[ π‘»π’˜π’†π’π’•π’š 𝑺𝒆𝒗𝒆𝒏 ] - π‘Ήπ’†π’—π’†π’π’ˆπ’†

Màu nền
Font chα»―
Font size
Chiều cao dòng

β€œπ‘Άπ’π’π’š π’šπ’π’– π’Šπ’ π’Žπ’š 𝒉𝒆𝒂𝒓𝒕, 𝒏𝒐 𝒐𝒏𝒆 𝒄𝒂𝒏 𝒓𝒆𝒑𝒍𝒂𝒄𝒆 π’šπ’π’–β€

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Di sisi lain,

Tuan Ernesto duduk di meja kerja. Pen yang menyelit di jari-jemari diketuk-ketuk. Dia termenung tentang kejadian 6 tahun lepas.

Hari di mana hatinya benar-benar mati.

Flashback

Ernesto masuk ke dalam ruangan wad kecemasan. Tidak kelihatan budak lelaki itu di sini. Hanya kelihatan seorang doktor bersama seorang pemuda lelaki di situ.

"Macam mana Marc?" Soal Doktor Kamal.

Marc yang termengah-mengah mengambil nafas terlebih dahulu.

"Be-Betul sangkaan abah."

"Aku dah agak!"

"What's going on here?" Suara garau membuat mereka terkejut lalu menoleh serentak. Kedua mata mereka bertembung kedua mata coklat tua lelaki asing ini. Wajah yang tegang.

"Who are you?" Soal doktor Kamal. Tidak pernah dia melihat lelaki ini di mana-mana. Nampak gaya dia bukan dari negara ini. Melihat wajah lelaki ini sahaja dia sudah tahu, lelaki ini bukan berasal dari sini. Entah bagaimana lelaki asing berkulit putih ini boleh masuk ke sini.

Marc yang peka figura lelaki tersebut terkelu. Lantas dia membisik sesuatu pada telinga bapanya.

"A--abah--

--dia ni lah selamatkan Kytor."

Doktor Kamal terkejut langsung berpusing pada anaknya.

"Bukan Marc ke yang jumpa Kytor?" Hairan Doktor Kamal.

Marc menggeleng.

"Lelaki ni.. call Marc untuk bawa Kytor ke sini," jawab Marc.

Doktor Kamal memandang lelaki itu. Dia tidak kenal siapa lelaki ini. Entah dari mana dia muncul dia tidak tahu.

"Thank you for saving this teenager," ucap doktor Kamal.

"I don't want your thanks, I want to know where he is?" Tegas lelaki itu.

Doktor Kamal tercengang. Nampak seakan lelaki ini mengenali Kytor. Tetapi sejak bila?

"Sorry, I want to ask, who are you really? Do you have a relationship with the patient?"

Ernesto melepaskan keluhan. Dia menyilang tangan memandang doktor ini yang berada di hadapannya. Mengapa susah benar dia ingin berjumpa remaja itu?

"You don't need to know who I am. Where is that boy?"

Doktor Kamal merenung lama diri lelaki ini. Kelihatan tattoo di lengan dari puaknya. Wajah yang sangat mirip pada wajah.. Kytor. A--adakah dia..

Sara pernah ceritakan dulu siapa kekasihnya dulu. Diakah bapa kandung.. Kytor?

Ernesto berdecit. Dia mengurut kening, tidak suka menunggu lama di sini lantas dia berjalan ke arah satu bilik yang kelihatan.

"Hey! Wait!"

Ernesto memulas dan menolak pintu tersebut, menoleh sekeliling.

Hairan,

Kosong.

Alis berkerut lalu menoleh pada doktor itu yang sudah di belakangnya.

"Where is he?" Nada ditekan.

"Erm.."

"He.."

"He is.. dead."

"What?!"

Marc turut terkejut.

"Be-betulkan ke ni abah? Ky-kytor dah tiada?" Luruh jantung Marc mendengar kata-kata itu dari bapanya.

Ernesto tiba-tiba ketawa sinis.

"Do you think I'm stupid? I saved him before the final blow hit him! That boy is not dead yet! WHERE..

Ayunan langkah perlahan mendekati doktor tersebut. Doktor Kamal berundur perlahan.

"IS.."

Semakin lama wajah bengis Ernesto mendekati wajah doktor itu.

"HE?!" Teriak Ernesto pada wajah doktor separuh abad ini seraya tangan kemas mencengkam baju kot putih doktor tersebut.

Doktor Kamal mengawal kegugupannya. Kedua mata coklat tua lelaki ini memandang tajam tepat pada anak mata hitamnya. Sungguh lelaki asing ini tidak bermain dengan kata-kata.

"He..

"He is in a coma."

"Fo--follow me."

Doktor Kamal terus melangkah ke suatu sudut. Ernesto mengikuti langkah doktor itu dari belakang. Perlahan doktor Kamal membuka bilik tersebut yang tersembunyi.

Ernesto lantas melangkah masuk dan melihat susuk tubuh yang tidak sedarkan diri terbaring di katil tersebut. Mesin elektrodiagram sedang berjalan dengan detak yang normal.

Ernesto tersenyum sinis.

"Is this where you hide him?"

Doktor Kamal terdiam. Marc di sebelah hanya memerhati sahaja. Tidak faham situasi bapanya dengan lelaki ini.

Ernesto merenung lama remaja itu yang dibaluti satu badan dengan simen dan kain band-aid putih.

Doktor Kamal memandang lelaki berbadan tinggi ini. Dia menilik diri lelaki ini dari atas sehingga bawah. Kelihatan lelaki ini memakai baju putih yang formal bersama tali leher tanpa blazer hitam diatas. Lengan baju disinsing menampakkan tattoo bercorak dari puaknya. Ditengkuknya pula terukir cacahan bulan sabit. Sangat benar ini lelaki yang Sara ceritakan. Dia ada tattoo bulan sabit di tengkuknya.

Lama benar dia memerhati, langsung dia terkejut saat lelaki itu memaling wajah padanya.

"Are-- are you really Daniels?" Soal doktor Kamal gagap.

Kening Ernesto bertaut tatkala doktor itu tahu namanya.

"You Vicente Daniels right?" Doktor Kamal menyoal sekali lagi.

"How do you know my name?"

"Sara told me. You are a special person in her life."

Ernesto terdiam. Lama dia berdiri situ sebelum langkah kaki terus keluar dari bilik tersebut.

"Don't you want to know about your son condition?"

Kedua langkah kaki terhenti. Rahang lelaki ini mengetap. Dengusan nafas dilepaskan kasar.

"He is not my son."

"Why you said like that? If he is not your son, why you came here? Why you save him?" Soal Doktor Kamal bertalu-talu.

Ernesto menoleh pada doktor itu. Seberapa dalam dia kenal Sara Amelia? Wanita yang sudah lama dia cuba untuk lupa.

"Aku pasti Sara beritahu kau kenapa dia lari dan curi duit aku bernilai 2 juta."

Doktor Kamal pula terdiam. Dia yang mendengar terkejut kerana tidak sangka lelaki berkulit putih ini fasih bercakap Melayu.

Ernesto tersenyum sinis, "Jangan risau, aku dah maafkan perempuan tu."

Dia pusing mahu beredar. Doktor Kamal langsung bersuara,

"Sara.."

"Dia.."

'Jangan beritahu dia Kamal.' Pesan Sara dulu dia tidak endah lagi. Lelaki itu patut tahu mengapa Sara buat begitu.

"Sara buat begitu sebab dia sakit, dia sakit seperti Kytor, anak kau. Dia tidak mahu kau melihat dia dalam kesakitan dan waktu itu juga entah mengapa nasib malangnya menimpa dia lagi, ibubapanya menyuruhnya berkahwin dengan lelaki yang dia tidak kenali! Perkahwinan Melayu yang telah diatur oleh ibu bapa sendiri!" Terang doktor Kamal yang tahu penderitaan tentang wanita itu. Dia tahu apa yang Sara Amelia lalui waktu itu. Tidak berani melawan kata-kata ibubapanya.

Ernesto terdiam. Dia memusing pada doktor itu. Kaki menghayun perlahan ke arah doktor itu kembali. Apakah benar apa dia dengar? Mengapa Sara tidak memberitahu hal sebenar tentang sakitnya? Mengapa dia sanggup berbuat begitu? Mengapa dia tidak memberitahu tentang keluarganya yang bermasalah? Selama ini wanita itu hanya berdiam. Wanita ini membuat dia sudah salah faham. Dia pula? Hanya tahu melepaskan kemarahan dengan membunuh musuh-musuhnya.

Dia memandang doktor Kamal.

"Apa sakit dia?" Kali ini Ernesto berbicara dengan nada perlahan. Dia mahu tahu sakit Sara yang selama ini dia tidak tahu.

"Sara berhalusinasi. Aku fikir ia mungkin kerana kemalangan ibu kandungnya dan juga penderaan dari bapa kandungnya ketika dia masih kecil. Setelah itu, ayahnya berkahwin lagi seorang janda anak satu. Ibu tiri Sara tidak pernah menjaga Sara dengan baik malah hanya bergantung pada kekayaan bapa Sara dan..

..bekas suami Sara."

"Di mana mereka sekarang?" Ernesto sudah naik angin.

"Mereka sudah meninggal 30 tahun lepas, kerana usia yang sudah tua."

Hati Ernesto sakit mendengar hal itu. Tidak pernah Sara menceritakan tentang keluarganya kepada dia. Tetapi mengapa Sara merahsiakan hal itu pada dia? Tangannya menggengam erat.

Dia menoleh pada remaja itu yang lena lama.

"And.. him? Same as Sara?"

"Yes. Sakit Sara menurun pada Kytor," jawab Doktor Kamal mewakili Doktor Kytor. Itu adalah pesanan terakhir Sara meminta dia untuk menjaga anaknya.

Ernesto meraup rambut ke belakang. Kepala mendongak dengan mata dipejam rapat.

"Shit!"

Terkejut doktor Kamal dan Marc dengan carutan yang diterbit dari bibir lelaki itu.

Ernesto meluru masuk ke dalam bilik tersebut. Dia ingin melihat sendiri wajah anak kandungnya. Keadaannya sungguh menyayat hati. Jika dia tahu hal ini dari awal, dia tidak akan membiarkan remaja ini menderita dari kecil.

Tangan kekarnya perlahan mengusap tangan remaja itu yang dibalut kain putih. Kedua mata berkaca saat dia tiada di sisi remaja ini dan tiada di sisi Sara Amelia.

"I'm sorry, Rayno." Dia separuh berbisik pada telinga remaja itu. Itu panggilan dia pada anaknya dalam bahasa ibunda.

Ernesto memandang setiap luka yang telah dijahit dan dibalut. Api membara dalam hati. Tangan penuh berurat mencengkam penghadang katil. Kecelakaan ini bukan biasa. Dia akan mencari siapa yang membuat ini.

"Vicent--"

"Call me Daniels."

Lelaki itu memandang doktor Kamal.

"Err.. Daniels. Kau tahu Sara dimadukan setelah dia berkahwin?"

Melihat raut wajah lelaki itu, dia pasti lelaki itu tidak tahu akan hal itu. Dia tidak menunggu lama lalu berkata lagi,

"Luisa Rosie."

Ernesto mengerutkan dahi tidak mengerti.

Doktor Kamal terus melanjutkan bicara lagi,

"Dia--

-------

---- kakak tiri Sara."

End Flashback

Ernesto ingat lagi Sara pernah bilang dia punya ibu tiri. Ibu tirinya sudah memiliki seorang anak perempuan sebelum mengahwini bapanya dulu. Ibu kandungnya pula sudah meninggal kerana kecelakaan.

Telefon yang berdering menghentikan lamunan lelaki sasa itu. Dia melihat skrin dan menggeser punat hijau ke kanan. Ernesto melekap telefon di telinga menunggu balasan dari anak buahnya.

"Boss.. this man is dead. Where should we throw him?"

Lelaki itu yang dimaksudkan Javier adalah Alex. Alex dibelasah teruk dan diseksa tanpa henti. Bukan itu sahaja, dia dikurung seperti mana dia buat pada remaja itu. Ernesto tidak membenarkan lelaki itu mati begitu sekejap. Sehingga hari ini baru lah dia sudah mati dengan kejam sekali ditangan Ernesto. Konco-konco Alex? Mereka mati hari pertama. Alex seorang sahaja diseksa lama dari mereka.

Rayuan lelaki itu dari beberapa tahun lepas hanya sia-sia.

"Tolong.. aku minta ma-af."

"Aku menyesal. Aku tak tahu dia anak kau. Tolong.. tolong lepaskan aku! Aku memang tak tahu. Ini semua salah wanita itu! Dia yang rancang semua ni! Dia disebalik semua ini! Tolong.. hisk.. aku mohon.."

Anak-anak buahnya pernah mencari wanita itu sehingga ke lubang cacing. Hairan. Mereka tidak jumpa jejaknya. Wanita itu tidak keluar dari negara Malaysia lagi. Dia sudah memeriksa semua rekod penumpang penerbangan. Tiada pun nama nya yang tersenarai.

Setiap kamera kedai makan, kedai membeli-belah dia perhati. Langsung wanita ini tidak memunculkan diri.

"Cut him into several pieces, wrap him and throw him into our fish pond," kata Ernesto menjawab soalan anak buahnya.

Kolam ikan dimaksudkan dia adalah beberapa ikan piranha yang hidup di halaman markasnya di sana.

Tok! Tok!

Talian dimatikan lalu menoleh pada susuk figura seorang wanita yang berada di muka pintu. Dia memandang Bella yang masuk ke dalam pejabatnya.

"How?"

"No boss. We didn't found him. But, I think someone help him."

"Someone?"

"Yes."

αͺ₯αͺ₯αͺ₯


Lelaki itu yang tidak terurus meramas rambutnya sehingga lunyai.

"Mommy.." Dia menangis teringatkan kejadian 5 tahun lepas.

"BODOH!!"

"Ariz! Sekarang ni kita kena buru! Macam mana you tak sedar Kytor tu anak seorang mafia?!"

"I don't know mom! I really don't know!" Resah Syahariz.

"Duit tu.. duit tu milik dia bukan? Milik bapak budak tu bukan?" Cemas Madam Luisa ke hulur ke hilir di dalam satu rumah usang.

Ariz sudah buntu. Dia patut tahu hal itu. Sekarang ni semua berbalik pada dia semula.

"Ariz!"

"What? Sabar boleh tak?! Aku tengah fikir jalan ni!"

"You ingat I boleh sabar? Kalau I tahu, I tak sasar budak anak Sara tu lah!!"

Ariz memandang mommynya dengan ketawa sinis.

"Hahahah! Then, kau nak salahkan aku?!"

"Jom! kita cari budak tu balik! Kita kena bagi budak tu pada bapak dia." Madam Luisa menarik tangan anaknya tetapi di tepis kasar oleh remaja itu.

"Eh memang tak lah aku nak hadap budak tu!! Kau nak minta maaf ke?! Dah terlambat lah perempuan!"

Madam Luisa menampar pipi Ariz. Dia geram.

"Kalau I tahu perangai you macam ni, dah lama I bela anak Sara tu dengan baik kau tahu?!" Madam Luisa terus berlalu meninggalkan Ariz di situ.

Pandangan Ariz bengis. Dia menggenggam kedua tangan merenung wanita itu. Apa kau cakap? Bela budak tu dengan baik dari aku?

Dengan langkah laju dia ambil pisau lipat di atas meja yang terbiar lalu pantas menusuk pisau lipat berkali-kali di belakang wanita itu.

Madam Luisa terkejut lalu rebah. Kedua mata terbuntang luas kerana kejutan.

Wanita itu yang terbaring dengan darah yang mengalir banyak, memandang remaja itu.

"A--aku me--nyesal lahir--kan kau.." Dia melepaskan nafas terakhir dan kedua mata tetap terbuka memandang ke arah remaja lelaki itu.

Ariz geram. Dia mengamuk dan menendang semua disekelilingnya.

"Argh!!"

"Ini semua salah kau! Salah kau Kytor!!"

Ariz menggigit jari. Apa yang harus dia buat pada mayat ini? Dia memikirkan cara supaya mayat ini tidak dijumpai. Selalunya mommy sahaja yang melakukan kerja pembersihan untuk dirinya. Sekarang tidak lagi. Dia yang harus lakukan sendiri.

Charlene.

Fikirannya teringat gadis itu. Dia patut jumpa Charlene. Charlene sahaja penyelamatnya. Kalau tak, hidup dia akan terseksa berkurung lama di sini.

Dia mencapai telefon pakai buang di atas meja. Dia mendail nombor gadis itu. Dia ingat lagi nombor gadis itu.

Tidak terlalu lama, telefon diangkat

Senyuman sinis terukir.

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

Leen tidak tahu sampai bila dia perlu buat begini. Mesej yang masuk berkali-kali membuat dia tertekan. Pemanduannya laju menuju suatu tempat. Lari dari dia? Pernah. Tetapi, tidak mungkin terjadi.

"Kau nak pergi mana perempuan?"

"Ah! Lepas lah Syah! Aku takde hubungan dengan kau!"

"Kau kena tolong aku! Aku tak kira! Kalau tak nyawa kau melayang!"

"Lepas!"

"Arghh! Sakit!"

Pisau ditekan pada leher gadis itu.

"O--ok ok. Aku tolong.."

"Kalau kau berani report polis. Kau tengok lah kawan kau akan mati."

"Hisk.. hisk.." Charlene mengangguk laju. Dia tidak mahu Elina diapa-apakan oleh lelaki ini.

Sehingga kini Leen kerap mendapat mesej dari lelaki jahanam itu. Ugutan dan segala macam permintaan lelaki itu dia perlu laksanakan untuk lelaki itu teruskan hidup dari pemburu-pemburu tersebut.

'El.. aku minta maaf.'

Leen memandang mesej lelaki itu. Stress!

"Sabar lah, heish!"

αͺ₯αͺ₯αͺ₯

"Ish! Mana kau ni? Aku mesej kau tak reply!" Geram Syahariz tiada balasan dari mesej tersebut.

Dia tidak boleh call buat masa ini kerana dia dapat tahu pemburu-pemburu itu masih lagi berlegar-legar berdekatan kawasan ini. Pasti taliannya akan dikesan oleh mereka. Dia harus berhati-hati. Entah bila mereka akan berhenti mencarinya? Tidak, mereka tidak berhenti kerana Kytor sudah dikhabarkan mati oleh Leen.

Pasti lelaki itu ingin membalas dendam ke atas kematian anak lelakinya.

"Bodoh kau Syah!" Dia memarahi diri sendiri. Sekarang memakan dirinya pula.

Terdengar bunyi kereta dari luar. Dia menyorok dan mengintai dari dalam. Senyuman sinis terukir.

'Datang pun.'



Additional Information :-

β€’Nama Ernesto melambangkan nama keluarga Vicente Daniels.

β€’
β€’
β€’
β€’

Ernesto Daniels, watak istimewa tumpang masuk kejap. Tak sure nak terbitkan cerita tentang dia dan Sara ke tak. Hm..

Please vote and comment tau ❀️.

BαΊ‘n Δ‘ang đọc truyện trΓͺn: Truyen2U.Pro