80

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

                       RUMAH agam milik Dato Idris kini terasa asing bagi Husna. Bila tiba di perkarangan rumah, rasa macam nak cabut lari semula ke rumah Mia. Manakan tidaknya jika penyambut di muka pintu semalam adalah mak tirinya. Sakit hati pasal kejadian minggu lepas pun belum surut, apatah lagi yang sebelum-sebelum ini. Kalau diikutkan hati, mahu saja dia tampar muka wanita tua itu. Tapi dek kerana dia tahu tiada sesiapa yang akan memihaknya di sini, jadi lebih baiklah dia kawal perasaan sendiri.

Malam itu, Husna terus masuk ke bilik tidur. Ada juga Datin Khadijah menegurnya namun langsung tak diendahkan. Heh, dia tahu semua itu cuma lakonan. Seronoklah dapat tahu dia dipaksa berkahwin dengan seseorang yang tidak dikenali? Menyampah!

Entah bila masa dia terlelap, tahu-tahu buka mata sahaja jam sudah menunjukkan pukul 6 pagi subuh. Lantas, Husna terus bangun menunaikan solat wajib. Oleh kerana kelopak matanya masih terasa berat, usai solat Husna kembali naik ke katil.

Tertidur sekali lagi.

"Cik Husna, bangun Cik Husna!" Suara Mak Timah kuat terpekik di dalam bilik. Adakalanya dia mengeluh resah. Mana tidaknya jika jarum jam sudah menghala ke pukul 11 pagi akan tetapi Husna masih terbongkang di atas katil. 

Hendak pula di luar rombongan lelaki baru sahaja sampai. Ramai pulak tu! Hampir enam biji kereta juga terparkir di tepi rumah agam milik Dato Idris.  Mak Timah yang lihat pun sudah berdebar, apatah lagi Husna yang masih di alam mimpi. Mahunya terkejut Husna apabila tahu ada tetamu di luar bila celik mata nanti.

"Cik Husna, bangun cepat! Dato suruh bersiap!"

Husna masih lagi pejam mata. Mengantuk sangat-sangat.  Lagipun, jarang dia dapat bangun lewat macam ini. Barulah terasa nikmat tidur yang sebenar. Tapi... bila dah sedap tidur ada pula suara yang mengganggu.

Sesekali Husna menggaru pipinya. Kemudian bantal panjang di sebelah kanannya ditarik ke dalam pelukan. Sambung bermimpi.

"Ya Allah, tolonglah Cik Husna. Jangan buat macam ini... mereka dah tunggu di luar."

"Siapa pula yang tunggu? Hari ni saya cutilah... cuti sepatutnya kena rehat..." dengan nada malas Husna menggumam.

Mak Timah tepuk dahi. Aduhai, macam mana nak suruh si anak dara ni bangun? Karang dia pula yang kena marah dengan Dato Idris kerana Husna masih belum bersiap.

"Tapi Cik Husna kena bangun sekarang. Dah tak cukup masa ni! Cik Husna kena ada sekali masa perbincangan nanti."

Husna mendengus kecil.

"Bincang apa pula ni? Saya dah tak kerja ceo dah... tak ada meeting bagai." Rungutnya.

"Bukan meeting kerja Cik Husna tapi meeting pasal hantaran! Hari inikan ada orang nak masuk meminang Cik Husna. Rombongan pihak lelaki dah sampai dah pun!" Ujar Mak Timah, tinggi suaranya seakan mak-mak sedang memarahi anaknya. Kalau tak bangun juga, tak tahulah.

Mendengar perkataan rombongan disebut, mata Husna yang tadinya berat hendak terbuka terus terasa ringan. Bulat matanya serupa burung hantu, dengan rambut serabai dan muka polos Husna langsung bangun daripada pembaringan.

Laju kepalanya menoleh ke sebelah memandang Mak Timah. Pagi-pagi lagi jantungnya serupa terkena serangan.

"Rombongan?!"

Mak Timah angguk kepala berkali-kali.  Dah berbuih mulut sebut pasal rombongan daripada tadi. Sekejap anak mata Mak Timah bergerak-gerak menunjuk ke arah jendela. Memberi isyarat rombongan pihak lelaki kini sudah berada di luar.

Biar betul?!

Husna tak percaya. Cepat-cepat dia turun daripada katil lalu mendekati jendela. Kain langsir putih yang menghalang penglihatannya diselak sedikit ke tepi. Mengintai ke bawah. Sekali lagi matanya terbeliak.

"Ramainya! Ini rombongan ke kenduri?!" Jerit Husna. Pernah juga sesekali dia pergi mengikut rombongan kahwin dahulu tapi tidaklah seramai ini! Rumah yang sudah tentu besar dan luas pun belum tentu muak hendak masukkan mereka semua. Besar betul keluarga Tan Sri Raqib. Tapi wajah mereka tidak nampak asing di mata Husna, serupa pernah lihat...

Tapi di mana ya?

"Itulah, Mak Timah pun tak sangka ramai. Sebab itu Mak Timah suruh kamu bersiap cepat-cepat.  Nanti malu pula kalau kamu keluar hadap mereka dengan pakaian macam itu." Sampuk Mak Timah daripada belakang. Nada suaranya masih lagi gelisah. Entah sempat ke tidak si Husna tu bersiap.

Namun, mata Husna masih lagi mengintai ke bawah. Melilau dalam keluarga besar Tan Sri Raqib mencari seseorang yang dia nantikan. Perasaan resah tak habis-habis lagi. Berpeluh tangannya menggenggam kain langsir.

Ya Allah, dia tak pernah rasa gelisah sampai begini sekali. Sehinggakan dapat merasakan degupan jantung yang begitu kencang.

Saat mata menangkap figura Tan Sri Raqib keluar daripada perut kereta Alphard, Husna terus fokus ke situ. Kalau Tan Sri Raqib naik kereta itu, bermakna bakal suaminya tentu ada di dalam kereta itu juga.

Air liur ditelan kesat. Makin berdebar-debar jantungnya ketika menantikan susuk tubuh seterusnya yang akan keluar daripada pintu penumpang bahagian belakang.

"Tolonglah dia... tolonglah dia..." terkumat-kamit bibir Husna mengucap ayat yang sama. Sesaat mata dipejam. Dalam hati berdoa agar tekaannya benar. Dan ketika kelopak mata terbuka semula, dia lihat figura memakai baju Melayu biru keluar daripada perut kereta.

Makin berdebar Husna jadinya.

Namun, perasaan itu berubah tatkala menyedari rambut lelaki itu berwarna hitam. Dan saat dia berpaling, nyatanya itu adalah Nathan. Bukan seseorang yang dia nantikan sebelum ini!

Dia ingatkan Nathan akan lama lagi outstation di luar negeri. Tapi boleh jadi juga jika dia sanggup batalkan jadual semata-mata untuk rombongan meminang hari ini.

Habislah!

Langsir terus ditutup.

Tak duduk diam Husna jadinya serupa kucing hendak beranak. Ke kiri dan ke kanan dia berjalan berulang kali.

"Kenapa Nathan? Ini semua salah Mia! Aku dah agak ayah akan pilih Nathan! Sekarang apa aku perlu buat? Takkan aku nak tolak pinangan ni depan mata Tan Sri Raqib? Apa pula perasaan dia nanti..." Bertubi-tubi soalan keluar daripada mulutnya. Husna gigit kuku. Gelisah.

Naik pening kepala Mak Timah melihat Husna yang ke hulur ke hilir daripada tadi. Tergeleng-geleng kepalanya. Lantas, Mak Timah menapak mendekati Husna bersama dress merah jambu ditangan. Tersiap iron semalam lagi. Dato Idris yang belikan untuk Husna pakai supaya kelihatan cantik di hadapan mata bakal suami nanti.

"Cik Husna... apa kata Cik Husna bersiap dahulu? Dah lambat sangat ni. Nanti Cik Husna kena ada di bawah sekali dengan keluarga Tan Sri Raqib."

"Tak! Saya tak boleh! Saya tak nak kahwin dengan lelaki tu!" Dress yang dihulur oleh Mak Timah ditepis lembut.
Tak mahu pakai.

Mak Timah menghembus nafas perlahan.

"Kenapa pula tak nak? Ramai orang tunggu Cik Husna di bawah sana tahu tak? Takkan Cik Husna nak biarkan aje? Sekurang-kurangnya turun dan hadap mereka. Kalau tak suka, cakap sahaja tak suka. Orang pun takkan paksa." Ujar Mak Timah lembut.

Kepala Husna terangguk-angguk dengan begitu angkuh.

"Memang. Memang orang tak akan paksa! Tapi ayah tu! Ayah yang akan paksa saya untuk terima juga pinangan ni! Jadi sebelum saya berada di situasi itu, lebih baik saya larikan diri dahulu!" Anak matanya meliar ke segenap ruang bilik. Kalau nak keluar ikut pintu memang tak akan berjaya! Banyak halangan di sana.

Dia tak nampak laluan terbuka lain selain jendela. Langsir yang mengibas-ngibas pabila ditiup angin, seakan-akan memanggilnya untuk ke situ. Ah, terjun tingkap pun terjunlah! Dia tak boleh berfikiran waras saat ini.
Lagipun bukannya tinggi mana pun. Satu tingkat sahaja. Paling tidak kaki terseliuh sahaja.

"Eh, Cik Husna!"

Hendak terjojol keluar biji mata Mak Timah saat melihat Husna bertindak memanjat jendela yang agak tinggi.  Terus terlepas dress merah jambu itu ke lantai, dengan pantas Mak Timah berlari mendapatkan Husna. Menarik lengan itu supaya menjauih jendela itu semula.

Tahulah nervous. Tapi takkan sampai nak terjun dari tingkat satu?

"Apa Cik Husna nak buat ni?"

"Saya nak larilah! Ini aje jalan yang ada." Selamba Husna berkata.

Mak Timah tepuk dahi. "Kot iya pun takkan sampai nak terjun tingkap? Malulah kalau orang perasan nanti!"

"Habis? Mak Timah nak saya hadap aje mereka huh? Lelaki yang ayah nak satukan dengan saya tu sebenarnya dah ada buah hati. Saya tak tergamak nak jadi orang ketiga!"

Berlapis dahi Mak Timah mendengar cerita Husna. Apa pula yang wanita ini sedang merepek? Sejak bila pulalah anak majikannya itu ada buah hati. Kalau ada pun, tak mungkinlah Tan Sri Raqib tak berperasaan mahu kahwinkan Husna dengan anaknya yang hatinya sudah dikunci orang.

"Sejak bila pula dia ada buah hati? Dia single lagi, Cik Husna. Mak Timah tahulah sebab Mak Timah kenal dia. Dahulu Mak Timah kerja dengan dia. Orangnya jarang bergaul dengan perempuan. Apatah lagi nak ada kekasih..."

Terjuih bibir Husna mendengarnya. Hendak tergelak pun ada. Noar Nathan dikatakan jarang bergaul dengan perempuan? Selama bekerja di Ocean Empire dia lihat Encik Nathan itu bukan main peramah lagi dengan semua orang.

"Ish, sedangkan cuaca pun berubah apatah lagi manusia! Saya tahulah dia dah ada buah hati sebab buah hati dia itu adalah kawan saya! Encik Nathan tu dah lama bercinta dengan dia semenjak saya tersesat di pulau semporna!"

"Apa kena mengena Encik Nathan dengan situasi sekarang?" Soal Mak Timah, tak berapa faham.

Husna mengeluh kecil. Adakala dahi dipicit-picit. Punyalah panjang lebar dia membebel, rupa-rupanya Mak Timah tak faham.

"Mak Timah tanya saya apa kena mengena? Tentulah ada kena mengena kalau dia yang akan kahwin dengan saya!"

"Siapa? Encik Nathan?"

Kepala diangguk. Namun ada kerutan di dahi Husna. Kenapa Mak Timah macam nak ketawa pula.

"Ya Allah, Cik Husna... siapa kata Encik Nathan tu yang nak masuk meminang? Dia tu nak teman rombongan meminang untuk abang dia aje. Semua adik beradik Nathan ada di bawah sana. Siapa aje tak seronok kalau si sulung dah nak kahwin?"

"Su... sulung?" Dan-dan wajah Raf terbayang di kepalanya. Siapa lagi anak sulung Tan Sri Raqib kalau bukan si dia? Terus perasaan resah tadi dicampak jauh-jauh.

Mak Timah angguk kepala tanda mengiyakannya. Dress labuh yang jatuh tadi diambil semula lalu diserahkan kepada Husna.

"Bersiap dulu, solek cantik-cantik, nanti terus turun ke ruang tamu. Kamu akan jumpa dia di sana."

Dress itu tidak terus diambil. Sejujurnya dia kurang berminat dengan pakaian yang dicadangkan oleh Mak Timah. Cantik itu memanglah cantik tapi... ia terlalu cantik untuk dipakai semata-mata kerana pinangan. Terlalu bergaya serupa pengantin.

Sekejap anak mata Husna mencerun ke bawah. Memandang baju kurung kedah yang dipakai oleh Mak Timah. Tak tahu kenapa, dia rasa pakaian Mak Timah lebih menarik. Mengingatkan dia pada kenangannya di pulau.

"Mak Timah ada baju kurung lebih tak?"


















                  PENING kepala Dato Idris mahu menguruskan rombongan meminang yang dibawa oleh rakannya. Terlalu ramai. Ruang di dalam rumah pun dah penuh. Sampaikan ada yang terpaksa duduk di tangga dan ada yang berdiri. Bawah kanopi putih yang dipacakkan di halaman luasnya juga sudah penuh.

Manakala Tan Sri Raqib masih lagi boleh tersenyum bahagia sambil memeluk tubuh. Sengaja dia berdiri di luar, memerhati ahli keluarganya yang sedang mengusung beberapa dulang hantaran masuk ke dalam rumah.  Dialah orang terpaling excited sekali hari ini! Sebelum subuh lagi dah bersiap. Entah siapa yang nak masuk meminang sebenarnya sekarang?

"Aku tak sangka kau akan bawa rombongan meminang seramai ini. Besar betul keluarga engkau, Raqib. Aku pun tak pernah tahu. Maaflah kalau ada yang terpaksa duduk di luar." Ujar Dato Idris,  masih tak percaya dengan apa yang dilihat. Langsung tak macam rombongan ahli keluarga sahaja, tapi... macam rombongan sekampung!

Tan Sri Raqib menyengih tayang gigi putihnya.

"Sebenarnya keluarga aku tak besar mana pun. Kebanyakannya orang kampung aku. Mereka yang teringin sangat nak ikut serta. Biasalah, anak aku tu dah macam anak angkat setiap jiran kat kampung dia. Itu yang mereka nak tengok detik bahagia macam ini."

Kepala Dato Idris cuma terangguk-angguk dengan senyuman kelat. Patutlah. Memang betul rombongan sekampung rupanya!

"Ish, apa kamurang ni! Kasi cepat sikitlah bawa masuk dulang tu. Ampai (letak) sija di mana-mana kalo endak muat!" Riuh betul suara perempuan muda itu mengarah daripada tadi. Tapi menolong tidak juga. Hanya cekak pegang berdiri di tepi pagar memerhati orang-orang yang membawa dulang.

Menarik perhatian Dato Idris ke arahnya.

"Siapa pula perempuan itu? Orang kampung kau juga ke?" Soal Dato Idris,  dia memuncung bibir menunjuk ke arah wanita yang ada bunga orkid terselit di tepi telinga kanan.

Tan Sri Raqib langsung menoleh ke arah yang ditunjukkan.  Bibir automatik tersenyum kecil.

"Haah. Anak ketua kampung. Tapi tak lama lagi, bakal jadi anak menantu aku juga. Yang nombor tiga."

Kening Dato Idris terangkat ke atas. Terpanar.

"Tapi sebelum itu, dia kena dahulukan abang-abangnya dulu. Selepas Raf, Nathan pula. Kemudian barulah Juna." Ujar Tan Sri Raqib.  Terangguk-angguk kepala rakannya mendengar cerita. Lagi meriahlah keluarga Tan Sri Raqib nanti.

Tapi baru dia sedar, salam ramai manusia di sini. Ada seorang lagi yang belum sampai. Iaitu bakal menantunya. Tak nampak pun batang hidung lelaki itu. Kalau dia ada di sini, sudah tentu pinangan ini sudah bermula.

"Mana anak sulung kau itu? Bukan ke dia yang sepatutnya sampai dahulu sekali dengan kau? Tak nampak pun bayang-bayang dia daripada tadi. Dia lari ke?"

"Ish, kau ni... ke situ pula terfikir. Anak aku takkan lari punya. Dia lambat sedikit sebab jalan sesak katanya. Tapi baru sekejap tadi aku hubungi dia, jarak dah tak jauh. Lagi beberapa minit sampailah tu..." seolah-olah tahu namanya disebutkan, tiba-tiba muncul sebuah kereta Bentley Bentayga berwarna kelabu terparkir di hadapan pagar. Memang ruang itu disengaja kosong untuknya.

Panjang umur, murah rezeki! Tan Sri tersenyum bangga. Sampai juga anak sulung yang selalu diagung-agungkan itu demi seutas jam baru.

"Alhamdulillah, sampai juga dia akhirnya. Padahal baru aje sebut. Panjang umur dia serupa bapaknya!" Ujar Tan Sri Raqib.  Bangga.

Dato Idris turut tersenyum apabila bakal menantunya sudah tiba. Tak sabar dia hendak menyambut kedatangan lelaki itu. Harap-haraplah Husna akan terima pinangan ini.

"Dijah! Bakal menantu dah sampai!" Panggil Dato Idris. 

Datin Khadijah yang sedang menyiapkan air di dapur, terus menuju ke halaman rumah. Mana? Dia mahu lihat muka lelaki yang bakal dijodohkan dengan perempuan itu. Sama juga tidak sabar-sabar. Cepat sikit bawa Husna berhambus daripada rumah ini!

"Mana, bang?"

"Tu, dia baru nak keluar kereta." Jawab Dato Idris, sambil menunjuk ke arah pemandu yang sedang bukakan pintu bahagian belakang. Tak ubah seperti anak raja layanannya.

Datin Khadijah turut berpaling ke arah yang sama. Terjenguk-jenguk kepala ingin melibat siapa yang akan keluar.

Dan ketika kasut kulit berwarna hitam terlebih dahulu keluar menjejak tanah, jantung mereka sudah berdebar-debar dengan hebat. Dengan padanan baju Melayu cekak musang berwarna hitam, jam tangan mahal yang mengelilingi pergelangan tangan kiri putih berurat hijau. Sesekali tangan itu bergerak membetulkan butang baju melayu di dada, sebelum perlahan-lahan keluar daripada perut kereta.

Wajahnya masih tak jelas kerana dia memandang ke belakang. Tubuhnya tinggi, baju melayu hitam itu memang nampak kena dengan bentuk tubuh maskulinnya. Namun, sebaik melihat rambut putih yang digayakan kemas itu membuatkan pandangan Datin Khadijah dan Dato Idris berubah serentak. Debaran yang tadinya bahagia, kini bertukar gelisah secara tiba-tiba. 

Pelik. Mengapa mereka teringatkan tentang lelaki kampung itu pula? Padahal jelas sekali orangnya berbeza! Tak mungkinlah lelaki rumah kayu seperti itu dapat kereta paling mahal dalam dunia. Dan paling tak percaya, anak kepada Tan Sri Raqib?

Tidak!

Mungkin tersalah pandang. Mereka cuba menyedapkan hati semula.

Namun, hati semakin resah. Jantung semakin berdegup laju. Cuaca di luar yang tidak panas dan tidak juga sejuk, tiba-tiba buatkan dahi Dato Idris berpeluh-peluh apabila jejaka berbaju melayu hitam itu mula berpaling menghadap mereka yang menjadi penyambut dengan satu sengihan. Menampakkan basiran gigi yang tersusun rapi, kacak sekali apabila tersenyum.

Cermin mata hitam yang nampak baru itu ditanggalkan. Lagi terkedu sepasang suami isteri itu saat bertentangan mata dengan dua biji mata yang jarang dilihat. Cantik tak terkata.

Lelaki itu muka menyusun langkah mendekati mereka. Sebaik sahaja tiba di hadapan Dato Idris, dia pun berhenti. Tangan kanan dihulurkan, sepasang mata biru dan hazel itu masih merenung wajah pucat Dato Idris. Senyuman manis masih beraja di bibir.

"Assalamualaikum, Dato. Sayalah anak sulung Tan Sri Raqib. Andikha Rafael." Ujarnya, memperkenalkan diri. Sekilas dia menoleh memandang bapanya yang berdiri di sisi Dato Idris, cuma mengangguk kepala sambil tersenyum-senyum.

Dato Idris kematian kata. Lidah terasa kelu. Huluran tangan lelaki itu teragak-agak hendak disambut pabila teringatkan kejadian di pulau dahulu. Disaat lelaki ini menunduk ingin menyalami tangannya, tapi tamparan pula yang hinggap ke muka. Dan kini, dia rasa malu hendak menyambut tangan itu semula. Rasa bodoh sangat-sangat!

Sekilas dia memandang isterinya di sebelah. Wanita itu juga kelihatan terkejut. Sama seperti dia. Tak tahu hendak berkata apa. Kemudian, dia menoleh memandang Tan Sri Raqib.  Banyak persoalan bermain di kepalanya saat ini. Tapi satu sahaja yang dia benar-benar ingin tahu...

"Ke... Kenapa... Kenapa kau tak beritahu aku dia anak kau?" Tergagap-gagap Dato Idris menyoal.

Sekonyong-konyong Tan Sri Raqib tersenyum sinis.

"Mungkin sebab sebelum ni dia lelaki kampung?" Balasnya, dengan nada mengejek. Sengaja perkataan kampung ditekan. Biar tertusuk pedih dalam sikit ke hati rakannya.

Dato Idris terdiam.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro