[ π‘»π’˜π’†π’π’•π’š π‘¬π’Šπ’ˆπ’‰π’• ] - π‘·π’†π’“π’•π’–π’π’‚π’π’ˆπ’‚π’

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

β€œπ‘Άπ’π’π’š π’šπ’π’– π’Šπ’ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 π’šπ’π’–β€

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Sepanjang pertunangan Elina dengan lelaki itu, tidak pernah mereka bertemu. Kehidupan Elina sibuk menjadi seorang peguam. Kesibukkannya membuat dia terlupa dia sudah menjadi tunang orang. Sudah seminggu dia bertunang, batang hidung lelaki itu dia tidak nampak lagi. Yang hadir hanyalah saudara maranya, bukan ibubapanya.

Hairan.

Kata mereka, ibubapanya dan tunangnya masih di luar negara. Jadi mengambil masa untuk balik. Boleh pula begitu?

Kalau begitu tunggu diorang balik sahajalah, tetapi mummy dan ibu tetap ingin meneruskan pertunangan tersebut.

Aku tidak pernah ingin tahu siapa tunang aku. Ini pun sebab terpaksa. Yang menghairankan, bagaimana dia tahu ukuran jariku? Tidak pernah mereka berjumpa dia boleh tahu ukuran jariku untuk cincin ini.

Yang lebih menghairankan, mengapa pertunangan ini perlu dirahsiakan dari Leen?

"Ha! Cik Elina termenung apa tu?"

Elina yang menilik cincin di jari terkejut lalu berpusing.

"Eh Faris!"

Faris tidak sengaja mengejutkan wanita tersebut. Pandangan sekilas sedar cincin di jari wanita ini. Sebelum ini tidak nampak pula. Mungkin cincin biasa. Kalau tidak sudah lama wanita ini war-warkan tentang pertunangan atau ikatan di dalam syarikat ini.

Faris berfikir positif.

"Maaf cik Elina. Cik Elina terkejut ke tadi?"

"Takpe Faris.. saya dah biasa."

"Ha? Dah biasa?"

Elina tertawa kecil.

"Ye, bukan awak je buat macam tu.. tu kat luar tu mereka pun buat macam tu juga tau tak."

Faris menekup mulut. Dia ingat dia sorang sahaja yang suka menyakat rupanya ada juga yang lain.

"Cik Elina tak marah ke?"

Elina menggeleng kepala sambil tersenyum.

"Sini, saya anggap semua macam keluarga saya sendiri. Awak pun termasuk tau. Tetapi kalau kerja pasal kes-kes ni, memang saya serius."

"Ouh. Hehe.. baru saya faham." Faris senyum senang hati. Ada can lah dia kali ini. Mana tahu dapat tambat hati wanita cantik ini.

"Oh cik Elina, nak lunch sama?"

"Lunch?"

"Ha'ah."

Elina menilik jam tangan. Dia masih ada banyak masa. Lagipun sudah lama dia tidak bersosial dengan mereka semua. Lama benar dia menghilangkan diri dari mereka.

"Hm.. boleh lah. Maaf lagi sekali pasal hari tu.."

"Eh takpe. Kami faham masalah cik Elina. Semua ada masalah masing-masing."

Elina berasa bersalah pada makan malam bersama semua tempoh hari. Masih lagi terpalit sedikit rasa dosa yang sudah dia janjikan untuk meluangkan masa bersama mereka waktu itu.

Mendengar dari mulut Faris, dia tersenyum lega sedikit.

"Terima kasih Faris. Saya cuma tak sangka kejadian haritu. Alhamdulillah semua okay."

Faris membalas senyuman wanita ini. Dia menahan riak debaran di hati. Sungguh dia ingin sekali melamar wanita ini. Dia juga orang berada memang sudah cukup apa yang dia miliki. Tetapi, dia ambil keputusan untuk bekerja biasa dari bekerja bawah syarikat bapanya.

"Saya sambung kerja dulu ye cik Elina."

Aku mengangguk.

Baru sahaja aku ingin meyambung melakukan tugas, mesej tiba-tiba masuk.

012-3456 xxxx
Hai.

Kedua mataku menyepet sedikit membaca mesej ini. Aku langsung membalas.

Aku
Assalamualaikum.

Aku menunggu balasan nombor yang tidak dikenali, manalah tahu aku ada musuh kerjaku.

012-345 xxxx
Waalaikummussalam.

Aku pula menaip.

Aku
Siapa ni?


Aku menunggu balasannya.

012-345 xxxx
Saya tunang awak. Maaf tak beri salam tadi.

Dia balas lagi,

012-345 xxx
Awak apa khabar sihat?

Tunang? Oh! Hampir sahaja aku lupa. Sudah seminggu baru dia nak contact? Aku mengeluh pendek lalu aku menaip pula.

Aku
Sihat, alhamdulillah.

Aku melihat lelaki itu tidak membaca. Aku pun menutup dan menyambung kerjaku.

Buzz!

Telefon bergetar lagi. Tanda mesej masuk lagi. Lantas, aku membuka.

012-3456 xxx
Awak dah makan?

Aku heran. Mengapa tidak call sahaja? Senang sedikit. Aku menekan nombor tersebut lalu menekan punat simbol call.

Deringan begitu lama.

Bukan main tadi baru sahaja lelaki itu mesej. Call lambat angkat pula. Aku tak dingin ya. Memang aku begini.

Akhirnya, call aku terangkat.

Senyap.

Aku ke kena mulakan dulu?

"Hello?" Aku memecah kesunyian.

"Er.. hello. Hai."

Suara lelaki ini cukup garau.

Sekali lagi senyap.

"Saya belum makan." Jawab aku.

"Ha?"

Lelaki itu tidak faham.

"Tadikan awak mesej tanya saya. Saya jawab."

"Oh ye! Saya lupa."

Senyap

"Err.. awak kat mana?" Dia pula bertanya.

"Saya kat pejabat."

"Oh maaf. Saya ganggu awak."

"Takpe."

"Saya dalam perjalanan balik bersama keluarga. Nanti kita jumpa masa nikah ye."

Aku terdiam. Nikah? Mummy beritahu pernikahanku lagi dua hari. Kenapa dia tidak jumpa aku sekarang sahaja? Senang sedikit ingin mengenali lelaki itu.

"Kenapa kita--"

"Eh awak. Saya kena letak telefon dulu. Nanti kita jumpa. Assalamualaikum."

Talian dimatikan.

"Waalaikummussalam." Aku kaku. Aku kekok dan.. mengapa cara percakapan lelaki ini seakan sudah biasa denganku? Bercakap pun seperti sudah mengenaliku.

Fikiranku terhenti. Aku malas ingin memikir, tugasku masih banyak. Telefon di tekan simbol silent dan aku terus meneruskan kerja tanpa diganggu lagi.

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

"Ryan,

"Ryan call siapa tadi?" Soal bapanya yang baru masuk dalam kereta. Mereka baru lepas solat di RnR tadi.

"Err.. ada lah." Jawab Ryan, segan.

"Tunang lah tu." Sakat abangnya di sebelah, macam lah dia tak dengar tadi masa buka pintu kereta.

"Mana ada!" Nafi Ryan.

"Dah-dah. Jangan bergaduh."

Ryan menjeling tajam pada abangnya yang sedang memperbetulkan kedudukan anak kecilnya di baby car seat di sebelahnya.

"Ni mana Ina?" Soal Datin Liyana pada anak sulungnya.

"Ada. Dalam kereta tu, nak makan buah katanya."

Ya, perjalanan mereka dalam dua buah kenderaan.

"Mengidam lah tu."

"Eh bonda ke situ pula."

Ryan ketawa.

"Mana lah tahu.. kan Ary?" Ryan mencubit lembut pipi comel anak buahnya. Geram.

"Eleh.. kau pun nanti sama jugak. Ha baru tahu kena perli dengan bonda. Bye anak babah. Jangan ikut cara paksu tau." Sakat abangnya sebelum menutup pintu perlahan dan pergi ke keretanya semula.

Bayi itu ketawa kecil memandang babahnya di luar.

Datin Liyana tersenyum menggeleng melihat kerenah mereka berdua. Dia melihat wajah anak bongsunya memuncungkan bibir. Mula lah tu merajuk.

"Ryan nak beli apa-apa lagi tak?" Soal datin Liyana sambil masuk dan menutup pintunya.

"Erm.. ada lagi bonda." Jawab Ryan sambil bermain jari kecil anak buahnya.

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Faris mengajak Elina pergi ke restoran mewah dalam sebuah mall besar yang elegant.

Elina dari tadi hairan melihat dia hanya berdua dengan Faris sahaja.

"Mana yang lain?"

Dahi Faris berkerut.

"Yang lain?"

"Ye, bukan kita makan bersama semua? Mereka lambat sampai ke?" Soal Elina lagi.

"Oh! Hari ni kita dua je makan cik Elina. Mereka makan sendiri."

"Eh? Kita dua?"

"Ye, maaf Cik Elina saya tak bagitau awal. Kalau Cik Elina tak selesa, kita--"

"Tidak apa lah, lagipun awak baru masuk kerja jadi senang saya kenal pekerja baru saya ni." Senyum Elina.

Faris lega, sangkaan nya Cik Elina akan marah tetapi tidak.

Mereka duduk dan memesan makanan.

"Faris, awak takde girlfriend ke? Tengok awak ni handsome, kuat kerja.. takkan takde yang melekat?" Ujar Elina.

Faris tersenyum malu. Kalau dia nak jadikan cik Elina girlfriend boleh ke? Dia menggaru kepala tidak gatal. Mungkin bukan masanya lagi, terlalu awal bagi dia. Lagipun pasti wanita itu berasa tidak selesa.

"Belum masanya lagi," ucap Faris.

Elina tersenyum,

"Nanti ada lah tu."

"Cik Elina pula?"

"Ha?"

"Cik Elina dah ada boyfriend ke?"

Elina terdiam. Raut wajahnya tiba-tiba bertukar muram.

Faris tersalah cakap. Dia ada dengar gosip di pejabat dua tahun lepas. Alamak! Dia lupa.

"Err cik Elina.. saya--"

"Takpe." Elina senyum pahit.

Mereka hanya menunggu makanan sampai. Disebabkan kata-kata Faris tadi, mereka berdua menjadi diam.

Sambil Elina menunggu sambil itu dia menilik telefon. Sengaja dia stalk media sosial orang famous untuk hilangkan kebosanan dan--

---melupakan lelaki itu.

Dia perlu lupakan lelaki itu.

'Kytor..'

Bagaikan angin lalu di sisi. Bau wangi perfume Sauvage Dior dapat dihidu gadis itu.

Bau ini? Bau yang tidak pernah dia lupa. Getaran hati kembali menusuk. Ingatan dulu kembali hadir. Perasaan berkecamuk mulai bertandang.

Tak mungkin..

"Satu je. Terima kasih."

Suara itu.

Suara yang sangat familiar.

Jejaka itu melintasi dia dan keluar dari restoran. Elina mengangkat pandangan lalu mengejar lelaki tadi.

Dia melihat susuk tubuh lelaki itu dari belakang. Baju sweater hitam dan berjeans. Lelaki itu mengenakan topi hitam di kepala.

'T-Tak mungkin lah.'

Kytor dah tiada. Dia sendiri saksi waktu itu.

'Elina, jangan terjadi seperti dulu. Wake up!'

Ya, dulu dia pernah tersilap orang memeluk seorang lelaki yang mirip diri kytor. Tetapi sangkaan dia salah. Itu hal yang memalukan dirinya.

"Cik Elina?"

Elina menoleh.

"Cik Elina okay ke?" Faris hairan wanita ini tiba-tiba berjalan keluar dari restoran ini.

"Erm.. okay. Jom masuk." Elina tersenyum palsu. Dia memandang sekilas kembali lelaki itu yang semakin jauh sebelum masuk semula.

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

"Dah beli?"

"Dah."

"Pelik lah ayaan ni, makan macam-macam," leter abangnya melihat adiknya yang kuat makan.

"Biarlah, ni kegemaran ayaan tahu tak?"

"Dah-dah jom kata nak beli aksesori ayaan tu. Nanti melepas, baru nak menangis," omel Datin Liyana pula.

"Ha'ah kan bonda. Abang ingat lagi dia menangis haritu tak dapat beli.. "

Ryan sudah mula menghentak kaki dengan sakat abangnya. Abang dia ni semua benda nak sakat.

"Dah lah tu abang ni pun! Jom ayaan, tinggalkan abang tu." Bonda menarik lembut tangan anak bongsunya pergi dari situ.

Ryan memandang abangnya dengan senyuman puas hati, "Padan muka! Bonda sayang ayaan je! Hahah!"

Wajah abangnya mula cemberut,
"Bonda, tunggu lah!"

Marc berlari mendapatkan mereka berdua yang meninggalkan dia sendirian.

Setelah Marc di sisi, Ryan menoleh ke restoran tadi,

raut wajah berubah ketat.

β€’
β€’
β€’
β€’
β€’
β€’
β€’
β€’

Ehem! Ehem! Please vote and comment ❀️.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro