38 | Arnab yang sebenar

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng


Okey last last. Lepas ni tak update tiap hari dah. Sian korang nanti. *lari

.
.
.

Majlis hari ini berjalan lancar seperti yang dirancang. Syukurlah. Biasalah jika ada sedikit kesilapan minor tetapi tetap semuanya berjalan seperti yang mereka telah susun dengan izin Allah. Apa yang pasti, semua target Al-Fathi kali ini berjaya diumpan masuk ke dalam puzzle permainan. Nama-nama yang tersenarai ditanda oleh Irdina sebagai target tercapai.

Tamat majlis, mereka dijamu makan-makan di dewan sebelah. Dewan itu menempatkan meja-meja bulat serba mewah namun minimalis. Korporat duduk-duduk bersuka ria dan berbual sementelah pada majlis begini sahajalah mereka dapat bersemuka secara langsung. Banyak perkongsian dibuka dalam perbualan diselangi tawa.

Pastinya mereka gembira, sebentar tadi perasmian pengapungan Rangkasa ke Bursa Saham sudah cukup membahagiakan hati para korporat. Gemuruh tepukan tangan bergema serata dewan apabila Umar melekapkan tapak tangan ke satu bebola kaca bersama pelabur-pelabur utama yang terdiri daripada Dato' Hanif, Dato' Syahiran dan Dato' Radi. Tiga korporat itu ialah pelabur utama sebaik Rangkasa bertukar satu syarikat umum.

Bertambah gembira mereka apabila disajikan projek mega di Putrajaya yang bakal siap lagi lima tahun. Sebuah bandar Rangkasa yang menempatkan seluruh syarikat-syarikat yang bernaung di bawah Rangkasa. Ia satu projek yang bakal menarik pelabur lebih ramai, malah dijangka projek ini akan memberi untung 10 kali ganda dalam masa sepuluh tahun.

Melihat durian runtuh itulah, dalam satu minit sahan Rangkasa diapung - ia sudah berjaya mendapatkan 12 ribu pemegang saham baharu. Ia satu kejayaan yang tidak pernah dicapai sesiapa di Malaysia.

"Tak datang berteman ke?"

Ketika Irdina memerhati korporat yang berbual dari jauh, ada seseorang menegurnya. Bila Irdina lihat, rupa-rupanya Tuan Asri. Timbalan ketua Bank Negara. Salah seorang target Al-Fathi.

Irdina bangkit menyapa korporat tersebut.

"Wakil Fathi kan? Fathi tak datang sekali?" Tuan Asri bertanya, seraya itu dia menarik kerusi melabuhkan duduk di meja Irdina.

Irdina juga labuhkan duduk. "Tuan Fathi wakilkan saya untuk lihat perasmian ini." Beritahunya.

"Hmm. Macam biasa dia mana pernah datang majlis macam ni. Tapi Cielo rajin sangat pergi." Tuan Asri tertawa sinis.

Irdina berkerut. "Cielo?" Dia tidak pernah dengar perkataan itu.

"Oh." Tuan Asri tertawa perlahan. "Mesti Fathi tak beritahu kamu kan, Fathi selalu pergi Cielo. Cielo ni bilik rahsia Tan Sri Muazzam di El Mar. Irdina pernah ke El Mar kan?"

Irdina semakin terkebil-kebil.

Tuan Asri ketawa kuat lihat respon Irdina.

"El Mar tu nama pub yang Fathi bawa kamu hari tu. Kita ada jumpa."

Irdina baru mengerti. Oh. Pub mewah itu bernama El Mar.

Aneh. Bagaimana Tuan Asri boleh biasa-biasa sahaja bercerita tentang pub tersebut? Benarlah kata Tuan Fathi, mereka terus menganggapnya kawan sebaik melihatnya bersama Tuan Fathi tempoh hari. Bercerita dengan Irdina seperti Irdina juga sentiasa ke pub.

"Ada satu bilik private milik Muazzam dalam El Mar. Fathi selalu dijemput secara peribadi oleh Muazzam. Kadang dijemput perempuan-perempuan untuk jadi penghibur. Fathi pula masih muda, bujang lagi... Seronoklah dibelai."

Irdina entah kenapa tidak suka mendengarnya.

"Dalam bilik itu banyak rahsia Muazzam terbongkar. Siapa masuk dalam tu memang fuh Muazzam seratus peratus percaya."

"Tuan pernah dijemput ke Cielo?" Irdina bertanya.

Tuan Asri menggeleng. "Tak pernah." Bibirnya tercebik. "Tapi Hanif dan Syahiran selalu dipanggil ke sana."

Bermakna tidak semua dalam senarai target ini dipercayai Tan Sri Muazzam. Irdina berfikir sendiri.

Tuan Asri tegakkan badan. Mendekat sikit pada Irdina.

"Kamu tak perasan, Irdina? Ramai berminat nak berbual dengan kamu tahu." Tuan Asri mengangkat kening dua kali. Mengisyaratkan pada korporat lain yang sejak tadi mengerling ke arah sini.

"Pasti mereka nak cuba mengorek macam-macam dari Irdina. Irdina berhati-hatilah." Tuan Asri senyum penuh makna sebelum bangkit meminta diri. Sekejap saja korporat itu pergi menyertai rakan-rakannya.

Irdina hanya diam. Dia sedar hal itu sejak tadi lagi. Ramai yang melihatnya dari jauh, pasti kerana dia dahulunya orang penting Rangkasa ditambah lagi kini orang mengenalinya sebagai wakil Tuan Fathi.

"Cik Irdina..." Tiba-tiba ada suara menegurnya. Irdina mendongak bila menyedari suara itu familiar.

Wafiy. Masih berjaket kulit sama seperti Irdina lihat tadi. Irdina sedikit tidak sangka Wafiy muncul di tengah majlis begini. Irdina dengan pantas mencari kelibat Tuan Fathi di tengah majlis ini walaupun sebenarnya mustahil untuk majikannya itu berada di sini.

"Cik Irdina sudah boleh pulang." Wafiy bersuara.

Irdina tersedar dikatakan begitu. Langsung memberi perhatian kepada Wafiy.

"Tak apa saya pulang sekarang?"

"Sepatutnya cik sudah pulang. Majlis sudah tamat."

Irdina terdiam. Dia mengangguk. Dia pantas mengemas barangnya untuk pulang. Wafiy sudah hilang entah ke mana. Orang kuat Tuan Fathi itu memang gemar hilang secara tiba-tiba dan muncul tiba-tiba.

Tas tangan dikemaskan dalam genggaman langsung Irdina beredar dari dewan ini. Dia tidak sabar mahu pulang. Rasa lemas berada dalam majlis korporat begini dikelilingi orang-orang yang gilakan harta.

Ketika Irdina keluar dari pintu dewan, kelihatan Wafiy sedang berdiri di situ. Seperti menunggu seseorang. Irdina perlahan-lahan mendekati Wafiy.

"Tuan Fathi pesan supaya saya iringi cik ke kereta." Wafiy memberitahu sebab dia masih berada di sini.

Irdina terdiam mendengarnya. Dia perlahan mengangguk.

Wafiy berjalan di hadapan manakala Irdina berjalan mengikuti Wafiy. Sejujurnya Irdina memang mahukan teman menuju kereta. Sepanjang berada di sini, dia rasa tidak selamat. Walhal ada Umar, Hadi, Ayu dan orang-orang yang memang bekerja dengan Tuan Fathi - tapi semua itu harus berpura-pura tidak akrab dengannya di hadapan para korporat. Maka jadilah Irdina bersendirian.

"Selamat jalan, Cik Irdina." Wafiy mengucap perkataan itu ketika Irdina sudah selamat berada di pintu kereta.

"Tuan Fathi masih ada di sini?" soal Irdina. Akhirnya terluah juga soalan dalam kepalanya.

Wafiy terdiam. Dia tidak menjawab soalan itu.

Irdina faham. Dia tidak meminta apa-apa jawapan, dia mengangguk sahaja meminta diri langsung masuk ke dalam kereta.

.
.
.

Irdina pulang ke kediaman Al-Fathi hampir jam 12 tengahari. Leganya dia bila sampai di pejabat ini. Sejak di majlis tadi, dadanya terasa sesak berpanjangan namun memikirkan itu tugasnya - dia harus juga bertahan.

Irdina masuk ke dalam kediaman ini melalui pintu pejabat. Dia terasa lapar tapi dia perlu ke bilik pejabatnya dahulu. Jika Tuan Fathi ada di sana, bolehlah dia bertemu Tuan Fathi dahulu untuk memberi laporan berkenaan majlis tadi. Irdina naik ke atas, tepat jangkaannya bilik Tuan Fathi masih gelap malah pintu masih terbuka seperti pagi tadi. Tiada apa yang berubah. Jelas Tuan Fathi tidak masuk pejabat hari ini.

Irdina pergi ke biliknya. Menyimpan barangannya di situ. Perutnya rasa kosong. Di majlis tadi dia tidak makan, hanya meneguk jus limau yang dihidang. Irdina turun kembali menuju pantri. Dia membuka peti mencari jika ada apa-apa makanan.

Ada banyak makanan tetapi tidak begitu menarik minatnya. Dia ternampak kek epal yang dia beli dari Bakeri Leena minggu lalu. Sejak dua menjak ini, kerap pula dia beli kek epal. Dia pun jadi tersuka kek epal buatan bakeri tersebut.

Irdina keluarkan bekas kek itu. Dia potong satu bahagian. Diletak berhati-hati atas pinggan. Melihat kek sejuk ini buat Irdina terfikir satu hari nanti dia juga mahu belajar membuat kek epal. Jika selalu beli kek ini, rugi juga.

Irdina simpan kembali bekas kek epal dalam peti. Dia kemudian mengisi air kosong sejuk ke dalam tumbler yang tersedia. Irdina awalnya berfikir hendak makan di bilik pejabat, tapi terasa malas pula mahu turun naik. Akhirnya Irdina pilih untuk mengisi perutnya di ruang lobi pejabat. Dia duduk di sofa dan pinggan kek diletak atas meja rendah. Bila terasa tidak selesa duduk membongkok begini, dia pun duduk di atas karpet. Bersimpuh di situ dan mula makan.

Lega sedikit perutnya bila diisi makanan. Irdina menikmati kek epal dan sesekali meneguk air. Sambil menikmati kek, dia menikmati pemandangan laut biru yang terbentang juga. Tenang hatinya. Tidak lagi harus memikirkan pertemuan dengan korporat-korporat tadi.

Kalaulah hidupnya sesimple ini. Duduk di rumah, makan kek jika lapar, ada masa untuk menonton drama dan movie, jika bosan boleh check out barang di shopee atau lazada, atau lebih seronok jika punya masa membeli belah di mall.

Irdina mahu juga merasa hidup semudah itu. Tidak perlu menyempitkan fikiran dengan hal kerja yang tidak pernah habis. Tidak perlu bergegas ke sana ke mari kerana tugasan dengan majikan.

Irdina bukan merungut tentang hidupnya. Dia seronok dengan hidupnya sekarang, cuma dia juga ingin merasa walau untuk sekejap bagaimana hidup yang mudah dan simple.

Irdina menghela nafas. Memikirkan hidupnya sekarang buat dia teringat majlis sebentar tadi. Banyak perkara dalam kepalanya yang dia mahu muntahkan kepada Tuan Fathi. Tapi nampaknya dia belum berpeluang bersemuka Tuan Fathi.

Dia sudah kata dia tidak pandai berhadapan korupsi. Dia hairan dengan sikap-sikap korporat yang ditunjukkan kepadanya. Dia tidak tahu hendak bereaksi bagaimana. Mungkin untuk memasuki dunia korporat dan politik ini, Irdina harus memasuki kursus dahulu.

Irdina terus menikmati kek epal dalam keadaan sunyi rumah agam ini.

.
.
.

Fathi keluar dari lift rumah. Serta-merta lampu lift malap dan pintu lift tertutup. Dia pula melangkah santai menuju ruangan pejabat. Melepasi anjung perpustakaan.

Dia baru sahaja sampai rumah. Naik ke bilik tidur dahulu, sebelum turun kembali kerana perutnya terasa kosong. Dia tidak berniat mahu bekerja hari ini. Sengaja memberikan dirinya cuti sementalah sebelum AGM Rangkasa dirinya begitu sesak dengan kerja. Hari ini dia mahu tenang-tenang membaca buku dan bersenam.

Fathi melintas anjung pejabat, dia mahu ke pejabat sebentar untuk mengambil barangnya yang tertinggal di sana. Ketika dia melepasi anjung itu, dia terlihat sesusuk tubuh lengkap bertudung dan abaya singkat berwarna lumut sedang duduk di sofa. Bukan duduk di sofa tetapi di lantai. Khusyuk menikmati kek.

Fathi menjungkit kening. Dia memandang jam tangan. Tidak menjangka sepantas itu Irdina pulang. Rasanya sejam lalu Irdina masih di Rangkasa.

Fathi merapati pagar kaca anjung ini. Memerhati Irdina yang tekun menikmati keknya. Irdina tidak berbuat apa melainkan makan kek sahaja. Seolah-olah makan kek itu sesuatu yang sangat menggembirakan sehingga kek itu diberi fokus sepenuhnya.

Tanpa sedar, ada senyum terbit pada wajah Fathi. Padahal Irdina cuma menikmati keknya. Tapi entah kenapa buat dia terhibur.

Sejak dua menjak ini, dia nampak banyak sisi Irdina. Awal mengenali Irdina, Irdina sangat tegas dan sepertinya membina benteng besar setiap kali berbicara dengannya. Tapi baru-baru ini kerap dia melihat sisi baharu Irdina. Irdina tidaklah serius yang disangka. Banyak sisi lain yang disembunyikan.

Fathi memudarkan senyumnya bila tersedar. Dia kemudian menggeleng perlahan.

Dia juga tidak faham dengan dirinya. Mudah pula terhibur dengan benda-benda kecil. Dia bukan seorang yang mudah terhibur.

"Tuan,"

Fathi sedikit terkejut disapa begitu dari aras bawah. Nasib baik dia sempat mengawal dirinya. Dia menatap Irdina yang sudah berdiri di lobi bawah. Irdina nampak tidak menjangka keberadaannya di sini.

Fathi kekok tidak tahu hendak buat apa. Tiba-tiba saja kekok. Padahal sebelum ini biasa sahaja.

"Nanti datang beri laporan tentang majlis." Fathi bersuara kemudiannya.

"Baik, tuan." Irdina mengangguk. Masih malu ditangkap makan kek.

Fathi pun beredar pergi ke pejabatnya. Padahal dia sudah kata dia lapar dan mahu makan dahulu. Dia juga mahu berehat sahaja hari ini. Kenapa pula dia tiba-tiba bekerja?

.
.
.

Irdina membacakan rumusan majlis kepada Tuan Fathi. Dia sudah cekap membuat rumusan sehingga segala rumusan majlis tadi dia dapat simpulkan dalam masa sangat singkat. Dibacakan nama tetamu korporat yang hadir. Dibacakan juga waktu perasmian berlangsung dan sebagainya.

Fathi hanya mendengar. Bersandar dengan rasa lapar tapi tidak mengapa.

"Tuan,"

Fathi tersedar bila Irdina menyapanya. Rupa-rupanya sudah selesai pembacaan itu.

"Rumusan kamu semakin membaik." Fathi memuji spontan.

Irdina tidak sangka dipuji begitu. Dia senyum kecil dan menundukkan kepala. "Terima kasih, tuan."

Sebelum ini Tuan Fathi sering membetulkan rumusannya. Apatah lagi waktu awal-awal dia bekerja dengan Tuan Fathi, hampir 70% rumusannya dibetulkan. Tapi sekarang Tuan Fathi sudah mengatakan rumusannya membaik.

"Ada mana-mana korporat selain Hanif menegur kamu?" Soal Fathi kemudiannya.

"Ada, tuan. Tuan Asri ada menyapa saya ketika makan-makan."

"Dia cerita tentang saya?" Seperti tahu sahaja, Fathi bertanya.

Irdina mengangguk. "Ya, tuan. Dia kata tuan jarang ke majlis korporat tapi selalu  datang ke si.. Siyelo? Maaf, saya tak tahu apa sebutannya."

"Cielo. Bilik peribadi Muazzam."

Irdina mengangguk. Tuan Fathi sepertinya sudah menjangka Tuan Asri bercakap hal itu.

"Bilik itu di pub hiburan yang tuan bawa saya hari tu, kan?" Soal Irdina sedikit teragak-agak.

Fathi mengangguk. "Muazzam cuma bawa orang yang dia percaya ke dalam bilik itu. Saya banyak bercakap tentang ahli politik lain dalam bilik itu bersamanya. Hal Rangkasa juga saya cakap dalam bilik itu. Bilik itu jadi harapan orang-orang yang mahu rapat dengan Muazzam. Asri paling berharap dapat masuk bilik tersebut."

Irdina mengangguk faham. Nampaknya bilik itu sangat digemari korporat dan politik korup.

"Tuan Asri juga ada kata yang ramai korporat lain mahu bercakap dengan saya." Lanjut Irdina lagi. "Saya dah tahu perkara tu. Saya kan dahulunya orang kanan Tuan Mustakim."

"Cuba elak seboleh mungkin jika ada sesiapa mahu bercakap dengan kamu. Cipta alasan sebaiknya, jangan tunjukkan kamu mahu mengelak mereka." Fathi berpesan.

"Bagaimana nak mengelak dengan cara terbaik, tuan? Saya bimbang cara saya akan menampakkan saya tak suka mereka." Irdina tidak mahir.

"Banyak caranya. Seperti dengan Hanif, kamu boleh mengelak daripadanya dengan menggunakan nama saya." Fathi bersandar.

"Nama tuan?"

"Ya, kamu nak jatuhkan saya bersama dia, bukan? Jadi sepatutnya kamu mengelak daripada membuahkan curiga saya. Jika kamu dilihat bersama Hanif, pastilah saya akan curiga dengan kamu. Rancangan kamu bersama Hanif boleh jadi gagal." Jelas Fathi serba ringkas.

Terdiam Irdina mendengarnya. Dia baru terfikir hal itu.

Kenapa ketika Dato' Hanif datang meminta untuk duduk di sebelahnya, dia tidak terfikir keberadaannya dengan Dato' Hanif sebenarnya boleh membuahkan curiga Tuan Fathi? Dia boleh gunakan alasan itu untuk menolak Dato' Hanif tapi nampaknya otaknya tidak berfungsi dengan baik tadi.

"Maaf, tuan. Saya tak terfikir pula."

"Tak perlu minta maaf. Itu bukan salah kamu. Cuma selepas ini mungkin saya tidak dapat tolong kamu seperti tadi. Jadi cubalah cipta alasan jika sesiapa datang tegur kamu. Kamu boleh gunakan nama saya jika mahu."

Irdina mengangguk faham.

"Ada apa-apa lagi?" Fathi bertanya bila Irdina sudah diam.

Irdina tersedar, mengangkat wajah pada Tuan Fathi.

"Tuan,"

Fathi menjungkit kening. Sangkanya sudah selesai perbualan ini. Dia baru berniat untuk turun makan dan berehat.

"Sebenarnya saya kurang faham." Adu Irdina.

"Tentang apa?"

"Kenapa mereka boleh anggap saya korup seperti mereka juga? Tuan Asri dengan tanpa teragak-agak bercerita tentang pub di depan saya. Saya jadi tidak faham bagaimana mereka boleh begitu yakin saya di pihak mereka padahal saya pada luarannya..."

"Tampak islamik?"

"Ya, tuan. Sejak majlis tadi lagi saya terfikir kenapa mereka boleh begitu selamba dengan saya. Bukankah jelas orang seperti saya pastilah sangat tidak sukakan hal-hal begitu. Tapi mereka menganggap saya sama seperti mereka."

Fathi terdiam dengar kekeliruan Irdina.

"Kamu masih tak faham konsep musang dan arnab nampaknya." Komen Fathi.

"Saya dah fahamlah, tuan." Irdina menjawab laju.

"Iya? Apa kamu faham?" Fathi menjongket kening. Hujung bibirnya terangkat sedikit bila Irdina membalas komennya itu dengan nada tidak berpuas hati.

Irdina terdiam.

"Tak semua orang yang nampak baik itu baik. Tak semua orang nampak jahat itu jahat. Begitu maksudnya, kan?" Irdina bertanya.

"Jadi? Kenapa tidak apply pada diri kamu yang nampak baik?"

Irdina terdiam lagi.

"Maksudnya, pada pandangan mereka saya seperti musang berbaju arnab?" Irdina sedikit tidak sangka. Ditunjuk dirinya.

Fathi mengangguk. Menyembunyikan senyum. Terhibur melihat Irdina tunjuk dirinya dengan wajah tidak percaya. Dia sudah kata Irdina sebenarnya banyak sisi lain. Itu salah satu sisi yang dia baru dapat lihat.

"Kenapa pula? Saya arnab yang sebenar." Irdina berkerut kecil.

Fathi yang mendengar tidak sempat menahan tawa. Terlepas juga tawanya. Awalnya perbincangan ini serius tetapi kini sudah jadi menghiburkan. Tertunduk Fathi yang asalnya bersandar. Begitu terhibur.

Irdina mengerdip mata melihat respon Tuan Fathi. Dia tidak pernah lihat Tuan Fathi ketawa begini. Ini kali pertama sepanjang dia bekerja di sini.

Fathi sisakan tawanya. Sukar juga rupanya menghentikan tawa. Dah lama tak ketawa beginilah jadinya.

"Saya tahu kamu arnab sebenar. Tapi..." Fathi meraup wajah. Masih terhibur. "Pada pandangan mereka kamu tak begitu." Ujarnya.

Irdina terdiam mendengarnya.

"Maksudnya, pada mereka saya seperti berpura-pura sahaja berpakaian begini?" Irdina bertanya.

"Ya, Irdina. Kamu patut tahu betapa ramai di luar sana yang berpakaian islamik tapi tidak mempamerkan sikap islam yang sebenarnya. Kadang merekalah yang paling banyak menerima rasuah dan mereka juga yang paling korup." Fathi bersuara kemudiannya. Sudah kembali bersandar. Ceria tingkahnya padahal sedang membincangkan isu berat.

Terdiam Irdina mendengarnya. Kecewa pun ada. Betul juga. Dalam penyelidikannya pada syarikat-syarikat yang pernah dijatuhkan Tuan Fathi, banyak juga yang terdiri daripada pertubuhan islam-islam yang kononnya ditubuhkan untuk anak yatim dan madrasah, walhal diseleweng harta wakaf itu untuk kepentingan peribadi.

Sekarang baru Irdina faham kenapa barisan target itu tidak sedikit pun aneh dengan dirinya yang menyetujui korupsi. Hal itu sudah biasa dalam dunia politik.

"Dah faham?" Fathi bertanya.

Irdina mengangguk. Sudah faham.

"Ada soalan lagi?"

Irdina menggeleng. Tiada sudah soalan.

Fathi tersenyum kecil. "Baik. Saya boleh turun makan." Dia kemudian bangkit dari kerusi.

Irdina hanya melihat tingkah Tuan Fathi yang keluar dari celah meja.

"Tak mahu keluar? Mahu duduk di sini terus?" Soal Fathi bila Irdina masih tak berganjak dari tempatnya.

Irdina menggeleng langsung dia turut keluar dari bilik Tuan Fathi. Tuan Fathi turun ke bawah untuk mengisi perutnya manakala Irdina masuk ke bilik pejabatnya untuk menyambung kerja.

.
.
.

Ehem





Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro