❤︎𝓓𝓾𝓪 𝓑𝓮𝓵𝓪𝓼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Kelihatan Felix sedang mencari sesuatu di bawah katilnya.Kemudian dia membawa keluar sebuah kotak yang bersaiz sederhana dari bawah katilnya.

Kotak itu dibuka,dan Felix mengeluarkan satu persatu barang sehinggalah dia menjumpai barang yang dicarinya.

Album semasa sekolah rendah.

Felix menyelak album itu untuk mencari gambar kelasnya dan dia berhenti di tengah-tengah halaman album itu.

"Yang Sohee...",Felix mencari nama gadis itu dan matanya terhenti pada salah seorang budak perempuan yang berada di antara pelajar yang lain.

Matanya membulat sebaik saja dia mendapat tahu yang budak perempuan di dalam gambar itu ialah Yang Sohee.

Flashback

Felix dibawa ke bilik guru disiplin bersama In Ho,budak yang selalu membulinya.Selepas memberitahu gurunya tentang sikap In Ho,Felix dilepaskan tanpa denda manakala In Ho pula,guru menelefon ibu bapanya.

Waktu sekolah berakhir,dan Felix termenung sendirian di hentian bas menunggu Jackson menjemputnya.Dia bersendirian hari itu kerana Hyunjin tidak hadir.

"Tangan awak luka...tak sakit ke?",satu suara menegur dan Felix menoleh.

"Ha?",Felix sedikit terkejut lalu melihat sikunya yang melecet akibat pergaduhan dengan In Ho tadi.

"Sakit...tapi sakit sikit je.Saya kan lelaki.",ujar Felix lalu membetulkan kaca matanya.

"Saya ada plaster...biar saya tampalkan kat luka awak.",ujar budak perempuan itu lalu mengeluarkan plaster dari beg sekolahnya.

Felix hanya membiarkan budak perempuan itu menampal plaster dan dia hanya merenung kelakuan budak perempuan itu.

"Dah siap...nanti sapu ubat tau!",pesan budak itu sambil tersenyum lalu meninggalkan Felix.

Felix hanya tersenyum kecil lalu melihat plaster yang bercorak Hello Kitty itu ditampal pada sikunya.

End flashback.

Felix merebahkan badannya di atas lantai lalu menutup matanya dengan lengan.

"Seriuslah tu,Sohee?",soal Felix yang masih tidak percaya.

"Surat...jap,surat!",Felix bangun semula dan membongkar kotak tadi.

Sekeping kertas yang disimpan dalam sampul diambilnya.Felix membuka surat itu lalu membaca isinya.

Hai awak!

Sebenarnya saya nak cakap,yang saya suka awak...hehe.Saya suka awak sejak awak tolong tampalkan plaster kat siku saya...lepas tu,saya selalu tengok awak dalam diam..awak cantik...jom couple?

From:Felix
To:Sohee cantik

"Oh my God...aku ke yang tulis benda ni?",Felix sudah meroyan.Telinganya sudah merah kerana malu dengan diri sendiri.

"Tak pe,Felix...masa tu kau baru darjah 4...",Felix menarik nafas dalam untuk menenangkan dirinya semula namun perasaan malu itu tetap ada.

Jackson memandang bilik adiknya dan ternampak Felix yang sedang berguling di atas lantai.

"Lix? Kau kena rasuk ke apa ni?",tanya Jackson lalu masuk ke dalam bilik Felix.

"Lix malu ni,Hyung.",adu Felix dan suaranya agak tenggelam kerana mukanya ditutup dengan bantal.

Jackson menggelengkan kepalanya.Dia mengambil tempat di atas katil Felix dan ternampak sehelai kertas yang kelihatan agak lama yang dibiarkan di atas lantai.

Tanpa bertanya apa-apa,Jackson terus mengambil kertas tadi lalu membacanya.

"Hahhahahaha!",Jackson ketawa sekuat hatinya selepas membaca surat tadi.

Felix mengalihkan bantal dari mukanya lalu cepat-cepat merampas kertas di tangan Jackson.

"Yahhh! Hyung! Aib Lix!",marah Felix.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jeongin pulang ke rumahnya dengan senyuman lebar yang terukir.Dia juga menyanyi kecil lalu mencari Puan Hong dan Sohee.

"Eomma? Noona?",panggil Jeongin.

"Eh dah balik...kenapa panggil?",soal Puan Hong yang baru keluar dari tandas.

Jeongin tidak menjawab sebaliknya terus menunjukkan slip keputusan pada ibunya.Puan Hong mengambil lalu melihat apa yang tertera di kertas itu.

"Wah! Iyen dapat straight A? Tahniah...",ucap Puan Hong lalu menepuk kepala anak bongsunya itu.

"Kan Iyen dah cakap...walaupun asyik main game,Iyen dah prepare masa untuk exam.",ujar Jeongin dengan bangga.

"Yeyelah kau.... entah-entah dapat soalan bocor.",Sohee mencelah.

"Mana ada...Iyen usaha sendiri okay.",Jeongin membela dirinya apabila Sohee berkata demikian.

"Kalau macam tu...Eomma boleh buat makan-makan sikit...lagipun lepas kita pindah ke sini semula,tak sempat nak bertegur sapa dengan jiran-jiran.",cadang Puan Hong.

Jeongin dan Sohee hanya mengangguk setuju.Ada betul juga apa yang dikatakan ibu mereka itu.Mereka tidak mahu digelar sombong kerana tidak bertegur sapa dengan jiran-jiran terdekat.

"Hujung minggu ni lah,kita buat makan-makan.Sebelum tu,boleh jemput jiran datang.",ujar Sohee.

"Okay...",jawab Puan Hong.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Jackson termenung di kaunter kedai runcitnya.Itulah rutin hariannya setiap kali berada di kedai.Tidak menyusun barang,termenung di kaunter.

Seorang budak lelaki masuk ke dalam kedai sambil melihat gula-gula yang diletakkan di dalam balang mengikut perisa.

Balang yang berisi gula-gula perisa strawberi dicapainya.Budak tadi membuka penutup balang lalu mengambil segenggam gula-gula itu.

"Yugyeom nak bayar ni.",ujar budak itu selepas meletakkan gula-gula di atas kaunter.

Jackson memandang Yugyeom yang sedang tersengih di depan kaunter itu.

"Tadi bukan ambik segenggam ke? Kenapa tinggal lima je gula-gula ni.",tanya Jackson.

"Mana ada...Yugyeom ambik lima je.",jawab Yugyeom.

Jackson bangun dari tempatnya lalu menghampiri Yugyeom.Dia melihat poket seluar Yugyeom yang kelihatan padat itu.

"Ni apa? Tak baik mencuri, tau?",nasihat Jackson.

"Bukan mencuri...Yugyeom ambik je.",kata Yugyeom dengan nada tidak bersalah.

"Mana boleh ambik...ni kan kedai,kalau kat kedai kena bayar...kalau tak bayar,maksudnya mencuri...faham?",panjang lebar Jackson memberi penerangan.

"Tak faham.",jawab Yugyeom lalu mengorek hidungnya.

Jackson menahan geram.Tidak pernah sebelum ini dia berjumpa dengan kanak-kanak keras kepala begitu.

"Tak faham,tak boleh beli.",ugut Jackson.

Dia bukan berkira namun jika dibiarkan,boleh mempengaruhi fikiran kanak-kanak itu sehingga besar nanti.Jadi biarlah dia menegur kesalahan itu sekarang.

"Okay...nah ambik!",marah Yugyeom lalu mengeluarkan gula-gula tadi.Dia menolak tangan Jackson sebelum keluar dari kedai.

"Kau kalau aku tak fikir anak orang,dah lama aku sebat.",bebel Jackson sambil mengutip gula-gula tadi.

Jinyoung yang baru masuk ke dalam kedai,pelik melihat Jackson sedang mencangkung di depan kaunter.

"Kau buat apa?",soal Jinyoung dan Jackson menoleh.

"Tengah berak...",jawab Jackson sarkastik.

"Jap...kau cikgu tadika kan? Mesti kau kenal dengan budak nama Yugyeom.",tanya Jackson dan Jinyoung mengangguk.

"Budak tu tak ada adab kau tahu tak? Boleh pulak dia tolak tangan aku macam tu je.",adu Jackson.

"Dia memang macam tu...aku dah selalu kena.",jawab Jinyoung.

Jackson menarik muncung kerana masih tidak puas hati.Melihat gelagat Jackson,Jinyoung tergelak kecil.Memang Jackson tidak berubah dari dulu.

"Petang ni kau ikut Appa aku ke?",tanya Jinyoung.

"Ikut...kenapa?",soal Jackson semula.

"Aku tahu yang kau buat semua tu sebab nak ambik hati Suzy...tapi aku nak pesan yang adik aku tu tak senang nak terima orang.Bukan tak pernah orang mengorat dia.",beritahu Jinyoung.

"Ooo... tak apalah kalau macam tu.Biar aku jadi orang pertama yang bukakan hati dia.",ujar Jackson yakin.

"Semoga berjaya.",ucap Jinyoung.

"Kau datang ni nak beli apa?",tanya Jackson bila melihat Jinyoung tidak mengambil apa-apa barang.

"Tak nak beli apa pun....saja melawat kawasan.",jawab Jinyoung selamba lalu beredar dari situ.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Hujung minggu,

Felix pergi ke rumah Sohee selepas dijemput gadis itu tempoh hari.Dia sengaja bersiap awal walaupun sudah diberitahu untuk datang waktu petang.

"Lix...awalnya datang? Kan saya dah bagitahu petang.",ujar Sohee.

"Saja je saya datang awal...nak jumpa awak.",balas Felix lalu tersengih.

Sohee hanya tertawa kecil melihat wajah comel Felix itu.Dia menjemput lelaki itu masuk ke dalam rumah.

"Nak saya tolong apa-apa?",Felix menawarkan dirinya.

"Boleh...tolong kupas bawang besar tu.Kalau buat dua orang,cepat sikit siap.",arah Puan Hong dan Felix mengangguk faham.

Felix tersenyum lebar kerana dapat mengupas kulit bawang itu bersama Sohee.Dia mengambil pisau sebelum duduk bersebelahan Sohee yang sudah pun memulakan kerjanya.

"Waa...pandai awak kupas bawang.",puji Felix sambil melihat ke arah Sohee.

"Apa lah awak ni...kupas bawang semua orang pandai.",ujar Sohee.

"Ooo...baru saya tahu.",balas Felix pendek lalu mengambil seulas bawang besar untuk dikupas.

Baru beberapa ulas dia mengupas,matanya sudah mula berair kerana pedih.

"Lah...baru tiga ulas,dah menangis?",ejek Sohee sambil ketawa.

"Mana ada saya menangis....ni masuk habuk.",Felix tidak mengaku.

Dia tidak boleh mengalah hanya disebabkan mengupas bawang.Disebabkan airmatanya yang bergenang,Felix sukar untuk mengupas kulit bawang itu hingga menyebabkan jarinya terluka.

"Auch...",Felix meletakkan pisaunya.Sohee memandang jari telunjuk Felix yang sudah mengalirkan darah itu.

"Itulah...lain kali,buat kerja hati-hati.Kejap,saya ambik kain bersih.",kata Sohee dengan tenang.

"Macam tu je...kenapa dalam drama,sampai nak bawak ke klinik bagai?",rungut Felix bila Sohee hanya bersikap tenang.

"Sini jari tu.",Sohee menarik tangan Felix.

Baru saja Sohee ingin mengelap darah tadi,Jeongin yang kebetulan lalu di situ,menghampiri Felix dan Sohee.

"What is this? Tiny hand...",ejek Jeongin sambil meletakkan tangannya di belakang tangan Felix.

"Pergi sanalah kau...menyibuk je.",marah Sohee.

Felix tertawa kerana geli hati melihat Sohee marahkan adiknya.Sebelum ini dia hanya melihat sisi kelembutan pada Sohee,hari ini dia dapat melihat kegarangan gadis itu.

Felix ingin mengelap airmatanya yang bergenang itu namun Sohee sempat menghalangnya.

"Lix...tangan awak kan pegang bawang tadi...pastu awak nak sentuh muka awak dengan tangan tu?",tegur Sohee.

"Haahlah....kalau macam tu,awak tolong lapkan boleh? Saya tak boleh nak tengok kecantikan awak dengan airmata ni.",pinta Felix manja.

"Mengada...lap guna kulit bawang boleh?",usik Sohee sambil menunjukkan kulit bawang tadi.

Felix menggelengkan kepalanya sambil memuncungkan mulutnya.Sohee memandang setiap inci raut wajah Felix dan dia terpesona dengan ketampanan lelaki itu.

Awak Lee Felix yang saya kenal dulu,kan?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro