BAB 33

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

HANNA masuk ke dalam bilik pejabat guru penolong kanan dengan hati yang sebal. Entah apa ayahnya tidak puas hati sampaikan semasa waktu persekolahan sibuk mahu memanggil dirinya. Setelah sampai betul-betul di hadapan pintu pejabat itu, Hanna terus mengetuknya.

Seusai mendapat keizinan masuk, Hanna terus menulas tombol pintu lalu. Perkara pertama yang dia lihat adalah Encik Hafiz sedang menekan papan kekunci komputer ribanya.

Encik Hafiz memandang sekilas ke arah Hanna yang sedang meninggu sambil memeluk tubuhnya. Encik Hafiz segera membetulkan cermin mata yang sudah terlorot. Segala kertas dan fail-fail diletakkan di tepi meja dalam keadaan yang tersusun.

"Kenapa papa nak jumpa Hanna? Tak boleh tunggu kat rumah ke?" tanya Hanna yang kedengaran agak sedikit kasar. Encik Hafiz semakin bengang. Sudahlah dia baru tahu bahawa Hanna sudah beberapa kali ponteng kelas tambahan. Pada mulanya, dia hanya diam sahaja. Tapi memandangkan perangai Hanna yang semakin melampau, maknanya Hanna perlu diberi peringatan terlebih dahulu.

"Apa nak jadi dengan kamu ni, Hanna? Papa tak pernah ajar anak-anak papa buat macam ni." Encik Hafiz memulakan bicara. Matanya tunak memandang anaknya yang sedang mengerut dahi.

"Apa benda ni? Hanna ada salah sekarang ni sampaikan papa tak puas hati? Kalau papa rasa nak marah or nak cakap merepek, baik cakap kat rumah jelah. Tak menyempat!" marah Hanna.

"Kamu jangan nak melampau! Jangan ingat papa diam, tapi papa tak perhatikan kamu! Kenapa ponteng kelas tambahan? Kamu pergi mana sampai ponteng?" Encik Hafiz mengetap bibirnya. Kalau ikutkan hatinya yang sedang membara, sudah lama dia mahu menengking anaknya itu kuat-kuat. Tapi dia tidak mahu membuat kecoh memandangkan mereka masih lagi berada di sekolah.

Hanna menelan liurnya sedikit. Maknanya kesalahan yang satu itu sudah terbongkar. Siapa punya mulut itu yang suka membongkarkan rahsianya? Sebab kebanyakkan guru-guru di sekolah ini sangatlah telalu menjaga tepi kain orang dan membuatkan Hanna berasa rimas.

"Ma… mana ada Hanna ponteng. Siapa yang buat fitnah ni?" Hanna memeluk tubuhnya. Kelas tambahan sungguh membosankan. Keluar dengan Amar lagi menyeronokkan. Amar sangat memanjakan dirinya. Semua apa yang dipinta, Amar akan tunaikan. Tidak seperti papanya, yang asyik melebihkan ibu dan adik tirinya sahaja seolah-olah dirinya tidak wujud.

"Tak payah nak tipu papa la, Hanna. Jangan sampai papa rampas semua handphone kamu. Kamu dah melampau." Walaupun nada suara Encik Hafiz tidak tegas seperti tadi tapi dia masih lagi geram dan marah melihat reaksi Hanna yang seolah-olah tidak memperdulikan nasihatnya.

"Hish! Sikit-sikit nak rampas! Memang! Memang Hanna jelah yang salah. Yang orang gaji perampas dengan anak dia tu tak ada pulak nak tegur-tegur bagai. Dahlah, pa. Tak payah nak masuk campur urusan Hanna. Jaga jelah bini baru papa tu."

Seusai berkata begitu, Hanna terus menuju ke pintu. Malas mahu melayan Encik Hafiz yang selalu sahaja ingin mencari salahnya. Petang ini sepatutnya ada aktiviti kokurikulum tapi dia sudah berjanji untuk bertemu dengan kekasih hatinya, Amar.

"Lagi satu… kalau kamu jumpa lagi budak Amar tu… papa tak teragak-agak kurung kamu kat bilik. So behave!"

Hanna yang pada ketika itu sedang memegang tombol pintu terkedu. Dia memandang sekilas ke arah Encik Hafiz yang tunak memandangnya. Tombol pintu dipegang kemas. Dia tidak begitu berpuas hati!

Hanna terus sahaja menghentakkan kaki lalu membuka pintu pejabat tersebut dengan kasar. Pintu bilik tersebut tidak ditutup semula. Encik Hafiz mengeluh kasar. Cermin mata yang terlorot dibuka lalu diletakkan di atas meja. Dia mengurut pelipis kepalanya. Pening memikirkan anak perempuannya yang begitu degil. Apa yang perlu dia buat untuk merapatkan lagi hubungannya terhadap Hanna yang tidak sama seperti dahulu lagi? Akhirnya keluhan berat dilepaskan.











"TUAN Yang Dipertua, sekali lagi saya ingin menegaskan bahawa kerajaan tetap mempertahankan usul yang dibentangkan ini iaitu Teknologi Hijau tonggak pembangunan lestari perlu dikekalkan di negara ini. Jadi, berdasarkan rumusan hujah mantap yang saya nyatakan tadi, saya memohon usul ini diluluskan oleh dewan yang mulia ini dengan sebulat suara. Tuan Yang Dipertua, saya mohon mencadang. Sekian, terima kasih."

Akhirnya, loceng terakhir sudah berbunyi. Tepat-tepat Siti Safea menghabiskan empat minitnya untuk membentangkan sesi pergulungan. Dia tersenyum sendiri. Segala isi-isi penting sudah dihujahkan. Kali ini posisinya ditukar oleh Azrin sebagai pendebat pertama di pasukan kerajaan. Siti Safea pelik juga dengan pertukaran posisi tersebut tapi dia tidak bertanya banyak.

Tiba-tiba, keadaan menjadi senyap. Semua mata tertumpu ke arah Cikgu Akmar yang sedang tunak memandang ke arah pendebat-pendebat di bahagian hadapan. Setiap wajah pelajar tersebut dipandang satu persatu dan membuatkan Siti Safea rasa seram sedikit.

Siti Safea menundukkan wajahnya. Dia rasa berdebar. Tiba-tiba tangannya keluar peluh. Memang itulah akan terjadi jika dia terlampau gementar. Tangannya akan mudah berpeluh. Siti Safea memandang sekilas Cikgu Akmar. Ternyata Cikgu Akmar sedang memandang ke arahnya. Automatik jantungnya berdegup dengan laju. Mesti teknik pendebatan yang dilakukannya salah. Ataupun hujah yang disampaikan tidak bertepatan dengan tajuk yang diberikan? Sungguh dia takut dimarahi lagi.

"Cikgu, macam mana dengan latihan debat tadi? Ada apa-apa yang perlu diperbaiki?" tanya Rina memecahkan suasana hening di dalam bilik debat tersebut. Malangnya, Cikgu Akmar tidak menjawab pertanyaan. Matanya masih lagi memandang Siti Safea.

"Siti Safea." Cikgu Akmar menyebut nama penuhnya.

"Ya… ya, cikgu." Segera Siti Safea berdiri semula. Tangannya pula semakin berpeluh-peluh. Dia hanya memainkan ibu jarinya untuk meredakan rasa gemuruhnya itu.

"Kenapa tangan berpeluh?" tanya Cikgu Akmar selamba. Siti Safea terus menyorokkan tangannya di belakang. Dalam diam, dia terpegun juga. Mata Cikgu Akmar agak tajam juga.

"Tak… tak ada apa-apa, cikgu," jawab Siti Safea  tergagap.

"Saya tak suruh kamu berdiri pun, Siti Safea? Kenapa kamu berdiri?" tanya Cikgu Akmar lagi.

"Ma… maaf, cikgu." Siti Safea segera melabuhkan duduknya. Azrin hanya tersenyum lucu. Siti Safea mengetap bibirnya. Rasa mahu menangis sahaja.

"Azrin!" panggil Cikgu Akmar. Terus sahaja senyuman Azrin mati. Kini fokusnya tertumpu kepada Cikgu Akmar.

"Ya, cikgu?"

"Nanti masa dalam perlawanan nanti… jangan lupa sediakan beberapa helai tuala kecil. Ingatkan dia bawa tuala kecil masa berdebat nanti. Saya tahu dia nervous."

Azrin hanya mengangguk sahaja. Cikgu Akmar terus sahaja berdiri seraya berkata, "Saya tak ada apa nak cakap. Saya rasa latihan hari ni tak ada apa-apa yang nak ditegur. Hujah tak lari tajuk. Tapi anda jangan begitu selesa. Lagipun… minggu depan dah mula debat tu. Teruskan banyakkan latihan. Rina! Azrin! Take note apa yang saya cakap ni."

"Cikgu, pasal surat kebenaran untuk guna dewan besar Sabtu ni… macam mana, ya? Saya dah hantar surat tu tapi tak ada apa-apa maklumat pun," ujar Azrin. Inilah salah satu masalah di sekolah ini. Lambat betul prosesnya. Mahu buat surat-surat bagai. Kalau ikutkan perancangan Cikgu Akmar, dia mahu para pendebat untuk berdebat di dalam dewan yang besar kerana boleh membiasakan diri pendebat-pendebat di atas pentas yang besar. Tapi, proses kebenaran pun masih lagi belum selesai.

"Tak apa. Saya akan uruskan. Lagipun kita nak guna dalam seminggu je dewan tu untuk latihan. Apa-apa nanti saya bagitahu kamu. Yang lain boleh bersurai. Jaga kesihatan. Perlawanan nak dekat. Ingat tu."

Siti Safea hanya mengeluh perlahan. Makin dekat perlawanan debat tersebut, dia semakin risau. Dia takut kalau dia tidak mampu melakukan yang terbaik seperti mana yang diharapkan. Harap baik-baik saja.







"TAHNIAH, Haziq. Kali ni kamu pecah rekod untuk latihan hari ni. Keep it up! Lagipun minggu depan. Kita dah nak start acara. Pastikan kamu semua jaga stamina. Rehat secukupnya," kata Cikgu Akmal.

Haziq masih lagi membetulkan nafasnya. Peluh di dahi diseka dengan kasar. Belakang badannya sudah lenjun disebabkan peluhnya yang terlampau banyak. Tiba-tiba, matanya tertancap ke arah Siti Safea yang sedang  keluar dari bilik debat bersama Azrin. Hidupnya takkan tenang jika Siti Safea tidak memaafkannya. Walau apa pun terjadi, dia mesti berjumpa dengan Siti Safea.

Melihat Siti Safea yang sedang bergelak tawa dengan Azrin membuatkan hatinya menjadi gelisah. Mahu sahaja dia menarik gadis itu menjauhi Azrin tapi dia tak mampu untuk buat begitu.

"Haziq!" jerit Cikgu Akmal. Haziq Arfan tersentak lalu dia menoleh ke arah Cikgu Akmal semula. Tangannya mula mengurut tengkuk kerana gementar.

"Kamu dengar tak apa yang cikgu cakap tadi?" tanya Cikgu Akmal sambil menaikkan keningnya. Haziq Arfan menggeleng sambil tersengih-sengih. Fikirannya hanya tertumpu kepada Siti Safea sahaja.

Cikgu Akmal mendengus kasar. Punyalah panjang syarahan dan nasihatnya tadi tapi ada lagi muridnya yang tidak menumpukan sepenuh perhatian. Sekarang ini sudah tepat pukul lima petang. Dia malas mahu marah-marah. Buat badannya penat sahaja.

"Dengar baik-baik. Minggu depan game dah start. Esok hari sabtu, datang latihan. Tepat pukul sembilan pagi esok, kamu semua mesti dah ada kat padang ni. Faham?"

"Faham, cikgu!" sahut atlet-atlet tersebut.

"Dan lagi satu… Hilman, tolong serius. Semua latihan, kamu datang lambat. Jangan nak alasan motor rosak la. Mak minta tolong la. Tolong! Bertanggungjawab sikit. Kalau kamu buat juga perangai macam ni… saya tak teragak-agak akan buat nama kamu disenarai hitamkan untuk acara olahraga yang akan datang nanti."

Hilman hanya diam sahaja. Umpama kata-kata tersebut masuk ke telinga kanan dan keluar dari telinga kiri. Kadang-kadang Hilman rasa dengki juga terhadap Haziq. Asyik dia sahaja yang dipuji. Sebab itulah, kadang-kadang dia malas mahu menjalani latihan.

"Sekarang dah pukul lima. Kalau ada apa-apa masalah, boleh bagitahu di grup Whatsapp," pesan Cikgu Akmal lagi dan akhirnya semua atlet beransur-ansur bersurai. Tanpa membuang masa, Haziq terus sahaja mengemas begnya. Dari ekor matanya, dia dapat melihat Siti Safea sudah menuju ke pagar sekolah untuk pulang ke rumah. Dia tak mahu mensia-siakan peluang yang ada.

"Haziq, jom lepak kat warung Pak Munawir," ajak Hilman sambil menepuk bahu Haziq perlahan.

"Sorry, aku ada hal," jawab Haziq sambil menyangkutkan begnya di atas bahu. Lagipun, Siti Safea lagi penting sekarang ini dari lepak dengan kawan-kawan.

"Aduh! Kau ni… nak pergi mana?" tanya Hilman kesal.

"Tak ada pergi mana. Kau tak payahlah sibuk hal aku." Seusai berkata begitu, Haziq pun meninggalkan Hilman yang sedang membara kemarahannya. Penumbuknya dikepal kuat.





ShaDhia

Bersambung…













• Cikgu Akmar perempuan. Bukan lelaki. Itu je nak cakap. 😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro