12 Sakit perut

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Papa, mak teh tak makan sekali?" Kerusi di hadapannya dipandang sepi. Selera makan Khairul berkurangan pada malam itu. Sempat ekor mata mengintai ruangan dapur, hampa sekali tiada wanita setengah abad yang seharusnya diluangkan masa bersama.

"Mak teh rehat dalam bilik. Dia sakit perut." Dato Muhsin menikmati hidangan nasi goreng pataya masakan pembantu rumahnya. Selama menduda, masakan mak teh menjadi peneman siang dan malam. Kiranya tekak sendiri lebih gemarkan air tangan wanita yang telah dianggap sebagai kakak sendiri.

"Sejak bila mak teh sakit perut?" Kening kanan Khairul diturunkan kehairanan. Sudu dan garfu elok tidak bersentuh dibaluti napkin biru laut.

"Dalam dua tiga minggu ni... Mak teh tak beritahu Khai?" kata Dato Muhsin.

"Tak pun..." Risau pula hati muda itu. Kenapa mak teh harus menyorokkan soal sakit sedangkan Khairul lah insan yang paling menyayanginya?

"Khai makanlah dulu. Macam mana belajar?"

"Okay je... Macam tu lah." Kening yang tidak gatal digaru Khairul. Tulang belakangnya bersandar pada bahu kerusi kayu. Fokus dia telah lari, memikirkan masa sesuai untuk ke bilik mak teh.

"Keputusan peperiksaan semester Khai memang takkan sampai kepada papa ke?" Dato Muhsin tidak henti menyoal, mahu mengeratkan hubungan anak dan bapa.

"Kolej Khai ni tak pentingkan pun pointer. Asalkan dapat naik semester, jadilah." Satu lagi perkara yang berlaku dengan helah Khairul Iddin. Di awal pendaftaran, lelaki itu mengisi alamat palsu agar setiap keputusan peperiksaan tidak akan sampai ke rumahnya.

Lelaki tua itu mempercayai anaknya bulat-bulat. "Oh, ya? Baguslah. Papa nak bila Khai dah habis belajar, mohonlah intern di syarikat papa. Papa nak tengok juga cara Khai bekerja."

"Eh, mana boleh main cable," seloroh Khairul. Vermilionnya naik, masa hadapan yang cerah terjamin di bawah jagaan Dato Muhsin.

"Bukan cable... Papa cuma nak tengok Khai bekerja dari jarak dekat. Dah lama kita tak duduk semeja dan borak sama-sama. Papa rindu," luah sang ayah. Suapan nasi goreng pataya dinikmatinya sambil bersembang dengan satu-satunya anak dalam keluarga kecil itu.

Kelainan emosi bapanya dapat dikesan saat itu. Khairul menongkat wajah. "Papa ke mana siang tadi? Bukan ke hari ni cuti di pejabat?"

"Papa jumpa mama," jujur Dato Muhsin.

"Kenapa?" Suara Khairul semakin perlahan ditiup angin. Hingga detik itu, dia tidak dapat menerima Datin Fatina dalam hidupnya.

"Khai masih tak maafkan mama?"

"Tak... Dia pernah cuba pisahkan mak teh daripada Khai. Papa maafkan mama? Mama pernah curang belakang papa." Begitu Khairul mengingati setiap kesengsaraan dahulu.

"Itu kisah 13 tahun lalu. Mama dah banyak berubah. Kalau boleh... mama nak jumpa Khai esok." Hasrat bekas isteri disampaikan pada anak bujangnya.

Khairul mempamerkan wajah tidak berminat, "Khai tak nak. Kata pada mama, Khai sibuk." Panas punggungnya di kerusi andai Dato Muhsin mahu terus memujuk dia untuk bertemu Datin Farina. Sikap biadap sang ibu dahulu bagaikan diulang tayang dalam ingatan.

"Khai, makanlah dulu. Jangan buat rezeki macam ni," Dato Muhsin menghela nafas halus. Anggapan bahawa Khairul sudah dewasa dan melupakan peristiwa lampau jauh tersasar.

"Maaf, papa. Khai cuma tak boleh bila nama mama disebut-sebut," bisik Khairul Iddin sebelum berdiri tegak. Pinggan nasi gorengnya dibawa sekali ke ruangan dapur.

Hati keras itu sukar hendak dilembutkan. Plastik lutsinar dicapai tangannya. Dia termenung lama di penjuru dapur persediaan makanan. Watak Datin Farina telah lama disingkirkan. Terasa susah hendak menerima wanita yang telah mengabaikannya sejak lahir.

Khairul membalut pinggan nasi masakan mak teh dengan kemas lalu dimasukkan ke dalam peti sejuk. Fikirannya sedikit terganggu.

Menyedari kedudukan dapur yang semakin dekat dengan bilik mak teh, kakinya mengorak langkah sendiri. Terhenti sebentar tatkala mata tertancap pada longgokkan pakaian dalam bakul baju di bilik dobi.

Senyuman nipisnya terbit. Barangkali mak teh benar-benar sedang sakit. Khairul bertandang di hadapan mesin basuh buat seketika. Isi bakul baju dimasukkan kesemuanya ke dalam mesin automatik itu. Kemudian suis dihidupkan disusuli bunyi air mengalir yang menjadi halwa telinga. Angka 30 minit ditayangkan pada skrin kecil yang mana ditepinya juga terdapat butang-butang lain. Itu bermakna selepas 30 minit Khairul perlu datang menghadap mesin basuh untuk mengalihkan pakaian ke dalam mesin pengering pula.

Tok tok

"Mak teh dah tidur?" Perlahan memanggil penghuni bilik orang gajji rumah. Bilik kecil ini telah menjadi kamar mak teh buat 20 tahun lebih, tidak berharap untuk mendapatkan ruang yang lebih besar.

"Belum lagi," sahut mak teh yang terbaring di atas katil.

Daun pintu dikuak lebih luas agar Khairul bisa meloloskan diri. Mata hitam berkilatnya memerhatikan sejujur tubuh di atas katil bujang.
"Sakit perut lagi?"

"Ya, sakit..." Mak teh menjawab. Bunyi mesin basuh beroperasi dapat didengari mak teh, pasti itu perbuatan Khairul Iddin. Perlahan-lahan bangkit dan bersandar pada kepala katil, mak teh menepuk ruangan kosong berdekatannya.

"Papa kata... mak teh dah berminggu sakit perut. Dah ke hospital?" Khairul berlabuh di sebelah ibu susuannya. Botol ubat yang tersusun di meja dikerling sekali lalu.

"Dah. Doktor cakap mungkin kerana gastrik jadi sakit begini," terang mak teh.

"Kenapa tak beritahu Khai?" Pandangannya berakhir pada wajah mak teh. Kerisauan melanda dada anak bujang itu, wajahnya beku.

"Sebab mak teh rasa ni sakit biasa sahaja. Biasalah orang tua sakit perut malam-malam, kan?" Balasan mak teh bersahaja. Apabila lanjut usia ada sahaja penyakit yang hendak menyinggah. Langsung tidak mengesyaki bahawa riwayat yang terkandung semakin nipis.

Namun, Khairul menggeleng tidak bersetuju. Kekura tangan mak teh dibawa ke atas riba sendiri. "Tak boleh kata macam tu. Boleh jadi ni penyakit serius. Esok ikut Khai pergi hospital lagi, ya? Khai yang akan temankan."

"Nanti doktor bagi ubat lagi..." gumam wanita tua itu.

"Kalau dia bagi panadol, siap doktor tu Khai kerjakan. Ada baiknya buat scan atau masukkan kamera. Kita tak tahu apa yang berlaku dalam badan kita. Pergi esok pagi, ya?" Tak henti-henti mahu memujuk sang pengasuh. Khairul  akan lebih tenteram andai pemeriksaan penuh dijalankan.

"Khai temankan?" Mak teh bertanyakan untuk kepastian.

Anak bujang itu menepuk-nepuk kekura tangan ibu susuannya lalu berkata, "Iya, Khai hantar dan temankan mak teh dalam bilik doktor."

" Okaylah. Mak teh pun dah lama tak jalan-jalan dengan Khai. " Wajah tua berkenaan terpeta sinar gembira. Senyumannya meleret ke telinga.

"Khai minta maaf sangat-sangat sebab tak balik rumah minggu lepas. Kalau Khai tahu mak teh sakit perut, setiap minggu juga Khai akan balik." Kepulangan Khairul sentiasa dinantikan mak teh. Makin bersalah rasanya diri itu dek kerap menipu semata-mata mahu liburan di malam minggu. Bukannya Khairul tidak sayangkan mak teh tetapi darah mudanya hendak mengambil angin.

"La... Tak apalah. Khai yang kata sendiri... assignment banyak." Wajah mendung Khairul dipujuk pula. Dagu anak lelaki itu dilangut agar mereka bisa bertatapan.

"Khai tak nak dah tak balik rumah. Maafkan Khai," pinta Khairul. Nafas halus dihelanya.

"Perkara kecil je, sayang. Sekarang ni Khai dah balik, kan? Dapat jumpa mak teh juga..." Ada-ada sahaja Khairul ini. Rambutnya disisir mak teh dengan jemari. Terlalu manja seperti kucing peliharaan tatkala di rumah.

Kepala dijatuhkan dua kali dalam kadar perlahan. Khairul berfikir lama. "Mak teh tak makan lagi, kan?"

"Belum. Mak teh tak lalu, sayang."

"Nak air coklat? Khai boleh bancuhkan," tawar Khairul. Alang-alang perut sendiri pun kelaparan, pekena coklat suam barulah syok.

"Untuk mak teh ke... untuk Khai?" Mak teh memencilkan mata.

"Dua-dua lah. Khai pun lapar juga." Ledaklah tawa halus Khairul. Dia mengusap perut sendiri dan memandang wajah mak teh kembali.

"Tak makan nasi yang mak teh buat? Tak sedap ya..." nada hujungya kedengaran sedikit kecewa.

Khairul mula melingkarkan tangan pada bahu mak teh sebelum mendaratkan kepala berdekatan. "Bukan macam tu. Khai simpan nasi dalam peti sejuk sebab tak lalu nak makan kalau mak teh tak ada. Esok Khai akan panaskan balik untuk sarapan sebelum pergi hospital. Kita makan sama-sama ya nasi goreng tu esok pagi?" Kedua-dua belah kening yang tersusun elok turut terjongket sama menanti balasan mak teh.

"Boleh. Mak teh kena tidur awallah malam ni sebab esok nak keluar dating dengan Khai," seloroh wanita tua itu. Hangat badan Khairul menjalar kepadanya. Dia sungguh gembira dapat bersama-sama tuan muda Khairul.

"Tapi lepas minum air coklat," sambung Khairul segera.

Dia meminta izin untuk ke dapur buat membancuh dua cawan coklat panas. Namun, sebelum itu haruslah basuhan pakaian diperiksa terlebih dahulu. Khairul menyumbat pula segala jenis baju ke dalam mesin pengering yang terletak bersebelahan sahaja.

Dua mug merah hati diaturkan berdekatan singki. Balang serbuk coklat yang baru sahaja diambil memberikan nostalgia lama. Pada balang yang sama telah dilabel 'Khai punya'. Vermilion merah jambu lelaki itu terjongket sekali.

Sekembalinya di bilik mak teh bersama-sama dua mug coklat suam yang amat enak. Rasanya tidak terlalu manis, ada pahit yang tersulam. Punggung dilabuhkan di birai katil.

Sepanjang Khairul sibuk menyelimuti kaki mak teh, wanita tua itu memerhatikan sahaja.

"Lepas habis air ni, mak teh kena tidur. Khai pula kena siapkan mendobi," bilang Khairul akan tugas setiap mereka.

"Terima kasih, Khai." Khairul ialah anak soleh buat mak teh. Perbuatannya menyenangkan hati tua yang kepenatan. Mak teh menyambut mug merah hati huluran Khairul Iddin. Di tangan Khairul juga terdapat minuman yang sama.

Setelah dua kantung perut diisi minuman bercoklat, satu kucupan pada ruas dahi pula dihadiahkan mak teh tanda terima kasihnya. Wajah Khairul bertukar merah, hendak disorok malu dengan sengihan seperti kerang busuk.

"Khai pun tidur awal juga. Selamat malam," bisik mak teh.

***
votexkomen

Sedutan bab yang akan datang:
"Ada batu karang pada ginjal ibu awak."

***
Satu babak je sebab dah 1500 words. Kita simpan utk next episode pula.

Jumpa lagi di episode yg seterusnya.
***

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro