Bab 3

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

SEMINGGU selepas menghadiri temu duga, aku mula melapor diri pada hari Isnin yang mulia ini. Aku jadi tidak lena tidur malam tadi, kerana terlalu bersemangat untuk mula bekerja pagi ini. Petang semalam sewaktu pulang dari bulan madu di Melaka, aku dan Najah sempat singgah di Mahkota Parade untuk membeli-belah. Najah begitu bermurah hati membelikan aku beberapa helai pakaian baru. Sehingga tengah malam tadi aku masih lagi memperagakan pakaian itu di hadapan cermin, seperti anak kecil mendapat baju raya yang baru kata umi.

Mulai hari ini aku terpaksa keluar awal setiap pagi bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas namun aku tidak kesah. Sekurang-kurangnya aku kini tidak perlu lagi jadi bibik. Seawal jam lapan pagi aku sudah sampai di pejabat Najah yang terletak di tingkat 10 di Menara Ansar. Aku duduk di atas sofa kelabu sementara menunggu pengurus sumber manusia masuk ke pejabat.

"Good morning, Azura," tegur satu suara yang aku kenali. Aku menoleh ke arahnya. Pasti Najah yang menegur gadis penyambut tetamu itu.

"Morning, Encik Syahrun," jawab gadis itu. Janggal kedengaran suamiku dipanggil dengan nama Syahrun. Aku menahan senyumku. Sejak aku kenal dia, aku tidak pernah dengar dia dipanggil dengan nama pertamanya itu.

"Zaid tak masuk ofis lagi ke, Zura?" tanya Najah kepada gadis itu.

"Belum lagi, Encik Syahrun. Cik Natasha ni pun sedang tunggu Encik Zaid. Biasanya waktu ini dia dah sampai, hari ni lambat pula," balas gadis itu.

"Tak apa, nanti kalau Zaid datang suruh dia jumpa saya. Natasha boleh ikut saya ke pejabat," arah Najah kepadaku dan gadis penyambut tetamu itu. Tanpa sebarang bantahan aku mengekori Najah ke biliknya. Pejabat itu sungguh kemas dan tersusun. Aturan perabot dan kubikel yang membahagikan ruang kerja antara staf begitu seimbang dan warnanya juga senada.

Kami berhenti di hadapan bilik yang tertera nama Najah lengkap dengan jawatannya. Aku baca plak yang tertera di pintu biliknya.

"Syahrun Najah Hanafi."

"Management Information Systems Manager."

Najah membuka kunci pintu dan menolak perlahan daun pintu itu sambil mempelawa aku masuk. Dia tersengih-sengih memandangku.

"Tasha mesti bising nanti," katanya sambil mengenyitkan sebelah mata. Aku kehairanan, tidak tahu apa sebabnya dia tersengih-sengih.

"Masuklah."

"Ya Allah, abang..."

Terkejut aku melihat keadaan bilik Pengurus MIS itu. Bersepah sungguh!

"Abang, ini bilik abang atau tempat kucing beranak?" tanyaku pada Najah yang masih lagi tersengih.

"Jumaat lepas abang cari fail tak jumpa, habis semua abang geledah. Nak kemas semula tak sempat, tengok jam dah dekat pukul satu. Kalau abang kemas, abang takut tak sempat lunch dengan baby abang ni. Lepas tu tak masuk ofis terus, kan kita pergi Melaka. Lupa?"

Aku tahu Najah bukan sengaja membiarkan biliknya bersepah. Dia seorang yang sangat mementingkan kekemasan dan kebersihan. Aku tahu dia benar-benar kelam-kabut minggu lepas.

"Tasha tolong kemas boleh?" tanya Najah.

"Encik Syahrun, dalam appointment letter saya, jawatan yang diberikan kepada saya ialah eksekutif akaun, bukannya pembantu pejabat," balasku pula. Najah ketawa mendengar aku memanggilnya dengan nama Syahrun.

"Sayang jangan panggil abang macam itulah, geli abang dengar. Dah, tolong cepat kemas bilik ni," tambah Najah sambil mengemas buku-buku perisian yang bersepah di atas mejanya. Aku turut membantunya menyusun fail-fail ke kabinet yang berhampiran. Kertas-kertas yang aku tidak tahu sama ada masih berguna atau tidak, aku satukan menjadi kemas.

"Abang pilih sendiri ya paper ni? Tasha tak tahu mana satu sampah mana satu dokumen abang." Aku menyerahkan kertas yang telah aku susun itu kepada Najah.

"Thanks, sayang."

Pintu bilik diketuk, seorang lelaki berbadan gempal berdiri di muka pintu. Najah mempelawanya masuk dan dia duduk di atas kerusi bersebelahanku.

"Zaid, ini Natasha Ameera eksekutif baru tu. You lambat sangat datang, I kidnapped dia ke mari."

"Sorry, Encik Syahrun. Tayar kereta saya bocor terkena paku. Terpaksa guna kereta isteri saya. Lambat sikit sebab kena hantar dia ke pejabat dulu," terang Zaid mengapa dia lambat pagi ini.

"Tak apa, dah nak bocor... Nak buat macam mana, kan? Tasha ikut Encik Zaid ni, nanti dia akan kenalkan you dengan staf yang lain."

Zaid membawa aku ke bilik yang aku kongsi bersama dengan seorang lagi eksekutif akaun, Aliah Sarah namanya. Bilik itu agak luas, cukup untuk dua orang. Aku diperkenalkan kepadanya. Namun belum pun sempat aku mengenali Sarah dengan lebih lanjut, Zaid membawa aku melihat sekitar pejabat sambil berkenalan dengan staf-staf yang lain. Sepuluh minit selepas itu aku kembali ke bilikku.

"Penat?" soal Sarah sebaik sahaja aku melabuhkan punggung di atas kerusi.

"Penat juga, besar sangat pejabat ni. Encik Zaid tu kenalkan I dengan semua orang, tapi tak ada seorang pun yang I ingat namanya kecuali you, Sarah," balasku.

"Sebelum ini kerja di mana, Natasha?" tanya Sarah dengan lembut.

"This is my first job. Baru dua bulan balik sini," terangku pada Sarah.

"Oh, kisahnya... Belajar kat mana dulu, Tasha?" tanya Sarah lagi.

"UK..."

"Ohhh, kalau kat UK, Si Syahrun tu pun study kat UK."

"Syahrun mana?" tanyaku, buat-buat tak tahu pula. Aku ketawa dalam hati.

"Anak bos tu, you tak berkenalan dengan dia ke tadi? MIS Manager yang hidung mancung tu. Zaid tak bawa you jumpa dia ke?"

"Ohhh... Nama dia Syahrun ke? Ada jumpa tadi, kalau you tak mention bab hidung mancung tu memang I tak ingat. Mancung betul kan hidung dia?"

"Kacuk Arab tu, kalau you tengok abang dengan kakak dia lagi tercatuk batang hidung. Tapi kalau you nak bandingkan Si Syahrun tu dengan abang dia, handsome lagi Si Syahrun tu. Tinggi lampai, putih melepak... Ehhh, pinkish la kulit dia. Gigi dia tu tersusun, cantik aje."

Wah! Begitu seronok Sarah bercerita tentang Najah. Hidung dan matanya yang redup itulah yang menambat hatiku dulu. Aku berdoa dalam hati agar Sarah tidak jatuh hati dengan Najah, kerana aku tidak sanggup untuk bergaduh dengan rakan sekerjaku hanya kerana seorang lelaki. Janganlah ditambah pening yang sudah bersarang dalam kepalaku sejak berbulan-bulan yang lalu.

"Assalamualaikum," tegur seorang wanita bertudung. Kami berdua menyambut salam itu dengan serentak. Aku masih lagi mengenali wanita yang menemu dugaku seminggu yang lalu.

"Selamat datang, Natasha. Macam mana, selesa dengan pejabat ni?" tanya Puan Khalijah kepadaku.

"Alhamdulillah selesa, puan," balasku pula.

"Natasha boleh ikut saya ke bilik sekejap?" pinta Puan Khalijah.

Aku bangun dari kerusi dan menurut langkah Puan Khalijah menuju ke biliknya. Najah yang sedang berbincang sesuatu dengan pembantunya mengerling ke arahku dan kami berbalas pandangan. Rasanya seperti kali pertama jatuh cinta.

Bilik Puan Khalijah terletak berhadapan dengan bilik Najah, bilikku pula selang sebilik dari bilik Puan Khalijah. Pastinya, setiap kali aku berjumpa dengan financial controller itu, aku perlu melintasi bilik Najah.

"Buat masa ni Tasha kena jaga payroll dan fixed assests. Payroll tak susah sangat sebab kita dah develop sistem baru yang lebih mudah. Sekarang ni Syahrun pun sedang upgrade sistem yang sedia ada agar lebih pantas dan tepat," ucap Puan Khalijah. Famous betul Najah di pejabat ayahnya ini. Namanya tidak lekang dari bibir setiap orang.

"Tasha tahu kan kalau buat payroll ni kita mesti amanah? Tak boleh beritahu orang lain berapa figure gaji orang ini, orang itu..." terang Puan Khalijah lagi.

"Saya faham, puan."

"Ini kunci kabinet fail-fail peribadi yang akan saya pertanggungjawabkan kepada awak. Tak ada orang lain yang dibenarkan membuka kabinet itu kecuali Tasha dan saya sendiri. Hanya kita berdua sahaja. Kalau Tan Sri nak tengok fail pun, Tasha atau saya sahaja yang boleh buka. Harap Tasha boleh jaga amanah ini."

"Insya-Allah, puan."

"Sekejap lagi Johan akan bantu Tasha untuk suai kenal dengan sistem yang kita guna di sini. Dia akan ajar awak sampai pandailah. Kalau tidak, susah nanti staf di sini tak bergaji," gurau Puan Khalijah. Aku tersenyum. Senang hati aku bila berhadapan dengan wanita ini. Tuturnya lembut dan penuh sopan.

"Mari Tasha ikut saya." Puan Khalijah membawa aku ke bilik jirannya. Aku bawa sekali fail dan kunci yang diserahkan oleh Puan Khalijah kepadaku sebentar tadi.

"Syahrun," panggil Puan Khalijah. Najah yang sedang khusyuk menaip sesuatu di laptopnya memandang ke arah kami.

"Saya, Kak Kelly," sahut Najah. Dia tersenyum, aku turut membalas senyuman itu.

"Johan mana? Akak nak minta dia ajar Tasha guna payroll systems tu. Karang hujung bulan ni kamu semua tak dapat gaji kalau Tasha tak belajar dari sekarang."

"Oh! Johan dia pergi site, kak. Tak apa, saya akan ajar Tasha. Hmmm, bagi saya lagi setengah jam. Lepas saya siapkan kerja saya ni, saya datang ke bilik Kak Kelly," balas Najah dengan sopan. Pandai dia berbahasa, aku bangga menjadi isterinya. Walaupun dia anak kepada tuan punya syarikat namun dia tetap menghormati orang lain.

"Datang bilik akak buat apa? Pergi bilik Natashalah."

Najah ketawa kecil bagi melindungi kesilapannya. Kenapa gabra semacam suamiku ini? Sepertinya dia tidak pernah melihatku sebelum ini. Aku dan Puan Khalijah kembali ke bilik masing-masing.

Aku susun beberapa barang peribadi milikku yang aku bawa termasuk sebuah bingkai gambar yang diperbuat dari pewter. Bingkai gambar itu aku letakkan di sebelah monitor komputerku, supaya aku boleh melihatnya saban waktu. Gambar aku dengan Najah di hadapan stadium Old Traffod. Itulah gambar pertama kami dan di situlah kami berkenalan lalu jatuh cinta.

Sarah begitu khusyuk memeriksa lejarnya. Dia begitu senyap sekali. Aku membuka kabinet yang menyimpan kesemua fail peribadi staf syarikat, juga beberapa lagi fail sulit. Aku memeriksa fail-fail tersebut satu per satu mengikut senarai yang diberikan Puan Khalijah kepadaku.

"Helo, ladies," sapa Najah yang muncul di hadapan pintu bersama sebuah fail di tangannya.

"Ehhh, Encik Syahrun, masuklah," pelawa Sarah dengan ramah. Aku lihat dia begitu teruja melihat kehadiran Najah di bilik kami.

"Tasha dah sedia?" tanya Najah kepadaku. Aku mengangguk. Sarah seperti kehairanan.

"Johan tak ada ke, Encik Syahrun?" tanya Sarah. Mungkin dia pelik melihat Najah yang akan mengajarku untuk menggunakan payroll systems, bukannya Johan pembantu Najah.

"Johan pergi site. Kenapa? You ingat I tak boleh ajar Tasha ke?" jawab Najah sinis. Dia merapati aku yang sedang berdiri di mejaku. Najah meletakkan failnya di atas mejaku.

"Cantik gambar," puji Najah. Aku tersenyum. Aku perasan Najah juga meletakkan gambar yang sama di laptopnya. Gambar itu menyimpan seribu erti bagi kami berdua. Aku berikan Najah kerusi untuk memudahkan dia mengajarku.

"Tak apa... Tasha duduk, abang boleh berdiri," bisik Najah di telingaku. Rindunya aku pada bisikan seperti itu.

"Tak penatkah berdiri, Encik Syahrun?" tanya Sarah. Risau benar dia, takut Najah kepenatan berdiri agaknya.

"Nanti kalau I nak duduk tahulah I cari kerusi, Sarah. Thanks for your concern," balas Najah dengan sopan. Kami memulakan sesi pembelajaran sebaik sahaja Najah siap menyediakan satu akaun dan kata kunci untukku. Dia mengajar aku satu per satu dan aku mudah memahami apa yang diterangkan oleh Najah kepadaku. Sesekali kami ketawa, adakalanya kami serius. Aku mendengar setiap butiran dengan teliti dan mencatitkannya pada buku nota kecil.

Najah mengeluh di telingaku, dia kepenatan juga akhirnya. Hampir sejam dia berdiri di belakangku sambil mengajar.

"Abang keluar kejap cari kerusi, sayang," bisik Najah lagi. Pandangan mataku mengiringinya keluar dari bilik. Aku melakukan senaman regangan untuk menghilangkan penat.

"Encik Syahrun tu macam suka dengan you aje, Tasha," ucap Sarah. Agaknya dari tadi dia memerhatikan kami berdua, tekaku dalam hati.

"Isy... Tak adalah, Sarah. Takkanlah dia pandang I ni?" balasku pula.

"Selalunya Johan yang akan ajar staf baru kat sini. Baru minggu lepas ada staf baru masuk, Johanlah yang bertungkus lumus set-up komputer, ajar guna sistem. Encik Syahrun tak turun padang pun, duk melangut depan PC dia aje sehari suntuk," terang Sarah lagi.

Wah! Sarah benar-benar memerhatikan Najah sehinggakan dia tahu apa yang Najah buat seharian di pejabat. Kalaulah Sarah tahu yang Najah ini suamiku, apa agaknya reaksi dia, ya?

Najah masuk semula ke dalam bilik tidak lama selepas itu. Dia duduk di sebelahku. Dia meletakkan sebelah tangannya di pahaku.

"Rindu sayang," bisik Najah di telingaku. Aku juga rindu padanya. Aku tidak membalas, sebaliknya aku tulis di notaku lalu kuberikan kepadanya untuk dibaca.

MISS U VERY MUCH!

Najah mengambil buku notaku lalu menulis sesuatu dan memberikan kepadaku semula.

LOVE BABY AND MISS BABY TOO...

Dia ketawa besar, mengejutkan aku dan Sarah. Buang tabiat agaknya Najah ni. Aku mencubit pahanya, tanda protes.

"Sakitlah, sayang..."

"Dah tu, kenapa buat orang terperanjat?" gumamku. Najah ketawa lagi. Sarah yang kehairanan bertanya lagi.

"Apa yang kelakar sangat tu Encik Syahrun, Tasha?"

"Entahlah Sarah, I pun tak tahu kenapa Encik Syahrun ni asyik ketawa aje. You tak sihatkah, Encik Syahrun?" tanyaku pula. Kali ini Najah pula mencubit pahaku.

"I rindu dengan buah hati I, Sarah. Tak sabar nak balik jumpa dia ni. Teringatkan dialah ni, seronok sangat," jawab Najah. Sarah mencebikkan bibirnya.

"Lima minit lagi Encik Syahrun boleh balik rumah, lunch. Bukan tak biasa, kan? Encik Syahrun selalu keluar lunch dua jam, kan? Hahhh, bolehlah lepaskan rindu lama-lama," ucap Sarah. Dua jam Najah menghilang di rumahku, melaporkan diri padaku setiap hari sambil menikmati hidangan tengah hari yang aku masak untuknya.

"Tapi hari ni tak ada orang masak untuk I. Nampak gayanya makan di luarlah," tambah Najah lagi. Kesian pula aku mendengarnya.

"Buah hati Encik Syahrun tak masak ke hari ni?" tanya Sarah.

"Tak, dia dah penat jadi tukang masak I," sindir Najah padaku. Aku tersenyum.

"Tapi tak apalah, dia tak masak pun tak apa asalkan dia sudi teman I makan, cukuplah. Kan, Tasha?"

"Agaknyalah, Encik Syahrun," jawabku. Entah boleh entah tidak kami makan bersama nanti? Maklumlah bila bekerja satu pejabat, kalau asyik keluar berdua nanti kena gosip pula. Isy... Entahlah.

"Hmmm... Dah pukul satu. Tasha nak lunch sekali tak?" pelawa Sarah. Najah terlebih dahulu memberi isyarat kepadaku, maka aku terpaksa menolak pelawaan Sarah.

"You keluar dululah, Sarah. Kejap lagi I lunch," balasku. Sarah meninggalkan kami berdua. Najah menarik nafas lega. Akhirnya tinggal aku dan dia sahaja di bilik itu dan kami tidak perlu berbisik lagi.

"Abang rindu sayanglah," ucapnya.

"Tasha pun rindu abang."

"Sayang nak makan tak? Abang lapar ni, dari pagi tak makan lagi. Sayang pun abang tengok tak breakfast pagi tadi. Sibuk berkenalan dengan orang dalam ofis ni. Ada jumpa yang berkenan tak?"

"Ada, Tasha rasa macam jatuh cinta pandang pertama pada seorang staf ni. Lelaki tu hidung mancung. Tasha lupa siapa nama dia tapi bilik dia macam sarang kucing nak beranak. Abang, jomlah lunch... Tasha lapar sangat ni bang, perut pun dah berbunyi ni," ucapku dengan manja. Najah mengusap perutku.

"Kesian baby abang ni, lapar ya? Jom kita pergi makan, abang belanja tapi Tasha kena drive. Boleh? Abang penatlah, sayang."

"Boleh, no problem. Abang nak makan kat mana?"

"Jom kita pergi Sushi King. Abang nak makan susyilah."

Dia memegang tanganku tetapi melepaskannya semula sebaik sahaja kami keluar dari bilik. Aku tidak berkecil hati kerana aku sedar di mana aku sekarang dan tidak ada seorang pun yang tahu siapa aku sebenarnya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro