Bab 6

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Written by : Fahizah_Reena














"KAEL... bangun... Tak kerja ke hari ni?" Lepas solat subuh, Mikhael terus naik tidur bilik atas. Aku yang leka memasak nasi lemak pun sempat kerling jam yang disangkut kat dapur. Memang lewat. Tak pernah Mikhael bangun lambat begini. Mujur aku masak cepat, terus matikan api dan naik ke atas. Tak disangka, Mikhael masih berselubung dalam gebar.

"Kael... bangunlah!" Aku tarik gebar yang menutup wajahnya, nampak mata Mikhael tertutup rapat, dengan bibirnya kelihatan sedikit pucat. Nafas Mikhael juga kedengaran sedikit berat, macam sukar sekali nak bernafas macam biasa. Kenapa dengan Mikhael ni?

"Kael... awak tak sihat ke?" Dengan teragak-agak aku beranikan diri melekapkan belakang tanganku di dahinya, jantung ini berlari deras dek kepanasan yang mula meresapi belakang tanganku. Dia demam panas? Tengok semalam okey je, kenapa tiba-tiba demam? Gara-gara tengok cerita hantu ke? Ah, tidak mungkin.

"Awak demam ni. Kena mintak mc..." Bibirku dekatkan di wajahnya, berbisik dengan suara halus. Matanya pula terbuka luas, seluas samudera. Aku hampir terjatuh kerana terkejut tapi tangannya segera sambar lenganku. Dan semerta tubuhku terjatuh atas dadanya. Alamak, apa jadi ni? Terkebil-kebil aku tatap wajah Mikhael, muka Mikhael yang lesu tidak bermaya itu ajaibnya masih kelihatan kacak.

"Kau nak aku bertambah sakit ke, Isya?" soal Mikhael lembut. Matanya tajam melahap laman wajahku. Dengan dahinya berkerut halus, macam tengah stress je.

"Er, mana ada. Isya..."

"Bangun... Dada aku sakit ni."

Aku baru tersedar, lekas aku bangkit. Malu pipi disimbah rona merah. Kenapalah aku boleh tak sedar, kesian suami aku. Kena hempap dengan badak, hehe... Aku tak adalah gemuk pun, cuma boleh tahan berat jugak aku ni. Berat nak melupakan Mikhael. Tiber sangat.

"Awak tak kerja ke?" Aku soal lagi bila malu dah hilang.

Mikhael masih menatap aku. Kali ini lama pula, selalu pandang aku nak tak nak. Dia marahkan aku lagi ke pasal aku hempap dia? Atau dia marah sebab aku kacau tidur dia?

"Hm, kerja..." Mendatar dia menjawab. Tapi aku dapat rasakan ada ukiran senyuman singgah di bibirnya tadi. Macam menyinis? Kenapa, eh? Abaikan jelah, lebih baik tanya kenapa dia nak kerja walaupun demam panas macam ni.

"Erm, cuti jelah. Kan awak sakit?"

"Kalau aku cuti, aku lebih sakit, Isya..." jawabnya sedikit meleret. Tika ini, aku nampak jelas dia senyum. Aku celikkan mata luas-luas, aku sedang berhalusinasi ke? Kenapa dia boleh senyum dekat aku? Kenapa? Sebab demam ke skru kepala dia tercabut?

"Kenapa pula awak lagi sakit?"

"Hm, fikirlah sendiri..." Malas jawapan dia.

"Boleh je awak jawab. Dah lah, Isya nak turun nak sediakan ubat dengan nasi lemak yang Isya masak tadi... Awak nak kerja, kan..."

"Hm, tak payah. Nanti aku turun..." Mikhael tolak gebarnya, dan dia bangun sendiri. Mulai sandarkan kepala di kepala katil, sedikit lama dia memicit pelipisnya. Aku yang melihat jadi risau dengan keadaan dia. Kenapalah masih degil nak kerja? Sakit-sakit macam ni macam manalah nak rawat pesakit? Karang diri sendiri tumbang.

"Nak Isya tolong urut?" Aku tawarkan pertolongan.

"Hm... Tak payah..."

"Sekejap je Isya urut. Tak lama..."

Mikhael mendengus kasar. Dia jatuhkan tangannya ke bawah lalu tanpa diduga tanganku ditarik dan diletak pada pelipisnya. Aku teguk liur. Lain macam aje Mikhael hari ni.

"Urutlah tunggu apa lagi..."

Aku pun kalut mula mengurut pelipisnya dengan berhati-hati. Pertama kali kut mengurut dia, agak canggung dan kurang selesa. Lagi-lagi bila mata Mikhael menetap elok, memandang aku sehingga tembus ke jantung. Pagi ni aku lawa sangat ke? Tak silap aku, tak ada pula aku pakai mekap. Lipstick pun tak ada. Pelik je...

"Kuat sikit... Gaya macam orang tak makan setahun," sindir Mikhael pedas.

Aku gigir bibir, terasa hatilah gini. Jahat mulut hang! Aku lebih kuatkan urutan, sampai tergoyang-goyang kepala Mikhael. Kalau boleh nak bagi kepala dia terpusing. Nak sangat kan urutan kuasa turbo.

"Ehem..." Deheman singgah di bibir Mikhael lepas beberapa minit alunan kipas angin menemani kami berdua..

Aku angkat kening, bertanya.

"Ada tak apa-apa yang kau nak tapi belum dapat?"

Aku terus angguk walaupun aneh belaka soalan Mikhael, sekurangnya Mikhael hari ni banyak sikit bercakap. Satu perkembangan yang agak baik berbanding sebelum ni.

"So, tell me..."

"Hati awak..." Blushing wei, aku yang cakap. Aku juga yang malu. Muka Mikhael pun terkejut, mesti tak dapat agak jawapan sengal aku.

"Er, Isya keluar dulu..." Terhenti urutan dan aku bangkit. Tapi dihalang dengan suara Mikhael.

"Let me check something."

Aku kerut dahi. Check apa pulak dia ni? Orang tengah malu, dia boleh pulak cakap nak check-check. Semakin merisaukan.

Kakiku terpaku, Mikhael turuni katil dan mampir padaku.  Tubuhku didakapnya erat, buatkan aku terpanar. Seketika, dia leraikan dakapan itu dan tanpa amaran bibirku disentuh dengan sesuatu yang lembut. Apa ni? Argh! Aku macam nak pengsan!





NASI goreng aku kuis-kuis, langsung tak berselera gara-gara penangan Mikhael. Gila! Kenapa Kael buat aku begini? Kenapa dera perasaan aku? Tahu tak aku rasa nak pengsan. Dia tu dengan selamba, pergi ke toilet lepas dia hadiahkan kucupan itu. Sekarang ni dia depan mata aku, sedang menjamah makanan tanpa komen apa-apa tentang tadi. Beri penjelasan pun tidak. Penyakit bisu dia dah mari. Huh! Geramnya!

"Saya nak naik atas dulu..." Sudahnya aku bersuara. Makan pun tak selera lebih baik aku naik atas, dia pun nak kerja kan? Walaupun pakaian dia hari ni tak formal, macam bukan nak pergi kerja. Pakai t-shirt lengan pendek, nampakkan bahunya yang kekar itu dan seluar jeans panjang. Rambut disisir kemas, menyerlahkan ketampanan dia. Wajahnya sedikit lesu tapi dia dah jamah ubat. Lepas ni sembuh kut. Pandai-pandailah dia nak hidup.

Aku melarang dia pergi kerja pun, mesti dia tak nak dengar. Iyalah, aku ni bukan isteri yang dianggap pun. Hanya perhiasan yang sangat menjengkelkan padanya.

"Duduk... Teman aku makan," arah Mikhael tegas. Tangan aku ditariknya agar aku kembali duduk. Tak pernah dia suruh aku teman dia makan. Apa kena dia ni?

"Awak ni kenapa, Kael? Ada masalah kat sini ke?" Tu dia... Aku tunjuk jari telunjuk kat kepala aku. Selamba aku soal, penat kerah otak dan tiba masanya aku luncurkan persoalan yang serabutkan otak aku.

"Nope... Teman aku makan pun salah ke?" Bercakap macam robot. Bosan pula aku dengar suara dia. Baik diam lagi baik.

"Tak nak. Isya nak naik..." Sekali sekala nak melawan cakap dia, agak-agak dia kesah tak?

"Duduk sebelum aku ulang lagi scene tadi. Nak ke?"

Teguk liur berkali-kali. Argh, kenapa dia ni? Kecut perut, aku duduk diam-diam. Kini aku pula dapat penyakit bisu. Mata merenung nasi di pinggan, nak sambung makan memang tidaklah. Selera hilang, nak panggil selera tu kembali memang payah. Kerana Mikhaellah buat aku tak senang duduk. Selera pun mati. Siapa nak bertanggungjawab?

"Makan... Duk tengok nasi tu, kenapa? Ada ke nasi tu pandai panjat masuk mulut kau?"

"Isya tak seleralah..." protesku sambil muncung bibir.

"Mengada betul. Aku nak kau makan cepat... Lepas ni kita keluar..."

Bibir terlopong. Belum pernah dia bawa aku keluar rumah ni sejak kami kahwin. Kenapa hari ni dia nak bawa aku keluar? Ada apa-apa ke?

"Awak kan kerja..."

"Syuttt... Makan..." Macam gitu aje dia suruh aku diam. Memandangkan aku isteri mithali, aku dengar juga arahan dia. Takut sebab dia dah bagi muka bengis. Garang sangat abang doktor ni, takut Isya! Ahaks!







"MANA yang cantik?" Mikhael macam cakap sorang-sorang. Aku hanya diam, memerhati dia tengah pilih blouse bercorak bunga-bunga kecil. Cantik di mata aku, tapi untuk apa aku cakap dekat dia. Bukan dia nak bagi aku pun. Dia pun angkut aku ke sini tanpa beritahu apa-apa. Macam biasalah aku jadi tunggul.

"Yang mana cantik?" Dia ulang lagi soalan. Bercakap sorang-sorang memang seronok kut? Suka hati kaulah Kael, nak bercakap dengan baju-baju pun boleh.

Tatkala ini, kepala Mikhael pusing ke belakang. Matanya menghala tepat ke wajahku, dia tayang muka seriusnya. Sambil itu dia kerutkan dahinya.

"Aku tanya ni, mana yang cantik."

Aku tersentak. La, dia cakap kat aku ke?

"Awak tanya saya? Er, nak bagi saya ke blouse ni? Seriuslah?" Ceria suaraku melonjak, bahagia muncul sebab dapat baju free. Cantik pula tu, memang aku berkenan kalau blouse berwarna pink belacan yang berada di tangan Mikhael.

"Perasan. Aku tanya je yang mana cantik. Ada aku cakap nak bagi kau?"

Hampir tercekik aku kerana kata-katanya yang penuh dengan selamba. Hati aku sedikit terguris luka. Sampai hati, kan? Habis tu dia nak bagi siapa? Dia nak bagi ex girlfriend dia tu ke? Tak mungkinlah...

"Kalau bukan untuk Isya. Tak perlu tanya Isya... Tanyalah ex abang tu..." Monyok muka. Aku balikkan tubuh, mula berjauh hati. Tahulah aku tak layak pun nak dapat apa-apa dari dia. Aku bukan isteri dambaan dia. Sedihlah macam ni, kenapa aku rasa nak mengalah?

"Isya... Kau ni kenapa bijak sangat? Aku gurau je... Memang blouse ni untuk kau. Pilihlah."

Pinggangku dirangkul kemas, suka hati dia je sentuh aku begini. Kejung terus tubuh aku. Kenapa dia berani sentuh aku? Selama ni, bila aku pegang dia pun dia buat muka meluat... Ini kenapa? Ya Allah... Dia dah sedia nak bagi hati dia kat aku ke?

"Berangan apa tu. Pilihlah, cepat!" Pinggangku dilepaskan, dia cubit pipiku pula.

"Kalau kau lambat pilih. Aku cancel..."

Ada pulak macam tu? Tak ikhlas betul!

"K... kenapa Kael tiba-tiba nak bagi hadiah?" Teragak-agak aku soal sambil mata ralit memilih blouse yang berkenan di hati. Tadi dah jumpa, nak lagi satu. Bukan selalu, kan?

"Birthday kau hari ni. Lupa ke?"

Zzap! Jantungku bagaikan nak terkeluar. Hari ni birthday aku? Ya Allah, kenapa aku tak ingat langsung. Dan kenapa dia yang membenciku, boleh ingat birthday aku? I can't believe it!



5 Jan 23

...

Writer's comment : Nah, hadiah! Sorry lambat... sweet pulak Kael ni 🤣





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro