𝖊𝖒𝖕𝖆𝖙

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

Hari ini hari jumaat. Hari yang mulia dan hari ini juga merupakan majlis pertunangan antara Tengku Khairil dan Azea Mikayla. Bertunang juga mereka berdua walaupun hanya racangan keluarga. Aku bersyukur, sekurangnya ada lelaki yang ingin jaga Azea. Walaupun Azea tidak menyukai pertunangan ini tapi apabila mendengar Azea bercerita mengenai bakal tunangnya itu pasti bakal tunangnya itu lelaki yang baik. Aku hanya tahu mengenai bakal tunang Azea itu dari Tengku Khairina. Tengku Khairina selalu sangat menceritakan mengenai adik-adik lelakinya kepadaku, Azea dan Nayli.

Aku tidak mengenali sangat sosok Tengku Khairil. Aku hanya tahu dia kacak sahaja. Tak semua cerita yang diceritakan Tengku Khairina aku bakal percaya. Wanita itu selalu sangat mengutuk adik-adik lelakinya itu.

Aku mengenakan sepersalinan dress berwarna pastel. Rasanya ini adalah dress paling mahal yang pernah aku pakai sepanjang aku hidup. Yang paling penting ini baju dari istana. Dibawa khas oleh Permaisuri Inara.

Bercerita mengenai Permaisuri Inara, hampir terkeluar jantungku kelmarin apabila Tuanku sendiri yang datang ke kolej buat menemuiku.

3 hari yang lepas...

Sedang aku berbincang bersama Azea dan Nayli di tempat biasa, beberapa buah kereta mewah masuk ke dalam perkarangan kolej bersama dua buah motosikal polis. Di saat pintu kereta dibuka mataku membulat besar dan terus menunduk hormat. Bukan aku sahaja malah semua pelajar dan pensyarah menunduk hormat.

"Kau tahu tak itu siapa?" Soal Azea berbisik.

"Tahulah." Jawabku malas.

Azea ketawa.

"Saya mencari bakal menantu saya. Dimanakah dia?" Suara lemah lembut Permaisuri Inara bertanya kepada seorang pensyarah.

"Tuanku Permaisuri cari kau tu." Nayli pula berbisik. Aku mengerutkan kening.

"Ampun Tuanku Permaisuri, disitu terdapatnya Cik Alara." Aku ternganga apabila nama ku disebut. Aku menyiku Azea sekali yang sedang tersengih.

Permaisuri Inara menghampiriku bersama seorang wanita dan seorang lelaki yang memakai suit berwarna hitam.

"Ampun Tuanku." Aku menunduk hormat. Begitu juga Azea dan Nayli.

"Kenapa Tuanku mencari patik?" Soalku.

Permaisuri Inara tersenyum manis.

"Panggil saya ibu sahaja." Ujar Permaisuri Inara. Dia tersenyum manis. Aku memerhatikan pakaian Permaisuri Inara. Sangat cantik berbaju kebaya cotton berwarna violet.

Sangat cantik. Sesuai dengan takhta yang dipegang. Dengan rambut yang berurai panjang ke belakang di sedikit tertiup angin menampakkan lagi keindahan seorang Permaisuri Kerajaan Everly.

"Saya datang sini nak hantar sesuatu untuk Alara." Ujar Permaisuri Inara. Aku kerut kening sebelum seorang lelaki yang juga memakai sut hitam datang membawa satu kotak. Lelaki tersebut menghulurkan kotak tersebut kepadaku.

"Apa benda ni?" Soalku pelik. Aku membuka kotak tersebut.

"Ini pakaian kamu untuk ke majlis pertunangan Tengku Khairil dan Azea." Terus aku terdengar Azea tersedak. Aku membulatkan mata.

Ah sudah!

Aku baru rancang nak pakai baju kebaya sahaja tapi apabila Permaisuri sendiri yang turun tangan, takkan aku nak menolak.

Kenapalah tak nak sponsor pakaian dalam aku sekali!

"Terima kasih, Tuanku. Tapi tak susahkan Tuanku ke?" Soalku serba salah.

"Tak ada apa yang susah jika berkaitan dengan anak-anak saya dan juga bakal menantu saya. Lagipun saya dari butik pakaian. Tak salahkan jika saya nak berjumpa dengan bakal menantu saya untuk kali pertama." Permaisuri Inara mengusap pipiku dengan lembut. Aku tersenyum nipis.

"Kamu dah bersedia ke nak bertunang lusa?" Soal Permaisuri Inara kepada Azea. Azea membulatkan mata lalu tersengih.

"Saya pulang dulu. Jangan lupa pakai. Kamu pula, jangan lupa datang ke majlis pertunangan anak saudara saya pula." Permaisuri Inara ketawa kecil melihat Nayli yang terkejut.

"First time, aku nampak Permaisuri Inara. Aku tak sangka Permaisuri secantik ini." Nayli masih menatap Permaisuri Inara yang sedang berjalan menuju ke arah kereta. Kagum betul seorang Inara.

"Aku pun first time." Ujarku malas. Kotak baju itu aku letakkan di tepi meja.

"Ini kali kedua mungkin." Ujar Azea tiba-tiba. Aku malas nak berbicara sekarang. Tutorial Dr. Syafiqah lagi penting daripada membahas perihal Permaisuri Inara.

"Bercakap pasal outfit kan, kau pakai baju apa nanti?" Soal Nayli kepada Azea. Aku malas nak menyampuk. Dah sah-sah aku dah ada pakaian aku sendiri untuk dipakai nanti.

"Aku pakai dress warna putih." Balas Azea malas.

"Lah bukan kau tak suka warna putih ke?" Soal Nayli lagi.

"Kau nak suruh aku membantah ke? Mahu kena pancung aku nanti!" Ujar Azea berbisik. Nayli ketawa. Aku hanya tersengih-sengih.

"Nanti wedding aku nak pakai warna dark purple."

"Dah fikir wedding rupanya." Perli Nayli. Aku terus ketawa apabila melihat wajah tercengang Azea. Muka gadis itu terus cemberut apabila diusik.

🤍🤍🤍

So inilah aku yang sedang berdiri di hadapan cermin bersama pakaianku. Aku tak tahu nak kategorikan baju ini apa. Baju kurung moden ke? Kimono ke? Entah tapi paling cantik lah setakat ini. Aku jarang kenakan baju kurung mahupun dress tapi ini majlis formal takkan aku nak pakai baju kemeja pulak kan.

Aku sentuh bahagian manik. Sangat cantik tapi menyusahkan hidup aku. Nak gosok tadi pun terpaksa berhati-hati. Risau tercabut manik tu mahu miskin aku sebab nak ganti sahaja. Nanti nak basuh memang hantar dobi jelah. Tak mampu nak menjaga benda-benda yang rumit begini.

Setelah itu aku mendandang rambutku agar terlihat terletak elok. Baju pun dah berserabut takkan nak buat rambut jadi serabut. Mahu serabut hidup aku dekat majlis orang. Aku mengoles sedikit gincu agar bibir tidak terlihat pucat. Hampir satu jam juga aku bersiap-siap dari pakai baju, mekap dan mendandang rambut.

Semuanya demi menjaga nama Putera Mahkota. Payah kalau hidup dipaksa berpaksikan lelaki!

Aku cuba mengukir senyuman manis. Walaupun aku sedang dilanda pelbagai masalah tapi demi Azea aku akan tetap tersenyum. Aku tak mahu dia bersedih dengan pertunangan tanpa rela ini. Aku inginkan dia bahagia walaupun bukan bersama dengan pilihan hatinya.

Setelah itu, aku terus mencapai telefon dan beg tangan yang berada di atas meja solek. Sempat aku letakkan satu botol minyak wangi dan tisu ke dalam beg tangan tersebut. Bolehlah digunakan sewaktu kecemasan. Kali pertama aku merasakan aku sangat cantik hari ini. Tidak dapat membayangkan sebenarnya aku juga cantik apabila bersiap begini. Aku jarang bersiap cantik-cantik untuk ke majlis. Kalau mekap itu memang selalu gunakan untuk menambahkan tingkat percaya diri tapi hari ini, saat ini aku rasa, aku lah manusia paling cantik.

Saat inilah...

Mungkin aura bakal permaisuri.

Ops! Haha...

Tanpa berlengah, aku terus mencapai kasut tumit tinggiku. Pertama kali aku keluarkan dari kotak kasut dan hari ini aku rasmikan kasut ini. Aku sudah biasa memakai tumit tinggi tapi untuk berjalan keluar ke majlis orang lain, ini adalah kali pertama.


Setelah selesai menyarung kasut tumit tinggi tersebut, aku terus keluar dari rumah dan menuju ke arah Kereta Honda milikku. Walaupun ini bukan kali pertama aku memandu tapi aku tetap kena memandu. Aku tak nak susahkan orang lain untuk menjemputku. Biar aku pula susahkan diri sendiri untuk datang kepada mereka.

Kalau diikutkan Luthfan mahu menjemputku tapi aku menolaknya dengan keras. Eleh sebelum ini tak nak pula jemput aku dekat rumah. Bila dah terbongkar segalanya nak buat baik. Haktuih!

Tak heran!

I can survive!

✨✨✨

"Lara!" Aku yang membetulkan pakaianku terus memandang suara tersebut. Aku tersenyum manis apabila melihat Nayli dan Hazim yang sedang berpapasan bersama. Hazim memakai sut bersama kemeja putih manakala Nayli memakai dress berwarna beige. Aku pandang mereka berdua dengan pandangan nakal. Tahulah bercinta tapi tak payahlah sedondon! Kedua-duanya memakai pakaian yang lebih kurang warna yang sama. Kalau silap pandang, pasti akan menyangka Hazim dan Nayli yang bakal bertunang.

Jarang melihat Nayli bersiap cantik-cantik. Kebiasaannya Nayli lebih memilik memakai sweatshirt dan tudung bawal. Paling selekeh seorang Nayli pernah pakai adalah tudung sarung dan baju T berlengan panjang. Tapi walaupun begitu, Nayli tetap cantik dengan riasan di wajahnya. Mungkin dia tidak pandai berfesyen tapi gadis itu selalu berfesyen ketika waktu yang sesuai. Contohnya macam sekarang! Mungkin disebabkan itu Hazim boleh terpikat dengan seorang Nayli Syazwana.

Pertunangan Tengku Khairil dan Azea dilakukan di rumah agam milik Tengku Aidil. Tengku Aidil yang berharap majlis itu dilakukan disini. Hal ini kerana beliau ingin membuat majlis tahlil untuk arwah isterinya sekali. Pihak keluarga Azea tak menolak. Lagipun kediaman mereka tak sesuai untuk menjemput keluarga diraja datang bertandang.

"Cantik juga kau malam ni." Puji Nayli. Aku pandang dia lalu menjeling.

"Sebelum ini aku tak cantik ke?" Soalku geram.

"Tak lah! Semenjak kau bergelar tunang kepada Putera Mahkota, aura kecantikkan kau macam berterbangan di udara." Ujar Nayli lalu ketawa.

Aku terus menepuk bahu Nayli perlahan.

"Dah masuk dua tahun aku jadi tunang dia, baru hari ini kau nampak aku cantik ke?"

Nayli ketawa lagi.

"Nay, Lara jom masuk." Ajak Hazim. Dia mendahului langkah kami berdua.

"Kau pun bukan main melaram malam ni." Perliku pula.

"Of course! Mana tahu boleh tambah stok!" Aku terus ketawa.

"I dengar." Aku terus ketawa kuat apabila mendengar Hazim mencelah. Nayli hanya tersengih tidak bersalah.

Ramai tetamu yang hadir majlis pertunangan ini. Tidak pelik pun kalau ramai tetamu. Hal ini disebabkan mereka itu keluarga diraja. Pasti ramai yang ingin melihat putera idaman itu dimiliki orang. Dan yang paling penting ratu cantik kolej yang sudah dimiliki orang lain.

"Selamat datang!" Ucap Tengku Aidil dan Tengku Khairina. Aku, Hazim dan Nayli menunduk hormat. Walaupun kami ini bersahabat dengan Tengku Khairina tapi pangkat mereka lagi tinggi daripada kami.

Tengku Khairina cantik berbaju berwarna emerald green. Nampak macam pakaiannya agak melebih tapi tak heran sebab itu Tengku Khairina. Tengah-tengah panas pun dia boleh sarung jubah berbulu.

"Cantik Tengku hari ini. Siapa nak bertunang sebenarnya ni? Tengku Khairina ke Tengku Khairil?" Sakat Nayli. Nayli ini tak makan saman. Depan Tengku Aidil pun dia boleh membaham orang dengan lawak hambarnya.

Tapi kali ini Tengku Aidil ketawa.

"Itulah, uncle ni dah berbuih mulut suruh Rina ni bertunang dulu. Tengok-tengok adik bertunang dulu." Tengku Aidil turut membaham anaknya.

Patutlah, satu frekuensi rupanya.

Nayli dan Hazim ketawa. Aku tersenyum sumbing. Tengku Khairina sudah mencebik.

"Baba kahwin baru Rina kahwin." Balas Tengku Khairina.

"Lah! Kesitu pula dia." Tengku Khairina terus ketawa.

"Lara dengan Nayli masuk dulu. Azea ada dekat bilik agaknya." Ujar Tengku Khairina. Aku dan Nayli terus mengangguk.

"Hazim kau tak payah ikutlah. Kau tunggu je dekat situ." Pesan Tengku Khairina. Hazim hanya mengangguk lalu tersenyum janggal.

"Kami masuk dulu ya." Terus aku dan Nayli mengikut seorang pelayan. Aku memerhati pelamin berwarna pastel yang penuh dengan bunga. Satu perkataan sahaja yang keluar dari mulutku dan Nayli.

"Wah!" Kagum dengan hiasan pelamin itu.

"Kau rasa aku cantik tak malam ni?" Soal Nayli yang tiba-tiba membetulkan lilitan shawl nya. Aku mengerutkan kening.

"Kenapa pula?"

"Aku rasa ini majlis pernikahanlah." Ujar Nayli. Aku terus ketawa.

Memang patut disalah sangka kalau beginilah bentuk pelaminnya. Orang kayakan! Kalau tak sampai ke jenjang pelamin memang tak tahulah.

Tapi sejujurnya aku mengangumi majlis pertunangan hari ini. Sekurang-kurangnya Azea dapat merasakan majlis pertunangan secara formal sedangkan aku hanya sarung cincin dan yang paling menyedihkan saat itu aku baru sahaja selesai mengambil keputusan SPM.

"Kak Lara! Kak Nayli!" Satu suara gadis menjerit memanggilku dan Nayli dari tangga.

Aku tersenyum manis.

"Wah, cantiknya adik akak ni." Puji Nayli. Aku hanya mengangguk mengiakan. Gadis dihadapanku ini adalah satu-satunya adik Azea iaitu Azalea Miranda. Gadis berusia 17 tahun.

Gadis itu cantik berbaju berwarna hijau olive. Sesuai dengan tubuh kecilnya itu.


"Cantik betul Kak Lara sekarang." Aku tahu Azalea sedang mengusik aku. Aku hanya tersenyum nipis.

"Azea mana?" Soalku.

"Akak tengah main phone. Rasanya tengah main PUBG." Jawab Azalea. Aku membulatkan mata. Menyempat!

"Tak apalah, akak naik atas jumpa Azea. Nay, kau nak ikut tak?" Soalku. Nayli kalau dah bertemu dengan Azalea memang terus lupa diri.

"Tak apalah. Nanti aku naik."

See?

Kan aku dah kata.

Aku terus mendahului mereka dan mengikut kembali pelayan tersebut. Aku pandang sekeliling rumah agam tersebut. Ramai tetamu yang hadir. Semua orang aku tak kenal kecuali pelajar daripada kolej. Itupun tak seberapa.

"Sini Cik Alara." Aku berterima kasih kepada pelayan tersebut. Pintu berwarna putih itu aku ketuk sekali.

"Masuk!" Suara Azea kedengaran. Aku tolak pintu dan terus melihat Azea yang sedang bersimpuh di lantai bersama telefon di tangan.

"Azea, kau buat apa ni?" Soalku. Azea angkat kepala.

"Aku ingat kau dah lupakan aku." Rengek Azea. Dia sudah menutup telefonnya dan berdiri. Aku pandang Azea atas bawah. Cantik betul bakal tunang Tengku Khairil.

"Aku nervous tau." Ujar Azea.

"Kau dah cantik. Aku rasa ramai student kolej kita yang gigit jari bila ratu cantik kolej dah bertunang." Usik ku.

"Kepala otak kau!" Aku membetulkan rambut Azea yang jatuh ke sisi. Dia memandang aku.

"Dugaan bertunang ni banyak tau. Apa-apa pun kau kena bincang elok-elok." Pesanku. Azea pandang aku atas bawah. Aku terus ketawa.

Aku sedar aku tak pernah merasa fasa bertunang disebabkan aku tak pernah ambil tahu perihal tunangku itu.

Tok! Tok, tok!

Aku pandang pintu apabila dikuak sedikit. Terjengul muka Nayli.

"Babe, I think kau dah boleh turun kot. Wakil pengantin lelaki dah sampai." Aku tersenyum lebar. Terasa teruja.

Aku pandang Azea. Dia cuba mengukir senyuman.

"Jom aku iring kau ke pelamin." Ucapku. Beg tangan sudah aku biarkan di atas katil. Hanya berbekalkan telefon dan tisu.

Nayli membuka luas pintu untuk aku dan Azea keluar. Majlis agak meriah. Rasanya kalau akad nikah terus pun tak ada masalah agaknya.

Saat turun mataku tertancap pada seorang lelaki yang duduk bersebelahan Tuanku Raja Adha iaitu Putera Mahkota Kerajaan Everly.

"Dia handsome tho malam ni." Bisik Nayli. Aku hanya kerut kening. Menyempat kau kan!

Aku dan Azea menunduk hormat kepada Tuanku Raja dan Tuanku Permaisuri sebelum menuju ke arah pelamin. Tujuan aku hanya mahu menghantar Azea sahaja tapi Azea dari tadi lagi menarik bajuku supaya duduk dengannya. Yang nak bertunang orang lain tapi aku pula yang kena duduk dengannya.

"Smile." Aku menyuruh Azea supaya tersenyum.

Entah kenapa aku rasa diriku bagaikan diperhati. Aku angkat sedikit kepala sebelum mataku tertancap pada Luthfan. Aku tersenyum nipis. Dia dah apahal?! Semenjak aku bertemu dengannya, hidupku bagaikan tiada ketenangan. Dia tidak menghantui hidupku tapi selalu ada mata yang akan memerhati aku. Seperti kehidupan aku terancam. Dan aku tak suka keadaan begini. Ini bukan kehidupan yang aku mahu. Semuanya bagaikan terpesong dari apa yang aku impikan.

Aku tersedar apabila aku disiku. Aku pandang depan. Kelihatan Tuanku Permaisuri dan Tengku Khairina menghampiri pelamin. Aku terus berdiri dan menunduk hormat lalu berjalan menjauhi mereka sedikit.

Tengku Khairina menghulurkan sekotak cincin kepada Tuanku Permaisuri dan terus menyarung pada jari manis Azea.

Azea menunduk hormat sebelum mengucup tangan Permaisuri Inara. Banyak kamera mula mengambil gambar. Aku sedikit menjauh agar tidak tersuluh kamera. Aku tersenyum manis melihat Azea yang tersenyum lebar sambil bergambar. Dia sangat cantik hari ini. Aku membiarkan dulu keluarga tunangnya dan keluarganya mengambil gambar bersama dengan Azea. Apabila nampak Tengku Khairil berdiri di sebelah Azea, baru aku sedar mereka sangat sepadan. Walaupun Azea sudah tinggi tapi Tengku Khairil lagi tinggi.

Haih.

Aku rasa bahagia melihat Azea yang turut bahagia.

"Hey little girl!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro