❤︎𝓛𝓲𝓶𝓪 𝓫𝓮𝓵𝓪𝓼

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Felix menyembur minyak wangi pada pakaiannya.Selepas berpuas hati dengan bau wangi pada badannya,barulah dia berhenti menyembur wangian itu.

"Pergh...bapak hensem..",puji Felix sambil melakukan beberapa gaya di depan cermin bersaiz panjang di dalam biliknya.

Jam tangan diambil dari dalam laci lalu dipakaikan pada pergelangan tangan kirinya.

"Ohohkk! Ark! Lori minyak wangi langgar bilik kau ke,Lix?",tegur Jackson yang kebetulan lalu di depan bilik Felix.

Tangannya mengipas udara sekelilingnya supaya bau wangian segera menjauh darinya.

Felix hanya mengabaikan Jackson dengan meneruskan dengan apa yang dilakukannya tadi sebelum diganggu oleh Jackson.

"Nak pergi mana bersiap bagai?",soal Jackson selepas rongga hidungnya tidak lagi tersisa dengan wangian Felix.

"Pergi bandar dengan Hyunjin...saja jalan-jalan.",beritahu Felix.

"Ouh...jalan elok-elok.",pesan Jackson.

Bukan apa,walaupun Felix itu sudah dewasa namun dia tetap risau dengan persekitaran di bandar yang penuh dengan kereta tidak seperti suasana kampung yang lebih tenang.

"Lix naik baslah...bukan jalan kaki.",jawab Felix.

"Yelah...sama je kan...Bas tu tak berjalan? Terbang?",jawab Jackson dengan nada geram.

Felix mencebik mulutnya dan hanya mengangguk malas.Sebenarnya dia terharu yang Jackson berpesan sebegitu padanya.Sedikit sebanyak dia terkenangkan zaman sekolahnya dulu.

"Okay...Lix pergi dulu...",ujar Felix sebelum meninggalkan biliknya.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Di bandar,

"Lix...seriuslah ni kau?",soal Hyunjin tidak percaya.

Bukan senang nak melihat Felix bergaya seperti hari itu.Berkemeja hitam yang hanya diselit ke dalam seluar pada bahagian depan sahaja.Seluar pula,Felix memilih seluar jeans yang juga berwarna hitam.Rambut disikat biasa tanpa memakai gel rambut seperti selalu.

"Aku belajar dari Google...hensem kan?",ujar Felix sambil meraup rambutnya ke belakang.

"Hensem...sehensem aku.",jawab Hyunjin lalu menepuk bahu Felix.

"Mana diorang ni...aku rasa macam dah lama tunggu diorang kat sini.",bebel Felix sambil melilau mencari kelibat Sohee dan Eun.

"Perempuan...biasalah kalau lambat.Nak-nak si Eun tu,bukan main lama lagi dia bersiap.",Hyunjin menyelit.

Felix hanya mengangguk faham.Maklumlah,itu kan kali pertamanya keluar dengan perempuan.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Suzy mengacau makanan yang dimasaknya dengan senyuman yang tidak lekang dari bibirnya.

"Kau masak apa,Ji?",tanya Jinyoung yang baru saja selesai menanda buku anak muridnya.

"Tteobeokki...kau suka kan?",beritahu Suzy dan Jinyoung mengangguk.

Jinyoung melihat bahan-bahan yang disediakan adik kembarnya.Dia hanya tersenyum puas kerana semua bahan yang dibeli Suzy,semua tepat dengan citarasanya.

"Hyunjin mana? Tidur lagi?",soal Jinyoung bila tidak kedengaran suara adik bongsunya yang selalu memekak tidak kira masa.

"Ke bandar...dengan Felix.Appa pulak ada kat belakang rumah,menanam pokok lada.",beritahu Suzy.

Jinyoung tidak menjawab sebaliknya menumpukan perhatian kepada apa yang dilakukan Suzy.

"Tapi banyaklah kau masak ni...nanti tak habis.",tegur Jinyoung bila baru perasan dengan jumlah kek beras yang sudah tersedia di atas meja.

"Bagilah jiran sebelah...",Encik Hwang yang baru masuk ke dalam rumah mencelah perbualan pasangan kembar itu.

"Lepastu bagi Jackson sikit...dia pun dua beradik je kat rumah tu.",sambung Encik Hwang lagi.

Suzy mula menyimpulkan senyuman sebaik saja nama Jackson disebut.Sebenarnya memang itu pun yang diniatkan dan sebab itu jugalah dia sengaja membeli lebih bahan tadi.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Suasana meja makan agak senyap dan hanya suara pelanggan yang lain saja memenuhi kafe itu.

Eun hanya makan tanpa bersuara begitu juga dengan Hyunjin.Felix dan Sohee pula hanya memberi isyarat melalui mata mereka.

"Cepatlah pujuk dia..",bisik Felix lalu menunjuk ke arah Eun yang duduk di hadapannya dan Hyunjin memuncungkan mulutnya.

"Anja...nak order apa lagi?",Hyunjin mencuba nasib.

Felix sudah menahan dirinya daripada tertawa di situ.Sohee pula menutup mulutnya sebelum mengalihkan pandangannya ke luar.

Hyunjin menggigit bibirnya bila tiada jawapan dari gadis itu.

"Nak ni...",Eun menunjukkan ice blend berperisa latte di dalam menu.

Hyunjin menelan air liurnya perlahan melihat harga air yang ditunjukkan Eun itu.

Air mahal sekali dia pilih...takpe,asalkan dia berbaik dengan aku.

Hyunjin mula mengukirkan senyuman lalu mengangguk laju.Tidak sangka pula Eun termakan pujuknya.

"Ehem...kalau macam tu,kiteorang pergi jalan-jalan dululah...korang sweet-sweet lah ye kat sini.",Felix bersuara dan pasangan itu mengangguk.

Felix pun menarik tangan Sohee untuk keluar dari kafe itu.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Suzy menutup bekas makanan yang sudah dipenuhi dengan tteobeokki itu.Selepas meletakkan di dalam plastik,Suzy membawa bekas makanan untuk diberikan kepada Puan Hong sebelum ke rumah Jackson.

"Mana satu untuk Jihyun Ahjumma? Biar Appa yang hantarkan.",tanya Encik Hwang bila ternampak Suzy sedang membawa dua plastik.

"Yang ni...",ujar Suzy lalu menghulurkan plastik yang berwarna oren itu kepada ayahnya.

"Kenapa Appa nak hantar? Padahal Suzy pun nak keluar jugak.",tanya Suzy dan Encik Hwang hanya membuat muka biasa.

"Appa nak beramah dengan jiran pun tak boleh...kita tak boleh sombong dengan jiran tau,nanti kalau jiran tersakiti dengan kita,berdosa..",Encik Hwang memberi alasan.

"Kalau macam tu,Appa beramahlah jugak dengan jiran yang sebelah lagi ni...barulah adil.",Jinyoung menyampuk.

Suzy hanya tergelak kecil kerana geli hati.Macam-macam betul perangai dua beranak itu.

"Okaylah...Suzy nak pergi hantar kat Jackson dulu.",Suzy meminta diri.

Encik Hwang juga turut mengekori belakang anak perempuannya dan meninggalkan Jinyoung sendirian.

"Nampaknya aku sorang je yang sendu dalam rumah ni.",gumamnya sendirian sebelum mengeluh perlahan.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

Tangan Felix masih setia memegang tangan Sohee walaupun sudah lama mereka berdua berjalan.

"Awak ada nak singgah mana-mana?",tanya Felix oleh kerana mereka hanya berjalan dari tadi.

"Singgah kat kedai tu,nak?",Sohee menunjukkan ke arah kedai yang menjual baju dengan harga yang murah.

Felix hanya mengangguk setuju dan mereka berdua pun melangkahkan kaki menuju ke arah kedai tadi.

Sohee melihat blaus labuh yang dijual di situ.Dia sudah rambang mata dengan baju yang dijual oleh kerana semuanya cantik.

"Lix...mana satu cantik? Biru ke hijau?",tanya Sohee sambil memegang blaus yang dipilihnya.

Felix menyilangkan tangannya sambil memandang ke arah dua blaus itu.

"Yang ni cantik...",ujar Felix lalu menunjuk ke arah Sohee.Kemudian dia tersengih.

"Ish...cepatlah Lix..",marah Sohee manja.

"Biru...sebab biru melambangkan kesetiaan, kepercayaan,kejujuran, keikhlasan dan keserasian..",ujar Felix panjang lebar.

"Jadi birulah? Sebenarnya saya pun suka yang warna biru ni cuma saya saja tanya awak..",jelas Sohee dengan teruja.

"Tengok...kita ada keserasian...awak nak beli apa lagi? Banyak lagi baju cantik kat sini.",tanya Felix sambil melihat baju yang tergantung di kedai itu.

"Ni je...awak tak nak beli apa-apa?",soal Sohee pula bila melihat Felix hanya berdiri di situ tanpa mengambil mana-mana pakaian.

"Takde duit..",jawab Felix selamba dan Sohee menjeling.

"Konon...kalau tak nak pilih,saya nak pergi bayar.",kata Sohee.

"Okay...jom bayar.",ajak Felix.

Felix sempat melihat satu gaun labuh berwarna merah hati yang terletak di belakang kedai sebelum menuju ke kaunter.

Selepas Sohee membuat pembayaran,mereka beredar dari situ.

⊰᯽⊱┈──╌❊❊╌──┈⊰᯽⊱

"Sohee...awak nak gula-gula kapas tak?",tanya Felix.

"Boleh je...",jawab Sohee dan Felix pun terus menuju ke gerai yang menjual gula-gula kapas tadi.

Felix menghulurkan gula-gula kapas yang berwarna biru muda itu kepada Sohee.

"Satu je? Awak tak nak?",tanya Sohee bila Felix hanya membeli satu saja gula-gula kapas itu.

"Kita kongsi...biru kan bermaksud keserasian..",jawab Felix sambil mengangkat keningnya.

"Hmm yelah,Lix.",Sohee menjawab acuh tidak acuh,melayan kerenah Felix.

Felix dan Sohee berbual sambil berjalan.Kadang-kadang mereka tergelak kerana terhibur dengan apa yang dibualkan.

Felix memandang ke arah satu tempat dan senyumannya mula mengendur sebaik saja melihat sekumpulan lelaki yang berada di situ ataupun lebih tepat,orang yang pernah membulinya ketika sekolah menengah dulu.

Sohee yang perasan dengan perubahan Felix,segera bertanya jika lelaki itu dalam keadaan baik.

"Kenapa,Lix?",tanya Sohee risau.

"Tak ada apa...jomlah kita cari Hyunjin.",jawab Felix.

Walaupun dia cuba mengawal riak wajahnya,namun nada suaranya yang bergetar itu membuatkan Sohee dapat merasakan ada sesuatu yang tidak kena.

Felix menarik tangan Sohee untuk segera beredar dari situ.Walaupun perkara itu sudah lama berlaku,namun Felix masih lagi berasa cemas apabila melihat kumpulan lelaki tadi.

Sohee sedikit terkejut kerana tangan Felix agak sejuk yang mana membuatkan dirinya semakin risau.Mana mungkin tiada apa-apa sedangkan tadi Felix hanya gembira.

"Lix,awak tak okay ni..",tegur Sohee.

"Awak ada sakit kat mana-mana ke?", tanya Sohee lagi.

"Hyunjin...",ujar Felix perlahan.

"Hyunjin?", Sohee mengalihkan pandangannya dengan menyangka Hyunjin berada berhampiran mereka.

"Tolong saya cari Hyunjin....",rayu Felix lalu memandang tepat ke arah mata Sohee.Airmata sudah kelihatan di tubir matanya dan Felix juga mencengkam kuat lengan baju Sohee.

Buat masa sekarang,dia perlu bersama dengan Hyunjin untuk menghilangkan perasaan cemasnya itu.Sohee pula sudah buntu dengan apa yang berlaku oleh kerana Felix tiba-tiba berubah sebegitu sekali.

"Okay,tapi kita cari tempat duduk dulu...boleh kan?",Sohee cuba menenangkan Felix walaupun dia tidak tahu punca sebenar.

Felix mengangguk perlahan sebelum Sohee memegang tangan Felix menuju ke arah bangku yang berhampiran.

"Eyyo,Felix!",satu suara memanggil namanya.

Felix yang baru saja ingin melangkahkan kaki,terpaku di tempatnya berdiri ketika itu.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro