❤︎𝓣𝓲𝓰𝓪 𝓑𝓮𝓵𝓪𝓼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Suasana rumah Sohee ketika itu riuh rendah dengan kehadiran jiran-jiran yang datang.Maklumlah,kebanyakan jiran yang dijemput merupakan kenalan rapat kepada Puan Hong semasa sekolah dulu.

Hyunjin mengambil satu persatu kuih yang terhidang ke dalam pinggan.Sebelum itu dia sudah menghabiskan dua pinggan nasi namun sebagai pencuci mulut, Hyunjin mengambil kuih muih pula.

"Banyak nya kau makan,Hyun...bukan tadi dah makan nasi ke?",tegur Felix sebaik saja Hyunjin mengambil tempat di sebelah bersama sepinggan kuih muih.

"Ni dessert...",jawab Hyunjin sebelum menyuapkan agar-agar ke dalam mulutnya.

"Lix...macam mana dengan Sohee? Kau tak cerita apa-apa pun kat aku...",tanya Hyunjin ingin tahu.

"Okay je...kiteorang dah on the way nak sweet dari kau dengan Eun.",balas Felix lalu tersenyum mengejek.

Hyunjin menarik mukanya mendengarkan itu.Makin mengada-ngada pula perangai Felix selepas meluahkan perasaan kepada Sohee.Kalau tidak,bukan main lagi minta tips daripadanya.

"Ha ye...Aku lupa nak cerita kat kau pasal Sohee.",ujar Felix.

"Apa?",tanya Hyunjin dalam keadaan mulutnya penuh dengan donut coklat pula.

"Aku baru tahu yang aku pernah crush kat Sohee masa darjah 4 dulu...",beritahu Felix beria dan Hyunjin membulatkan matanya.

"Seriuslah? Sohee satu sekolah dengan kita ke dulu?",tanya Hyunjin ingin tahu.

Felix mengangguk tanda mengiyakan soalan Hyunjin.

"Kuat kan jodoh kiteorang....sejak dulu lagi sudah ditakdirkan.",kata Felix dengan bangga.Keningnya juga diangkat berkali-kali.

"Korang dah siap makan ke?",tanya Sohee yang baru saja menghampiri dua orang sahabat itu.

Felix segera memberi isyarat kepada Hyunjin supaya tidak membuka mulut tentang hal tadi dan kawan baiknya itu mengangguk faham.

"Dah...Hyunjin je tak siap-siap lagi.",perli Felix dan Sohee tertawa.

"Eun tak datang ke? Dah lama tak jumpa dia.",soal Sohee bila tiada kelibat Eun di situ.

Hyunjin menggeleng.Dia sudah mengajak teman wanitanya itu namun Eun menolak kerana ingin ke luar bandar bersama keluarganya.

"Oo...tak pelah,korang makan lah lagi...banyak makanan kiteorang masak.",pelawa Sohee lalu pergi ke arah tetamu yang baru saja datang.

Felix yang sedang minum air,perasan dengan air muka Hyunjin yang berubah itu.

"Kenapa muka kau sedih macam tu?",soal Felix.

"Aku dah lama tak jumpa Eun...hiks,rindu..",ujar Hyunjin sebelum mengelap airmata palsunya.

"Macam-macam...",kata Felix lalu menggelengkan kepalanya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Keesokannya,

Jackson sedang gigih membersihkan kandang biri-biri itu tanpa menoleh ke kiri dan ke kanan.

Encik Hwang tersenyum melihat kerajinan Jackson.Dia juga sudah tahu maksud sebenar lelaki itu bekerja dengannya dan dia mengetahui itu pun melalui Jinyoung.Namun tidak pula dia menghalang jika Jackson benar-benar sukakan anak gadisnya.

"Hensem pun hensem...aku pun dah lama tak main dengan budak ni....",gumamnya sendirian.

"Appa cakap dengan siapa?",soal Suzy dan Encik Hwang berdehem beberapa kali.

"Cakap dengan diri sendirilah...nak cakap dengan anak,anak tak nak berbual dengan Appa.",ucap Encik Hwang spontan.

Suzy mengerutkan dahinya mendengar kata-kata ayahnya.Kenapa ayahnya berkata demikian sedangkan Encik Hwang yang selalu sibuk.

"Okaylah...Appa nak balik dah ni.Telefon tertinggal kat rumah.",ujar Encik Hwang.

"Bukan Appa selalu tak bawak ke?",soal Suzy lagi.

"Biarlah Appa nak balik...kamu tunggu Jackson sampai dia siapkan kerja.",arah Encik Hwang lalu meninggalkan anak gadisnya.

Suzy hanya akur dengan arahan ayahnya.Dia melihat Jackson yang masih belum selesai dengan kerjanya kemudian menuju ke arah anak biri-biri kesayangannya,Sam.

"Sam...",panggil Sohee sambil mengusap bulu anak biri-biri itu.

Suzy hairan kerana Sam tidak memberi respon seperti biasa.Dia mula resah sebaik saja melihat anak kambing itu tidak bergerak sedikit pun.

"Sam!",panggil Suzy dan airmatanya mula bergenang.

Suzy bangun dari tempat itu lalu menuju ke arah Jackson yang berada di kandang satu lain.

"Awak...tolong Sam!",pinta Suzy.

Jackson yang tidak tahu apa-apa itu sedikit tercengang bila bahunya ditepuk dari arah belakang.

"Tolong siapa?",tanya Jackson sekali lagi.

"Sam...anak biri-biri saya..",jelas Suzy dan Jackson memandang ke arah anak biri-biri yang sedang terbaring itu.

Jackson pergi ke arah Sam dan Suzy mengekori dari belakang.Jackson mencangkung dan hanya memandang anak biri-biri kerana dia juga tidak tahu mahu berbuat apa.

"Kenapa dengan dia? Demam ke?",soal Jackson polos.

"Tak tahu...tapi dia tak gerak pun bila saya cakap dengan dia...",adu Suzy sambil menangis perlahan.

Jackson sudah serba salah sebaik saja melihat gadis itu mula menangis.Dia ingin membantu namun dia juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

"Sam...bangun Sam...",ujar Jackson sambil menepuk badan anak biri-biri itu.

"Bek...bek..."

Jackson terduduk selepas anak biri-biri itu memberi respon.Tidak sangka tekniknya yang selalu dilakukan pada Felix menjadi pada Sam.

"Lah...dia tidur je ke? Saya mati-mati ingat dia sakit..",kata Suzy dengan rasa bersalah.

"Biasalah tu...dia kan budak lagi.Macam adik saya juga,payah nak bangun,bila dah kena cubit baru nak bukak mata.",jawab Jackson lalu tersenyum.

"Awak cubit Sam ke?",tanya Suzy dengan nada terkejut.

Jackson cepat-cepat menggeleng.Bukan itu yang dimaksudkannya.Dia menggaru kepalanya,risau Suzy akan salah faham dengan percakapannya.

"Terima kasih,Jackson...maafkan saya jugak sebab menyusahkan awak.",ucap Suzy.

"Tak apa...lagipun kerja saya dah siap.Ahjussi mana?",soal Jackson bila perasan yang Encik Hwang tiada di situ.

"Appa dah balik lepas tu dia suruh saya tunggu awak siap,baru balik.",beritahu Suzy.

"Ouh...kalau macam tu,jomlah balik.Hari pun dah gelap ni.",ajak Jackson dan Suzy mengangguk sambil tersenyum.

Dalam perjalanan,

"Awak kawan baik ke dengan Jinyoung?",tanya Suzy bila suasana antara mereka agak sunyi.

"Nak cakap kawan baik tu,tak...tapi kiteorang kawan.",jawab Jackson lalu tersenyum kelat.

Harap-haraplah Jinyoung tidak menceritakan 'permusuhan' antara mereka berdua kepada Suzy.

"Ouh...",jawab Suzy pendek.

Dan suasana kembali sunyi.

"Awak memang rapat ke dengan Sam tu?",kali ini giliran Jackson pula bertanya.

"Rapat...dari dia lahir lagi,saya dah mula jaga dia...mungkin sebab tu rasa sayang pada Sam tu lebih...bagi sayalah.",jelas Suzy panjang lebar.

Jackson hanya mengangguk kecil.Sekarang barulah dia faham kenapa Suzy begitu cemas bila Sam tidak bergerak.Dia tersenyum sendiri bila teringatkan wajah cemas Suzy tadi.

Jackson memandang Suzy yang berada di sebelahnya.Dia mengamati wajah bersih gadis itu.

Bila tengok dari jauh,macam Jinyoung.Bila tengok dari dekat macam ni macam Hyunjin pun ada...

"Saya ingat lagi waktu first kita terserempak.",ujar Suzy.

Jackson yang sedang memandang tadi,terus menghalakan pandangannya ke arah depan.

"Ouh...janganlah ungkit.Saya mati-mati ingat awak Hyunjin masa tu.",ujar Jackson malu.

"Hahahaha...mungkin sebab rambut kiteorang kot.",kata Suzy.

"Mungkinlah...",jawab Jackson sambil tersengih.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Sohee yang baru masuk ke dalam biliknya selepas selesai membasuh pinggan di dapur,mengambil telefon yang hampir seharian tidak terusik kerana sibuk melayan tetamu.

"Felix chat?",gumamnya sendirian lalu membuka pesanan yang dihantar.

Lee Felix

Hye

Awak dah tidur ke?👀

Sohee tersenyum sendiri membaca pesanan Felix.Ada-ada saja lelaki itu nak menghiburkan hatinya.

Lee Felix

Hye

Awak dah tidur ke?👀

Hye

Belum,kenapa?

Jom jumpa belakang rumah..

Boleh?

Okay...

Sekejap je tau..

Hehehe

Okay😚😚

Sohee bangun dari katilnya menuju pintu dapur.Rumahnya sudah gelap,menandakan Puan Hong dan Jeongin sudah tidur.

Felix menyanyi kecil sementara menunggu Sohee di pagar belakang rumah gadis itu.Tidak lama kemudian,dia mendengar pintu dibuka dan mula tersenyum kecil sebaik saja melihat Sohee.

"Kenapa nak jumpa?",soal Sohee.

"Saja...rindu.",balas Felix sambil membuat muka tidak bersalah.

Sohee hanya tersenyum,tidak berkata apa-apa.Kemudian dia mengajak Felix duduk di bangku yang tersedia di halaman belakang rumahnya.

"Cepatlah...kenapa nak jumpa?",tanya Sohee sekali lagi kerana Felix tidak menjawab soalan betul-betul tadi.

"Saya bosan...kat rumah tu tak ada kawan nak berborak.Sebab tu saya nak jumpa awak.",jelas Felix.

"Bosan jelah cari saya...macam tu?",sengaja Sohee mengusik Felix.

"Bukanlah...mana ada..",Felix sudah memuncungkan mulutnya.

Sohee tertawa kerana geli hati melihat wajah comel Felix.Sedang dia tertawa,Sohee melihat jari Felix yang terluka kerana mengupas kulit bawang tadi.

"Jari macam mana? Sakit lagi?",soal Felix.

"Sakit...tapi sakit sikit je,saya kan lelaki.",jawab Felix selamba.

Sohee terdiam sebaik saja mendengar jawapan Felix.Dia seperti pernah mendengar jawapan itu sebelum ini,cuma dia tidak ingat bila.

"Cantik kan bintang malam ni..",tanya Felix sambil memandang langit yang bercahaya disinari bintang-bintang.

"Hmm...cantik.",jawab Sohee dan dia juga turut memandang ke langit.

"Tapi bintang kat langit malam ni kurang satu..",ujar Felix dan Sohee menoleh ke arah Felix.

"Kurang? Selama ni awak kira ke bintang-bintang kat langit tu?",tanya Sohee.

"Mestilah saya kira...",balas Felix.

"Ha kalau macam tu,kenapa berkurang?",tanya Sohee lagi.

"Sebab satu lagi ada kat sebelah saya...",ujar Felix lalu tersenyum nakal.

Pandangannya yang tadi hanya dihalakan ke arah langit,kini dihalakan ke arah Sohee yang duduk di sebelahnya.

Sohee terkedu bila matanya bertentang dengan mata Felix.Suasana ketika itu hanya sunyi dengan diiringi bunyi cengkerik.

"Lix...saya nak tanya satu perkara dan saya nak awak jujur,boleh?",Sohee bersuara.

Felix tidak menjawab sebaliknya hanya mengangguk.

"Kita pernah berjumpa ke sebelum ni?",tanya Sohee.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro