Bab 5

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

OKEY, dia kena bertenang.

Niat asal untuk balik Malaysia perlu diperbetulkan.

Mana boleh dia bencikan Black terang-terangan macam ni. Black tak boleh tahu rancangan dia. Black tak boleh nampak rasa menyampah dia.

Ya, walaupun dia dah terlepas cakap 'I hate you' semalam.

Duh, Fatiya. Kau ni tak pandai berlakon sungguh!

Pagi Sabtu, kalau diikutkan Firdaus tak bekerja hari ni tapi entah kenapa pagi-pagi alam dia dah tersarung kemeja lengan panjang dan slek. Ada kerja agaknya.

Buka aje pintu bilik di tingkat atas, dia nampak Black duduk bersembang dengan Firdaus di ruang tamu. Walaupun dah beberapa kali pasang telinga, sikit pun dia tak dengar butir bicara dua lelaki itu.

Akhirnya dia melangkah turun meniti anak tangga dan terus menyertai kedua-duanya. Serta-merta perbualan tadi terhenti.

"Morning."

Dia senyum segaris, membalas senyuman Firdaus.

"Kenapa duduk sini? Tak ada nasi lemak ke pagi ni?"

"Told ya. Nasi lemak tu terbaik."

Dia mencipta senyum.

"Haah. Sedap." Dia berpaling pula ke arah Black.

"Mana you beli? Hari ni tak ada nasi lemak ke?" Suara dilembutkan seboleh yang mungkin.

Black angkat kening. Firdaus pula ternganga. Dia perasan semua tu, tapi sengaja dia buat-buat tak nampak.

"Errr, beli dekat simpang depan tu aje." Teragak-agak Black menjawab sambil pandang Firdaus yang mula tersengih.

"Dah ada dekat dapur tu ha. Kita orang dah siap makan pun." Firdaus pula mencelah.

"Kenapa tak tunggu?" Fatiya bangun ke dapur. Sebaik sahaja saji dibuka, sebungkus nasi lemak menyapa mata.

"Kebulur la kita orang nak tunggu Tiya bangun." Firdaus melaung dari ruang tamu.

Dia ketap bibir.

"I jet-lagged la abang,"

"Nak jet-lagged apanya. Dah masuk tiga hari pun..." Firdaus mengekek ketawa.

"Tidur ajelah, princess. Memang you balik untuk bercuti, kan?"

Fatiya buat-buat tak dengar. Tumpuan beralih pada nasi lemak di atas meja. Memang sedap betul nasi lemak ni. Kalau sedap macam ni makan dua bungkus pun boleh.

"Black..."

Panggilan itu membuatkan kedua-dua kepala di ruang tamu menoleh. Firdaus kerut dahi. Black pula terangkat kening.

Pelik dengan nada suara manja Fatiya yang tiba-tiba.

"Teman I shopping hari ni boleh?" Fatiya melaung dari dapur. Dia simpan senyum. Boleh agak yang Black pelik dengan perangai dia hari ni.

Firdaus hampir ternganga dan Black yang memahami permainan Fatiya hanya mampu menggeleng perlahan.

"Ai, sejak bila..."

"Abang diam." Cepat-cepat dia memotong sebelum sempat si abang mengusik.

Dah faham sangat dengan Firdaus tu.

"Black, boleh tak?" Suara dilunakkan seboleh mungkin.

"Pergi ajelah, Black. Karang kempunan pula adik aku tu nak shopping dengan kau." Firdaus menepuk belakang Black perlahan.

Black pandang wajah Fatiya lama, cuba membaca helah adik bosnya itu. Dia tahu, permintaan Fatiya itu tak lain tak bukan, ada kaitan dengan rancangan 'game' yang dia lancarkan semalam.

Akhirnya dia angguk juga, tanda setuju.

Fatiya sengih lebar bila Black mengangguk.

"Tapi Tiya kena ikut abang pergi ofis sekali dengan Black. Lepas makan tu, terus bersiap. Okey?"

"Tak ada hal!" Sengihan Fatiya terus melebar. Wajah Black yang masih tanpa riak itu dikerling dengan hujung mata.

Berani Black cakap yang dia ni pelik? Tunggulah... Black akan jatuh juga ke tangan dia.

Tunggulah.

PINTU pejabat ditutup rapat sebelum Black menurunkan bidai yang melindungi pandangan dari luar.

Firdaus melangkah lemah ke meja sendiri dengan pelbagai rasa yang berbaur.

Fatiya ditinggalkan bersama-sama Suria, setiausahanya di meja depan. Sengaja.

Dia tak nak Fatiya tahu apa yang merunsingkan hati dia.

"Tan Sri Razak dah mula bayar beberapa orang klien kita, bos. Saya rasa, tak lama lagi projek yang sepatutnya mula bulan depan terpaksa kita tangguh." Black bersuara sebaik sahaja dia meletakkan fail hitam ke atas meja.

"Aku rasa kita kena paksa juga Fatiya balik sana." Firdaus mengeluh panjang sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi pengerusi syarikat. Topik yang disebut Black langsung tidak menjentik hati dia.

Daripada kerugian yang bakal dia terima nanti, nyawa Fatiya lebih penting. Dia sudah arif dengan permainan Tan Sri Razak. Nyawa orang lain bagaikan tiada makna bagi dia.

Black yang dari tadi setia menemaninya dipandang lama.

"Tapi aku tak tahu macam mana nak cakap pada dia nanti. Kalau aku berkeras, mesti dia pelik." Satu lagi keluhan terkeluar dari bibir. Sungguh dia risaukan keselamatan Fatiya selama dia bercuti di Malaysia.

"Bos..."

Firdaus angkat kepala.

"Saya boleh cuba untuk buat dia balik sana semula. Tapi bos kena percayakan saya. Apa pun yang saya akan buat." Senafas Black menuturkan. Dia juga setuju dengan rancangan Firdaus untuk menghantar Fatiya pulang ke UK.

"Aku percayakan kau, Black. Dalam dunia ni aku percayakan kau sorang aje. Aku setuju lepaskan Fatiya pada kau asalkan kau tak cederakan dia."

Black angguk perlahan. Dipandang wajah keruh Firdaus dengan rasa simpati. Keadaan Firdaus sekarang ini bagai ditelan mati emak, diluah mati bapa. Serba tak kena.

"Terima kasih, Black. Memang aku tak silap bila ambil kau kerja dulu."

Black senyum tanpa perisa.

Dan, kalau bukan kerana Firdaus, hidup dia masih tak ada arah tuju.

"Kau boleh pergi teman dia sekarang. Kalau ada apa-apa, beritahu aku."

"Okey. Saya panggilkan Joe untuk backup dekat sini..."

"Tak payah. Aku tak rasa dia bodoh sangat nak bunuh aku depan pejabat aku sendiri." Firdaus senyum selapis.

"Dah, kau pergilah. Makin lama kau dekat sini, makin muncung adik aku tu karang."

Black hampir ketawa bila dengar ayat si bos. Terus terbayang muncung Fatiya.

"Jaga dia. Lebih dari nyawa kau."

"Baik, bos." Dan dia terus melangkah keluar dari bilik Pengarah Urusan.

Firdaus merenung langkah Black keluar dari bilik sehingga kelibat pembantunya itu hilang di sebalik pintu.

Nafas dilepas perlahan sebelum dia kembali duduk ke atas kerusi. Gambar yang diletakkan di atas meja kerjanya itu dipandang lama. Serta-merta meresap perasaan rindu yang menggunung.

Wajah Juita isterinya itu tersenyum manis sambil mendukung Alif, anak lelaki mereka. Melihat wajah yang disayang itu, hatinya kembali dipalu rasa bersalah yang menggunung.

Dan tanpa dia sedar, air matanya bertakung sendiri.

"JOM."

Fatiya tersentak. Suara garau yang tiba-tiba menegur dari belakang membuatkan dia berpaling. Wajah Black serta-merta menyapa mata.

"Ala, nak kena keluar dah?"

"Bos busy." Dia sempat menjeling ke arah bilik Firdaus sebelum kembali ke wajah Fatiya di depan.

Fatiya mencebik. Dia turut sama menjeling ke arah pintu bilik abangnya yang tertutup sebelum melepas nafas perlahan.

"Asyik busy aje. Takkanlah nak layan adik yang balik sekali-sekali pun tak boleh?" Rendah suaranya namun sempat ditangkap telinga Black.

Baru sekejap dia sempat bersembang tentang hal pejabat dengan Firdaus sebelum disuruh tunggu di luar.

Sekarang, Black pula yang beria-ia ajak dia keluar dari ofis.

"Jom. Cik cakap tadi nak shopping."

"Hmmm..." pendek dia menjawab.

"See you, Suria." Sempat dia mencipta senyum pada Suria yang hanya menjadi pendengar dari tadi sebelum mencapai beg tangan dari atas meja.

"See you, cik. Selamat shopping," balas Suria lembut. Sempat dia mengangguk pada Black namun seperti biasa Black sekadar membatukan diri.

Langkah Fatiya keluar dari pejabat diikuti oleh Black dari belakang. Sempat Black membukakan pintu di bahagian belakang sebelum membenarkan Fatiya masuk ke dalam.

"Kau orang buat business haram ke? Bukan main susah I nak dengar perbualan you dengan abang."

Soalan tiba-tiba daripada Fatiya membuatkan Black tersedak. Spontan dia terbatuk kecil sebelum menjawab.

"Haah. Buat business dadah, cetak duit palsu, jual organ..."

Fatiya buat muka. Laju dia menjeling Black tajam.

"Boringlah cakap dengan you ni." Langkah terus dilajukan sehingga ke pintu utama.

Black mencipta senyum nipis. Dia perhatikan saja langkah Fatiya keluar ke kereta yang diparkir betul-betul di depan pintu lobi. Nafas dihela perlahan sambil kakinya turut melangkah merapati Fatiya yang masih muncung.

"Boring pula? Cik juga yang tanya tadi. Saya jawab aje." Black masuk ke tempat pemandu tanpa menghiraukan Fatiya yang tercegat di tepi pintu sebelah penumpang.

"Tak nak masuk?" Dia menurunkan cermin dan menjenguk dari dalam kereta.

"You tak nak bukakan pintu untuk I ke?"

"Tangan cik sakit ke?"

Fatiya menggeleng. Berkerut-kerut dahi dia dengar soalan daripada Black.

"Jadi, boleh la buka pintu sendiri, kan?"

Fatiya mendengus perlahan. Pintu di sebelah pemandu dibuka kasar sebelum dia menghenyak punggung di atas kerusi.

"You memang tak nak cuba langsung untuk menang, eh?" Tali pinggang keledar ditarik setelah pintu ditutup rapat.

"Menang? Oh, game tu?" Black menukar gear.

"I tak payah try hard pun, cik akan jatuh cinta." Dia menyambung tanpa memandang.

Fatiya buat-buat tak dengar. Pandangan dihalakan ke luar tingkap sambil menikmati suasana Kuala Lumpur. Dia sendiri tak faham kenapa dia setuju nak ikut rancangan gila Hany.

Kalau boleh, dia tak nak langsung kenal lelaki yang bernama Black ini. Nak tengok muka Black pun dia tak nak. Tapi bila difikirkan janji dia pada Hany, dia sabarkan juga hati.

Tak lama pun di dalam kereta, mereka tiba di pusat membeli-belah Pavilion. Fatiya laju berjalan di depan dan Black mengambil jarak beberapa tapak di belakang. Satu per satu butik disinggah Fatiya namun tiada satu pun yang dia berkenan.

Black mengeluh perlahan. Tak pernah-pernah sebenarnya dia kena ikut perempuan membeli-belah.

Kekok pula rasanya bila terpaksa ke sana dan ke sini mengekori Fatiya.

Dan bila telefon bimbit gadis itu berbunyi nyaring, dia terus tarik nafas lega. Setidak-tidaknya, tak adalah kekok mana bila berjalan sebelah Fatiya bila gadis itu sibuk dengan panggilan yang baru masuk.

"Ammar!"

Telinga Black menangkap satu nama yang keluar dari mulut Fatiya. Dia menoleh seketika sebelum memasang telinga.

"Kita orang kat sini rindu you, tahu tak?" Suara Ammar di hujung talian bercampur dengan angin kuat, hampir menenggelamkan suaranya.

"Cantik betul Swiss..."

"Tak baik tau buat I jealous. Dahlah I teringin nak ikut kau orang." Fatiya mencebik sesaat.

"Sekarang kau orang kat mana?"

"Zermatt, Swiss. Kejap lagi nak buat paragliding."

"Argh! Benci! I nak ikut!" Suaranya naik senada. Sempat dia mengerling ke arah Black yang menoleh ke arahnya.

Tak lama, pandangan kembali dibawa ke depan. Kan bagus kalau dia ikut Ammar? Tak adalah terperangkap dekat sini dengan Black ni.

Tak boleh bayangkan nikmatnya buat aktiviti paragliding di Switzerland.

"Itulah, kenapa tiba-tiba tak nak ikut. Kesian I kena tinggal dengan budak-budak ni."

Fatiya ketawa lepas.

Dia faham sangat siapa 'budak-budak' yang dimaksudkan Ammar. Budak rumah dia.

Semuanya muda daripada dia dan Ammar dan kuat mengusik!

"Semua tanya kenapa 'wife' I tak ikut."

"Banyaklah wife you."

Suara Ammar ketawa memenuhi corong telefon. Sebenarnya dia sendiri dah biasa dengan panggilan 'wife Ammar'. Nak buat macam mana, sepanjang di kuliah, di mana ada dia, di situlah ada Ammar.

Rindunya dengan semua orang di UK.

"Lepas ni I nak you bawa I pergi situ juga. Tak kira."

"Okey, Tiya, kita orang nak mula dah. I'll call you later."

"Okey, be safe!"

"Nanti I tag you gambar kita orang ya,"

"Sengaja, kan?"

Ammar ketawa lagi.

"Bye, Tiya. Take care."

"Bye."

Dia masih tersenyum saat menyimpan iPhone kembali ke dalam sling bag. Nafas ditarik panjang sebelum sekali lagi dia menoleh ke sebelah.

Dan tepat jangkaan dia, Black juga mencuri pandang.

"Lain betul cik bila cakap dengan buah hati."

Belum sempat dia tegur, Black terlebih dahulu memulakan topik.

"Mana ada buah hati, kan I tengah nak pikat you," jawabnya selamba.

Black sekadar senyum tawar.

"Black, you pernah ada girlfriend?" spontan soalan itu ditanya bila Black kembali diam. Berkerut-kerut dahi Black bila dengar soalan dia.

Rasanya tak pelik mana pun soalan tu.

"Tak." Laju saja Black menjawab. Cepat juga dia mencebik.

"Melisa, Hany, Diana... Tak kenal?" Nama-nama yang disebut Hany dulu samar-samar dalam kepala. Nama yang pernah jadi mangsa Black.

Sengaja dia sebut satu per satu, cuba untuk tarik minat Black. Tapi harapan dia terus musnah bila wajah serius itu langsung tak terusik.

"Tak." Pendek jawapan Black.

Dia mendengus perlahan. Dasar pengikikis duit perempuan, dah dapat duit, nama-nama ex dia semua dilupa.

"Habis, nama siapa yang you ingat?" Fatiya hilang sabar. Soalan itu terkeluar sebelum sempat ditahan. Makin lebat kerutan dahi Black.

Pelik.

"Cik merepek apa ni?"

Fatiya tak menjawab. Langkah dibawa terus ke depan meninggalkan Black beberapa tapak di belakang.

"Black, berapa abang bayar gaji you?" Random. Dia sendiri tak tahu kenapa dia tanya soalan tu.

Tapi melihatkan apa yang Black ada dan pakai sekarang, tak mungkin Black masih nak tipu duit perempuan.

"Cik tahu kan, bab gaji tu dikira private and confidential?"

Jawapan Black mengundang cebikan pada bibirnya.

"Oh, cik tak tahu sebab tak pernah kerja, ya?"

Kurang asam betul.

"Yes. I tak pernah kerja sebab harta arwah abah I banyak." Laju saja ayat itu keluar dari mulut. Geram sebenarnya.

Tak pernah rasanya dia meninggi diri depan orang lain, cuma Black ni aje, menyakitkan hati betul.

Lama berjalan tanpa tujuan, langkah dia terhenti di depan panggung wayang. Automatik dia menoleh pada Black yang turut berhenti melangkah.

"You pernah dating, tengok wayang dengan girlfriend?"

"Cik, kalau I ni tak pernah ada girlfriend, macam mana pula I boleh dating dekat panggung wayang?" Sabar ajelah melayan Fatiya ni.

"Oh, betul juga, kan?" Fatiya tayang sengih.

"So, nak dating dengan I tak? Kita tengok wayang?"

"Kalau cik nak, I ikut aje. Lagipun, I dah penat ikut cik ke sana sini. Satu apa pun tak beli lagi. Kalau cik nak masuk panggung wayang, bolehlah I rehatkan kaki sikit."

"Nak perli I la ni?" Fatiya bercekak pinggang. Tak sangka jujur betul pernyataan dari Black. Rasanya selama ni tak pernah pula kawan-kawan lelaki dia merungut bila dia ajak teman membeli-belah.

Black sekadar angkat bahu dengan senyuman nipis.

Mengada-ada betul.

Ikut sikit pun dah penat. Ini ke yang Firdaus suruh jadi bodyguard dia?

"Nak tengok wayang tak? I boleh belikan tiket sekarang." Black seluk kedua-dua tangannya ke dalam saku seluar, menunggu jawapan balas.

Anak mata Fatiya laju meneliti setiap poster yang ada di situ. Bibirnya bergerak-gerak perlahan, bercakap dengan diri sendiri.

Akhirnya fokusnya dibawa kembali ke wajah Black.

"Macam tak ada cerita best aje..." Keluhan terkeluar tanpa dipinta.

"You nak tengok cerita apa-apa tak? I ikut you ajelah."

Black sekali lagi angkat bahu tanda tak tahu.

"I dah lama tak tengok wayang, cik. Tak tahu pun apa cerita yang tengah trending sekarang."

Pula dah...

"Takkan you kerja macam robot 24 jam dan tak bergembira sekali sekala?"

Laju Black menggeleng.

"I tak ada masa nak bergembira, cik."

Hmmm... Bosan sungguh hidup seorang Black ni.

"Dahlah. Cancel tengok wayang. You ikut aje I shopping," putus dia akhirnya.

Black hanya mengikut tanpa bantahan.

"Tiya?"

Langkah mereka terhenti bila ada suara asing memanggil.

"Are you Fatiya?" soal orang yang sama.

Sebaik saja dia berpusing ke belakang, seraut wajah yang sangat dikenali itu sudah tersenyum lebar.

"Oh my God! Betullah you, Fatiya!"

"Kamal!" Fatiya turut menjerit.

"Lamanya tak jumpa!"

Kamal sekadar ketawa senang sambil melipat tangan ke dada. Gadis di hadapannya itu dipandang dari atas ke bawah.

"Makin lawa you sekarang. Lama betul tak jumpa, kan? Dua tahun ada..."

"Kan! Lama betul!" Fatiya masih teruja.

"Eh, you buat apa sekarang?"

Black hanya memerhatikan kedua-duanya bersembang dari tepi. Langsung tak teringin untuk menyampuk.

"I macam inilah. Terpaksa kerja dengan papa." Kamal tayang gigi.

"Bila you balik ni? Balik for good?"

"Taklah. Cuti kejap aje. I masih ada satu semester la kat sana."

"I see..." Kamal senyum. Pandangannya beralih pula pada Black yang masih berdiri memerhati.

Fatiya turut sama memandang.

"Oh, ini..."

"Black," sambung Kamal perlahan dengan nada suara yang penuh makna.

"La... Kenal?" Fatiya menoleh ke arah Black dan Kamal bersilih ganti.

Black mengangguk tanpa riak. Kamal pula tersenyum-senyum sendiri.

Kening Fatiya terangkat tinggi. Pelik bila nampak reaksi Black dan Kamal yang memandang sesama sendiri.

"Pembantu Abang Firdaus, kan? Mestilah I kenal."

"Haah, kan. Lupa pula I." Fatiya sengih sendiri.

"Eh, you ada kerja ke ni? Jom la join kita orang lunch."

Sempat dia melirik ke arah Black yang dah mula menjeling, tak senang.

"Too bad, hari ni I ada lunch meeting. Next time maybe?"

"Okey. Nanti I contact you. Guna nombor lama lagi?"

Kamal mengangguk perlahan.

"Yes. See you around, Tiya." Sempat dia kenyit mata. Spontan Fatiya ketawa.

Pandangan dia jatuh pula pada Black yang masih mencuka. Sempat dia mencipta senyum segaris sebelum berlalu dari situ.

Sebaik saja langkah Kamal menjauhi, Black menghampiri Fatiya yang menghantar langkah Kamal dengan pandangan mata.

"Crush?" soal Black.

Spontan keningnya terangkat tinggi saat mendengar soalan Black.

"Crush? Apa yang dah hancur?"

Black tayang muka tanpa riak. Barulah dia faham yang 'crush' yang Black sebut tadi ada makna lain.

"No! Dia kan adik ipar Abang Firdaus. Takkan you tak tahu?"

"I tahu. Tapi cara cik pandang dia macam dah lama sangat pendam rindu."

Fatiya hampir ketawa bila dengar perkataan 'rindu' yang keluar dari mulut Black. Tak sesuai langsung!

Mamat Men In Black gaya perisik Hollywood ni tahu ke maksud rindu?

"You jangan nak mengarut boleh tak? I tak ada apa-apa perasaan pun pada dia. Dari zaman sekolah lagi, Kamal dah jadi kawan I."

Kenapa nak kena cerita semua pada Black entah... Kalau nak dikira, tak cerita pun, tak apa. Black tu siapa untuk tahu segala perihal peribadi dia?

"Cik..."

Panggilan Black mematikan langkah dia untuk terus masuk ke salah sebuah butik lain.

"Yup?" jawab dia tanpa memandang.

"Cik ada urusan apa dekat Malaysia sebenarnya?"

Dia menoleh ke arah Black sekilas sebelum menayangkan muka tak senang. Ini dah kali ke berapa Black tanya soalan yang sama. Penting sangat ke untuk Black tahu apa yang dia nak buat di Malaysia ni?

Macam tahu-tahu aje ada rancangan untuk hancurkan hati dia.

"I balik sebab nak you jatuh cinta pada I."

Hah, ambil kau Black. Jawapan betul terus yang aku bagi.

Sebaik saja dengar jawapan Fatiya, Black sekadar mencipta senyum tawar.

Fatiya tahu yang Black tak akan bercaya. Baguslah. Lagi senang kerja dia.

"Apa yang untungnya bercinta dengan I, cik?"

Dia terus sengih sendiri. Memang tak ada untung. Merugikan masa, adalah. Tapi dia puas sebab dapat tunaikan janji pada Hany.

"Untungnya, sebab lepas ni you akan berhenti kerja dan tak akan sibuk hal famili I."

Terlepas tawa Black. Sempat dia menggeleng beberapa kali sambil melirik ke arah Fatiya yang memandangnya pelik.

"I ingat you dalam mod perisik setiap masa. Pandai ketawa juga rupa-rupanya," komen Fatiya, jujur.

Tawanya terus mati. Lama dia merenung Fatiya sebelum dia bersuara.

"Yes, princess. I can laugh, I can smile, and I can fall in love." Anak matanya menyapa lembut wajah Fatiya yang terdiam di depan.

"Kenapa? Dah tertarik bila tengok I ketawa?"

Bagaikan tersedar dari tidur, Fatiya terus mencebik. Menyesal betul dia puji tadi. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro