𝖑𝖎𝖒𝖆

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Hey, little girl!"

Aku membulatkan mata mendengar suara garau tersebut. Mataku kini meliar mencari seseorang tapi semua sibuk mengambil gambar bersama Azea.

"Kau tak nak tengok aku ke?" Soal empunya suara garau tersebut. Aku masih menegakkan tubuh aku dan tidak sesekali menghadap empunya suara itu. Takut.

"Alara Surya!" Suara sedikit naik. Aku kecut. Akhirnya aku menghela nafas dan terus berpusing menghadap lelaki itu.

"Awak nak apa?" Soalku malas.

"Nak jumpa tunang sendiri pun tak boleh ke?" Soalnya.

Aku memandangnya dengan pandangan mengejek. Tunang ya.

"Tak boleh!" Balasku pendek.

Lelaki tersebut ketawa. Aku tahu itu ketawa paling mengejeklah setakat ini. Selama ini aku hanya dengar daripada Azea sahaja kerana gadis itu sering kali menyakat dan mengejek aku.

Dia mendekatkan mukanya dengan muka ku. Aku mengundur sedikit. Risau melompat jantungnya ini.

"By the way, you look beautiful with this dress." Dia bisik tepat didepan muka aku. Aku punya telinga dekat tepi yang bisik depan hidung aku apahal?!

"Oh. Terima kasih." Aku menjauhkan tubuhku sedikit. Risau tercium anak orang tanpa sengaja.

"You also beautiful, my lady." Aku meneguk liur dengar kasar. Aku pandang Luthfan dengan wajah terkejut. Seketika aku nampak bibir Luthfan mengukir senyuman sinis.

Ceh!

Tak ikhlas rupanya.

"Kamu buat apa tu berdua? Mari ambil gambar." Ajak Tengku Aidil. Aku terus mengangguk dan meninggalkan. Aku berjalan ke sebelah Nayli manakala Luthfan berdiri di sebelah Tengku Khairul, adik lelaki bongsu Tengku Khairil dan Tengku Khairina.

"Merekalah bakal memimpin rakyat-rakyat Kerajaan Everly selepas ini." Ucap Tuanku Raja kepada tetamu-tetamu yang hadir majlis pertunangan hari ini.

Seketika senyuman aku luntur dan mataku memanah Luthfan, tunangku. Dia hanya memandangku sekilas sebelum memandang ke arah kamera. Aku masih tak yakin dengan diriku ini. Sebelum ini keyakinanku sudah diparas tidak normal apabila dikelilingi kawan-kawan yang cantik tapi aku selalu cuba menguatkan diri agar kelihatan biasa dan tidak terlalu merasa rendah diri.

Tapi kini, keyakinan diriku jatuh 20% lagi setelah mengetahui bahawa aku adalah tunang kepada Putera Mahkota Kerajaan Everly. Dalam banyak-banyak wanita di dalam Kerajaan Everly, kenapa aku yang menjadi pilihan? Adakah aku pernah melakukan kesilapan tanpa aku sedar? Jika ya, mohon hukum aku dengan hukuman yang lain. Bukanlah hukuman menjadi tunang kepada keluarga diraja itu.

"Lara, are you okay?" Tegur Tengku Khairina.

Aku pandang Tengku Khairina dengan pandangan terkejut. Aku terus mengangguk dan berjalan keluar dari pelamin tunang Azea. Aku tersenyum nipis.

"Alara." Aku terus berpusing dan menghadap suara tersebut. Tubuhku condongkan sedikit tanda menghormatinya.

"Ampun Tuanku."

"Tak perlu menghormati saya. Saya pun manusia macam awak juga." Ujarnya lagi. Aku tersengih kekok.

Takkan aku nak...

Eyo! Wassup gang!

Pulakkan?

Tak pasal-pasal kena pancung.

"Ada apa Tuanku Raja panggil saya?" Soalku.

"Panggil saya ayah sahaja." Aku pandangnya dengan pandangan yang masih kekok. Jadi menantu pun belum tapi dah disuruh panggil ayah. Mantap!

"Baik ayah." Ujarku perlahan. Tuanku Raja Adha membawa aku berjumpa dengan ahli keluarganya. Paling tepat, keluarga bakal mertuaku.

Sesampainya aku disana aku hanya mampu tersenyum kekok. Bukannya aku tak kenal keluarga diraja itu tapi aku lebih memilih untuk tidak mengambil kesah kerana hidupku lebih penting.

"Kenalkan ini Permaisuri Kerajaan Everly, Permaisuri Inara." Aku tunduk sekali. Permaisuri Inara tersenyum manis. Ini mungkin sudah dua kali aku bertemu dengannya. Permaisuri memang cantik dan muda. Mungkin awet muda.

"Ini Luthfi Ashraff. Adinda bongsu kepada Luthfan." Luthfi tersenyum manis sehingga menampakkan lesung pipitnya. Berbanding dengan Luthfan, Luthfi ini ada auranya tersendiri. Aura playboy. Mesti memikat perempuan menggunakan lesung pipitnya itu.

"Dan ini tunang kamu merangkap bakal suami kamu, Luthfan Akasyah." Luthfan mengukir senyuman sinis. Aku terus menjulingkan mataku. Cuba mengawal diri daripada bertindak agresif.

Daripada aku bertunang dengan Luthfan, baik tunangkan aku dengan Luthfi. Sejuk juga hati aku tengok senyuman dengan lesung pipit itu.

"Akak tak ada adik ke?" Soal Luthfi tiba-tiba. Dia ukir senyuman menawannya itu.

"Saya anak tunggal, Tuanku." Jawabku jujur. Sedih! Mama dan papa memang kaya tapi tak kaya dengan zuriat. 21 tahun aku membesar sendiri tanpa adik-beradik. Kekadang aku cemburu melihat kemesraan Azea dan adiknya dan Tengku Khairina dan adik-adik lelakinya yang menyebalkan itu.

"Panggil saya Luth je. Kalau untuk akak, akak boleh panggil abang pun tak apa." Aku terus mengukir senyuman. Luthfi ketawa sebelum Permaisuri Inara menepuk sedikit peha putera bongsunya itu.

"Alara itu lagi tua daripada kamu." Ujar Permaisuri Inara.

"Alah ibu ni, Luth bergurau je."

"Tak payah bergurau! Kau tu budak lagi." Celah Luthfan tiba-tiba.

"Ceh!"

"Mari ayah kenalkan Lara dengan ahli keluarga lain. Ayah ada seorang adik sahaja iaitu Tengku Aidil. Dia lah segala-galanya bagi ayah. Kenalkan ini Tengku Aidil. Ayah tahu Lara dah kenal dengan mereka." Tengku Aidil tersenyum manis. Aku hanya membalas dengan menunduk sedikit. Menghormati orang yang lebih tua.

"Ini Tengku Khairina, puteri sulung Tengku Aidil. Tengku Khairil dan Azea Mikayla dan ini putera bongsu Tengku Aidil, Tengku Khairul." Ini kali pertama aku bertemu dengan Tengku Khairul. Dia sedikit pun tidak mengukir senyumannya.

Satu benda je aku boleh simpulkan dalam keluarga diraja ini. Memang keturunan kena kacak-kacak eh?

❣️❣️❣️

Aku merebahkan tubuhku di atas katil. Penat. Sangat penat. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul 11.30 malam. Majlis pertunangan dan majlis tahlil tamat pada pukul 10 malam tapi Tengku Khairina tidak membenarkan aku pulang ke rumah. Katanya risau aku memandu sesorang. Walaupun aku memang tak biasa memandu waktu malam tapi takkan aku nak tinggal di rumah agam itu. Dah lah tiada baju. Takkan nak berbogel?

Kruk kruk!

Perutku berbunyi. Selepas majlis tahlil aku tak sempat nak makan. Hanya menjamah tembikai dan air anggur. Seharian aku tak makan kerana terlalu sibuk. Aku bangkit dari perbaringan dan menuju ke dapur untuk melahap sesuatu. Kalau ada maggie lagi bagus.

Ding dong!

Aku kerut kening. Siapa pula usik aku tengah-tengah malam ni? Aku pusing kembali dan menuju ke pintu utama. Saat pintu utama terbuka, satu mangkuk tingkat berada tepat di depan muka ku.

"Ibu bagitahu kau tak makan tadi." Ujarnya. Aku ambil mangkuk tingkat tersebut.

"Macam mana awak tahu rumah saya?" Soalku pelik. Dia mengukir senyuman sinis.

"I'm crown prince of Everly Kingdom. I know everything about this kingdom." Ucapnya berlagak. Aku menjulingkan mata tanda menyampah.

"Kau tak nak bagi aku masuk ke?" Soalnya.

"Gila eh?"

"Aku gurau je pon."

"Pergilah balik. Nanti jiran-jiran nampak malulah saya." Aku menolak tubuhnya dengan mangkuk tingkat tersebut.

"Aku nak baliklah ni! Kau ingat aku lapar sangat nak makan kau?" Soalnya lalu tersenyum jahat.

"Amboi bahasa." Perliku.

"By the way, stop flirting with my little brother. I don't like it!" Ujarnya lalu menatapku tajam.

Aku ternganga.

Siapa yang flirt dengan siapa ni?

"You should tell your little bro too." Balasku lalu menutup pintu dengan geram.

"Dia ingat aku gatal ke apa?!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro