32 Bayi

Màu nền
Font chữ
Font size
Chiều cao dòng

"Dan di antara tanda-tanda (kebesaran)-Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir."

QS Ar-Rum: 21

Kehidupan normal Khairul dipulangkan semula. Bilik pejabat khas buat pengarah syarikat menjadi hak pemuda itu. Pelipis ditekan perlahan. Sekadar duduk di kerusi dan tidak melakukan apa-apa. Luarannya memanglah seperti bergoyang kaki, jauh di dalam dada sedikit pun dia berasa tidak tenang. Sungguh lama menahan nafsu seorang diri. Dia tidak mampu menghadiri mesyuarat yang akan berlangsung kurang satu jam. Fokusnya lari.

Bahana cuba memuaskan nafsu di malam hari dengan beberapa alatan membuatkan syaitan dalam diri kian membesar. Dia sedang terdesak mahukan gadis sebenar untuk melayannya.

Peluh merembes sahaja biarpun duduk di ruang nyaman berpendingin hawa. Keadaan serba tidak kena cuba dikawal Khairul Iddin. Tali leher dilonggarkan, butang baju teratas pula dibuka. Blazer biru gelapnya awal-awal lagi telah dilemparkan ke atas meja kerja.

"Tuan Khairul." Seorang pembantu peribadi terpacak di muka pintu selama 15 minit. Diperhatikan sahaja reaksi Khairul yang sepertinya dalam keadaan tidak tenteram. Banyak kali juga nama Khairul dipanggil namun si tuan badan tidak sedar.

"Keluar," arah Khairul yang mengatup kedua-dua mata. Kepalanya ditongkat tangan. Segala yang hendak dilakukan pada hari ini jadi berantakan. Sudah mencuba untuk menahan diri selama di tempat kerja, hakikat diri terseksa melawan nafsu. Emosi Khairul Iddin bergelodak umpama badai menghempas.

"Saya nak ingatkan kita ada mesyuarat. Jadi, jomlah kita bergerak sekarang ke tempat klien kita," bilang lelaki berkenaan sekadar menjalankan tugas.

"Pergi mampus la... Aku kata keluarkan?!" Khairul menghentak meja kerja lalu mencerlung tajam ke arah muka pintu.

"Tuan, Dato Muhsin pun akan datang juga sertai mesyuarat."

"Aku kata keluar!" Suara Khairul naik seoktaf.

Bahu pekerjanya terhinjut dek terkejut. Tiada angin dan ribut, tiba-tiba sahaja majikannya melenting tak tentu pasal. Tika masuk ke ruangan itu sebentar tadi, dapat dirasakan aura suram Khairul Iddin.

"Tuan-"

Habis barang di atas meja ditolak jatuh ke tepi tanda marah yang memuncak. Bergema ruang tingkat itu. Nasib baiklah bilik pekerja lain tidak berada di aras yang sama. Maka, amukan Khairul selama ini tidak dirasai mereka.

"Keluar, bodoh. Kau nak aku cakap berapa kali?" bengang Khairul.

Berdesing telinga pembantu peribadi berkenaan. Silap hari bulan, penumbuk tuan muda ini akan melayang kepadanya. Lekaslah kaki beredar lalu meninggalkan pengarah syarikat sendiri.

Pintu pun terkatup rapat.

Ketagihan pada maksiat akan menukar kawalan diri seseorang. Terlalu ketagih, Khairul masih dalam kemelut nafsunya yang menghimpit akal fikiran. Kerana mengambil kira imej keluarga, lelaki itu tak mahu mengulang kesilapan yang sama. Hinggakan dia sendiri buntu harus melakukan apa buat mengawal diri.

Nafsu yang ada tak boleh dipuaskan jika hanya melihat video pornografi. Rangsangan tangan pada kemaluan memudaratkan lagi alat sulitnya yang hampir cedera dek tekanan kuat.

Meja kerja dihentam sekali lagi.

"Khairul, kau tak boleh hampakan papa dan mama... Kau kena kawal diri..."

Dia serabut, jiwanya kacau bilau. Sakit ini mengganggu urusan seharian bahkan dia terpaksa menahan diri daripada berzina dengan siapa-siapa untuk kebaikan diri. Jika tidak, penyakitnya akan bertambah teruk. Sebagai seorang lelaki, dia telah pun hilang manhood dan tidak akan dapat memuaskan nafsu mana-mana perempuan. Zakarnya tidak dapat bertahan walaupun seminit apatah lagi untuk mengeluarkan mani. Hormon seksnya juga menjadi tidak normal.

***

Petang itu, Khairul cuba menenangkan diri di dalam pacuan. Pergilah ke mana sahaja asalkan jiwanya terlayar seketika. Berbaju kasual, dikenakan bersama-sama seluar pendek hitam.


Beku sahaja wajahnya selama memandu tanpa arah tuju. Tiba di lampu isyarat, fikirannya semakin jauh meneraju. Segala masalah datang menghimpit. Masalah di tempat kerja, masalah alat sulitnya yang sakit dan berbagai lagi.

"Kau buat laporan polis sekali pakej bagi aku penyakit!" Dada beralun deras. Urat di pelipis menegang dan terik. Sungguh kemarahannya memuncak tinggi.

Hendak membuang air kecil pun bagai suatu azab. Mujur sahaja peringkat jangkitan kumannya tidak memerlukan hingga zakar dipotong. Jika tidak, sudah tiada beza antara dia dan mak nyah yang membuang kemaluan semata-mata untuk berupa paras perempuan.

Penyakit kelamin sememangnya boleh berjangkit atau tersebar sekiranya individu yang menghidapi penyakit kelamin melakukan hubungan intim. Dia mengutip kuman ini daripada si jururawat yang dirogol ketika di hospital. Berangkai kuman disahkan positif melalui ujian air kencing, darah dan swab pada zakar antaranya Sifilis, Chlamydia dan Gonorrhoea. Seolah-olah Khairul telah memenangi hadiah utama cabutan bertuah yang merupakan suatu azab dunia. Kemaluannya pedih dan perit.

"Nurse tak guna tu... Sabar kau... Kalau melayang pelempang aku ni, tahulah kau." Terkumat kamit amarah. Gear kereta dilepaskan. Sebelah tangan memilih satu lokasi berdasarkan alamat yang diberikan anak guaman. Peguambelanya tempoh hari ada memberikan alamat rumah Alya, yang mendakwanya atas kesalahan kes rogol. Tidak pasti sama ada gadis malang itu masih dalam lindungan polis atapun tidak. Khairul melulu sahaja, pacuan hitam legapnya dipecut ke satu kawasan di luar bandar. Daripada kawasan berbangunan, hinggalah di kiri dan kanan hanya terdapat ladang pokok getah yang busuk baunya.

Hangat di hati tak siapa tahu. Badan itu yang harus menanggung segala penyakit kiriman sang jururawat. Pedal minyak ditekan, mata helang mencerlung pada laluan yang terbentang luas. Fikirannya kosong. Sudah tidak kisah sama ada itu perempuan yang lemah, asalkan tempias kemarahannya dapat diluah.

Tiba sahaja di sekitar lorong kecil, kelajuan terpaksa diperlahankan. Khairul meliarkan mata ke sekitar berpandukan skrin telefon. Namun, tidak lama selepas itu sambungannya terputus. Seolah-olah Tuhan melarang lelaki ini daripada terus menyakiti seorang gadis yang pernah dirogol. Talian yang digunakan Khairul tidak mempunyai rangkaian di kawasan perkampungan berkenaan.

Dia masih bertekad mahu berjumpa Alya. Nombor rumah dilekatkan ke kepala, lorong pula dibaca dengan baik.

"Aku takkan lepaskan kau. Apa nama kau? Alya?" Lelaki itu berdecit. "Betina sundal..."

Tidak sangka hari sudah pun lewat. Nampaknya dia hanya berlegar di kawasan yang sama.

Sebaik sahaja matahari terbenam, suara azan bergema sayup di langit kejinggaan. Pemanduan Khairul terhenti berhampiran kawasan masjid. Sungguh jelas sekali Hidayah Allah itu. Azan Maghrib berkumandang untuk menyedarkannya bahawa telah tiba waktu Mahgrib bagi kawasan terdekat.

Perasaan marah tadi dibawa angin petang pergi.

Kereta diparkir berhampiran kawasan masjid. Kakinya melangkah keluar, tangan dimasukkan ke dalam seluar. Kelihatan anak-anak kampung itu sedang menaiki basikal ingin ke masjid juga. Mereka berbaju Melayu dan bersongkok, amat kontra dengan Khairul yang sekadar berseluar jeans paras lutut.

"Abang nak masuk masjid ke?" sapa seorang kanak-kanak. Huluran kain pelikat yang menjadi selimpang itu dipandang Khairul lama.

Sekali lagi mata memandang masjid sebelum kain pemberian itu disambut baik.

"Nanti abang pulangkan balik ya? Mak saya marah kalau hilang..." katanya. Kaki membuka langkah luas menaiki anak tangga masjid. Wajah beku Khairul masih tidak beriak, digenggam sahaja kain pelikat berkenaan.

Auratnya terdedah, lutut dapat dilihat jelas. Maka, dia mula memakai kain pelikat bersama senyuman nipis bersebelahan kereta. Biasan cahaya lampu jalan membantunya untuk membaiki lipatan kain. Sweater pada badan pula ditanggalkan dan dicampak ke dalam kereta.

Tidak sedar ada sepasang mata yang memandang semenjak tadi lagi. Khairul terus memanjangkan langkah tanpa apa-apa perasaan. Bukannya dia tidak tahu solat, cuma nafsu dan malas menghalang diri melakukan kebaikan. Mungkin detikan perasaan hendak solat ini juga kiriman Tuhan.

"Alya, kenapa ni? Perut Alya sakit ke?" Desiran suara yang tidak jauh mematikan langkah pemuda itu. Segera menoleh ke kanan, dia juga berhenti di situ. Ada satu wajah pucat sedang memandang.

"Tak, mak," jawab Alya cepat-cepat. "Alya okay."

Tersenyum kecillah Khairul. Tidak sangka pencariannya berakhir di sini. Dia mendekati gadis tiada dara itu dengan wajah sindiran. Mereka benar-benar berada di wakaf masjid, beberapa meter berhampiran kawasan muslimat. Berpakaian putih telekung, Alya menarik tangan bondanya agar melangkah pergi.

"Kau ni Alya yang... jururawat malang tu, kan?" tegur Khairul. Tepat mata menikam wajah ketakutan Alya.

"Jangan sentuh," balas Alya.

Khairul menurunkan tangan. Beberapa kaum perempuan melihat-lihat kehadirannya yang bertemu seorang gadis terlanjur. Berbisiklah sesama mereka mengundang syak wasangka.

"Alya, sakit lagi ke perut? Keras tak boleh berjalan?" Hajah Norma di sebelah bertanya lembut.

"Tak, mak..." Menitis air mata ketakutan Alya. Dia menyorokkan perut boyotnya disebalik lebar telekung putih.

Mata Khairul terhenti pada perut gadis yang pernah dinodainya yang seakan menggunung tak seperti biasa. "Mak cik, kenapa dengan Alya?"

"Alya mengandung... Risau perut dia sakit lagi macam siang tadi..." Wanita tua itu langsung tidak mengecam wajah perogol anak daranya di sebelah kegelapan malam.

"Dah berapa bulan?" Khairul inginkan kepastian. Jika kandungan Alya berusia enam bulan, maka itu merupakan anak luar nikahnya.

"Enam bulan," jawab Hajah Norma bagi pihak Alya.

Genggaman buku lima terlerai serta merta. Marahnya hilang. Khairul menggeleng tidak percaya. "Alya, ni anak siapa?"

Alya tidak mampu menjawab langsung. Sudah lama benih Khairul tertanam padanya, dia juga yang menerima cemuhan orang kampung. Perempuan yang tidak berkahwin manakan bisa bunting melainkan akibat keterlanjuran meniduri lelaki.

"Jawab, Alya. Aku merayu..." pinta Khairul. 180 darjah emosinya bertukar.

"Anak kau, Khairul. Mak, jom naik atas... Nanti terlepas pula solat jemaah..." Hidungnya memerah. Alya menghapuskan segala tangisan. Apabila kaki melangkah, lekuk perut kelihatan.

Air mata Khairul menitis tanpa sedar. Dia sudah punya anak selama ini di luar pengetahuan. "Alya, tunggu."

Alya tidak menoleh, kaki terhenti.

"Jumpa aku lepas solat Maghrib selesai. Aku nak bincang tentang masa depan anak kita," ujar Khairul. Sudah tidak endah pandangan mata yang seolah-olah memandang mereka berdua hina.

"Lepas Isyak aku akan turun," bilang Alya sebelum menaiki tangga. Telapak tangan mengusap perut di sebalik telekung putihnya.

"Ya Allah...," bisik Khairul. Hatinya berdetak hebat dengan suatu rasa. Gadis yang dijadikan pemuas nafsu tempoh hari sedang sarat mengandungkan anaknya.

***

Satu penumbuk menjemput kedatangan Khairul ke rumah itu. Dia merelakan sahaja apa yang bapa Alya lakukan. Dia ini hanyalah seorang  perogol bersiri yang terlepas sabitan mahkmah. Sememangnya lebih layak mendapat sakit yang lebih lagi. Tiada menghalang segala tumbukan, fikiran Khairul kosong.

"Kau nak apa lagi jumpa anak perempuan aku? Tak cukup ke kau dah buat dia bunting. Apa kau ingat anak aku ni kucing?" herdik orang tua itu.

DUSH

Terteleng wajahnya ke tepi. Di bingkai pintu rumah, Khairul menerima pukulan seorang lelaki dalam anggaran lewat 60-an.

"Saya nak bernikah dengan Alya," kata Khairul. Anak dalam kandungan itu juga adalah anaknya.

"Kau ni memang manusia bertopengkan syaitan. Berhambus pergi dari rumah aku..." Ditolak tubuh Khairul setapak ke belakang. Khairul membalas pandangan orang tua itu. Harga dirinya jatuh menjunam setelah tangkapan pihak polis. Selama melakukan hubungan seks bersama Fatihah, tak siapa tahu belangnya. Kini, semua kenalan tahu bahawa dia suspek perogol. Tak kira bagaimana pun cubaan untuk membersihkan nama, berita tidak enak terus dijaja. Barangkali maruahnya tidak akan dikembalikan. Namun, izinkanlah diri itu buat menebus keterlanjuran ke atas seorang gadis.

"Kau dah rogol orang lain, lepas tu kau rogol anak aku pula. Sampah macam kau ni tak layak datang ke rumah aku... Kau cuma layak meringkuk dalam penjara... " hambur Haji Daud.

Kedua-dua lutut jatuh ke lantai berkayu. Perasan bersalah dan berdosa membaluti jiwa. Khairul memegang kaki lelaki tua di hadapannya.

"Pak cik, dalam perut Alya tu anak saya juga..." kata Khairul.

Alya telah pun dipaksa berkurung dalam bilik sebaik sahaja pulang dari masjid. Betapa bengangnya seorang ayah melihat anak gadisnya dihantar pulang oleh seorang perogol yang sebolehnya mahu dibunuh saat itu juga.

"Kalau Alya tak mengandung, kau akan datang melutut macam ni? Tak, kan? Kau akan buat anak aku macam budak yang kau rogol awal-awal tu!" Haji Daud tidak menunjukkan tanda-tanda akan memaafkan Khairul. Pemuda berseluar jeans separas lutut di hadapan rumah ditolak menjauh.

"Ya, memang saya datang ke sini hanya disebabkan Alya mengandung. Dia mengandungkan benih saya... Biar saya yang jaga Alya..."

PANGG

Satu pelempang pula dihadiahkan di pipi yang sama. Orang tua itu semakin bengang. Matanya merah menyala bak biji saga.

"Benih haram kau tanam dalam badan anak aku. Kau layan dia macam binatang..." kata Haji Daud.

"Pak cik, saya mohon sangat-sangat untuk ditebus balik kesilapan besar saya. Saya akan bertanggungjawab walau apa pun yang berlaku... Dalam rahim anak pak cik adanya darah daging saya... " Khairul tidak pun berputus asa. Pijar pipi tidak dilayan sesekali. Siang hari lelaki yang sama mengamuk dan mencaci nama Alya, malam hari pula dia terduduk tidak mampu berdiri.

"Aku tak nak Alya bersuamikan syaitan macam kau. Kau balik sekarang! Biar aku sahaja yang menjaga Alya. Jauhkan tangan kotor kau daripada anak aku." Apabila Khairul mahu memegang kekura tangan tuanya, ditepis tiada belas kasihan.

Sungguh besar tembok binaan, hasrat murni tak dapat dicapai biar pun badan direlakan menjadi tempat melepas kegeraman. "Pak cik, apa saya patut buat kalau perempuan yang pernah terlanjur dengan saya sedang hamil enam bulan?"

"Alya lagi layak dengan lelaki lain," bilang Haji Daud.

"Maaf kalau saya kurang ajar..." Jeda. Batang kaki diluruskan. Khairul memandang orang tua itu, tak berniat mahu sakitkan hati sesiapa. "Anak pak cik ada penyakit alat kelamin. Saya tak rasa ada lelaki yang nakkan dia melainkan saya. Tambah pula dia pernah terlanjur dan mengandungkan anak haram-"

PANGG

Berdesir bunyi tamparan, disusuli bibir pecah berdarah. Khairul masih mahu berbicara. "Tak ada lelaki yang nakkan seorang perempuan tiada dara yang mengandung anak luar nikah... yang ada penyakit kelamin... melainkan saya. Biar saya tebus dan jaga Alya..."

"Kau dah melampau..." bisik orang tua itu. Bertambah benganglah dibuatnya setelah mendengar makian atas keturunan sendiri. Tangan Haji Daud tercari-cari objek keras buat melunyaikan pemuda sampah di hadapan rumah ini. Sebatang kaki katil yang tersadai berdekatan pintu segera dicapai.

Tempikan daripada dalam mematikan segela sengketa di muka pintu. Khairul mengangkat wajah. Pasti itu suara Alya.

Haji Daud segera mendapatkan isteri dan puterinya di dalam kamar.

Keadaan bertukar keruh dengan ringisan kesakitan Alya. Perutnya begitu sakit yang seakan-akan mengeras. Alya melinangkan air mata tidak henti dan memanggil ibunya yang setia di sisi.

Khairul tidak terkesan dengan semua pukulan Haji Daud. Dia mencempung tubuh Alya segera, di luar keizinan sang ayah. Walaupun makian diterima lagi, kaki berlari anak membawa tubuh yang sedang membawa nyawa benihnya. Dia memasukkan Alya ke dalam kereta penuh berhati-hati.

Setibanya di hospital, Alya ditolak masuk ke unit rawatan kecemasan. Hampir sahaja bayi itu tidak dapat diselamatkan dek degupan jantung yang kian lemah. Pembentukan jantung anak mereka berdua tidak sempurna seperti anak yang lain. Ditambah pula satu sindrom yang dapat dikesan apabila membuat ultrasound, hati Khairul dipukul sehebatnya. Jiwa kelakian dicarik, dia terkelu dengan suratan takdir ini.

Bayi kandungan Alya sungguh istimewa. Barangkali anak syurga yang menghidap sindrom down, itu pun mereka tidak membuat pemeriksaan selanjutnya. Malam itu begitu sepi. Terduduklah Haji Daud di kerusi ruangan menunggu, memikirkan masa hadapan Alya.

"Pak cik, biar saya yang jaga Alya dan anak syurga saya..." bilang Khairul. Akur dengan suratan takdir ke atas anak luar nikah itu. Dia sedia menerima seadanya, masih mampu untuk menjadi seorang ayah biar pun penyakit kelamin menjerat diri. Doktor mengatakan bahawa dia telah mandul, namun Allah mengizinkan satu nyawa yang berasal dari benihnya untuk hidup di kandungan Alya.

***

votexkomen

***

Khairul dah tahu dia ada anak :)

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen2U.Pro