❤︎𝓔𝓷𝓪𝓶 𝓫𝓮𝓵𝓪𝓼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Flashback

"Eyyo,Felix!",jerit seorang lelaki.

Felix yang mendengarkan itu tidak berhenti sebaliknya meneruskan langkahnya hinggalah dia terjatuh kerana bajunya ditarik dari arah belakang.

"Kau pekak ke?",marah In Ho,pelajar yang selalu membuat masalah di sekolah itu.

"Ke..kenapa panggil aku?",Felix memberanikan dirinya.Dia juga sudah tidak tahan bila selalu diperlakukan begitu.

Punca dirinya diganggu ialah kerana disebabkan pakaiannya yang dikatakan terlalu kuno oleh sesetengah pelajar.Walaupun dia tidak pernah mengambil tahu hal orang lain,namun itu tidak boleh menutup mulut orang lain untuk berkata buruk.

"Pergi belikan rokok untuk aku...aku bagi masa 5 minit.",arah In Ho dan diikuti dua orang lagi kawannya.

Felix menggeleng kerana membeli rokok pada usianya boleh mendatangkan masalah pada dirinya.

Melihatkan gelengan Felix,In Ho bersama dua orang lagi kawannya membawa Felix menuju ke stor sukan yang terletak di belakang sekolah.

Selepas beberapa jam terkurung di situ,Hyunjin menjumpai Felix dengan luka-luka pada badannya akibat dipukul di dalam stor itu.Selepas kejadian itu,Hyunjin melaporkan hal itu kepada ibubapa Felix.

Kerana berang dengan apa yang berlaku,ibubapa Felix mengugut untuk menyaman pihak sekolah jika tidak mengeluarkan In Ho dan dua orang kawannya dari sekolah itu.Dan sejak itulah,Felix memulakan hidup barunya di sekolah tanpa sebarang gangguan.

End flashback.

"Eyyo,Felix!",satu suara memanggil namanya.

Felix yang baru saja ingin melangkahkan kaki,terpaku di tempatnya berdiri ketika itu.

Sohee menarik nafas lega bila melihat orang yang memanggil Felix itu ialah Hyunjin yang bersama dengan Eun.

Senyuman lebar Hyunjin perlahan-lahan menghilang sebaik saja melihat Felix lalu segera menghampiri kawan baiknya.

"Lix...kau kenapa?",tanya Hyunjin cemas.

"Hyunjin...kita bawak Felix pergi duduk dulu.",ajak Sohee dan Hyunjin mengangguk setuju.

Sohee jalan bersama Eun sementara Hyunjin membawa Felix menuju ke arah bangku yang berhampiran.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Suzy menunggu di depan rumah Jackson selepas memanggil beberapa kali.Sambil menunggu,barulah dia perasan yang pintu rumah itu berkunci menandakan tiada sesiapa di rumah itu.

"Hmm...kat kedai kot.",Suzy meneka lalu mengorak langkah menuju ke kedai Jackson.

Kedai Runcit Jackson Maju

Jackson menari kecil sambil menyusun barang di rak yang tersedia.Mulutnya pula terkumat kamit melantunkan lirik.

Setelah siap menyusun,dia memalingkan badannya.Kerana terkejut dengan kehadiran Suzy,hampir saja barang yang disusun tadi terjatuh kerana dilanggar Jackson.

"Aw..awak buat apa kat sini...Hehe",tanya Jackson dan telinganya sudah merah menahan malu.

Dia berdoa dalam hatinya supaya Suzy tidak melihat dia menari sakan semasa menyusun barang tadi.

"Saya nak bagi awak makanan...",jelas Suzy lalu mengangkat plastik yang berisi bekas makanan tadi.

"Tadi saya pergi rumah awak,tapi tak ada orang...jadi saya datang sini.",tambah Suzy lagi.

Dia macam biasa je...tak nampak kot aku berjoget tadi.

Jackson mengekalkan riak wajah bersahaja lalu menghampiri Suzy yang berdiri di depan kaunter kedainya.

"Terima kasih...awak masak ke?", soal Jackson sambil mengintai makanan di dalam bekas tadi.

"Haah... tteobeokki,awak makan kan?",tanya Suzy.

"Makan...kalau saya tak makan pun,saya akan makan sebab awak yang masak..",ujar Jackson lalu meneguk air liurnya perlahan.

"Terima kasih...okaylah,saya balik dulu...jumpa petang nanti.",ucap Suzy.

Jackson hanya mengangguk faham sambil memerhati Suzy yang meninggalkan kedainya.Selepas memastikan Suzy sudah menjauh,Jackson menghembus nafas lega.

Suzy tertawa kecil bila teringatkan Jackson yang menari tadi apatah lagi tarian yang dilakukan Jackson itu merupakan tarian popular di Tik Tok menambahkan lagi kelucuan lelaki itu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Felix sudah kembali tenang selepas meneguk air mineral beberapa kali.Dia juga bersyukur yang Hyunjin tiba pada masanya.

"Macam mana...dah okay?",tanya Sohee.

"Saya dah okay...maaf risaukan awak.",ucap Felix lalu tersenyum kecil.

"Awak sakit ke,Lix? Kalau sakit kenapa keluar jugak hari ni?",soal Eun pula.

"Tak...saya okay..",jawab Felix pendek.

"Korang ada nak singgah mana-mana lagi? Kalau tak ada,rasanya eloklah kita balik dulu.",kata Sohee.

Walaupun Felix mengatakan yang dirinya sudah okay,namun perkara yang sama mungkin akan terjadi lagi jika mereka masih berada di situ.

"Tak ada...kiteorang jumpa korang tadi pun sebab nak ajak baliklah...tapi tak sangka boleh jadi macam ni.",jawab Hyunjin dan Eun mengangguk.

"Tapi Sohee...sebenarnya aku ada barang lagi nak beli,boleh tak kau teman aku? Baby kalau nak balik dengan Felix dulu pun takpe..",ujar Eun.

"Hmmm..okay.Korang hati-hati tau.",pesan Hyunjin dan dua orang gadis itu mengangguk faham sebelum beredar dari situ.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Dalam bas,

Hyunjin memandang Felix yang hanya mendiamkan dirinya sejak tadi tanpa bercerita apa yang berlaku pada dirinya tadi.

"Lix...kau okay tak?",tanya Hyunjin prihatin.Kepalanya juga disengetkan kerana ingin mengintai wajah Felix yang berpaling ke arah lain.

"Hmm...okay.",jawab Felix perlahan.

Hyunjin menggaru kepalanya kerana dia juga tidak tahu hendak buat apa ketika itu.

"Habistu kenapa kau senyap?",soal Hyunjin lagi namun tiada jawapan daripada Felix.

Hyunjin menilik wajah Felix dan dia memuncungkan mulut selepas melihat Felix sudah pun melelapkan matanya.Oleh disebabkan Felix tidur,Hyunjin membuat keputusan untuk bermain dengan telefonnya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Malam itu,

Jackson pergi ke dapur untuk mengambil lebihan tteobeokki yang diberi Suzy siang tadi.Dengan senyuman lebar,dia membuka penutup bekas makanan itu.

"Tsst...tsst...",Jackson berdesip kerana menahan kepedasan tteobeokki tadi.

"Walaupun pedas,akan tetap ku tahan demi air tanganmu,Suzy...",Jackson bercakap sendirian.

Oleh kerana kepedasan tteobeokki itu,Jackson terpaksa makan sedikit demi sedikit kerana tidak tahan.Mukanya juga sudah merah kerana pedas.

"Eh...Felix mana,tak keluar pun dari bilik...selalunya time macam nilah dia nak kebulur.",ujar Jackson sebaik saja perasan yang Felix tidak menunjukkan batang hidungnya.

Sambil memegang garfu,Jackson menuju ke bilik Felix.

"Lix! Kau puasa ke malam ni? Tak keluar makan pun?",panggil Jackson sebelum membuka pintu bilik Felix.

"Tidur dah ke? Oi Lix..",panggil Jackson lagi bila melihat adiknya dalam keadaan berselubung.

"Lix...kau kenapa?",soal Jackson bila melihat seperti Felix sedang menahan sakit.

"Lix sakit per...perut..",adu Felix sambil memegang perutnya.

"Kau makan apa kat bandar sampai sakit perut?",tanya Jackson risau.

Mana tidaknya,Felix jarang sakit tetapi sekali datang sakit pasti teruk.

Felix tidak menjawab sebaliknya hanya menggeleng menandakan dia tidak makan sejak siang tadi lagi.

Jackson tidak melengahkan masa lantas membangunkan Felix dari pembaringannya.Dan dapat dilihat yang wajah Felix ketika itu pucat.

"Kau tunggu kejap ye...",kata Jackson dan Felix mengangguk lemah.Tangan pula masih memegang perutnya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Di klinik,

"Dia tak apa-apa cuma suhu badan dia sedikit rendah kesan daripada tak makan...kami dah masukkan air jadi selepas selesai semuanya,encik dah boleh bawak dia balik.",terang doktor yang merawat.

"Terima kasih doktor...",ucap Jackson sambil menundukkan kepalanya beberapa kali.

"Korang pergi bandar tadi tak makan langsung ke?",tanya Jackson pada Hyunjin.

Jackson pergi ke klinik dengan meminjam kereta Encik Hwang,selepas mendapat tahu yang Felix sakit,Hyunjin membuat keputusan untuk mengikut Jackson.

"Tak...kiteorang balik awal tadi.",jawab Hyunjin jujur.

"Maksudnya Felix duduk dalam bilik sejak balik dari bandar tadi?", Jackson sedikit terkejut.

"Korang balik awal sebab dia sakit ke? Kenapa tak bagitahu Hyung yang Felix sakit?",tanya Jackson lagi.

"Eh tak...siang tadi dia okay je,tapi masa nak balik tu baru dia macam sakit tapi bila Hyun tanya Lix...dia cakap dia okay.",jelas Hyunjin lagi.

"Tak apalah kalau macam tu...tapi kenapa dia tak makan? Kalau dia demam sekalipun,mana pernah berpisah dengan makanan.",Jackson masih lagi buntu.

Hyunjin yang duduk di sebelah Jackson,hanya mendiamkan dirinya kerana dia juga tidak tahu kenapa Felix menjadi seperti itu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Nah makan ubat ni...lain kali kalau sakit tu cakap jangan senyap.",bebel Jackson sambil menghulurkan ubat yang diberikan doktor tadi.

"Bisinglah Hyung ni..",marah Felix.

Jackson hanya menjeling kerana geram dengan adiknya itu.Nasib baiklah Encik Hwang tidak ke mana-mana malam itu jadi bolehlah dia meminjam kereta kalau tidak,terpaksalah dia membonceng Felix pergi ke klinik.

"Cepat bagitahu aku kenapa kau jadi macam ni? Rasanya waktu terakhir kau jadi macam ni masa sekolah dulu...",tanya Jackson.

"Lix cuma terkejut sikit je...tak ada apa pun.",jawab Felix malas disebabkan dia juga tidak faham dengan keadaannya sekarang.

Jackson tiba-tiba diam sebaik saja menyebut perkataan 'sekolah' tadi lantas memandang ke arah Felix.

"Semua ni ada kaitan dengan In Ho ke?",tanya Jackson dengan berhati-hati.

Felix mengeluh kecil sebelum mengangguk.Hendak menyembunyikan perkara itu pun tidak guna jadi lebih baik dia mengiyakan sahaja.

"Lix ternampak dia je...tapi entah kenapa lepas nampak dia,Lix terus jadi berdebar-debar lepastu jadi macam ni.",jelas Felix.

"Sekarang,kau okay?",soal Jackson kerana ingin memastikan keadaan Felix.

"Ye dah okay....cuma sakit perut sikit.",jawab Felix.

"Okaylah,Hyung...Lix nak masuk bilik dulu...pening kepala dengar Hyung membebel.",Felix meminta diri lalu menuju ke biliknya.

"Kau menyombong dengan aku...kalau aku tahu,aku biar je kau mereput kat katil tadi.",ujar Jackson geram.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro