cakap tak suka tu, so berambus ajelah! Tak tahu lagi nak cakap bahasa apa

Hannaf mendiam menahan sakit didada. Bagai terhiris dek pisau mendengar kata-kata perit si Mardhiaa itu

"Sampai hati kau kan Dhiaa. Kau tahu, betapa sakitnya hati aku ni bila orang istimewa yang aku anggap selama ni. Anggap aku ni hanya sekadar kawan lepak? Padahal kita dulu kamcing kut. Dua bulan kita bersama, kau ok je. Tapi disebabkan kau baik dengan Zaf. Kau dah lupakan aku?" sendu nya sendiri. Dia tidak menyangka Mardhiaa begini terhadap nya. Apa kejam sangat Mardhiaa padanya.

Kepala digaru-garu rimas. Satu jari telunjuk ditayangkan pada Hannaf

"Stop... Stop... Dah!" ayat lelaki itu termati tidak sengaja. Mardhiaa berlalu pergi meninggalkan Hannaf yang terpinga-pinga itu. Dia menumbuk dinding kuat. Kaki jua turut menyepak kuat dinding rumah flat orang itu

"Oi! Takde adab ke!"

Jerit orang dalam rumah itu. Hannaf mendiam mengetap bibir. Wajah tegang. Mardhiaa langsung tidak beri nya ruang sedikit pun.. geram..

.
.
.

Buku lusuh berwarna coklat itu dicoretkan mengguna pen hitam. Mata sembam. Dia tersenyum hambar. Hampir satu bulan juga dia dan Mardhiaa tidak bertegur sapa. Hidup nya rasa kosong. Ibarat tin kosong. Jiwa psycho mula muncul semula setelah sekian lama tidak wujud dalam dirinya. Pen dan buku itu diletakkan diatas meja ruang tamu. Dia mahu ke tandas. Mahu buang segala hajat disitu. Buku itu dipandang Mardhiaa saat dia mahu menapak ke bilik. Hati tiba-tiba tergerak mahu lihat apa yang ditulisnya dalam buku tersebut. Dahulu semasa dia berkawan lagi dengan Far pun, dia lihat si dia selalu mencoretkan sesuatu didalam buku ini

Apa yang dia tulis agaknya ye...

Buku itu dibuka Mardhiaa selamba. Tergamam si gadis melihat segala contengan didalam buku ini. Penuh lukisan-lukisan dan coretan-coretan yang mengerikan. Naik bulu roma si gadis melihat lukisan menyeramkan itu. Ada perempuan berambut panjang, ada seperti orang minyak yang menyeramkan, ada juga lukisan yang berada dalam tiga frame gambar. Wajah lukisan itu amat mengerikan hingga dia tidak mampu melihat berulang kali. Wajah didalam buku itu bukan seram bagai hantu. Tapi penuh bengis dan tegang. Dahi berkerut. Apa yang sedang disampaikan oleh Far ini...

Dia lukis seorang budak bunuh dan tikam dua orang manusia dewasa? Mardhiaa tiba-tiba rasa Far ini bagai ada menyimpan akan sesuatu. Mungkin ada sesuatu yang dia tidak tahu selama ini Far sorokkan padanya.

Far mengintai Mardhiaa dari belakang. Dia selamba mengambil buku ditangan Mardhiaa itu

"Apahal usha buku aku?" selamba suara itu. Mardhiaa terus bangun memegang lengan si dia. Langkah Far mati sekejap

"Weh Far, kau ada masalah ke? Kalau kau ada masalah share lah dekat aku. Aku kan ada," ujar beliau prihatin. Tiba-tiba kesian dekat si Far ini. Far terkedu sebenarnya mendengar Mardhiaa yang sudah lama tidak bertegur sapa dengannya ini tiba-tiba aje bersuara semula. Dia tersenyum sinis lantas menarik lengannya dan terus pergi tanpa suara. Ego menguasai diri. Tiba aje kau nak caring pasal aku ni dah apahal?

Desisnya geram..

.
.

SOSOK tubuh Zafry yang sedang berjalan mahu kearahnya dipandang Mardhiaa biasa. Pandangan dia teralih kebawah melihat kasut sport yang dihadiahkan dia beberapa hari yang lepas. Dia tersenyum nipis

"Woah... Kasut baru bhai..." meleret Mardhiaa Zafry menggosok lembut belakang leher. Malu. Dia ambil bahagian duduk disebelah rakannya di tangga flat itu

"Terima kasih tau Mar. Sayang dho sebenarnya nak pakai kasut ni. Kau tahu, malam-malam aku selalu bersihkan tapak kasut ni. Lepastu aku letak elok-elok dekat atas almari..." beritahu dia tersenyum nipis. Mardhiaa tergelak kecil. Lucu betul Zafry ini

"Poyo ah. Rilek dah lah," ujar Mardhiaa

"Yela, susah dho aku nak dapat kasut semahal macam ni. Kau tahu. Dah lama aku idamkan kasut ni. Tapi tak kesampaian..."

Mardhiaa mati senyum mendengar suara Zafry itu...

Imbas beberapa tahun yang lalu.....

"Er, mak? Zafry nak cakap sikit boleh?" ujar dia berhati-hati. Mak Zubaidah mengangguk. Dia masih tekun melipat kain baju

"Boleh tak... Zafry nak.. kasut baru? Sebab kasut lama tu tapak dia dah terbukak, Zaf dah letak gam pun still tak boleh pakai," adu dia sendu. Kasut tu dah 7 tahun dia pakai. Kekadang sempit dek kaki. Yela, dia sudah makin dewasa. Makin besar lah saiz kakinya

"Hmm, pakai ajelah kasut lama tu. Boleh je kan pakai lagi.. nanti bagi mak, biar mak suruh makcik Biah tolong letakkan gam. Bende yang boleh guna, buat apa nak bazir beli yang baru..." bebel wanita itu dengan tangan masih melipat kain baju. Zafry diam menekur lantai. Dia sedih. Apa yang dia minta, mesti maknya beri alasan beribu...

.....

"Wah.. terima kasih mak, Hannaf memang dah lama nak kasut baru. Tapi tulah, taknak menyusahkan mak. Tapi ni mak dah bagi ni. Haha, ambik ajelah kan.." lelaki itu tergelak kecil bersama dengan wanita itu. Zafry memandang penuh dengki. Dengan Hannaf, takpayah mintak.. terus dapat.. tapi aku? Zafry berasa terpinggir oleh keluarganya. Kakak sulong si Zafry memandang sayu Zafry dibelakang. Dia kasihan melihat Zafry yang sering dibandingkan dengan Hannaf. Tapi apakan daya untuk dia menegur wanita tua itu..

....

Kasut sport itu disarungkan ke kakinya. Tapak kasut itu dia pegang dia. Dia berdengus perlahan. Tetiba suara kawannya terngiang ditelinga

"Beli lah kasut baru.. kau ni dah kenapa? Macam mana nak join pasukan kalau dah gini rupanya kasut kau.." marah Fauzi

"Aku, takde duit..." tutur Zafry perlahan

"Kerja lah, kau kerja kumpul duit sikit-sikit. Nanti dah banyak beli lah kasut baru. Kerja! Rajin lah sikit..."

Zafry nekad, sejak daripada itu dia tolong maknya menjual kuih-muih ditengah jalan raya. Walhal tengah panas dek matahari pun dia sanggup. Demi barang yang dia mahukan! Orang kata, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Sikit-sikit dia kumpul dan akhirnya hampir penuh satu balang kaca itu dengan duitnya. Dia tersenyum nipis seraya melangkah masuk kedalam rumah.

Hari ini, dia sanggup berlapar disekolah. Mahu kumpul duit belanja yang maknya beri. Kalau nak suruh mak dia bagi duit saja-saja memang tidak lah. Pintu bilik ditolak. Terpampang balang duit nya itu diatas katil bilik dia. Laju dia berlari. Botol itu dipegang geram. Terbuntang luas matanya memandang balang yang hanya tinggal beberapa duit syiling sahaja. Duit kertas habis licin. Gigi diketap. Patutlah tadi dia nampak Mustaffa keluar rumah tergesa-gesa. Dia mengetap bibir. Mustaffa... Kau memang si*l!!

.
.
.

"Haih... Sebab tulah bila dah ada depan mata aku ni, aku rasa macam tak percaya. Setiap kali aku bangun tidur, mesti otak aku cam 'eh kasut baru..' haha, tak sangka punya pasal..." bebelan Zafry itu ditatap Mardhiaa simpati. Dia tersenyum tawar. Tragis betul kisah hidupnya. Dibandingkan oleh abang sendiri.

"Aku sayang.. aku sayang kasut ni macam mana aku sayangkan kau tau..." sambung Zafry sambil menyapukan sedikit habuk di kasut itu. Mardhiaa tersenyum nipis. Tangan perlahan menggosok lembut rambut Zafry. Lelaki itu terdiam terkedu. Malu

Dah macam kakak gosok kepala adik sudah. Bahu jejaka itu ditumbuk perlahan Mardhiaa tergelak kecil melihat reaksi polos Zafry

"Sengal lah kau ni Zaf!" Zafry tersenyum kekok. Dia blur. Kenapa Mardhiaa tiba-tiba gosok kepalanya?

"Kadang arn, aku anggap kau ni macam abang aku. Time kau bagi aku nasihat. Kadang macam member. Kadang macam pakwe. Kadang tu macam adik-adik aku. Haha!"

Seloroh Mardhiaa Zafry mencebik. Apa ni adik-adik. Dia ni dah tua k

"Ish, apa ni Dhiaa!" marah Zafry tidak suka. Dia menjuihkan bibir sedikit

"Haha! comel lah kau ni Zaf!" meletus tawanya

DUA pasang mata memerhati mereka berdua dari tembok flat itu. Dia mengetap gigi menggempal penumbuk.

"Amboi-amboi.. dengan dia, bukan main lagi gelak tawa. Dengan aku sepatah haram pun tak bercakap..."

Desis Far sendiri. Bengis dek wajah. Mask hitam dipakainya. Dia pergi..

.
.
.
.
.
.
.
.
.

To be continue....

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro